Ayam Panggang Kenny Rogers Mudah dan Sedap

12.29.2017



Semalam punya excited nak test oven bau kedai, haruslah rasmi buat something kan. Karang laki kau keluar ayat "beli buat tukun, baik tak payah beli!", kang sentap😆. Tambah pulak si Haddad bila tengok gambar ayam panggang kat pintu kaca oven "mama, saya nak makan ayam macam dalam gambar tu boleh tak?"


So terus lah berkira-kira dalam kepala ni nak buat apa. Teringat suami ada beli seekor ayam tak sempat siang lagi dalam freezer, terus lah ingat intai ig tokti ngidam makan ayam panggang. Alang-alang anak pun minta buat, kita buat jelah, kesian pulak asyik dok tanya soalan sama.


Seingat ika seekor ayam tu RM14, jimatlah. Lagi pulak kalau fikir nak makan kat kedai zaman sekarang memang fikir banyak kali. Kalau Ika faktor terbesar sekali sebab anak ramai, tak tahan dengan karenah memacam sebelum sampai kat kedai pun 4,5 kali singgah, sampai kedai nak tunggu makanan siap plak satu hal. Sekali sekala bolehlah, hihi.

Kitaorang lakibini memang dah lama tak makan kat kedai. Semua makana  yang teringin nak makan macam kat kedai Ika cuba buat kat rumah. Jimat tu memang jimat, lagi satu boleh control apa yang diguna dalam masakan untuk keluarga.

Kos makanan kat kedai sekarang pun dah bukan main mahalnya. Sedap dan terjamin kebersihan tu tak kira lagi, adalah sesekali rasa nak makan kat kedai tapau je, hihi. Sekarang memang kena hargai masa, kalau tak banyak masa habis layan tantrum anak kalau tak kena cara.

Nak lesskan benda serabut serabai nk kena elakkan awal-awal. Macam pergi shopping mall. Kiki.

Dan salah satu effort Ika jugak nak kurangkan MSG dalam masakan, so masak kat rumahlah jawapannya. Puas hati dan berbaloi sebab anak-anak boleh makan sepuas hati dan ulang makan.

So nak makan kat kedai kenalah masak ala-ala kat kedai. Apalagi, zasss terus defrostkan ayam. Sambil buat pes perapan untuk ayam panggang dengan bahan mudah aje.

Bahan-bahan:-
1 labu bawang besar
1 labu bawang merah
3-4ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu besar mix herbs (oregano, basil,rosemary, tyme)-kalau takde one of that dah ok
Suku keping gula melaka/1sudu besar gula merah

Caranya senang je, blend semua bahan, dan perap hingga 2-3jam, lagi lama lagi best rasanya, pes akan terserap kedalam daging ayam.

Bahan tambahan untuk hiasan:-
3 biji ubi kentang (rebus hingga separa masak sebelum dibakar)
1/2 batang carrot
1 biji tomato/ suku brokoli.

 Rupa ayam panggang dalam pembakar elektrik oven.

 Rupa sebelum dibakar.

 Paras rupa selepas dibakar.

 Hidangan lengkap seisi sekeluarga.

Anak-anak sukalah makan ayam ni.

Bila tanya suami, "ok tak ayam panggang ni? Cukup rasa tak?".

Suami cakap "ermm, sedap cukup rasa, puas hatilah tak makan kat kedai pun".

Berbunga hati jap, hihi. 2018 lagi struggle ekonomi kita, so masak kat rumah is our choice. Nak jimat boleh praktik bawak bekal dah untuk tahun baru nanti. Daa