Potty Train, Expected vs Reality

9.20.2016

Fuhh, lama tak menaip diari maya ni...alhamdulillah it's almost 3week our double H success in potty train. Betul lah jika kita dah berniat & doa minta dipermudahkan, insyaallah everything will be smooth. Masa kitaorang laki bini nak start potty train kira dah berapa kali niat,tapi tindakan takde,still beli pampers macam biasa,padahal dah niat nak potty train,sudahnya anak pakai pampers macam biasa. Sampailah tiba masa kami berpindah masuk rumah baru, hawaa plak dah hampir berusia 5bulan, kitaorang memang follow the flow je lah, kebetulan masa balik dari kampung, lupa nak beli pampers anak. Then si Haddad dengan sukarela taknak pakai pampers minta seluar dalam nak pakai.
So, bila dah macam tu ikut kan je kehendak haddad, siharraz pula berkeras nak pakai pampers macam biasa, so biarkan je abangnya pakai. Hari pertama & kedua, alhamdulillah takde pula adegan basuh lantai akibat kencing atau basuh najis anak,atau adegan tahan berak seperti yang kita bayangkan bila potty train!yang ada cuma tolong angkat Haddad letak atas mangkuk tandas je.. Selepas berjaya buang hadas besar kecil kat tandas, it's like he is champion to Haddad, so setiap kali berjaya buat camtu, the provocation word toward his brother seem push his brother diaperless too, hinggalah hari ke3 Haddad tak pakai pampers, harraz dengan relahati tak pakai pampers! Yeayy!
"Baguskan Haddad kencing kat tandas"
"Pandai Haddad kan tak pampers dah"
"Haddad dah boleh pergi sekolah dah kan?sebab pandai kencing kat tandas"
"Abang harraz pakai pampers lagi kan mama? Haddad dah tak pakai dah"
"Mama, Haddad bagus ke sebab tak pakai pampers?"
Those provocation word maybe push harraz to diaper-less, hahhah, good job Haddad..
Alhamdulillah, selepas hampir 3minggu, ada jugalah masa tidur malam terkencing atas comforter bila hujan, khusyuk tidur sampai tak sedar makpak nak kejut anak kencing. Tapi itulah nak cerita trainy potty tidak lah menyeramkan sangat, kikiki, takdelah adegan basuh comforter setiap hari, takde adegan kencing dalam seluar 538949201 kali sehari! Takde adegan lap najis atas lantai. Nope! So bersangka baiklah dengan anak-anak sendiri, they doing well more than we expect. Anak-anak memang terbaik! Appreciate their efforts..thank you my kids always the best to mom.

Tapi itulah dulu,masa pakai pampers, dua2 suka berebut siapa yang nak pakai pampers dulu, sekarang bila dah pakai spender, berebut  nak pakai spender warna & corak apa plak, sabar jelah mom..hihi

Love note to AH
Xoxo
12:51pm