3 Hari 2 Malam Pulau Langkawi

8.07.2020

Sampai ke Pulau Langkawi macam mimpi rasa. Dalam wishlist memang adalah part nak pergi bercuti kat Langkawi ni maklumlah hampir 20tahun tak sampai sana selepas tahun 2001 percutian bersama keluarga dulu. Tapi memikirkan anak kecik-kecik ni nak naik feri ngeri pulak, dok imagine macam mana gaya diorang naik turun feri tu. Tak tahulah orang lain, tapi daku cemtulah anak-anak tengah galak explore dan aktif ni. Memang menarik sangatlah kalau dapat sampai sana tanpa drama. Nak di jadikan cerita mak mertua ajak kami pergi Langkawi, suami plak flip flop cakap tak tahu lagi cuti macam mana, yelah kuli kerja dengan orang ni macam tulah. Ku doa sajalah harap-harap dapat pergi sebab dah berkali-kali ma call tanya dapat pergi ke tak, harap sangat tak kecewakan ajakan mak mertua, sekali alhamdulillah last minit bos bagi cuti kat suami. Uiii happy bukan main la kita pun dapat join sama, tapi still tak cukup korumlah sebab abang ipar tak dapat join sama, tak dapat cuti. Apalagi hari kejadian pukul 10pagi kami dah siap sedia nak bertolak ke Perlis, siap dengan bekalan makanan tengahari, macam biasa lah kalau dah ramai anak ni, bekal makan wajib bawak lah, kalau tak memang kau plan cari pasal dan tantrum tak memasal akibat anak-anak mula berpeel. So nak tenang-tenang, standby lah apa patut. Selepas breakfast kat kedai, breakfast kat kedai tu bila nak keluar berjalan macam dah trademark plak, patutnya alang-alang dah masak bekal tu buatlah breakfast sekali, tapi ku punya perangai jenis malas nak masak breakfast kalau dah decide nak keluar berjalan, itulah salah satu peel tak comeii seorang aku, wakaka.


On the way perjalanan, alhamdulillah Alhamdulillah Allah permudahkan even tu pertama kali kami ke Perlis, smooth je berhenti isi minyak pun kat Perlis dah sebelum menuju ke Kuala Perlis. Masa tu dah pukul 12 tengahari, so janjinya kami semua berkumpul kat Kuala Perlis nanti sebelum naik feri ke Langkawi, family abang ipar dan mertua pulak 2 buah kereta dari kelantan. Sampai ke area Perlis boleh pulak baru sedar anakanda sulung dia naik kereta tanpa pakai selipar, dah satu hal lah plak nak cari kedai jual selipar kat sana, so sebelum menuju ke jeti kami pusing-pusing Bandar Perlis dulu sambil cari selipar untuk Harraz. Settle masalah selipar kami terus menuju ke area jeti Kuala Perlis tengok kawasan dan cari kawasan parking kereta. Kat sana ulat-ulat parking memang ramai lah, ikut je yang mana-mana nanti diorang tunjuk kat mana tempat parking yang kosong, so masuk tempat parking, caj RM30 gak kot untuk 3 Hari parking sementara kat  Langkawi. Lepas pada parking kami jumpa abang ipar kat area kedai makan, sambil lepak makan dan tunggu family dari kelantan sampai. Dalam 1 jam lebih jugakla menunggu, alhamdulillah semua dah sampai, minum-minum sekejap lepas tu terus kami ke jeti beli ticket feri. Sambil tunggu sempat lah settle solat apa semua. Bila dah nampak bayang feri datang semua pakat excitedlah kes dah lama sangat tak naik feri. Ticket naik feri ke langkawi untuk orang dewasa boleh beli walk in atau online, kami beli kat kaunter situ je, senang. Untuk yang dewasa RM18, dan kanak-kanak RM13 harga tu dari Kuala Perlis. Sambil tunggu feri sampai sempat lah semua selesaikan solat dan hajat kat tandas. 






Bila dah nampak feri datang ku pun kagum sebab dah canggih feri ya, ku pergi zaman 2001 feri masa tu menakutkan sebab kecik tapi ramai sumbat dalam satu feri tu. Uii takde benda lain ku fikir, paham-paham sendiri lah jenis penakut ni, haha. Pakat beratur dan naik ikut barisan, nasib lah semua behave. So bila dah make sure semua anak-anak dah naik, lega hati syukur sangat sepupu-sepupu anak yang lain dah besar sikit, so boleh lah minta tolong diorang tengok-tengok kan anak ku yang berbaris kecik-kecik ni, segala mak nenek perasaan ada bila bab naik turun feri tu, seram, seriau, ngeri dan sama waktu dengannya. Haniy Hajjar dah confirm berdukung dengan kami laki bini, yang 3 lagi tu, aduhaii tengah excited kan. Gerun jangan cakap lah tengok diorang berjalan sepanjang kat jeti Pulau Langkawi tu. Sejam lebih atas feri memang daku tak berhenti berzikir la sebab memacam fikir kat atas laut ni, nak tidur memang haram lerr tidal sama sekali ketika mana berada di situasi atas kapal bergerak cemtu,ngehngehh. Alhamdulillah sampai juga ke darat, ya Allah selamat semuanya. 





Terus ke tempat sewa kereta, terus keluar dari Complex Jeti tu, memang tak ingat dah awal tahun 2000 dulu macam mana rupa Langkawi. Mungkin banyak dah kot berubah, so sambil tunggu urusan untuk sewa kereta sempat lah hujan turun sekejap, alhamdulillah tak sampai 20minit kereta dan van dah ada kat depan, ambil sebuah van dan avanza. Masa tu semua tak tahu nak tuju mana, so terus jelah pusing-pusing tengok sekeliling. So tempat pertama kami singgah adalah Makam Mahsuri dan tempat cari kain batik Langkawi. Sempat lah masuk pusing tengok sekitar alam tu. Lama jugalah kami kat situ hampir dah lewat petang kami keluar dari Makam Mahsuri tu. Ticket masuk pun RM10 kalau tak silap, disambut dengan kumpulan gemelan, kami pusing dalam kawasan tu. Dari Muzium ke Makam Mahsuri, ke Rumah mahsuri, rumah penghulu, telaga mahsuri, nasib baik jugaklah ada gerai dalam tu, anak-anak dah start berzikir lapar lah, dahagalah. Ada juga kedai cenderamata dalam tu. Yang pasti berbeza sangat-sangatlah dengan zaman ku pergi dulu, tanah merah lagi semua tempat, termasuk gerai jual kain batik tu, kihkih. 




Ikutkan nak pergi tempat penginapan baru keluar balik untuk cari makan malam lepas pada pergi Makam Mahsuri tu, tapi alang-alang dah berpusing tu terus lah singgah tempat makan yang femes katanya Halim Gulai Panas, kari best katanya lah. So terus makan malam kat situ lah petang dah senja dah pun masa kita orang sampai situ, takde ramai orang lagi waktu tu. Nasib baik jugaklah decide cari tempat makan terus sebab semua energy dah drain teruk akibat mengangkut beg naik turun feri tadi, dan sepanjang hari duduk dalam kereta dan feri. Siap makan tu semua nampak tempat tidur sajalah, perut dah kenyang. Sebelum tuju ke tempat penginapan di pekan kuah, kami ke pantai cenang dulu kes nak beli ticket naik bot pusing Pulau Langkawi untuk Tour Mangrove Sungai Kilim esok, lepas settle, kami terus ke Pekan Kuah sebab adik ipar booking homestay kat sana. Sampai tu nasib lah senang dan tak sesat mencari.



Masa tu dah hampir pukul 9 lebih dah. Bila check in puas hatilah ada 6 bilik semua yang sangat selesa. Adik ipar tempah melalui Airbnb Ambil 1 banglo 3 tingkat. Berbaloi - baloi sangatlah bila datang dengan family besar macam ni, tempat tidur selesa even sekejap je. Ku dah berdebar tempat penginapan macam manalah ramai-ramai cemni nak duduk. Teringat dulu kami anak beranak bawak arwah abah berjalan ke Kuantan, kebetulan resort dan Hotel semua dah penuh, yang tinggal hanya homestay sahaja, ambil jelah tu je yang ada. Sampai je homestay arwah abah bebel "kalau takat nak datang tidur sini, baik tidur kat rumah je, takde beza pergi bercuti pun, macam tukar tempat tidur je" kihkih tersengih kami semua dengar bebelan abah. Betullah tu, tapi nak buat macam mana kebetulan peak season, nasib lah,atleast alhamdulillah semua ada dapat berkumpul sama-sama. So bila dah sampai kat villa ni tak sangka lah puas hati sangat sebab setiap bilik dah macam hotel pun, ada 6 bilik, 12 katil 7 tandas. Lebih 20 orang pun tak terasa sempit sebab villa tu teramat besar dan selesa. Lengkap dengan dapur basah, dapur kering, mesin basuh dan semua kelengkapan lengkap cukup dan memuaskan. Yang paling ramai anak ambil bilik yang banyak katil lah, kehkeh. Kami ambil bilik tingkat tengah, bilik kedua besar ada double bed 2,dan single bed 1. Memang recommended sangat villa cemni untuk yang datang beramai-ramai dengan ahli keluarga yang besar. Biasa kalau datang ramai macam ni tak best duduk asing-asing sebab tak boleh borak, bincang. So planning untuk esok macam mana boleh lah bincang pagi esoknya. Nak tempah pun mudah je sekarang ni, kalau tak trivago, korang carilah Airbnb lebih banyak pilihan. 





Malam tu settle mandi, tidur kan anak sementara ada setengah yang lain keluar cari barang makanan sikit standby untuk pagi esok. Asal letak kepala malam tu memang tidur teruslah kami anak beranak, punya letih dari pagi lagi. Bangun esoknya, makan ala kadar alas perut, kami bersiap dan keluar dari rumah pukul 9 pagi sambil cari port makan pagi kat area kampung sikit. Tak pekena nasi macam tak best pulak, siap makan terus kami bincang pergi naik bot pusing Laut Tour Mangrove Sungai Kilim, kami tak ambil hopping tour, sebab nak budak-budak rasa pengalaman masuk gua. Harga ticket ada dua jenis sama ada ambil yang perhead atau charter boat untuk kumpuan, kalau yang perhead tu dalam RM125/dewasa, RM100/kanak-kanak. Kalau charter boat tu tak sure berapa harga tapi dalam RM230 untuk sejam, RM500 untuk 4jam, yang kami pergi lebih dari sejam. Dalam masa tu pukul 10 pagi kot kami sampai kat Jeti. Memandangkan rombongan kami besar juga dalam 20 orang, makanya separate naik 2 bot, 10 orang satu bot. Sebelum naik bot settle dulu urusan masuk tandas bagai, beli topi satu sorang terus ke jeti untuk standby naik bot.





Masa ni semua excited, ku pulak berzikir Banyak-banyak sebab anak-anak nak naik bot ni wehh, bot plak bot laju, adoyaii. Tawakkal sajalah moga semuanya baik-baik, ku pun sama naik berzikir sepanjang bot bergerak, takut, excited in the same time. Menikmati pemandangan gunung-gunung batu kapur sepanjang laut so mesmerizing, rasa macam tak percaya, kagum sangat tengok kecantikan alam yang Allah anugerahkan. Tour Mangrove ni sangat worth it, Subhanallah cantik tak terperi, first pit stop kami berhenti tempat burung cari makan, enjin bot di bunyikan untuk menarik perhatian burung helang, driver bot buat apa dah lupa, tapi burung helang mula terbang berdekatan, umpan di beri kemudian 2,3 ekor burung helang menyambar makanan umpan. Alhamdulillah boleh tengok secara dekat, tapi bau laut sangat memdamaikan jiwa. I love so much that scene sebanyak mana I love scene of forest. Selepas hampir 30 minit kami bergerak ke another pit stop iaitu tempat ikan tembakul dan sekawanan monyet, tempat tu cantik sangat, pokok-pokok tembakau yang subur kehijauan, sambil mendengar cerita dari driver bot cerita tentang hutan bakau. Seterusnya kami ke gua buaya yang mempunyai terowong ke sebelah bukit sana, sayangnya masa tu air laut dah pasang tak dapatlah masuk pusing dalam gua tu dengan bot, lepas stay sekejap dalam 10 ke 15minit sambil dengar penerangan dari driver bot, kami u-turn untuk ke pit stop seterusnya melalui bukit-bukit yang terlalu cantik, subhanallah no word to describe dan terus ke gua kelawar. Beli tiket RM2 beli torchlight sekali untuk budak-budak. Anak-anak so excite sangatlah dapat tengok kelawar in real life. Sampai sana kami turun dan bot tinggal kan kami, selepas aktiviti pusing dan masuk gua kelawar baru driver bot datang balik. Masa tu, walaupun langit macam dah nak start hujan, alhamdulillah sempat lah kami masuk gua. Mula nak masuk gua tu bau menusuk hidung iaitu tahi-tahi kelawar tajam dihidu. Uii advance betullah anak bongsuku umur 6 bulan terus masuk gua, gua penuh dengan kelawar plak tu, wakaka. Tapi alhamdulillah semua ok, Haniy pun takde meragam apa, kenyang tidur, puas tidur bangun. Masuk ke gua kelawar tu dapatlah tengok macam mana spesis kelawar ni tinggal kat gua, hitam dinding gua penuh dengan anak beranak diorang. Uii, meremang tengoknya banyak sangat, keluar dari gua pusing tengok pokok-pokok bakau yang menyegarkan mata. Tapi yang buatku seriau kes ada sekawanan kera dah mula mengikut, sekali disambarnya beg orang yang berjalan kat belakang kami laki bini, menatang punya binatang, hahha ingatkan ada makanan agaknya, habis lipstick orang dikerjakan. Kesian kakak tu. Yang penting bukan serang daku, kahkah. Cukuplah peristiwa kena gigit beruk liar dulu kala. 







Apapun selepas pusing satu gua kelawar settle terus ke jeti naik bot untuk ke pit stop seterusnya. Kami dibawa ke laut lepas, Laut Andaman tak ingat apa nama dipanggilnya pusing tengok bukit batu kapur yang cantik beratur sepanjang laut langkawi. Ya Rabb yang ni tak tahu nak describe macam mana yang pasti I'll miss the best and beautiful place, kalau dapat repeat i'll repeat it, insyaallah amin. Selepas ambil gambar sekejap kat Geopark Kilim kami berpusing balik, dan sini kami singgah kat port orang bela ikan dalam sangkar laut tu. Masa tu dah pukul 1 tengahari dah pun, langit pun gelap macam nak hujan. So alang-alang berhenti semua pakat pergi tandas, sambil tengok ikan kat sana bermacam spesis dalam sangkar. Sekali dok bincang-bincang terus makan kat situ je, sebab lepas ni masing-masing akan separate, 1 kereta pergi tempat shopping, satu kereta lagi pergi ke underwaterworld. So pilih ketam, udang dan Ikan, uii bila makan Masyaallah nikmatnya makanan laut segar dari laut, ambil masak, memang tak merasalah kalau kat darat rasa cemni, isi ketam tu manis segar kental yang amat. Sedap sangatlah puas hati kami ratah seafood kat restoren sangkar tengah lautan. Siap elok kami makan, hujan gerimis turun, bersiap naik bot balik terus balik ke pengkalan jeti. Definitely TOUR Mangove ni pilihan terbaik buat pencinta Alam, I'll miss every scenery at there, sungguh indah dan menakjubkan. 











Dari sana kami terus ke pantai Cenang, ke Underwater World, dua keluarga 10 budak-budak, so kena bawak kat tempat yang luas dan free, takde kaca-kaca, mangkuk cawan gelas, hahaha. Sampai kat sana takde orang pun sangat sebab baru pukul 2 lebih. Beli ticket kami masuk, anak-anak jangan cakaplerr 'galok' bukan main. Dalam pada tunggu show penguin, sempat lah ku tilik satu-satu haiwan laut kat dalam aqua World tu, baca satu-satu word penerangan setiap jenis haiwan, nak cakap lamanya duduk dalam tu. Bila dah start persembahan kalut lah Semua bertsempit-sempit kat tempat penguin. Habis persembahan penguin makan ikan sambung persembahan bagi makan ikan kat memerang pulak. Nak tunggu kan diorang siap tengok show, lenguh jugak tapak kaki menapak dalam tu, kira worth it sebab anak-anak pun dah habis gaya kat dalam tu, dan start berzikir lapar. Singgah makan kat kedai luar tu je, sambil makan sempat lah masuk kedai bebas cukai sebelah cuci mata, memang pergi Langkawi masa tu takde intention pun nak Shopping, so memang masuk cuci mata semata-mata. Boleh percaya ka? Ya, harus percaya, kahkah. Tu pun ambil coklat je tu pun kes suami paksa pilih, sebab tak nak balik tangan kosong. Settle semua kat situ, kami deal jumpa group family yang pergi shopping kat kedai makan, makan petang merangkap malam terus. Sampai kat kedai semua dah siap terhidang dah, tunggu nak suap je.  




Alhamdulillah kenyang, kita orang decide pergi data ran Helang petang tu dah pukul 5.30 dah pun, sampai kat data ran Helang memang penuh tempat parking dan orang. Alang-alang sampai sini wajib lah ambil gambar kenangan. Punya nak cari port ambil gambar pun jenuh, tempat tumpuan macam tulah, nak tak nak tunggu giliran untuk dapat spot yang cantik, sambil pusing-pusing kawasan tu anak-anak dah aim nak main kereta. So dari petang sampai lah maghrib tunggu depa siap main, kita orang terus balik setelah seharian keluar hari tu. Siap mandi relax, suami ajak keluar pergi pantai Cenang, huu tak kuasa lah nak mengikut baik lepak atas katil, so suami keluar dengan anak-anak jelah malam sambil ku submit order subway untuk supper, wakaka. Entah pukul berapa diorang sampai ku dah lelap dengan anak bongsu keladi. Bangun-bangun terus makan plak sekali round, manalah badan tak melompat-lompat naiknya, haha. 

Pagi esok tu kira dah bersiap untuk checkout dah, ambil ticket feri pukul 11 pagi, so pukul 9 pagi tu kami semua dah settle berkumpul kat ruang tamu bawah sekali, dan susun beg dalam kereta, dari villa terus ke Jeti Langkawi, breakfast kat sana terus senang, nak singgah menyinggah makan renyah plak lah dengan budak-budaknya. Sampai sana kami serah kunci kereta sewa terus masuk tempat menunggu, masa ni memang bersiap siapalah nak naik feri balik kami last group yang naik sebab saja nak letak beg kat bahagian luar, senang nak ambil nanti. Masing-masing ada peranan lah macam mana nak turun feri, siap strategic bagai untuk elak bertukar atau hilang dan yang penting budak-budak lah tak hilang kat mata. Alhamdulillah by afternoon kita orang sampai kat Jeti Perlis, terus je punggah semua beg masuk dalam kereta, decide untuk makan kat pekan Perlis. Semua pun dah lapar kes breakfast alas perut je kat jeti Langkawi, so singgah makan kat restoren ala-ala kampung, selesa makan pun dah pukul 4 petang, so dari situ kami semua berpisah pulang ke tempat masing-masing kelantan, perak dan KL. Unplanned trip untuk kami sekeluarga sebab memang takde dalam plan nak ikut sekali, akibat kekangan suami bab cuti tapi alhamdulillah last minit dengan izin Allah sampai jugaklah kami ke sana, anak-anak lah paling gembira sampai sekarang pun they remembered everything lagi-lagi part tour mangrove tu means that tour sangat memberi kesan kat mereka, insyaallah next time we'll come again maybe for different tour plak naik sky bridge ke, aduii sebut pun dah gayat, tajam tapak kaki. Tak in real lagi, moga ada tour lain yang lebih harmonic dan bertenang-tenang.  Fuhh panjang betul entri ni kes malas separate buat part lain, kira cerita sekali dah ek, tahniah yang baca sampai titik akhir, kihkih. 


Langkawi Trip
9-11 November 2019