Pages

Pages

12.31.2022

Nasihat Terbaik untuk Ubah Persepsi Dalam Hidup 2023

1. Buka mata, buka minda & adapt critical thinking. Hampir 90% yang dipaparkan di media adalah fitnah dan salah. Kena bijak analyze dan tabayyun info apa yang betul/boleh diguna pakai

2. Berdamai dgn diri sendiri. You are enough. Work on yourself daily tanpa sibuk pikir hal dalam kain orang lain. Extend bantuan pada yang perlu tanpa jeopardize diri sendiri

3. Bersyukur seadanya. Be happy dan present especially dgn anak-anak yang masih kecil. Dalam sekelip mata saja mereka akan membesar, jangan kita menyesal kemudian hari dengan kehilangan quality time dengan mereka.

4. Perbaiki KEFAHAMAN tentang agama . Tarbiah dan dakwah diri sendiri itu paling penting. Untuk mengubah hala tuju diri kepada yang lebih baik inshaAllah.

5. Jaga pemakanan sebab dari makanan dan perut datangnya penyakit. Banyak kali dah check up darah ni  dari situ lah timbul kesedaran nak jaga pemakanan.

6. Jadi rajin urus masa . Hidup atas muka bumi Allah ni tak guna kalau tak rajin. Sayang bukan apa, rugi sendiri. So belajar menghargai dan mensyukuri masa dengan aktiviti lebih berfaedah. Tak kira lah apa pun. Nak membaca ke, spend quality time dgn keluarga ke. Asal berfaedah dan mendatangkan pahala.

7. Nafsu itu jika diikat akan buat jiwa bebas, dan jika dibiar ia liar akan membuat jiwa terikat. Maka, ikatlah nafsumu dengan ketaatan kepada Allah.

8. Belajar untuk hidup sepertimana skrip Al Quran. Lalui proses kerana penciptaan manusia juga melalui proses. Maka sesuatu yang bersifat 'instant' tanpa melalui proses akan membuat kita terselindung daripada fitrah.

9. Hutang itu sesuatu yang berat. Allah rakamkan dengan ayat terpanjang dalam AlQuran (1 muka penuh) bicara tentangnya. Belajar uruskan hutang, keluar dari sistem riba dan minta selalu petunjukNya agar kita dapat keluar daripada hutang, takut-takut amalan tergantung.

10. Ubah pemakanan jaga perut dan jaga kesihatan sangat penting untuk diri dan keluarga. The best doctor is yourself. The best things in life are free. For instance, exercise, sunbath, being lovely etc.

11. Sentiasa positif dalam kehidupan untuk kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Either you do it or don't do it, you will regret.

12. Kaji sebelum percaya sesuatu perkara especially untuk perubatan dan perawatan hidup. Hidup ni ada banyak pilihan dan risiko. Kita boleh pilih . Sentiasa ada pilihan. Dan setiap pilihan ada risiko. Tinggal diri sendiri ja boleh hadap dan tempuhi, lalui risiko tu. Contoh pilihan nak makan. Nak makan yg habis RM250 dalam satu hari atau nak makan RM10 yg jimat dlm satu hari. Terpulang.  Dua-dua ada pilihan dan risiko. 

13. Hidup ini ujian. Allah tak saja-saja cipta manusia. Allah tak main-main dalam urusan penciptaan manusia. Manusia tak saja-saja dihantar ke alam dunia. Kalau rasa sedih dengan ujian hidup rasa diri tak berguna baca semula ayat ini. Kembali pada Allah. Allah sebaik-baik tempat kembali. Sujud dan kembali pada Allah. Serah semua pada Allah. Allah sebaik-baik tempat kembali dan tempat Tawakal. 

13. Belajar semula. Relearn and unlearn. Banyak kebenaran tersembunyi disebalik semua perkara. Contoh : Nasi = gula. Buang gula putih.
Learn the unlearned.
Never argue the power of original/natural antibody given by Him. Try to heal your body with real food not medication, reduce or avoid inflammation. "Do not follow the majority, follow the right way". 

14. Jangan percaya mana mana parti dan ahli politik, sebab mereka semua cuma boneka yangg dikawal oleh persatuan sama yg mengawal dunia dari belakang tabir.
Ya, semua yg anda nampak cuma skrip. Jangan percaya bulat bulat berita dan media mainstream. Sebab banyak berita yg diada adakan demi mencapai sesuatu tujuan dan putar belit cerita dari cerita yg benar. Media juga dimiliki dan dikawal oleh tangan tangan jahat yg mencatur dunia.

15. Jangan percaya nasihat dari ahli bigpharma dan yang sewaktu dengannya sebab semuanya mengikut arahan dan ditaja oleh kultus syaitan yang akan membinasakan anda perlahan lahan.

16. Dunia tempat ujian dan semua hanyalah pinjaman. Cukuplah ALLAH bagimu. DIA lah sebaik-baik tempat berlindung dan bergantung.
Jangan kotorkan dirimu melakukan kejahatan dan membalas kezaliman. Serahkan semuanya pada ALLAH. ALLAH MAHA ADIL dan sebaik2 PEMBERI BALASAN.

17. Berhenti kejar makhluk dan dunia. Kejar cinta ALLAH dan fokus akhirat. Dunia dan makhluk akan datang kepadamu dalam keadaan tunduk patuh.


18.وَأَنِیبُوۤا۟ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُوا۟ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ﴿ ٥٤ ﴾
"Dan kembalilah kamu kepada (ayat-ayat perintah) Tuhan kamu (yakni al-Qur’an) dan tunduk patuhlah kamu kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[Az-Zumar, ayat 54]


19. وَٱتَّبِعُوۤا۟ أَحۡسَنَ مَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَكُمُ ٱلۡعَذَابُ بَغۡتَةࣰ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ﴿ ٥٥ ﴾
"Dan ikutilah sebaik-baiknya apa yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu (yakni al-Quran, sebaik-baik panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab (kematian) secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[Az-Zumar, ayat 55]


20.قَـٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِیلࣰاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴿ ١١٤ ﴾
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui (mempelajari ilmu tentang hal ini tentulah kamu bersiap sedia).
[Al-Mu'minun, ayat 114]

21. Hidup serba tak cukup sebab riba. Bebas kewangan sebenar adalah bebas hutang riba, hidup bersederhana apa adanya. Jangan takut miskin sebab kita ini hamba Yang Maha Kaya. Jangan terlebih susah hati kerana dunia, sebab dunia hanya sementara,akhirat adalah selamanya. Baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita. Kalau nak tunggu masa sesuai, sampai bila pun tak mula!

R E L E A R N.  R E T H I N K. R E A C T. 




12.29.2022

Moment Recap 2022

Tak sempat hoihh mengadap blog hujung tahun ni, biasalah penuh aktiviti sempena anak cuti sekolah, bantu sudahkan segala kerja sekolah mereka pun ye. Pejam celik dah ke penghujung hari-hari terakhir 2022. So sempena bungkus memori tahun 2022, banyak jugakla perkara yang sempat dilakukan sempena tahun 2022.
1. Lengkapkan 'one of' my goals, umur 36 tahun, anak 6. Lahir bulan yang sama dengan birthday mama dan ayah beza sehari dua je each other. Alhamdulillah. 

2. First time balik berpantang sekejap je, the rest berpantang sendiri setelah anak 6. Pecah rekod paling banyak edisi bertungku sendiri, rajin tak tara giteww. 

3. Paling banyak naik Cameron Highland tahun 2022, takde kerja sungguhlah haihh
-Naik Cameron semata nak duduk Kea Farm Garden
-Sebelum bersalin naik Cameron dengan mak ayah
-Habis pantang naik Cameron tidur semalaman meraikan habis pantang, hahah, nak jugak. 
-Naik Cameron dengan Ma dan adik-adik
-Naik Cameron semata nak main basikal kat Taman 
-Naik Cameron sempena Hana umur 4bulan
-Naik Cameron semata nak makan steamboat kat tempat sejuk

4. Berkesempatan roadtrip dengan mak ayah ke Terengganu, the best ever moment sebab sempatlah keluar jalan-jalan dengan mak ayah memandangkan mereka pun sangat sibuk uruskan ahli keluarga yang berderet jatuh sakit, so this roadtrip untuk kasi rest sekejap setelah lama bertungkus lumus dengan segala kesibukan, kasi 'me time' dengan anak-anak cucu selama 5 hari 4malam. 

5. Paling banyak habiskan duit dan fokus self-care, mengurut, spa kan diri. I loike so much, really appreciate the moment diri dibelai-belai, tua dah haihhh. Moga tahun 2023 more than this, amin. 

6. Paling banyak edisi balik kampung, asal terlintas nak balik, balik je. Alhamdulillah moga 2023 lebih kerap dapat balik kampung, amin. Even sekejap-sekejap puas hati hati sebab hampir 9/12 bulan tahun 2022 kerja balik kampung je. 
Yelah mak ayah makin berumur, rasa makin perlu balik kampung kerap, either us or them yang pergi dulu sekurangnya waktu yang ada ni gunakan sepenuhnya dan peluang yang masih berbaki dimanfaatkan sepenuhnya. Insyaallah. 

7. Paling sedih tahun 2022 tak sempat berkumpul adik beradik, kekangan masa dan cuti berbeza antara satu sama lain, jumpa semua tapi tak berkesempatan berkumpul bersama-sama, sobs sobbs. Moga 2023 kami dapat berkumpul dan bercuti bersama-sama, amin. 

8. Pecah rekod demam  dua kali tahun ni, anak-anak demam empat kali dalam tahun ni, dan Harraz paling kerap kena resdung teruk sampai merah, gatal mata yang serius. 

9. Dapat merasa main air banjir kat kampung tahun ni setelah bertahun-tahun kempunan anak-anak nak main air bah. Bolehlah merasa air banjir macam mana. Lepas main terus demam, apoo jauh nau lagi tahan lasak punya level. 

10. My achievement tahun ni dapat sabar dengan karenah anak-anak, alhamdulillah i did it, no more suara high pitching, tenang-tenang hadap rumah selerak, maintain my weight not more than 65kg. 

Alhamdulillah dapat bersabar dan sangat bersyukur dengan segala nikmat dan ujian yang berkali-kali datang, dapat hadapi dan lalui dengan tenang tanpa ribut. Moga tahun 2023 lebih baik walaupun banyak unpredictable thing will happen. Moga 2023 lebih rajin tadabbur Al-Qur'an dan buat catatan sekali kat blog, Allah kurniakan kecukupan dalam setiap sudut kehidupan dan sentiasa jadi hamba yang sentiasa bersyukur. Kurniakan kesihatan yang baik, happy dan tenang selalu serta istiqamah tutup aurat sebaiknya. Minimalistkan rumah. Insyaallah amin


11.17.2022

Nak Pergi Bercuti Jangan Tunggu Banyak Duit

Bila tengok anak-anak dah membesar tara ni, rasa sekejapnya masa Allah pinjamkan. Dari lahir merah, sekarang semua dah menuju fasa mumayyiz dah, Subhanallah nikmat tak ternilai. Banyak pengajaran dan pelajaran sepanjang besarkan anak-anak ni. Ingat lagi masa awal-awal Harraz Haddad lahir, tahun ketiga kami baru mula berani bawa anak keluar jalan-jalan, maklumlah banyak momokan anak pramatang tak boleh bawa ke kelompok orang ramai, sudahnya kami pecah tembok waktu tu, anak lebih banyak explore dan lagi penting anak-anak gembira sangat bila didedahkan dengan alam dan sekeliling yang berbeza. Masa tu kami laki bini dah fikir, asal anak boleh explore dan kami laki bini pun boleh berseronok sama bila keluar dari rumah. So start dari anak umur 2 tahun tu, kami dah bawa travel jauh-jauh, yang bongsu sekarang lagi advance, umur 6bulan dah masuk teroka gua terus, lagi advance dari abang-abangnya.

Sejenis mentaliti dulukala, kalau pergi jauh-jauh baru dikira bercuti dan berjalan makan angin, padahal kalau pergi tempat dekat pun sama je, so masa tu even duduk kat Banting, gigih pusing satu Malaysia punya nak berjalan. Sekarang tak kira dekat mana, kami pulun pergi, anak dah excited dan gembira, tak kira mana tempat kami bawa, even ke Taman kat bandar pun jadilah. See budak-budak ni bukan dia tahu tempat tu mahal ke murah, yang dia tahu nikmati je apa yang mereka dapat, as long as kita bagitahu nak keluar tukar angin dan persekitaran. Sekarang pula trend camping, nak camping cara murah boleh, nak camping cara mahal pun boleh, pilihan masing-masing. Yang penting moment yang di nikmati tu lagi penting. 


Memang waktu anak fasa kanak-kanak ni, pulun lah bawa anak keluar teroka sekeliling dan tempat yang berbeza. Boleh rasa makanan yang berbeza, lagipun kos bawa anak-anak jalan-jalan masa ni lebih murah jika melibatkan Tiket masuk, percuma pun banyak, tinggal pilih tempat je. Antara port pilihan kami sekarang jeram, sungai, taman sebab tempat ni anak-anak pulun main dan spend their energy to the maximum. So anak gembira, makpak pun turut happy, kadang-kadang berbekal, kadang beli bungkus bawa makan berkelah dengan anak-anak. 



The best part bila anak-anak cerita balik kegembiraan dan kenangan yang mereka lalui. Rasa puas dapat penuhkan tangki minyak gembira anak dan kenangan baik-baik untuk anak. Semuanya melibatkan masa. Ada orang bekerja sampai tak ingat dunia, sedar-sedar anak dah besar, remaja dan ada juga ketepikan benda-benda macam ni seakan benda remeh, actually nak pergi bercuti ni memang murah je. Ada sekali kami pergi lepak dekat belakang masjid, sambil makan-makan, 2,3 hari anak dok ulang sebut gembira dapat pergi berkelah, main-main kutip bunga liar dan lalang. Masjid sekangkang kera je dari rumahnya, pun dah kemain gembira anak, mana taknya boleh tengok gunung ganang, helang liar, banyak juga cerita kat anak-anak kenapa gunung di cipta, untuk apa, kisah Nabi Musa dan gunung Tursina, situ pun dah banyak input anak dapat, ilmu juga tu. Suci murni betul jiwa anak-anak ni, benda sekecil tu pun depa bersyukur macam dapat sebiji kereta. Tersiratnya mereka nak masa kita, kadang adult things asyik fikir kos hidup, duit itu ini, tak habis jadinya, banyak nak fikir sampai hal sebegini kita buat rumit dengan anak-anak. 


Buat aktiviti dengan anak-anak ni ibarat bercutilah, bercuti betul-betul masa tu, no phone dan medsos, tumpukan perhatian kat depa. Ajak anak bakar ayam atau simple BBQ kat belakang rumah pun boleh cetuskan longterm happiness kat anak. Kesian kadang tengok anak-anak yang asyik pandang phone je nak hilangkan sunyi hati. Tak sama dengan human touch. Apapun nak bercuti dengan anak-anak memang tak perlu kos mahal, tak perlu tunggu banyak duit. Kita yang buat diakan, so hargai saja masa yang ada ni, sebab yang dah berlalu tak boleh nak di ulang, beli lah barang mahal macam mana sekalipun takkan sama dengan masa yang di habiskan bersama-sama, sebab ada orang sanggup habiskan duit beli barang mahal untuk anak, disebabkan sesal, so nak ganti masa yang dah hilang, ganti beli barang mahal, nak sedapkan hati sendiri pun ye, tapi anak, sedih...fasa kanak-kanak pun dah depression, sedih sangat zaman sekarang ni, ni yang jadi depan mata lah, ujian masing-masing kan. Hakikatnya zaman sekarang memang tak boleh lari, dan tipu sangatlah duit tak boleh beli kebahagiaan pasalnya nak bergerak sikit ke situ kesini pun dah perlukan duit, lagilah pula kalau nak gembirakan anak, nak beli mainan murah kat Eco pun tetap perlukan duit, nak masak-masak untuk anak pun perlukan duit, tapi pilihlah yang kena dan sesuai dengan kemampuan kita sendiri. Nak pergi bercuti pun samalah pilih ikut mampu kita dan jangan sesekali kedekut dengan anak-anak 

11.16.2022

Resepi Pizza Kuali Mudah

Sekali sekala teringin nak makan western food, nak mencarik memang jauhla kalau Dominos. Tambah lagi tengah menghabiskan misi ni. Memang tidak lerr nak drive jejauh semata-mata bab makan. Tapi kena buatlah sebab nak makan kan? Hehe.

Part gigih nak buat kes nak makan tu jangan dipertikaikan. Sangguplerr buat. So layan pizza kuali sekali sekala, puas hati lauk tebal dari roti. Anak-anak pun makan, biasa kalau beli, memang roti je diorang makan, isi letak tapi. Nak buatnya senang je,

Refer gambar untuk bahan dan cara buatnya ok.
Nak guna oven pun boleh bagi garing sikit cheese dan roti. Malas nak buat roti sendiri, beli je roti paratha atau wrap, sekarang yang roti pizza pun ada yang frozen dah. Semua easy peasy dah kalau nak masak. 

11.15.2022

Kita Semua Penat

Kecoh sehari dua pasal, aku penat, kau penat! Aku penat lebih, kau penat je! Aku terlebih penat, kau penat biasa je. Entahlah, level penat ni berbeza setiap orang, just acknowledge it, jangan ignore, lepas tu timbullah compare begini begitu, siapa terpaling kekdahnya. Penat haku tengok medsos ni. Memang kekdahnya nak buat orang asyik bergaduh gamaknya, hahaha. Ye, selagi kita manusia, selagi kita makhluk, selagi kita hamba Allah, memang kerja kita semua berpenat lelah atas dunia fana ni. Bezanya bagaimana kita handle dan drive kita punya penat, ye kita semua penat, yang bekerja, yang 'tak bekerja' masuk ofis punch in punch out, kita semua penat!

Ku sebagaimana surirumah ada penat tersendiri. Kadang penat tak cukup tidur, kadang penat terlebih tidur. Kadang penat terlalu banyak kerja rumah, kadang penat takde kerja. Kadang penat tengok rumah sepah, kadang penat rumah terlalu kemas. Kadang penat masak, kadang penat juga kalau asyik tak masak. Kadang ada anak ramai penat, anak sikit pun penat, takde anak pun lagi penat. Kadang entah penat nak letak level mana aku lagi penat, layan jelah penat setara mana pun. Dunia tipu-tipu ni macam ni lah, duduk saja pun penat, buat kerja pun penat, tak buat apa pun penat, kena hadap je selagi ada peluang hidup. 

Kita sebagai manusia, hamba Allah tak perlu tunggu endorsement orang lain untuk acknowledge 'penat' kita untuk rasa kita buat kerja lebih dari orang lain, how can you know it, cukuplah kita tahu semua orang ada struggles masing-masing. Cukup diri sendiri tahu kita dah penat, berhenti. Buat sesuatu untuk kita feed 'penat' kita supaya bersemangat balik. Ku pun bukan jenis sugarcoat housewife, suami balik rumah, rumah berkemas, makanan minuman berhidang, semua kerja rumah dah settle, suami balik makan, borak-borak, senyum, ketawa, main-berhibur, bergurau senda dengan anak-anak, tidur dengan tenang, tiap kali pandang anak nak peluk je. Fairytale sungguhlah, tapi tulah nama lagi kat media sosial, siapalah manusia nak tunjuk sisi buruk sendiri, yang buruk, gelap lambung belakang. 

Ika dibesarkan mak bekerja, masa kecil i just hope mak selalu masak untuk kami, ada masa banyak untuk layan kami masa kecil, tapi true, masa kami membesar dalam sekolah rendah baru nampak mak masuk dapur dengan kerap, kalau tak memang makan makanan tapau kedai, bila semua dah pandai urus diri baru mak bawa kami keluar jalan-jalan dengan lebih kerap, sebab apa? Sebab kewangan, masa, dan penat! Penat oii kalau bekerja, hujung minggu tu memang kerja bantai tidur je kalau dibagi peluang. Since dah bina kehidupan sendiri, lalui sendiri kepayahan, kesusahan, kesenangan, kepenatan i really do more appreciate semua orang tersayang dan sekeliling dan paling apparently penat sendiri. Ku syukur lalui pengalaman dan membesar dengan mak bekerja, so i really really appreciate mak bekerja, sebab sangat struggling balances family life. Sedih tau bila main compare surirumah vs mak bekerja ni. Kita sama gender, apabenda kita dapat kalau asyik buat kerja banding membanding, why not kita support je each other, precise everyone. Kita semua penat. 

Sama macam bila Ika decide jadi surirumah, it's hit hard mak Ika sendiri, she keep push me to working, sedih sebab bukan tak tahu mak faham anak and cucu struggles tapi maybe mindset dah belajar tinggi-tinggi alih-alih decide jadi surirumah, really take times untuk mak Ika accept that, termasuk Ika sendiri memang take time untuk redha dan syukur dengan pilihan jadi fulltime housewife disebabkan pressure sekeliling including suami. Mana tak penat mental, nak memahamkan orang, kalau kawan-kawan dok asyik tanya, isteri kerja apa? Kan? Ingat senang dan tak penat nak cope dengan title, baru je titles, tak lagi describe kepenatan kerja masing-masing. So macam mana nak cope this situation penat? 

1. Acknowledge your 'penat'. Penat ni banyak cabang, penat fizikal, penat mental, penat dengan orang sekeliling (anak-anak, keluarga, rakan sekerja etc.). Kadang kita sendiri ni dah penat, tapi tulah somehow orang cakap struggle juga nak jadi tak penat, paksa diri, push over the limit hingga akhirnya makan diri. Bila kita dah acknowledge, kita akan ambil masa untuk diri sendiri, even 5 minutes sekalipun boleh ease and peace the mind. Tak percaya, buat je. Cara Ika bila penat dengan kerja rumah, rasa menyampah breastfeed, Ika akan buat something yang boleh buang 'rasa' tu. Kadang make a coffee, minum sambil ignore their chaos, kadang ambil buku atau notes, tulis apa-apa je, atau tetiba pergi search tempat-tempat menarik, tempat pelancongan, atau add cart barang-barang berkenan kat shopping online without checkouts them. Sometimes little thing really make you smile, rasa hilang penat dan lega. Buatlah apa yang boleh buat you rasa hilang penat, rasa nak meluah tapi takde orang dengar, no problem ko tekan microphone kat handphone tu ala-ala cakap dengan orang dan luah je penat, kadang ku wasap je panjang berjela kat laki sendiri apa yg dirasa, send. Baca tak baca belakang kira yang penting settle. 

2. Minta tolong, ya tak semua mampu tolong kita, tapi pasti ada yang akan tolong kita. Tak kisah minta tolong siapa, tak jadikan kita nampak lembik, bergantung kat orang lain, kadang-kadang ada masa kita memang perlukan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga sendiri, kawan-kawan, jiran etc untuk terus menjadi waras. Tak payah nak jadi perfect, nak tunjuk kat siapa? Dapat apa? Lastly kita jugak yang mental dan burn out akibat penat. So tak payahla perfectionist, ada masa kita let be anak bergaduh, rumah tunggang langgang, kain tak berlipat, sink penuh, tak masak, tak mandi seharian, tidur seharian, yang penting kau lega lepas buat apa yang nak dibuat, tak buat apa-apa, termenung pun boleh, kau dulu yang settle. Minta tolong suami, anak-anak bila dah tahu penat kita dah melebihi kapasiti diri, terus terang, jangan simpan, tak mampu terus terang, don't do anything, nak menangis, menangis je. Ku pun cemtulah, masa mengandung yang bongsu ni penat sangat, kerap jugak, suami balik ku menangis, depan anak-anak, cakap macam anak-anak mengadu kalau abang kakak usik, ku pun cemtulah menangis sambil kata tengok anak-anak ni buat mama penat sangat, semua terkedu, terdiam, tergamam kalau tengok amma nangis. Seminggu depa behave, buat dan bantu kerja rumah, tak gaduh adik beradik. Lepastu depa ulang balik, hahaha. Penat hoiiihhh. 

3. Jangan amal kau last sekali, nak makan jangan tunggu orang lain even dah lapar, makanlah dulu. Nak tidur, tidurlah dulu, whatever you do you, sebab situasi kita semua sangatlah berbeza, karang adalah yang cakap 'kau senanglah begitu begini, ia sebenarnya tentang kau tu, tu je. Dulu pun ku cemtulah juga, asyik dok nampak orang je itu ini itu ini, actually it's you. If you change the way you look at things, the things you look at, Change! Kadang situasi yang teruk boleh bertukar jadi situasi yang teramat manis. Kita tak perlu pun jadi perfect mom, dah cukup jadi happy mom dah lebih dari worth it, anak pun tak stress hadap mak happy. Tak percaya trylah buat talk session dengan anak, dengar pulak luahan depa, dua-dua boleh menangis sambil peluk minta maaf each other on ours imperfect. Ingat ye mama, urus diri sendiri dulu. Rasa-rasa dah mula buat kerja hempas-hempas barang, layan anak dah marah dan  tinggi suara, berhenti!Buat tips nombor satu. 
Kena ingat, bukan kita je yang penat, even yang tak berkahwin pun penat, lelaki perempuan pun penat, ye kita semua penat, penat cara masing-masing beza cara kita semua kawal, urus. Tak kisah kita jawatan apa, no matters pun sebenarnya bak kata pokcik ganu tu bakpe nak dengar orang kata, orang tu tanggung makan kita ke? tanggung bil elektrik kita ke? tolong jaga anak kita ke? kenapa nak angkat kata-kata orang kat dalam benak kita, lantak pi kan jelah. Selagi mana kita ni tak masuk dalam urusan orang lain, jangan kita sibuk dok fikir apa kata orang kata  kat kita, awok tengah down ke? Lantok aok down sorang-sorang, deep pesanan pakcik, tu yang bila dok dengar cakap orang mulalah nak jadi perfectionist sampai ada yang hilang dari jadi diri sendiri.

Kenapa nak tapak kakikan diri kita, rendahkan diri sendiri untuk orang lain angkat dan hargai kita? Kenapa nak rasa diri tak berguna sedangkan kita sendiri yang buat rasa tu dan anggap diri tak berguna, so mereka pun akan buat apa yang kita rasa. Kena ingat orang lain takkan mampu rendahkan diri kita melainkan kita sendiri yang sengaja meletakkan diri kat tapak kaki 'depa', hormatilah diri kita sendiri, banggalah dengan diri sendiri dan kalau ada yang tetap buat kita rendah diri, tak payah layanlah, jangan ambil peduli dengan orang macam tu, jangan sesekali benarkan orang lain dictate hidup kita, please kuatkan hati dan teguhkan diri. Let's imagine how penat we are as a mom, kalau ada orang lain nak ganti you as a mom untuk anak-anak sebab ko sendiri fikir ko bukan ibu yang baik, agak-agak anak nak ke beribukan orang lain? and as a wife sebab ko bukan isteri yang terbaik untuk suami, you bagi tak? Even for a short time? Takkan?! Ko takkan sesekali bagi, so standup, grow a  backbone please and love yourself. Hug untuk semua yang struggle, we can do it. Take a time to heal, and move forward.
Untuk mak-mak semua, kitalah tulang belakang suami, madrasah pertama anak-anak we're raising human no matter hard in different path, syukur selalu, redha selalu, berdamai dengan takdir. Allah tentunya letakkan kita di 'tempat' yang sesuai dengan kemampuan kita semua. Allah loves us more than us because Allah knows us better. 

11.10.2022

Lost Memory Track

Jika ditelusuri balik track memory kat brain ni, honestly memang banyak benda dah tak ingat, childhood, zaman sekolah, zaman universiti, zaman bujang dan even lepas kahwin sekalipun ada memory yang ku lost track. Seram meh, tak tua lagi tapi bab lupa tu dah agak teruk. Siapa mak-mak yang alami lost track macam iols ni? Risau sangat, terus terfikir kat penyakit dementia, nyanyuk. Nauzubillahiminzalik. Seriously even anak ketiga keempat dan kelima dan lost sikit-sikit memori, cuba track balik kat blog sendiri ku ada tulis ke tak setiap momen kelahiran anak, rasa macam anak sulung dan anak kedua je ku tulis detail even momen masa mengandung sekalipun. Kat ig pun rasa tak update sangat. Rugi rasanya tak tulis details. Such a sweet memory dan pahit, dan masam dan segala jenis memori supaya bila baca, oo pernah lalui rupanya macam ni, macam tu. Haishh, sekarang memang tak daya la nak try hard ingat balik semua, kadang-kadang a dump memory pun kita simpan, baik terus tak ingat.


Baik ingat yang baik-baik jelah ye, pujuk hati sendiri. Paling tak boleh ingat kenapa antara anak-anak ni ku lost track growing memory depa, sedih tau as mak-mak ni boleh lupa, tahu-tahu dah besar pun masing-masing. Ku teringat-ingat pulak satu cerita yang working mommy, bila anaknya yang sulung start masuk asrama, masa tu hit hard her sebab tahu-tahu anak nak berpisah dan memulakan journey hidup berdikari, dia cuba track semula semua memory dia dan anaknya dari kecil sampai waktu tu, dia tak ingat, even moment gembira atau sedih dia cuba recall, tiada! Jangan ingat working mom je lalui perkara macam tu, surirumah pun ada yang jenis lost track macam tu. Then she keep recall their memories together, tapi got nothing, belek album satu pun takde gambar dia dan anak-anak ketika anak membesar. Menangis hiba, sebab sekarang anaknya dah masuk asrama, pasti masa bersama lagilah terhad. Adoii sedih pula teringat true story macam ni. 


Ku as surirumah ni pun busy, busy apa pun tak tahu sampai lost track, Allahu, zalimnya kat diri sendiri. Nak kata mengaji Al-Qur'an 5x sehari pun tak, sungguhlah tipudaya terpaling tak mampu tepis 'masa' dan 'waktu lapang'. Nampak gaya kena latih otak balik dan aktifkan long term memory. Not good kalau umur macamku ni dah banyak lost track memory. Ada tak mommies yang alami situasi macam daku ni?Kena buka balik nota Doc otak, revise and practise. Ada ilmu tapi tak amal macam ni lah, tinggalkan sekejap pun dah haru biru.


Alang-alang revise note Doc, ku share sini sekali. Mana tahu ada yang alami masalah macam daku jugak. Perasan atau tidak, hari-hari kita dipengaruhi dengan apa yang kita makan. Mommy yang mudah stress, emosi tak tentu pasal, asyik negatif saja dalam pemikiran ketahuilah otak kita tak dapat makanan yang betul.


Dr Rizal pun ada bagitahu otak ni bahagian paling premium, eksklusif. So nak bagi atau jaga bahagian paling mahal ni tentulah kena bagi sumber yang berkualiti. Manakala perut kita adalah otak kedua kita. Benda ni saling berkait, apa yang kita makan itulah yang kita bagi kat otak kita. Mommy yang cuba berfikiran positif, perasan tak kenapa kita tak dapat maintainkan fikiran macam tu? Sebab makanan kat otak tu kita bagi yang paling cikai dan merosakkan aktiviti sel otak contoh mudah GULA. Nak sel otak kita berfungsi dan jalankan kerjanya dengan baik, bagilah makanan yang baik untuk otak. Tambah-tambah bila dah menuju umur 40an bermesralah dengan A.C.E iaitu vitamin A, C dan E.



Kesemuanya penting untuk otak. Terutama apabila kita mula mengumpul uban di rambut, kedut di kulit, perkataan lupa sentiasa dizikir di mulut. Selamat mencari A.C.E. Bila dah ada bunga-bunga lupa ni jangan letak reason atau penyedap hati be like 'aa biasalah dah beranak pinak, urat banyak putus', bukan benda remeh. Awal-awal masa boleh cegah, kita buat dia, kena sayangi otak sendiri. Yelah kalau ada otak ada spare part untuk ganti seronok juga, yang itu Allah kurnia, jaga jelah baik-baik, moga saat pulangkan kota dapat pulangkan seperti mana kita dikurniakan. Ada banyak cara untuk sihatkan dan powerkan otak yang kita kena belajar dan amal. Antara yang Dr Rizal share jaga lima perkara utama ni untuk otak yang power


1)What you eat

2)the number of hours your sleep

 3)your lifestyles

4)your thinking processes

5)your relationship

6)your spirituality level semuanya penentu.


Perasan tak ada orang bangun tidur dia tak dapat move on dari pengalaman atau insiden semalam. Ada yang asyik tersangkut dengan insiden yang berlaku 3-4 tahun lepas. Benda dah berlalu tapi masih mengganggu sampai hari ni. Even children moments nightsmare pun ada yang masih simpan. Benda macam ni kacau hidup sampai ganggu potensi sendiri. Ganggu emosi. Punca pada fikiran yang entah apa apa. Asyik negatif saja.


Selain tu ada dua benda yang selalu ganggu kita secara senyap dan kita tak perasan tapi kita tak peduli namun ia beri impak besar kat diri kita iaitu fikiran kita dan yang kedua ialah emosi. Fikiran adalah bahasa kepada otak. Emosi pula adalah bahasa kepada tubuh. Keduanya ada dalam otak kita. Nak kuasai keduanya kita perlu kuasa otak kita.Macam mana nak kuasai otakkan? Tak pernah belajar pun. Ada yang baru first time dengar - kuasai otak? Sebab biasanya majoriti kita dikuasai otak, bukan kita menguasai otak, pening juga ni. Fahamkan. 


Otak ni macam aps kat telefon. Bila kita beli telefon, kita yang setkan program aps apa yang kita nak. Bila dah set baharu program di telefon ada. Dah setting aps senanglah, next kita tekan button dah keluar apa kita nak. Begitulah biasanya, memudahkan kita. Otak pun sama macam aps. Program apa yang ada dalam otak kita? Program tulah yang akan kita mainkan atau buka dan guna tanpa kita sedar.


Kalau malam sebelum tidur program di otak ialah marah, tak puas hati, maka esok pagi emosi dan fikiran nilah yang akan kita guna. Sebab channel masih tak tukar. Masih aps takuk lama, orang dah upgrade sekian sekian kita dok guna software lama lagi, tu yang jem kadang telefon. Jadi kalau nak pagi dan hari esok bagus, kita neutralkan fikiran dan emosi. Tukar kepada program lain.


Macam mana nak tukar? Caranya mudah. Bergantung pada mood atau fikiran apa yang kita nak esok hari. Kalau kita nak esoknya tenang, bersemangat, produktif kita boleh buat perkara berikut:

1. Kita senaraikan dalam otak kita 5 perkara yang berlaku pada hari ini yang ada emosi dan fikiran yajg kita mahukan. Kalau tak ada langsung ni, carilah benda yang berlaku pada hari hari sebelumnya. Poinnya kita nak senarai tu.

2. Bila dah ada, kita ambil 1 pengalaman menarik yang berlaku. Kita suka dan bangga dengan pengalaman ni contohnya. Ingat semula apa yang berlaku. Detailkan pengalaman itu. Buat macam kita rasa semula apa yang dah berlaku.

3. Ulang pada pengalaman 2 sampai 5. Buat macam kita buat untuk pengalaman pertama tadi. Sama saja prosesnya. Pastikan detail.

4. Lahirkan rasa syukur. Cari imej indah, ucap Alhamdulillah dan tidurlah. Esoknya pasti emosi dan fikiran yang lahir adalah fikiran dan emosi dari 5 pengalaman indah yang kita lalui itu.

Kredit: Dr.Rizal Abu Bakar


Akhir sekali nak train otak sendiri jadi kuat, recall and repeat. Contoh sekarang dah tengahari, cuba recall  masa kita bangun tidur tadi kita buat apa lepas tu, pergerakan kita, sebutan kita, apa kita buat sepanjang pagi tu sampailah tengahari, bayangkan balik situasi kita bangun pagi satu persatu dan details. Perasan kadang kita tak ingat pun baju warna apa kita pakai semalam, even kunci rumah, telefon kita tak ingat letak mana? Sebab apa jadi macam tu? Sebab kita tak save moment tu, tu yang jadi lupa. So nak kuatkan ingatan kita train otak sendiri mengingat. Jom kita sama-sama buat. 

11.08.2022

Greenview & Avant Chocolate Cameron Highlands Newlook

Antara hotspot wajib singgah bila datang Cameron Highlands adalah Avant Chocolate & Greenview stopcentre ni, kalau mak ayah atau mertua tempat ni wajib singgah untuk ke tandas dan cuci mata. Tahun 2022 Greenview banyak buat upgrade untuk tambah daya tarikan. Antara tempat makan juga( untuk yang islam sebaliknya cek dulu bab halal toyyib), halal tu dah soheh tapi part toyyib better check sebab banyak kali ku singgah all the time tengok orang bukan islam yang masak, rasa yakin teruskan je makan, tubuh badan masing-masing. Biasa sini tempat kami singgah pergi tandas dan anak-anak main je sebab ada mini animal farm kat sini dan tempat anak main bot. 


Sepanjang pkp banyak jugaklah section dan look di tambah baik kat Greenview ni. Tempat yang menarik untuk anak-anaklah, yang turun atau naik ikut Simpang Pulai bolehlah singgah sini, kawasan pun sedang-sedang tak luas sangatlah. Biasa singgah sini sebab anak-anak nak main paddle boat dan bagi makan kat kambing. Masuk kat sini Free je untuk bergambar dan sebagainya, kalau nak main paddle boat RM10 untuk setengah jam, untuk bagi makan kat binatang kat petting zoo RM2-RM5 harga makanan binatang, untuk tandas RM0.50-RM1. Nak singgah beli sayur pun okay kat sini tapi takde pilihan sangatlah. Biasa yang datang sini untuk ambil gambar je ramainya. 
Selain tu kalau nak beli berbagai jenis perisa Chocolate, memang kat sinilah jawapannya, sayangnya kilang coklat sampai la tutup tak boleh masuk tengok macam dulu dah, even pilihan perisa teh dzn kopi pun banyak kat sini. View kat sini berbaloilah untuk Instagram able, ootd dan sewaktu dengannya, dalam gambar cantik sangatlah, tapi dah nama lagi zoo, baunya memang sedaplah, tapi memang puashati dan berbaloi pun datang sini. Alang-alang dah sampai Cameron Highlands tu singgahlah sini. Bila lagi kan, datang bukan selalu. 
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,
39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Kode GPS: 4.579943, 101.379882
Email: avantchocolate@gmail.com
No Tel: +6 05 – 4981 982

11.07.2022

Kea Garden GuestHouse Cameron Highlands

Pengalaman menginap dua kali kat Kea Garden GuestHouse ni. Sebelum datang merasa menginap tentulah rasa teruja rasa nak menginap tempat camni. Yelah siapa tak teruja tengok pemandangan kat depan hotel pun dah cantik kenmain kan? Penuh bunga-bungaan warna warni. Tambah lagi best lokasinya strategik hanya 2 Minit menapak jalan kaki ke Pasar Kea Farm je dah sampai. Kat tepi je tempat tidur kekdahnya. 


Tapi, sebelum decide nak tidur kat sini, consider dulu beberapa perkara. Memandangkan dah ada pengalaman menginap kat sini, rasa sesuai tak sesuai atas masing-masing, tapi untuk pengalaman sendiri Ika share kat sini apa yang best dan apa yang tak best. Pertama kali datang sini kami satu family je datang tidur kat sini memang rasa seronoklah sebab memang murah. Rasanya antara tempat penginapan kat Brinchang, kat sini antara harga yang berpatutan dan lokasinya menjadi pilihan ramai untuk singgah jika datang bercuti. 


Tempat penginapan: Sangat luas untuk family kami yang besar ni, ada satu katil Queen bed dan tiga katil single, masa tu kami book dengan harga promosi iaitu RM100± include tax untuk bilik Suite Junior. Dengan harga sebegitu, memang murahlah, sebab bilik pun luas size boleh main kejar-kejar lagi anak-anakku dalam tu. Keperluan dan kemudahan lain seperti tuala, water heater, electric kettle, iron semua ada. Alhamdulillah kali pertama kami duduk kat tingkat bawah tak perlu naik tangga, senang dekat dengan tempat parking dan hanya berjalan dan naik tangga sikit untuk ke Kea Farm. Masa kali kedua kami book jenis bilik Family Room bersebelahan untuk mak ayah dan adik bongsu satu bilik tapi dapat tingkat atas sebab masa tu peak season. Puas hati sangat lah kalau bab tidur kat Kea Garden GuestHouse ni. Cuma kalau datang family besar sikit, kami dok berulang alik ke bilik sebelah lah sempat nak berborak. 


Kea Guesthouse ni ada jenis penginapan ye, bilik hotel dan mini chalet room. Nak stay dengan harga murah dan bajet bawah RM100, boleh ambil Mini Chalet, untuk married couple, anak sorang, single, datang by group dengan kawan-kawan, sesuailah sebab yang ni shared bathroom dan biliknya memang mini. Kalau macam dah family ada anak lebih dari dua better ambil hotel rooms atau ambil mini chalet lebih dari sebilik, sebab memang tak muat kalau ramai. Tak boleh expect lebihlerr kalau dah nama mini, tapi lengkap bertv bagai ye, towels ada, kira oklah tu, nak tidur selesa kira dah memenuhi dah keperluan dengan harga bajet. 


Tempat tarikan: Haa yang ni yang paling utama, sebab dekatlah dengan hot spot pelancong untuk membeli belah, juga dekat dengan The Sheep Sanctuary Cameron Highlands, dekat sangatlah, jalan kaki je dari tempat penginapan, tak payah fikir bab parking kereta. Nak pergi Kea Farm yang Centre tu pun kena lintas jalan je. Kalau jenis malas fikir bab parking tambah lagi time peakseason, alangkan hujung minggu pun jem teruk apatah lagi kalau cuti sekolah atau cuti bersambung, stress beratur kekdahnya. Nak pergi Flora park pun jalan kaki jelah ke tempat naik jipnya(kalau datang single dengan kawan-kawan recommended lah cemtu). Kalau macam Ika dengan anak berderet ni, fikir 10 kali nak jalan kaki, wakaka. Tapi memang betul dekat sangat kalau nak pergi Floral Park Parking, memang kena naik dari sinilah sebab wajib jip yang bawa kita ke park tu. 



Kedai makan: Yang ni lah sebenarnya paling penting selepas tempat tidur. Ye tempat makan! Diulangi, tempat makan, sebab datang tempat sejuk, takde benda lain jadi melainkan lapar, lapar, lapar! Rasa nak makan, rasa nak mengunyah, rasa nak mengudap je kerja. Bukan budak-budak je, orang tua pun jadi macam tu. Mesti diingat ye, kalau nak tidur kat Kea Garden GuestHouse ni if dah plan nak makan kat luar, jauh sikit dari tempat menginap, insyaallah takde masalah. Tapi kalau malas keluar jauh-jauh, tempat makan yang ada berdekatan (hanya jalan kaki saja) hanya ada satu tempat iaitu Sinar Hijjaz, makan buffet steamboat, nak kata sedap tu so-so jelah, sekadar mengisi perut. Tu jelah pilihan yang ada. Dan semestinya pukul 7 petang semua kedai kat Kea Farm dah tutup, pukul 8 malam tu dah gelap kawasan sekitar ye. So kurangnya dan tak best kat sini takde kedai-kedai berdekatan seperti 7eleven, mart, kedai makan lainnya, atau kedai runcit. Nak datang stay sini kena bawa makanan lebih sikit, tambah kalau bawa anak-anak, roti, biskut atau apa-apa makananlah sebab nak cari on the spot memang kena keluar jauh sikit, even area Corptone hotel pun takde sangat kedai-kedai, nak tak nak kena turun ke area Nova Hotel untuk cari farmasi atau kedai serbaguna. Tu jelah yang tak bestnya, yelah kadang banyak unexpected situasi seperti air minum dah habis ke, makanan dah habis ke, pampers anak lupa bawak ke, jauh sikitlah kena keluar mencari. 


Ada lagi, bila menginap kat sini rasa tak privacy sangat sebab orag awam yang tak menginap sini boleh masuk kawasan sesuka hati untuk melihat kawasan, ambil gambar, little bit risk kalau tingkap bilik buka dan tinggal, selain tu bising sangatlah sebab tempat yang menjadi tumpuan crowds. So kalau nak datang berehat in peace this place not for you sebab pagi-pagi pun orang dah penuh, yelah Kea Farm pukul 7pagi pun dah ada gerai yang buka. 


Owh, lagi satu tambahan kat sini ada foodcourt, which means agak menjadi pilihan untuk makan pagi dan tengahari tapi mungkinlah tak ramai sangat yang tahu tempat makan ni, sebab kedudukannya agak tersorok dan terbelakang sedikit dari pandangan mata. Nak kata sedap, hmm tekak dan selera masing-masing, buka 8pagi sampai 5petang je tu pun takdelah banyak sangat pilihan, nak minum teh sambil tengok sini memang okay sangat . Dan sepanjang kami naik turun Cameron takde lagi rasa nak recommend korang kedai paling sedap, rasa nak makan tu singgah jelah kedai makan mana-mana, asalkan korang kenyang je. Entahlah kenapa nasi lemak kat sini pun tak sampai spec dia, tak tahu apa salah, nak kata orang indonesia masak, sah-sah memang orang kita. Jauh lagi nak rasa sambal bilis tu, satu-satunya kedai yang sampai maksud makan nasi arab dengan nasi lemak area Taman Sedia tu je, yang lain tak tahulah, no komen. Tekakku cerewet agaknya. 


Kesimpulannya? Best tak stay Kea Garden GuestHouse ni? Untuk family kecil, jenis tak cerewet, ok this hotel really for you, harga patut, scenery cantik, paling penting katil tempat tidur selesa. Yang jenis asal ada tempat tidur je kekdahnya. Yang bau lumut, kulat tu kalau datang Cameron Highlands, benda ni memang dah tak boleh elak ye, sebab nama pun tempat sejuk, hujan bukit tu biasa dah, so lumut-lumut tu memang tempat dia lah. Lagipun Kea Farm ni adalah tempat tertinggi kat Cameron Highlands.

view at night

Nampak cahaya malam kat sini pun cantik je dalam gambar, cerah happening je kan? Tapi bila kedai tepi dan sekitar dah tutup memang gelap dan suram kawasan, so nak lepak malam-malam depan bilik tu bawah pukul 9malam tu still okay, cahaya lampu liplap tu still meriah tapi tak dapat tandingi kecerahan lampu putih selebihnya baik dok lepak dalam biliklah sebab sejuk, suram, sunyi sikitlah bila malamnya. Tidur jelah jawabnya lepas makan. Yang dah plan memang nak berjalan sekitar Kea Farm, memang Kea Garden GuestHouse ni Ika recommended, tapi kalau bawa warga emas yang tak boleh berjalan(guna wheelchair) dan boleh berjalan tapi uzur sangat tak sesuai bertingkat-tingkat tangganya. Juga kalau bab makan takde hal, bolehlah pilih sini, makan je steamboat Hijjaz Sinar tu. Kalau rajin nak keluar jauh silakan, takde masalah, jenisku kalau dah masuk bilik landing atas katil, bermalas-malasan, memang malaslah jawabnya nak bersiap-siap pula nak keluar makan semata, wakaka. Nak datang kita-kita je(family kecil kita) Kea Garden Guesthouse ni recommended, kalau bawa family lain terutamanya orang tua better ambil apartment je, lebih selesa. 

Reviews: 4.5/5

Nak booking directly : click sini keagarden.com

Kea Garden GuestHouse 
Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

11.06.2022

Rambut Gugur Teruk Lepas bersalin

Bila lantai rumah, tapisan lubang bilik air asyik penuh dengan rambut, ada benda yang tak kena ye. Jangan ambil remeh. Rambut kita ni terdiri daripada 95% keratin. Kita kehilangan keratin seiring dengan peningkatan usia yang melemahkan akar umbi rambut, menyebabkan rambut kering dan mudah putus terutamanya ketika menggunakan sikat atau produk penggayaan rambut. Namun bila jadi mak-mak ni, tengok rambut gugur kat lantai macam kena tabur sekata(punya banyak rambut gugur) boleh buat diri lagi stress ye. Sekarang ni memang fasa teruk rambut gugur. Punya teruk tahap gugur tu sampaikan semua tempat dalam rumah ada rambut. Tak pernah lagi alami keguguran rambut seteruk ni.


Nak tak nak kalau dah cemni gaya, kena paksa start tukar gaya pemakanan yang banyak hauk lepas habis pantang ni. So apakah persamaan yang ada pada rambut, kuku dan kulit? Tentulah Keratin! Ia adalah sejenis protein yang memberikan kekuatan, struktur dan ketahanan sebagai pelindungan terhadap kerosakan pada rambut, kuku dan kulit. Keadaan rambut, kulit dan kuku anda adalah petanda kepada kemungkinan kekurangan nutrien seperti protein, zink kerana ia penting untuk penghasilan dan replikasi DNA, untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat.


Pernah tak baca artikel "bila suami perasan rambut banyak dilantai akibat gugur, mulalah rawat isteri", tapi biasalah makhluk bergelar isteri, mak-mak ni biasa dalam kategori 'degil' sebab rasa badan masih rasa sihat, dapat buat kerja. Sedangkan badan sebenarnya letih dan penat, rambut gugur tanda badan dah mulai mengalami keradangan. Lagi utama, tak perlu tunggu orang lain alert, suami ka, siapa ka, cukup diri sendiri sayang kat diri je, ambil cakna tentang kesihatan diri. Dah perasan, take action, ambilkah suplemen ka, jaga makan ka, atau produk yang support rambut tumbuh. 


Banyak punca rambut gugur, protein tak cukup, badan stress dan penat, tak cukup nutrisi. 'Masalah' sebegini biasanya di anggap normal, biasalah. Lama-kelamaan menjadi penyakit kronik dalam tak sedar. Buat mommy yang mula perasan banyaknya rambut dilantai, petanda itu sangat tak baik puncanya hormon dalaman kita tak stabil.

Protein ni asas untuk tubuh badan kita, 70% dari badan kita ni terbina dari protein, bila protein badan kita tak cukup, mulalah protein yang sedia ada ambil protein dari sumber yang terhad dalam tubuh badan kita untuk pastikan organ dan tubuh kita berfungsi sebaiknya. Ambil dari rambut, kuku darah dan sebagainya untuk topup yang lompang, lama kelamaan simptom kuku rapuh, rambut gugur, kulit kusam tunjuk taring, makin menjadi-jadi. Punca utamanya kurang protein, zinc benda yang paling basic untuk sel-sel tubuh badan.


No wonderlah seiring belaka simptom ni berlaku kat diri sendiri sekarang, kuku rapuh mudah patah, rambut gugur teruk, paling sadis kulit ketara menua kekdahnya sebab tak cukup nutrisi dan kurang nutrien zink. Ni kalau sudah tahu punca, tapi tak insaf memang sengaja cari penyakitlah. So bila rambut gugur, pastilah ada benda yang kurang dari tubuh kita sendiri. 

Antara tips yang boleh amal bila rambut gugur adalah:-

1. Jaga pemakanan 
Banyak jenis sumber makanan yang atasi rambut gugur. Kerana sember makanan tertentu pastinya punya mineral yang berbeza dan manfaat untuk sel tubuh badzn termasuk rambut. Antara sumber makanan yang baik untuk menyokong rambut yang sihat adalah bayam, lentil, lobak, keledek, telur, sumber tenusu, oat, walnut, daging ayam dzn banyak lagi sumber omega, protein, zink, biotin, vitamin B, vitamin E, magnesium, vitamin A dan juga asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

2. Elakkan penggunaan produk yang punya bahan kimia terlalu tinggi dan tersembunyi disebamik perkataan organik. Yelah, zaman sekarang semua nak claim bahan organik, padahal selambak bahan kimia yang tak baik untuk jangka masa panjang. Pilih bahan semulajadi untuk memperbaiki struktur rambut yang rosak seterusnya yang boleh membuatkan rambut gugur. Antaranya santan kelapa peram kat rambut sejam dua, pastinya hasil memuaskan kerana ianya dapat atasi rambut gugur. Selain tu cubalah cuka epal cider yang dapat atasi masalah kelemumur yang dapat bersihkan kulit kepala dan kekalkan pH rambut dan galakkan rambut tumbuh cepat. Perahan air limau kasturi juga sangatlah bagus untuk kesihatan rambut. Tapi tak semualah suka oldschool petua ni, yang berkenan boleh buat. Limau kasturi tu tahan seminggu baunya kat rambut bonus licin bak sutera. Tak cuba tak tahu.

3. Layani rambut anda sesuai dengan namanya, 'mahkota' kepala. Jangan kerap sikat rambut kalau dah tahu rambut kerap gugur, dan janganlah seksa rambut sendiri dengan guna mesin pengering rambut. Haba panas akan sebabkan akar rambut rosak dan rambut jadi mudah patah. Biar je rambut kering dengan udara semulajadi. Lagi satu kurangkan warnakan rambut, kerana bahan kimia akan terserap ke dalam helaian rambut hingga ke akar dan akhirnya merosakkan rambut. 

4. Untuk mak-mak yang lepas bersalin dah habis pantang, tempoh 6bulan pertama memang mencabar sebab hormon kita masih belum on track lagi, yelah 9bulan kot celaru haru biru segala hormon, tambah lagi part emosi sepanjang handle si kecil dengan anak-anak yang lain. Give it yourself time okay, jangan paksa diri. Berhenti buat sesuatu bila perlu berhenti, jangan paksa diri. Rumah boleh berkemas nanti-nanti, badan diri sendiri jangan bernanti-nanti, jangan bertangguh jaga part makan, jangan bertangguh part jaga kesihatan sendiri, kerana dirimu sungguh berharga okay. Jangan dok fikir 'alah rambut gugur je kot'. 



11.03.2022

Tiny House Mula Jadi Pilihan Trending

Sekarang kalau cakap bab rumah, tak lain tak bukan, 'mahal' jadi isu tambah lagi dengan isu riba. Perasan tak perasan dah ramai buka mata bab rumah ni dan ikut preference dan kemampuan masing-masing. Tapi dalam banyak-banyak isu rumah, paling trending buat rumah kecil atau dengan kata popular 'tiny house'. Agak interesting idea rumah kecil ni sebab jimat banyak benda.


Kalau ikutkan kebanyakan orang memang nak rumah besarlah sebab senang nak letak semua keperluan, perabot idaman, utensil idaman, kabinet idaman. Antara artikel menarik ku baca dan sependapat dengan kami laki bini bila dah lalui sendiri dengan keluarga masing-masing. Konsep Tiny house ni dekat kat hati sebab kami dah tinggal banyak jenis rumah dari rumah besar hingga ke rumah kecil(rumah sewa), rumah banglo (rumah keluarga). Bila dah umur camni dan boleh memahami kesunyian orang tua. 

Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain. 

Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..

Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah, 

Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling

Selesa sungguh! 

Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat. 

Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music 🎶, argh! Complete ! Semua nyaaa adaaa

Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef 

Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. . 

Seronok kan? 

Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka. 

Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua, 
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…

Keluhan mereka biasanya mesti macam ni, 

Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat! 

Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni? 

Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik. 

Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali

Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing

Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni

Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa. 

Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang 

Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive? 

Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri. 

Jadi bertambah “lapang” la depan rumah. 

Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua. 

Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula. 

Ish! Panjangkan keluhan mereka? 

Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan? 

Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.

Tak pulak sis mandi kolam

Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja. 

Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku! 

Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh. 

Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara. 

Ni bukan kata beli rumah besar salah okey
Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu…


Masa anak membesar ni, sangat tepat kita semua perlukan yang yang lapang, banyak space, so rumah besar memang relevant untuk didiami, tapi bila anak dah dewasa, ada kehidupan sendiri, keluarga sendiri, rumah besar dah tak relevant lagi. Tu masa hidup, kalau dah meninggal? Lagi sesak dada tengok rumah besar-besar usang, ditinggalkan sebegitu je, mungkin masalah pengurusan pusaka dan sebagainya. Anak ni kalau dah ada aset sendiri dah dimiliki, memang yang orang tua tinggal bukan lagi keutamaan terutamanya rumah, yelah tempat kerja dan kehidupan sepenuhnya dah kat tempat lain. Tu tak masuk lagi part tamak, berebut-rebut harta pusaka. Nak mengurus harta pusaka pun costly sangat, so kalau tinggalkan harta yang terlalu banyak kat anak-anak yang tak mampu, agak-agak terurus ke? Banyak cabaran part urus harta pusaka ni.


Jadi, trend tiny house ni ada juga baiknya, selain kita ada tempat berteduh, kita sedar hidup ni tak perlu berlebih-lebihan. Part yang ni pun masing-masing punya pilihan dan selera. Tiap kali makan angin kat negeri mana-mana pasti jumpa, terlihat rumah tinggal yang terlalu besar tidak berpenghuni dan rosak, bukti bahawa harta benda, benda yang kita suka dan cinta ada limit. Limit dari segi tenaga pun ye, limit dari segi kewangan pun ye sebab rumah, tempat tinggal perlukan penyelenggaraan berkala. Masa muda ni ada lagi energy nak teliti kemas, mop, susun atur, sampai masa energy dah berkurang tentu akan merumitkan diri jua. Bab selenggara, lagi besar rumah, lagi tinggilah kos selenggara, betul tak, apapun yang selamat, ambil jalan tengah, bersederhana. 


Jadi idea tiny house ni mula jadi tarikan untuk kami yang menuju ketuaan ni. Ramai dah juga mulakan usaha buat tinyhouse dalam kebun bila waktu kena kurung dulu, rasanya since dari situ idea tiny house mula popular. Kebaikan bila rajin mengembara banyak tempat, tempat berbeza, bagi inspirasi kat kita. Kat instagram ramai juga ku follow mereka yang miliki tiny house dan juga minimalist, orang kata ambil inspirasi untuk jadikan kenyataan diwaktu yang tepat. Amin. Antara idea tiny house

Source: tinyhouse.com


11.02.2022

Roadschooling: Jeram Felda Trolak Sungkai

Mandi jeram antara aktiviti kesukaan kami, best sangat mandi air bukit ni, sejuk segar. Antara jeram kesukaan kami adalah Kampar dan Sahom, sebab scenery sekeliling tu worth sangat, memang release dan healing kekdahnya. So kali ni kami nak cuba pulak mandi jeram kat dalam kebun pokok getah. Benda viral ni kadang dekat-dekat kita je, tapi kadang tak ambil tahu nampak yang jauh jugak yang bestnya. Nampak orang share tempat mandi okay sangat, cetek dan sesuai untuk anak-anak mandi dan bermain. So apalagi ditunggu, hujung minggu kita terjah. 

Gigihla pepagi buta turun bukan sebab semangat nak pergi jeram sangat, utamanya nak makan nasi kerabu golok sedap, mandi jeram tu sampingan, hahaha maka dari rumah terus ke Hospital Slim River, terus ke cafe hospital borong 8bungkus nasi kerabu golok, oii dasar tamak perut gendut nafsu makan kenmain. Yelah since duduk Perak payah sangat nak cari nasi kerabu yang win kat tekak melainkan buat sendiri, eh terpuji masakan sendiri pulak, wakaka. Lepas dah borong nasi patah balik dari Slim river ke Trolak cari jeram kat Felda Trolak Timur ni, punya pening waze, kami pun naik pening cari jeram, nasib baik jumpa, ingat nak give up dah, nasib lerr jumpa air cendol santan pure guna kelapa sawit, bawak pi kelah sekali depan jeram. Syokk air sejuk macam ais uii. Tanya orang jual air cendol nasib baik boleh jugak mandi jeram sini. Adalah dalam 3 ke 4 kali pusing-pusing dalam Felda ni, tak jumpa jeramnya. 


Alhamdulillah setelah bertanya, pun sesat juga sekali, try pergi sampai hujung jalan mati baru jumpa jeramnya, padahal dah sampai situ masa first round, tapi punya takut sebab tulis jalan mati, terus pusing ke lain. Punya takut kat mati tu, sampai tulisan jalan mati pun takut nak try pergi tengok, al-wahn dalam hati cemtulah, Allahu, astaghfirullah. Suasana kampung dalam felda tu rasa macam mustahil pulak nak jumpa jeram, itu pasal kami pusing berkali-kali tak jumpa, macam  pelik kat mana tempatnya, paling hujung tempatnya.

Berbaloilah sampai Jeram Trolak ni, sungai jeram memang  cantik, bersih, air tenang,  sesuai sangat untuk riadah sekeluarga. Level air sini memang selamat dan agak cetek, bolehlah lepaskan kanak-kanak bawah 2-10 tahun main air sungai, ada part macam air sungai, ada part air jeram, pilih lerr mana satu suka. 

Kami pilih tempat hujung sekali sebab ada pasir, bolehlah anak main-main pasir sungai. Ada anak kecil tengah membesar ni, aktiviti paling best untuk diorang adalah main pasir, sebab itu jugalah permainanku masa kecil paling favourite, dia macam asyik tau. So parents kalau tak tahu nak bawak anak enjoy kat mana, bawa je pergi main pasir, insyaallah free je banfing masuk waterpark, themepark. Sekali sekala boleh terjah tempat moden, tapi kopak jugalah poket, zaman sekarang nak berak, kencing berbayar seringgit apatah lagi yang lainnya. So manfaatkan benda free sekeliling selagi jumpa peluang. 


Pemuda pemudi sini pun bagus sangat, nampaklah depa jaga kampung sendiri, bersihkan tempat orang berkelah, susun balik batu jeram yang di usik pengunjung. Korang datang tempat percuma macam ni, hargailah dengan jaga kebersihan, datang bawa barang-barang, balik nanti yang jadi sampah tu bawa naik kereta sekali, kalau tak kesian orang setempat, dari tak berpengunjung, jadi perhatian, terus tunggang terbalik, baik jadi tempat terpelihara takde pengunjung. Kadang betul juga orang dok bising jangan viralkan tempat-tempat cantik, sebab bukan semua orang tahu menghargai. Bila dah kena bayar itu ini, tahu pula nak complain itu ini tak kena sedangkan masa percuma tak reti pula nak jaga elok-elok. 

Bestlah datang tempat sebegini, healing free aje, nak camping boleh, nak sewa bilik boleh, harga bilik pun murah cuma rm100 sebilik tepi dekat jeram tu. Nak waze tengok youtube ni, boleh agak-agak mana tempatnya. Agak-agak pening tanya jelah penduduk kampung, depa lebih tahu, malu bertanya sesat jalan macam kami, sesat dua tiga round.

📍 FELDA TROLAK TIMUR , SUNGKAI,PERAK.

https://youtu.be/pK86-kE3aXo

Untuk camping dan bermalam sebaiknya maklumkan pada pihak koperasi Felda. 
No fon saya letak kat sini +60175417860(koperasi)

11.01.2022

Tips Bila Musim Hujan


Kita dah pun diingatkan dengan masuknya musim moonson  oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dimana semasa Fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat. Tengok realitilah, kebanyakan hari langit mendung, gelap, kadang berangin tak kira pagi, petang, malam menandakan bahawa monsun telah tiba. Sekarang di Malaysia hujan lebih kerap dari biasa, kalau tak pagi, dari tengahari, petang cuaca mula gelap dan hujan. Adakala lebat, atau gerimis berterusan. Jujurnya, musim ni seeloknya percutian ke tempat-tempat tertentu ditangguhkan seperti tepi sungai, jeram, air terjun, pantai dan sewaktu dengannya sebab banyak risiko bahaya menanti. Sebagai surirumah, musim ni lebih banyak rasa nak stay kat rumah, nak berjalan dalam hujan bukan tak syok tapi banyak renyahnya tambah lagi kalau hujan lebat disertai ribut. Takut pun ye juga, musim hujan apakata kita semua tingkatkan kesedaran masing-masing untuk berjaga-jaga. 


Yelah, musim hujan sekarang tak macam dulukala dah, hujan setengah hari pun dah buat banjir kat certain tempat apatah lagi kalau hujan berterusan dua ke tiga hari. Ambil pengajaran banjir mengejut yang berlaku kat Sri Muda dulu, tempat yang tak pernah jangka naik, air naik mendadak, tiada persiapan fizikal mahu pun mental untuk menghadapi banjir. Sekarang kat mana-mana pun dah ada risiko naik air kalau hujan lebat, so jangan pandang remeh musim hujan yang sedang kita alami ni. Persediaan itu sentiasa perlu. Ambil peluang ketika masih boleh buat persediaan awal ni. Antaranya:-


1. Periksa kebocoran, retak di sekeliling rumah. 
Masa hujan biasanya kalau dah lebat sangat baru kita tahu bumbung/atap rumah kita ada kebocoran. Periksalah rekahan disepanjang siling, dinding, paip bocor/tersumbat atau air paip menitis tanpa henti. Jika tak pandai DIY panggil saja pakar untuk selesaikan masalah kebocoran/keretakan yang berlaku. 


2. Bersihkan longkang rumah 
Pastikan longkang tidak tersumbat dan kawasan sekitarnya bersih. Hujan yang lebat dan tanpa henti dalam satu-satu masa akan menyebabkan air tidak mengalir dan lama kelamaan limpahan air berlaku sehingga air tersebut masuk kedalam rumah atau bertakung depan jalan. Periksa setiap sudut dalam longkang, dan pastikan semua kemungkinan besar serpihan sampah sarap terkumpul dan menyumbat longkang dibuang dan dibersihkan. Orang yang ambil berat tentang sistem longkang adalah orang yang bijak kerana ini bukan sahaja mengelakkan bau busuk tetapi juga menghalang serangga daripada membiak dan menyebarkan penyakit. Taburkan agen peluntur untuk menjauhkan tikus dan haiwan kecil lain yang mungkin cuba mencari perlindungan daripada hujan. Err, terutamanya 'sang cewe', ee nak sebut pun takut, ngeri membayangkan depa betapa kat celah-celah rak, tempat stor rumah musim hujan ni. 


3. Tukar linen sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu 
Musim hujan ni nak tak nak kena rajin tukar cadar terutamanya dari sebulan ke 2minggu sekali, dari 2minggu sekali ke setiap minggu. Kalau fikir bab tiada ruang nak  keringkan sarung katil dan cadar yang besar itu, memang malaslah tetapi kelembapan dalam udara boleh memacu bau yang kurang menyenangkan selain itu kotoran boleh merosakkan fabrik seperti tahi lalat kat fabrik mudah terjadi bila kain lembap dan tidak kering sepenuhnya. Adalah bijak untuk membersihkannya secara berkala semasa musim tengkujuh untuk mengelakkan kain, pakaian, cadar daripada rosak atau bilik tidur kita berbau kepam. Nak cuci kering fabrik saiz besar ni memang lecehlah, tapi dobi 24jam kan ada. Tambahan peringatan, musim hujan ni jangan kumpul kain yang dah pakai banyak-banyak, basuh dan keringkan sesegera mungkin, selain mengelak baju bau kepam, kita pun tak pening kepala tengok kain tak berbasuh menimbun, mana nak jemur, mana nak sangkut, sebab ruang jemur kain kat luar rumah tak boleh digunakan sebab hujankan. So jangan ditambah masalah pula dimusim hujan, takde baju nak pakai. 


4. Pembasmian kuman/virus
Ni satu kemestianlah sebab masa musim hujan ibarat karnival untuk lipas dan lintah dan pepijat, lalat, semut yang menjengkelkan  kelihatan di mana-mana sama ada didalam rumah atau luar rumah. Selain daripada risiko penyakit dan gigitan, serangga ini membiak di celah-celah yang jelas menjijikkan. Bersihkan semua sudut dengan teliti dan semak sarang atau sarang labah-labah. Pastikan lantai kering sebaik mungkin. Sapu atau spray cecair pembasmi kuman atau serangga yang selamat untuk memastikan serangga tak buat rumatangga depa kat mana-mana sudut tersorok. Selain itu, kalau koleksi buku anda banyak, tengok dan belek buku lembaplah paling dihiris-hiris jika rosak. Jika anda seorang pembaca yang gemar dengan koleksi yang banyak,  kerosakan buku tidak boleh diperbaiki yang disebabkan oleh kelembapan buku ye. Cara mudah adalah untuk menyusun penyerap lembapan dan memastikan rak atau kotak buku diletak alat penyerap kelembapan. Order Lazada atau shoppe je. Cari Dehumidifier moisture, boleh letak kat rak kasut, baju dan tempat sesuai dengannya.


 5. Prepping
Sebut prepping ni ramai tak faham, salahfaham, atau mungkin tak pernah ada kesedaran. Prepping lebih kepada ilmu, ilmu survival dikala ketidaktentuan cuaca berlaku, boleh jadi blackout bila banjir/hujan/ribut. Bagaimana ilmu tersebut kita gunakan dimana banyak halangan berlaku seperti ketiadaan air, elektrik, makanan, perubatan dan sebagainya. Ambil saja contoh masa banjir kat tengah-tengah bandar Taman Sri Muda dulu, kita yang tak alami banyak ibrah yang kita boleh buat untuk hadapi situasi tersebut jika berlaku lagi. Rumah kita tak pernah banjir, bukan jaminan ia takkan sesekali berlaku. Yang geng camper tu insyaallah depa dah 50% survival mode dah, kita yang tak terjebak dengan aktiviti sebegitu, jangan kecewa, ambil tahu dan belajar. Banyak dah geng prepping ni kasi panduan, tinggal kita saja nak buat dan praktik atau tidak, kerana segala mungkin boleh terjadi dimusim cuaca tak boleh nak jangka to the worst.