Bila dah berkeluarga ne, keperluan pun dah lain, kehendak pun dah berubah. Space really important walaupun dulu fikir semuanya takde masalah..ruang kecil?terhad?ala, main sebat je lah..tak jadi masalah. But we don't know how important until one day kita nak travel balik kampung atau pusing-pusing satu malaysia the space really a big problem bila melibatkan kenderaan untuk ke mana-mana. Tambah pulak dah bertambah ahli keluarga ne. So nak membeli something yang really big pun dah pikir banyak kali, muat ke tak sumbat dalam bonet kereta, makan ruang ke tak?rugi space ke?Bertambah-tambah payah bila nak travel jauh, barang nak bawak pun dah bertambah, yang anak lagi, yang mak bapaknya lagi, tak campur lagi bila dah balik kampung, nak mengangkut segala barang mak nenek dari kampung pulak kan..So mission mencari kenderaan baru semestinya harus diteliti dari segi kemampuan membayar i mean really affordable, flexible yang boleh menjimatkan ruang bonet kereta yang dah sedia sempit..gaya pun penting jugak, tapi kalau beli kenderaan yang bergaya je, tapi makan ruang memang sia-sialah kan..hehe-_-'
Kenderaan yang dimaksudkan bukanlah untuk orang dewasa, untuk budak comel tu, pasalnya dah tak larat nak mengusung bodynya yang padat...first round okei lagi, tapi kalau dah shopping mall bertingkat-tingkat mahu pengsan bawak anakanda Harraz yang mula membulat dengan jayanya..Harraz pergi testing dulu yang mana sesuai...memang rambang mata tambah plak sekarang YES!!ohh my, sabar jelah rasa nak borong satu rak baju jugak untuk Harraz geram je tengok..tapi nafsu tetap nafsu, nasib boleh kawal..heheh=p. Kesimpulannya pilihan tertakluk seperti yang dibebelkan, 3 wheeler memang cantik bergaya, tapi sayang, kalau sampai buat barang lain tak muat nak letak dalam bonet disebabkan dia, just kick out from the list, nak yang berzapp zapp, tak mampu and never to have it macam tak berbaloi pulak habiskan banyak duit sedangkan boleh save untuk banyak perkara lain..kihkih^_^. So next month mission merembat kenderaan untuk anakanda, pilihan masih takde pasalnya dah pening banyak sangat yang cantik dan affordable..owh, my son!
Top Social