Dalam hidup, kita terlalu banyak pilihan, hinggakan adakala kita tersalah buat pilihan, adakala pilihan yang kita pilih sangat tepat pada masanya dan ketika. Dikala pilihan yang kita pilih memberi impak, tak kira baik atau buruk, tetaplah tenang dan syukur kerana kita masih ada pilihan. Dalam pada punya pilihan untuk tulis, share, upload, pilihlah untuk yang baik-baik.
Bukan takde benda buruk nak ditulis, bukan takde benda sedih nak dikongsi, bukan takde benda tak seronok nak dibagitahu, bukan takde benda yang dibenci nak kepochi, tapi tetap memilih yang baik untuk menjaga ketenangan. Jika diberi peluang, 1000 muka surat belum cukup untuk ditintakan. Luah memang seronok, tersalah luah jadi fitnah, makin buruk kesannya. Jadi pilih yang terbaik tempat meluah supaya segala rahsia dan balasan terserah kepada yang segala Maha. Nak mengumpat dengan Yang Maha pun terserah, sekurangnya rahsia dan aib masih dalam jagaan Yang Maha.
Dikala platform semakin mudah untuk berkongsi, selagi mana ia ciptaan pemilik sekeping hati yang berbolak balik, maka pilihlah kunci, kunci jari jemari, jaga lintasan hati, kerana apa yang tertulis malah terlintas dihati, lambat laun merasa sendiri ketulahan yang terkhilaf. Ini zaman kezaliman, kezaliman yang tidak terbatas, bukan tunggu lidah berbicara, cukup jari mengetik, mematikan insan.
Pilih. Pilih keterbatasan. Pilih sempadan. Ada benda jangan pecah dimulut, biar pecah diperut. Pilih. Mengadu yang kepada manusia yang terbatas jujur, atau meluah pada sang Maha yang tidak terbatas kasih. Percaya kuasa berserah selepas mengadu. I do believe, sebab semuanya banyak kali terbukti, mereka yang sombong dahulu dalam berkata, berbuat, natijahnya tetap mendapat. Pilih. Pilih untuk menyerahkan sebulatnya.
Pilih. Pilih untuk terus berbuat baik, memperbaikkan diri. Bukan kerana manusiawi, kerana hidup bukan berkiblatkan makhluk. Kita semua akan kembali ke tempat asal, usah lalai dan leka. Kelicikan masa yang berlalu jangan disesali. Kita masih punya pilihan.
XoxoKudoakan moga baik-baik semua dan permudahkan segala urusan
Top Social