Tiada apa yang mengujakan dan menyeronokkan kita bila anak sangat senang untuk diuruskan setiap hari.Alhamdulillah. Membesarkan baby bukanlah perkara rumit tapi banyak melibatkan emosi dan perasaan, adakalanya anak meragam berterusan memang membuatkan diri stress, dan yang penting penat fizikal mental. Once kita dah bergelar mama untuk anak-anak, memang tak dapat dielakkan kita akan rasa apa yang mak ayah kita rasa masa besarkan kita dulu-dulu. Anyway, my litlle khalifah Ahmad Harraz is almost 6 months on 24th this january. How time flies! Experience membesarkan anakanda dengan pelbagai ragam, insha Allah jadi panduan untuk adik Harraz pulak..kihkih=p. Bila mengingatkan kembali dari anakanda Ahmad Harraz dari umur 1 hari hingga ke hari ni, memang boleh menitis air mata..sangat menguji diri, Alhamdulillah, syukur yaAllah atas kekuatan yang Engkau titipkan buat hambaMu yang lemah ni..
**First Day New Born-1 months
Memandangkan Ahmad Harraz tinggal kat NICU selama 47hari, sangat memilukan hati bila tak dapat tatap wajah anak setiap masa, kalaulah disediakan katil khas untuk mama kat NICU tu, sanggup je nak tidur sana, tapi mimpi jelah!!. So gagahkan diri setiap hari berulang-alik untuk jenguk anakanda bagi magical touch untuk Ahmad Harraz. Sepanjang Ahmad Harraz kat dalam tabung tu, memang macam bayi lain jugak, menangis masa lapar, masa poo poo & menangis tika rindukan mama..ooucchh!pity my little khalifah..so meragam tak meragam hanya mak angkat Harraz je yang tahu, setiap kali sampai kat NICU, nurse yang bertanggungjawab jaga Harraz akan bagitahu details bila ditanya "Ahmad Harraz macam mana semalam?bole tidur tak?susu dah minum banyak mana?bla2bla2 nurse tu bercerita panjang..tak cukup pergi setiap hari, malam-malam buta teringat sangat kat anak call pulak NICU tanya condition Ahmad Harraz..pathetic!kahkah..yang penting i know my son always healthy and active itu dah cukup melegakan..Sesuatu yang sangat magic, nurse yang jaga Ahmad Harraz sentiasa bagitahu my son ne macam tahu-tahu if i come to see him, tengah elok-elok tidur lena, if i dah datang, belum masuk lagi kat pintu depan NICU, mulalah my son's body dah bergerak-gerak, tak dok diam..so cute!so nurse tahu ohh mama Harraz dah datang!!Satu perangai Ahmad Harraz yang sangat tak boleh tahan tengoknya sampai sekarang, setiap kali bagi salam masa dia tengah tidur, terus dia buka mata sebelah dan senyum pastu buat-buat tidur balik..geram, grrr!!
**2 months-3 months
After come back home, inilah cabaran sebenar sebagai Mama Ahmad Harraz, orang kata bayi bila nak berubah bulan memang meragam..uhuu, so memang sangat-sangat memenatkan dalam tempoh ne. Sangat!! Kena berjaga malam dan siang, tidur tak payah cakaplah memang tak cukup, berat badan memang turun merudum-rudum, muka cekung bagai mak ponti...tapi bab makan, tak payah cakap macam bulldozer, makan je selagi boleh..Dalam tempoh ne, Ahmad Harraz suka sangat menangis, kembung perut, tak nak tidur..dan macam-macam lagi, stress, memang stress, penat memang penat, tapi macam tulah bila beranak kecil..walaupun perit tapi memang menyeronokkan bila boleh tengok wajah anak setiap masa. Lepas seminggu keluar wad barulah buat perkara sunat untuk anakanda, mentahnik dan cukur jambul, Alhamdulillah niat termakbul jugak supaya Tok Guru Nik Aziz yang tahnik dan cukur rambut anakanda..sebabnya masa mengandung lagi dah niat siap-siap nak bagi Ahmad Harraz menatap wajah suci bersih seorang ulama..Ahmad Harraz (Yang Amat Warak), sangat cantik nama diberi suami untuk anakanda, semoga panggilan Mama untuk Ahmad Harraz setiap masa menjadi doa yang dimakbul, Insya Allah, berkat didikan jugak ye nanti..hihi.
**4 months-5 months
Alhamdulillah, setiap kesukaran ada juga hikmahnya, now Ahmad Harraz seorang bayi yang sangat happy bila waktu bangun tidurnya dan hari-hari yang dilalui sangat menenangkan. Awal-awal dulu setiap kali bangun tidur memang menangis je kejenya, so i keep remind him, Ahmad Harraz setiap kali bangun tidur kena senyum, barulah comel..sekarang memang Ahmad Harraz bangun tidur dengan senyuman, dah tak nangis-nangis dah, dan yang paling menyeronokkan bila Ahmad Harraz sangat suka berkasih sayang & peramah (instead use manja, karang jadi manja terlebih-lebih sampai besar, naya!so kena kurangkan perkataan manja) sangat suka orang memeluknya..gaya tidur Ahmad Harraz sangat fleksibel, asalkan letak atas dada, dah tertidur, asal peluk lama-lama dah tertidur, kadang-kadang main sensorang pun boleh tertidur..ee geram! Pantang tengok cermin, memang mengekek ketawa, ferasan comel!Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerah-Mu yang tak ternilai..Walaupun perkembangan anakanda lambat 2bulan ikut umur sebenar, umur knologi dah nak masuk 6bulan,(my son ada dua umur) it's ok as long as my son healthy, risau jugak ye tak meniarap2 lagi ni..go go my son!u can do it better..
**6 month and another coming season
Just praying that my son grow healthy and become a happiest baby..tak sabar nak introduce Ahmad Harraz dengan solid food..terasa rajin membuak-buak bab masak-memasak ni, tapi lemau bab kemas-mengemas..hihi..update soon..daa=))
Love&Faith
Greenapel,
Entah kenapa, semalam sampai ke kemuncaknya perasaan serba tak kena dan bersalah terhadap anak dan suami sampai terbawa-bawa ke mimpi dan mengigau..boleh tak camtu?!Sedar-sedar suami kejut pasal dok terjerit-jerit dalam tidur, tengok jam pukul 4 pagi..ohh!teruk sekali perasaan tu, sampaikan macam tu sekali penangannya, anakanda comel pun turut terkejut, tambahan lapar...pity my son!beristighfar panjang...i know what happen to me lately..terasa gagal untuk berperanan sebaiknya untuk menjadi isteri dan mama untuk suami dan anak..Merenung timbunan kain yang memenuhi ruang tamu tanpa dikemas, merenung lantai yang dipenuhi dengan lautan rambut dan habuk-habuk..teringat pula kain dalam mesin basuh yang hampir kering tanpa dijemur..teruknya!!Entah kenapa akhir-akhir ne rasa lesu, takde tenaga, lemau, dan semacam lagi perasaan, tambah lagi masalah yang ditakuti ibu menyusu mula menunjukkan belangnya..T_T'',i know Allah nak uji..Merenung kembali sedalam-dalamnya!Ya Allah terasa jauhnya diriku dari-Mu, Allahu Rabbi..Terus bangun dari mimpi yang mengejutkan tidur suami, bangun menunaikan tanggungjawab untuk anakanda kesayangan. Aku sujud memohon keampunan akibat terlalu banyak lalai dengan ujian dunia..sedih sangat perasaan, bila teringat soalan dari suami yang balik dari kerja petang semalam, sayang dah basuh seluar kerja abang?owhh, ya Allah, entah apa yang difikirkan akhir-akhir ne, yup, aku lupa!!Terus ke belakang mencapai baju hapak yang tak berjemur untuk dibasuh sekali lagi dan buat apa yang patut dengan seluar kerja suami..hmm, mengeluh panjang bila teringat jawapan suami bila ditanya semalam.."Awak lunch dengan apa kat tempat kerja?".."Tak sempat, banyak kerja, tak sempat nak keluar makan!" terpempan dengan jawapan suami...ohh, isteri apakah ini? terus ke dapur, menyediakan apa yang patut untuk bekalan suami hari ni. Bila difikirkan kembali, memang sedih, selama ne after kahwin suami selalu bawa bekal ke tempat kerja, tak pernah miss, until sampai beranak masa berpantang, my hubby keep messaging tell me that he miss my bento, miss my breakfast dan tak lalu makan sorang-sorang..4 bulan keseorangan!mengharungi hidup sebagai bujang tapi dah kahwin..u know what i mean..memang menyeksakan seorang suami!so i thought after confinement, the routine back to the normal, tapi jangkaan meleset, penat sehingga membantutkan rutin biasa..baru seorang anak, dah macam tu!-.-".I promise to myself kena rajin-rajinkan diri bangun awal buat bento untuk suami, promise to myself untuk lebih berusaha jadi isteri yang lebih baik..hmm, sayu merenung kitab suci, Al-Quran..rindu!sudah lama tak menatap dan meliti isi kandungannya, lalu mengambil dan mencium kitab suci "Ya Allah, apa dosaku tak dapat nak baca ayat suci-Mu hari ni!"..Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan harianku..amin..Bangun dari renungan yang panjang untuk menatap wajah suci si comel.."ya Allah aku mohon pada-mu semoga dengan kehadiran cahayamata dalam keluarga kami lebih mendekatkan kami pada-MU..Anak itu, anugerah, anak itu amanah dan anak juga ujian Allah..Allahuakbar, aku memohon keredhaan-Mu dalam kehidupan kami, amin...Insha Allah
Love&faith,
Greenapel
Berlalu sudah tahun 2012?apakah matlamat tercapai?cita-cita menjadi realiti?azam terlaksana?amalan bertambah baik? umur dah tentu bertambah saban tahun..anak bertambah jugak sempena tahun baru?banyaklah persoalan..tentu 2012 banyak peristiwa yang bakal menjadi kenangan kan....terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012..kan?kan?kan? So dengan semangat baru menaip entri baru ditahun baru sangat mengujakan..oh really?-.-..For me terlalu banyak rentetan memori sepanjang 2012, tu pasal malas nak recall balik memori then taip pastu recall back...uhh!!For easy recall back in my life story click therapy point button at left hand side..mm tahun baru ne didoakan semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik dan insan yang bertaqwa..insha Allah..amin! dan yang penting semoga menjadi penulis tak bertauliah diblog sendiri dengan lebih tegar..kahkah, hope so, not entri celup celup..sekejap ada sekejap takde..mean it!dan penulisan yang lebih bermanfaat buat diri dan readers.
For my little son, Ahmad Harraz grow up healthy dear,be anak soleh dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah..Be an al-Quran generation, Insha Allah, poor u son terpaksa berhadapan dengan generasi yang terlalu mencabar kini, mama harap Ahmad Harraz kuat semangat untuk menangkis segala cabaran dan fitnah dunia. Tak mudah mengalah dengan keindahan duniawi dan dijauhkan dari segala jalan maksiat. Didoakan kita sekeluarga berusaha untuk menjadi keluarga yang bertaqwa dan mencintai agama islam serta diredhai Allah dunia akhirat..insha Allah, amin! Hello, ne entri ucapan tahun baru kah?!kahkah=p..btw we miss kampung salor and bukit gading already..hope planning nak balik kampung berjalan lancar..oohh family!!ok, my son wake up..till then, see u in next entry..daa, wassalam.
Love&Faith,
Greenapel
Walaupun Pok eak bukanlah sesiapa, kalau ikut hubungan kekeluargaan pun jauh sangat, tapi keluarga kami tempat arwah menumpang kasih dan perhatian. Dia tiada sesiapa, hidup keseorangan.Terkejut juga dengan pemergiannya secara tiba-tiba namun alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Tubuh tuanya yang terbongkok-bongkok, tiada siapa sangka kadang-kadang dia berjalan kaki berkilometer jauh disebabkan pemandu bas yang kurang adab tidak mahu berhenti dan sengaja mungkin. Hanya berjalan kaki untuk mencari sesuap makanan untuk diisi. Kedai kopi lorong rumah memang menjadi tempat wajib makannya, tanpa bayaran!Murah rezeki Pok eak, ada je orang yang bersedekah. kadang-kadang 3 bungkus atau 4 bungkus nasi dimakannya. Jika nasib tak baik, nasi dah habis..persinggahan wajib selepas makan tentulah rumah kami plak. Sambil menyapu laman rumah terdengar suara jeritan Pok eak marah-marah, membebel sorang-sorang, itu rutinnya...adalah tu orang yang buat dia marah. Habis menyapu, pintu rumah sentiasa menjemputnya masuk, segelas air teh dan dua keping roti buat pembasuh tekak. Kalau belum sempat menjamah nasi, dibagitahu nasi kat kedai kopi dah habis, tak makan nasi lagi. Bukan susah melayan orang tua Pok eak, letak sebukit nasi dan dua biji telur mata, itu dah cukup baginya untuk bekalan perut seharian sebelum jumpa makanan keesokan paginya pulak. Pok eak tak minum air sirap, katanya darah, tak makan mee goreng katanya cacing, tak makan ayam tak dimasak hingga garing katanya mentah. Tapi buah pisang adalah kesukaan Pok eak. Walaupun akalnya kurang tapi ingatannya kuat, takde penyakit.
pic:satu-satunya gambar kenangan dengan arwah..
Tiap-tiap bulan ayah tolong bawa Pok eak ke MAIK untuk ambil duit zakat, kalau ayah tak sempat kitaorang anak-anak yang tolong bawakkan jika kebetulan ada bercuti dirumah..Peristiwa lalu yang menyebabkan Pok eak kesejukan masih terkesan dihati..huhu, sedih betul menyusahkan orang tua Pok eak. Setiap kali nak raya, ayah belikan satu kemeja lengan pendek, sepasang selipar dan kain pelikat. kalau Pok eak tak berkenan dengan selipar pilihan ayah, maka selipar ayah kat tangga rumah jadi mangsa, Pok eak tukar...hehe, dan peringatan wajib sehari sebelum raya "Pok eak!esok raya, nanti pakai baju baru" kalau tak, kemeja hapak, terkoyak dan lusuh jugak jadi pilihannya. ermm, sekarang semuanya tinggal kenangan, tiada lagi suara bebelan marah-marah Pok eak, tiada lagi pintu rumah digoncang-goncang menggila jika lambat buka pintu..dan tiada lagi orang tua Pok eak yang teramat kasihan bila berjalan-jalan ditepi jalan raya dibawah panas terik mahupun hujan. Tiada lagi kerisauan keluarga siapa akan menemani Pok eak disaat-saat terakhirnya. Terima kasih Allah hadirkan Pok eak dalam keluarga kami untuk memberi secebis kasih. Sesungguhnya disana tempat yang paling bahagia buat Pok eak, semoga arwah tergolong dalam hamba-hamba yang beriman.Al-fatihah.
Bila dah berkeluarga ne, keperluan pun dah lain, kehendak pun dah berubah. Space really important walaupun dulu fikir semuanya takde masalah..ruang kecil?terhad?ala, main sebat je lah..tak jadi masalah. But we don't know how important until one day kita nak travel balik kampung atau pusing-pusing satu malaysia the space really a big problem bila melibatkan kenderaan untuk ke mana-mana. Tambah pulak dah bertambah ahli keluarga ne. So nak membeli something yang really big pun dah pikir banyak kali, muat ke tak sumbat dalam bonet kereta, makan ruang ke tak?rugi space ke?Bertambah-tambah payah bila nak travel jauh, barang nak bawak pun dah bertambah, yang anak lagi, yang mak bapaknya lagi, tak campur lagi bila dah balik kampung, nak mengangkut segala barang mak nenek dari kampung pulak kan..So mission mencari kenderaan baru semestinya harus diteliti dari segi kemampuan membayar i mean really affordable, flexible yang boleh menjimatkan ruang bonet kereta yang dah sedia sempit..gaya pun penting jugak, tapi kalau beli kenderaan yang bergaya je, tapi makan ruang memang sia-sialah kan..hehe-_-'
Kenderaan yang dimaksudkan bukanlah untuk orang dewasa, untuk budak comel tu, pasalnya dah tak larat nak mengusung bodynya yang padat...first round okei lagi, tapi kalau dah shopping mall bertingkat-tingkat mahu pengsan bawak anakanda Harraz yang mula membulat dengan jayanya..Harraz pergi testing dulu yang mana sesuai...memang rambang mata tambah plak sekarang YES!!ohh my, sabar jelah rasa nak borong satu rak baju jugak untuk Harraz geram je tengok..tapi nafsu tetap nafsu, nasib boleh kawal..heheh=p. Kesimpulannya pilihan tertakluk seperti yang dibebelkan, 3 wheeler memang cantik bergaya, tapi sayang, kalau sampai buat barang lain tak muat nak letak dalam bonet disebabkan dia, just kick out from the list, nak yang berzapp zapp, tak mampu and never to have it macam tak berbaloi pulak habiskan banyak duit sedangkan boleh save untuk banyak perkara lain..kihkih^_^. So next month mission merembat kenderaan untuk anakanda, pilihan masih takde pasalnya dah pening banyak sangat yang cantik dan affordable..owh, my son!
Subscribe to:
Posts (Atom)


Top Social