::special post~diet package tips::

9.18.2010

entri ne khas saya buat untuk pembaca blog neh, tak kisah la silent readers ke, hape ke..most important tips yang nak dikongsi iaitu "tips diet after raya"..yeahh!!tips neh penting sebabnya saya merasakan bahawa kenaikan mendadak harga barang berat badan mempunyai kebarangkalian yang tinggi pada musim perayaan pada sesiapa jua..hehe, agaknyelah??! atau pun saya seorang yang mengalami situasi tersebut..okei!tak nak mengaku takpe..hehe
pic source;  faqs.org
memandangkan aidilfitri yang disambut baru2 ne, atau raya sakan..semestinya juadah seperti lemang, lontong, soto, nasi himpit, mee sup, sate, ketupat, rendang dan bermacam-macam lagilah juadah menjadi santapan kita ye. Al-maklumlah puasa sebulan, seakan-akan membalas dendam pulak makan tu yew..maka akibat keseronokan makan tak hengat dunia, padah yang paling dielakkan oleh golongan wanita khasnya, badan gemop 
berisi atau berbeza dari sebelumnya..maka tips diet ini saya suggestkan untuk readers okei..mengikut kemampuan saya la, cakap saja tak buat tak payahla kan..heheh, so sama-sama kita berusaha mengamalkan nya kearah masyarakat malaysia sihat

tips 1: kita masih dibulan syawal kan?apa kata kita sama-sama amik keberkatan bulan syawal ne dengan puasa enam dan teruskan dengan puasa2 sunat pada hari isnin dan khamis, tak ke untung tu, pahala dapat, kesihatan pun terjamin..ngee

tips 2 : elakkan dari mengidam atau teringat-ingat makanan kesukaan atau makanan yang diidamkan, sebabnya kemungkinan ianya digantikan makanan yang tidak berkhasiat. sebolehnya gantikan dengan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan zat2 sihat. kurangkan makanan berlemak atau dengan kata lain tukar menu yang berasaskan sup, kukus, stim, bakar.hanya cadangan yew!

tips 3 : Disiplin.Ya!disiplin yang tinggi amat perlu untuk menjayakan diet yang cemerlang. nafsu makan tak yah cakapla sentiasa ada, bergantung tuan punya badan nak ikut ke tak nafsu tu.So point disini disiplin amat dititik beratkan, jangan kalah dengan kata perut anda yeww.

tips 4 : Untuk wanita khasnya, confirm la sedikit anti dengan berat badan naik ne kan, bukan nak cerewet ke ape, kesihatan yang penting!so kurus atau gemop berisi not the point, yang penting kesihatan yew!okei so untuk mencapai objektif diet, motivasikan diri anda sendiri dengan mengatakan BMI anda sekarang amat merisikokan penyakit, mencegah lebih baik dari mengubati, so nak tak nak kena jaga pemakanan, makan secara bersederhana, yang penting jangan paksa tubuh dan minda kerana ini akan menimbulkan STRESS!tak pasal2 dapat stress, padahal nak diet!takde hubungkait..cuba elakkan okei

tips 5 : Terima diri seadanya.Okei yang ne tips terakhir, tak nak banyak2 sangat. bak kata seseorang kurus tak semestinya cantik, gemop naik badan tak semestinya tak cantik, so dua-dua cantik.yang penting cantik luaran dan dalaman.Even badan naik mendadak, badan setongkol, pipi kembung, itu semua tak penting..kena set yew lam minda kita semua adalah unik, kita adalah kita, so badan berisi ke, badan kembung ke, jangan amik kisah sgt (biasanya kita sendiri la yang amik kisah, orang len wat derkk je kan??..ngee) , asal hati bahagia sudah, hehe..dan last word "Diri anda sungguh berharga"