Selepas tempoh PKP hari tu, yes panic attack datang balik, even dah berjaya-jaga, tambah dah lama tak Jadi, tapi disebabkan terlalu tengok momokan media massa, datang balik benda tak perlu ni. Tambah lama tak kena cahaya matahari berkurung dalam rumah, need nature grounding badly, so balik dari kampung suami cari masa hujung minggu untuk grounding.
Lagipun bila dah start pkpp nak keluar mana-mana takdelah strict macam tempoh PKP dah. So kami ambil peluang keluar tukar udara berkurung dalam rumah, even setiap hari dah keluar dari rumah petang-petang teman anak main basikal, tapi bahagian mamanya tak lepas habis, kehkeh. Panik attack ni adik beradik anxiety lah, tapi kalau tak tahu root cause memang berpanjangan lah masalahnya, dah tahu root cause insyaallah memang boleh sembuh, dalam al-Quran hadis pun dah bagitahu, setiap penyakit ada penawarnya, tinggal kita nak percaya dan yakin saja. So antara healing proses yang bagus dan alami buat grounding buang ion-ion negatif dalam tubuh badan ni. Simple tapi besar impaknya. Allah dah sedia semua yang terbaik buat HambaNYA, manfaat kan apa yang dianugerahkan.
Ceritanya kami dah tempah online Embun Sahom Resort tempat favourite, sekali dapat call balik tempahan kami terbatal sebab takde bilik kosong dah, penuh. Huhuu, masa tu semua beg dah kemas siap masuk bonet kereta dah takkan nak simpan balik. So alang-alang dah macam confirm nak pergi tidur kat luar, anak-anak dah lain macam excited, kami teruskan jugaklah plan staycation, cuma kena cari resort lainlah yang berdekatan. Sambil gerak sambil Google cari tempat, singgah isi minyak kat Petronas, bagitahu suami, kat Gopeng tu memang banyak resort kita pergi jelah dulu terjah memana, kalau semua penuh patah balik tidur rumah sajalah. Then timbul kat Google Natasya Resort Gopeng ni, terus ku call tanya, ada bilik kosong, alhamdulillah. Dari nak terjah je, terus tahu destinasi seterusnya kami menuju Gopeng. Masa tu dah hampir tengahari pun, so suami cadang singgah makan tengahari terus sebelum pergi kat Resort.
Sampai kat Kampar kami singgah makan Restoren Nasi Kandar beratur, famous bukan main kena lah try sepukul, test sedap ke tidak macam orang cakap. Sampai je memang lah nampak orang tengah beratur, nama lagi kedai tu ada beratur, memang beratur lah jawabnya. Macam biasa menu nasi kandar, kalau tak kari ikan, ku layan sotong je. Lauk pun masih banyak dan panas-panas. Orang ramai pun still masih tak bersesak.
Ambil nasi beriani, lauk sotong goreng, telur sotong goreng, so nasi kasi bintang lepas makan tu dapatlah 3.5/5 bintang dari kami,suami cakap kalau nak makan nasi kandar original memang kena pergi Penang jugak, halah halahh dia punya alasan tu kan, kihkih. So selesai makan tengok langit dah mula gelap, punah harapan petang tu nak mandi jeram seround kat resort nanti, takpe kita pergi jelah dulu.
Dari Kampar terus ke Gopeng, nak cari Resort Natasya ni takde susah sangat, dalam kampung macam tu, sampai sana tengok tak ramai sangat pengunjung. Alhamdulillah, tu yang kita nak, kihkih, ramai sangat serabut gak kan. Bila dah sampai suami ambil kunci bilik untuk check in. Park kereta dekat bilik, terus angkut barang-barang masuk bilik, perut dah kenyang apa lagi landing jap, tunggu masuk waktu solat asar, kami pusing-pusing sekitar resort jap. Puas hati sangat sebab bilik murah tapi bilik menginap sangat worth it, luas, ada dua katil dan living hall, agak luas lah untuk kami 7 beranak ni. Part tempat tidur takde masalah. Kebersihan bilik pun tiptop.
Anak-anak dah sibuk ajak nak mandi jeram, cuaca mendung tadi pun dah bertukar panas balik, makanya kami bersiap-siap untuk rendaman air jeram round pertama. Segar otak tengok kehijauan alam, udara segar, angin sepoi-sepoi bahasa. Tengok air jeram macam tenang, tapi agak deras jugak airnya. Memang kena hati-hati sebab boleh hanyut macam tu je kalau orang dewasa pun. Masa petang tu ramai gak lah pengunjung datang mandi jeram. Ku tengok sajalah, masa anak-anak berendam air sempat lah grounding atas rumput Hijau tepi jeram tu.
Hampir sejam main air dan susun batu bata sungai, nak lewat petang dah, so semua beransur naik dari jeram air. Sambung main kat playground resort plak. Quite worth kat sini sebab agak lengkap, suami bagitahu biasanya resort tu tak terima group persendirian macam family ni, sebab resort tu target big group event yang besar datang untuk buat training. Memang sekali datang tu penuh resort dengan group je, datang dengan bas biasanya. Kira untung gak lah kami sebab biasa caj per/pax.
Sambil menunggu nak keluar makan malam, sempat lah lepak diberanda ambil angin hutan. Resort tak buka restoren pun kes sebelum ni masakan buat untuk pack dan masak sekali banyak, so bila dah buka untuk private small group, pihak resort tak sempat urus bahagian restoren so kami kena keluar lah cari makan kat luar. Keluar makan malam tu kami ke RNR Gopeng terus sebab situ memang port yang agak senang untuk pilih makanan sebab banyak pilihan. Balik dari makan semua dapat urutan eo dari mama termasuk apaknya, last person treat tentunya ibu rumah, dapatlah merasa relax lepas anak-anak tertidur lena lepas berlavender.
Pagi esoknya, semua dah bangun pagi awal kes nak mandi air jeram, sebelum mandi bab makan tak boleh delay, suami dah siap tapau kan dari gerai kedai dalam kampung tu jugak, layan makan nasi lemak dan kuih muih. Siap makan baru jam pukul 8 pagi, kami terus menuju ke jeram, still takde orang, apa lagi kami mandi sepuas hati, termasuk dakulah, puas hati dapat berendam air jeram yang sejuk macam air batu. Tambah lagi takde orang layan air jeram lagi masa tu. Syok betul, bila semua dah biru mulut tak tahan sejuk semua dah ajak naik mandi kat bilik. Elok je siap mandi, jeram dah start kena serbu. Alhamdulillah settle part mandi kami bersiap-siap untuk checkout dah lah, ingat nak pergi makan kat dalam jeram kat Sahom tempat viral tu, stail makan dalam air, sekali hujan rintik-rintik turun, tukar jadi misi cari durian.
Dari Natasya gopeng kami pusing sekitar, dah alang-alang sampai Gopeng kami singgah kat Gaharu Tea Valley. Memandangkan tempoh PKPP tak sepenuhnya lagi part operasi sesetengah Industri berjalan, makanya sampai sana boleh makan aiskrim sajalah sebab van panjat bukit belum boleh beroperasi, miss the scenery up there, tengok gunung ganang pokok Gaharu, insyaallah next time sajalah. Lepak-lepak sekejap kami bertolak balik rumah sambil selesaikan misi cari durian. Apapun untuk pencinta Alam sepertiku, Natasya Resort the best resort untuk berdamai dengan alam semulajadi, memang ciri-ciri hotel/resort pilihan ku wajib ada kehijauan alam, kalau tak rasa tak lengkap percutian yang mendamaikan. Takde TV Internet pun tak mengapa, asal boleh masuk tempat ala-ala hutan pun mood dah rasa ok sangat. What say you? Ada orang memang tak boleh takde TV, WiFi, antara the best place yang kami pernah menginap teratak kat Janda Baik, memang real place pinggir hutan, duduk dalam rumah papan pakej malam tu siap boleh tengok harimau kumbang hitam tu datang pusing kat rumah kami tidur, kihkih. Seronok. Kira Natasya Resort ni dah another level sebab lengkap semua pakej bercuti.
Catatan Menginap di Natasya Resort Gopeng
4-5 Julai 2020
Top Social