Pejam celik sekejap aje 12 tahun membesarkan anak sulung, rasa macam tak puas lagi dengan masa depa kecil, huhuu. Ku bersyukur detik mengandungkan, melahirkan, menyusukan si Harraz ku catatkan kat sini segala kegembiraan, keperitan, kesedihan sebab ku sendiri sudah ingat-ingat lupa dah segala susah payah dah perit jerih dahulu, tanya berat anak-anak pun ku dah confius mana satu berat depa, even tak semua journey anak-anak ku sempat coretkan, ada point point penting depa dah cukup untuk ku throwback balik even tak complete scene.
12 tahun rasa macam tak lama pun, orang kata bila anak-anak dah start masuk sekolah menengah lagi cepat masa berlalu pergi, tahu-tahu depa dah kerja, kahwin, beranak pinak and the cycle goes on, like us doing, ups and downs sama seperti yang kita lalui dalam fasa hidup. Dengan anak-anak sulung ni entahlah macam mana nak describe, sebab memang rasa tak puas nak cling over, sebab lahir adik-adik pula, depa matured cepat sangat.
Anak sulunglah banyak journey susah payah keluarga, banyak terkorban rasa dan ingin. Too much guilty kalau difikirkan sebagai mak ayah ni, tapi pasti semuanya ada hikmah. Anak sulung semestinya anak Yang paling istimewa kerana anak sulunglah yang memberi title dan anugerah paling mahal untuk bergelar "mak, ayah, mama, papa...". Asbab anak sulung jadi penghuni pertama rahim, lahir pula menjadikan mak ayah membina skills baru mengasuh dan mendidik anak dan dipanjangkan ke anak-anak seterusnya.
Anak sulunglah paling banyak mendengar keluh kesah, marah dan bebelan. Anak sulunglah yang paling banyak sabar dengan karenah mak ayah serta adik beradik, maafkan mama jika banyak kurang sabar, tapi ketahuilah cinta pertama kat anak sulung sememangnya istimewa. So isu terbaru yang berlegar kat FYp pun ku tak sanggup tengok, dengar, sebab melibatkan anak sulung, ku tak mampu, tak sampai hati, even tengok air muka mak ayah pun dah menitis air mata, apatah lagi nak dengar semua. Moga ganjaran syurga lah buat ayah ibu yang bersabar dengan segala ujian dunia ni.
Cukuplah ku tatap wajah anakku sendiri dan mensyukuri nikmat yang dipinjamkan ni sepenuh hati, hingga saat ni ku masih miliki dan menikmati anugerah Ilahi yang tak tekira nilainya. Masyaallah Tabarakallah, dua belas tahun yang manis, alhamdulillah dan moga mendatang pun tetap manis walaupun berselangseli ujian dunia, Amin.
Apapun doa untuk anak-anak tak pernah putus, mak ayah terutamanya jangan pernah putus mendoakan kebaikan untuk anak-anak, pewaris, yang bakal mendoakan kita bila berpisah kat alam dunia.
Top Social