Apa yang Surirumah Perlukan

1.14.2015

wahh cam bajet topik hangat pun ada ne...hahaha. well ini bukan desperate housewife, ini solehah housewife version punya topik. kadang2, ada betulnya juga bila ditanya..keje apa?dan dijawab HANYA SURIRUMAH, jawapan pun dah lookdown apatah lagi tuan yang merasa. Sebabnya golongan surirumah zaman sekarang berbeza dengan surirumah zaman dahulu. zaman dahulukala orang tak pelik bila jadi surirumah yang pelik bila mak-mak kita keluar bekerja berkerjaya, itu pelik!!zaman sekarang situasi dah terbalik, orang pelik bila kita jadi surirumah pasalnya banyak kekangan dan kekangan pulak bukan satu faktor, banyak faktor terutamanya bab kewangan. Apapun takyah pelik2 zaman sekarang housewife version dah bijak pandai cari rezeki dari rumah, disamping nak didik diri berdikari dan didik diri sendiri punya keyakinan. eh!surirumah sebelum ni takde keyakinan ke?well yang tu bergantung pada diri...kikiki, like me dulu memang rasa down sebab takde nothing yang boleh dibanggakan. hmmm, panjang lah pula intro.




First thing first apa yang surirumah perlukan SOKONGAN. Sokongan dari suami, keluarga, kerabat keluarga dan orang sekeliling. siapa cakap kerja surirumah senang goyang kaki?apa?berat punggung?! apapun taknak dipanjangkan sebab semua tahu apa kerja surirumah, selain bekerja 24jam sehari, public holiday pun takde, kerja surirumah memang berat. So tambah-tambahla pulak surirumah part-time yang bekerja siang hari, balik kerja settle pulak hal rumahangga, mana tak letih. So para suami please alert this, bila dah ada anak dan anak-anak beban semestinya bertambah. Tak bolehkah bertimbangtara menolong isteri ringankan beban. Bantu isteri buat kerja rumah, taknak jemur kain, tolong basuh kain, tak nak masak, tolong basuh pinggan, taknak mandikan anak, tolong layan anak vice versa. Ni, makan pun nak tunggu hidang, pinggan pun nak kena isteri basuh, ingat maharaja lawak ke?! Nikmat itu datang sekali dengan cabaran, takkanlah nak suruh isteri sahaja yang rasa nikmat dan cabaran, bahagian suami pula asyik merasa nikmat aje??!!Please be gentleman husband, as we wish kita nak buat terbaik untuk ibu kita buatlah terbaik untuk isteri kita sebagaimana besar pengorbanan ibu melahirkan kita sebegitu besar juga pengorbanan isteri kita melahirkan zuriat penyambung warisan.  Bahagikan tugas ok!!



Kedua APPRECIATE isteri/surirumah either yang fulltime ke part-time sama je. Hargai isteri samada kecil atau besar perbuatan isteri terhadap rumahtangga. Kerja rumahtangga bukan se-ringan memetik keyboard tapi guna kerahan tenaga. Bila isteri terlebih guna tenaga, lebih dari sepatutnya memang akan menjejaskan emosi kerana dah letih. Tak boleh nak fikir rasional dah, kadang-kadang benda kecil yang suami lakukan tak kena dimata isteri boleh jadi perkara yang besar disebabkan remehnya pandangan suami terhadap apa yang isteri lakukan selama ne. So just be alert, nak hargai isteri bukannya keluar duit pun, tapi kalau keluar duit lagi bagus!!behehe...ucap terima kasih pun isteri/surirumah dah berbunga-bunga, apatah lagi tolong urut-urutkan kaki ke lengan ke, spa kan terus. Tentu-tentulah isteri dan surirumah terlebih suka, sampai seminggu pun masih teringat romantika suami. hmm, nak gembirakan hati pasangan mudah sangat, nak dengan tak nak je^_^.


PROUD with your wife. yes!!ada ke suami yang malu ada isteri yang tak bekerja. eh, mestilah ada, adat manusia kan?!!bahaha..jangan merendah-rendahkan isteri sendiri tambah-tambah bila pergi majlis jumpa geng lama, rakan lama, kawan lama dan sebagainya. Part member tanya, wife ko kerja apa?terkebil-kebil, tergagap-gagap nak jawab. Why?!malu ka?!! siap ada yang keturunan tapir boleh pulak jawab isteri aku kerja makan tidur, perabis kan beras, ternak lemak, tu yang macam anak gajah!!oowhh, molek dan manis sekali jawapan sebegitu, haku sarankan bagi penampar badak pakej kombo tendangan halilintar sekali buat keturunan tapir macam tu ok, yang keturunan manusia rasanya takde masalah, miahaha... SEE!! kenapa tak boleh jawab dengan confident yang isteri surirumah jaga didik anak-anak kat rumah, domestic engineer bak kata raja shamri. Dah cukuplah, rasanya banyak lagi point yang tu make sense ok, takkanlah semua benda nak diharapkan dan diletakkan atas bahu isteri semata dalam rumahtangga, bekerjasamalah, itu lebih baik dan jangan tunggu isteri suruh minta tolong dulu, buatlah dengan seikhlas hati ye para suami. Matlamat suami isteri sudahtentu nak masuk syurga Allah sama-samakan, so sama-samalh berusaha dan saling ingat-mengingatkan.daaaaaaa