Cerita bab kurus, nak kuruskan badan ni diri sendiri rasa sentap, kecewa, benci, tapi tak boleh nak buat apa. Kadang memikirkan apa yang payah sangat, tapi sebetulnya sangat banyak halangan dan cabaran nak keep maintain turunkan berat badan ni. Nak naikkan berat ni senang sangat, tapi nak turunkan berat, Allahu, yang pernah rasa dan lalui je tahu bagaimana rumit, perit, sebab ia perlukan motivasi dalaman luaran yang kuat. Tu sebab kita tengok bukan senang dan juga dan payah orang yang overweight betul-betul tekad nekad buat sampai jadi bab turunkan berat ni sampai dapat berat ideal.
Berat paling berat tanpa mengandung, Allahu.
Daku pun tengah lalui krisis motivasi diri nak turunkan berat badan sekarang, yelah masa berdegar-degar dia punya semangat tu, seharian jaga, masuk hari kedua ketiga, sudahhh. Orang kata kalau breastfeeding mom ni senang kurus, takde maknanya hahh, pengalaman daku masa breastfeed ni bab ganti puasalah paling cabaran. Nak ganti puasa masa mengandung ku dapat tahan lagi, tapi kalau breastfeed nak ganti puasa, ku memang banyak Kali jadi nak pitam, dunia berpusing-pusing, asal anak hisap susu memang rasa kering kena sedut satu badan. Ada orang terbalik , masa mengandung tak boleh puasa, masa breastfeed boleh puasa. Entahlah rasanya masa anak pertama dan kedua okay je, ni makin menua, tak tahan plak badan. Kena ubah diet atau cara makan supaya badan bertahan untuk puasa, yelah bulan puasa tinggal beberapa hari lagi ni.
Tapi kalau badan dah renek, berat pula bertambah, really not good shape and movement yang boleh buat jadi makin tak aktif, dan impaknya yang paling buruk sebab makin stress pula bila keadaan berat badan bertambah ni adalah mengganggu part ibadah. Nak rukuk, sujud,duduk pun kenmain dah rasa tak selesa, memang petanda tak okay kalau dah tahap tu. Bila menua, metabolism pun makin berkurang, makin mencabarlah nak turunkan berat. Tapi nak tak nak kena buat juga sesuatu bila garis obesiti dah tunjuk taring.
Kurasa perkara nak turunkan berat badan ni salah satu journey yang hanya melibatkan diri sendiri sahaja, tak boleh nak petik nama itu ini untuk libatkan sekali semata sebagai penyedap hati dan juga alasan, it's your own challenge, journey, ability and desire. Nak buat macam mana, makan macam mana, senaman ke tidak, nak semangat ke tidak dan buat sampai jadi semua tertakluk kat penyelesaian diri sendiri, your own battle from the inner to outside. So anyone yang sama situasi yang ku alami sekarang, let's! You can do this. Berat sekarang too much heavy dah, tak boleh nak bawak badan dah dengan ketinggian 153CM ni, kihkih. Apa pun bab rahsia boleh kurus macam mana dah takde rahsia dah, ramai yang dah share pelbagai macam cara dan strategi, yang rahsianya bila tarikh masing-masing nak start je. Ni dah nak puasa, berlumba masing-masing naikkan tagline 'kurus sebelum raya', sempat ke tidak masing-masing punya effortlah kan, ku doakan semoga semua bersemangat dan berjaya. Daku? Entahlah bila nak start, makan pagi tadi pun dah tibai dua pinggan nasi goreng legend dengan ikan selar masin. Sabor jelah, hahaha. Moga ku terus kuat kawal hawa nafsu makan ni.
*notes: ku dah follow segala macam jenis cara jaga pemakanan, sekarang pilih je yang comfortable dan sesuai untuk diri. Tandem nursing just a pieces of milestone yang sebenarnya mungkin membantu untuk turun berat. Doakan daku dipermudahkan urusan untuk cerai susu untuk Haniy, pasalnya dah masuk 4tahun budaknya. Enough.
Top Social