::Entri sebelum Beraya sakan...err sakan ke??::

8.29.2011

27 Ogos 2011
Bertolak balik dari Shah Alam ke kelantan mengambil masa 13jam sebelum sampai kekampung halaman. Alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama untuk balik, yang penting selamat sampai. Dari pukul 3 pagi bertolak sampai kat salor lebih kurang pukul 4 petang. 

28 Ogos 2011
Berehat secukupnya sebelum menyelesaikan urusan mengemas rumah. Selesai mengemas sebelum tengahari. hihi...semangat jugak rupanya. Ingatkan takde feeling dah...yelah orang kata semakin kita bertambah umur, feel nak raya tu dah kurang sikit melainkan rasa gembira masa buka puasa dan satu lagi nak meraikan kemenangan menjalani ibadah dibulan puasa. Owh kuliah subuh tadi ayah bagitahu ada 4 golongan manusia yang tidak diampunkan dosa oleh Allah s.w.t

  • Golongan yang menderhaka kepada kedua ibubapa
  • Golongan yang memutuskan hubungan silaturrahim
  • Golongan yang berhasad dengki
  • Golongan yang minum arak...

Nauzubillah, semoga terhindar dari tergolong dalam golongan macam tu, aminnn


29 Ogos 2011


Bersiap sedia untuk turun padang melirai roti jala. Alhamdulillah tahun ne tak banyak sangat amik tempahan sebabnya kekurangan tenaga. So maaf bebanyaklah kepada yang datang berkali-kali setiap hari merayu simpati nak buat tempahan tu terutamanya yang duduk dekat sekitar kampung tu. Pengajarannya buat tempahan awal-awal okei. Jangan datang sehari dua sebelum raya cakap anak nak makan roti jalalah, itulah, inilah(eh emo plak),...reason tak diterima, bukan nya tak tahu tiap-tiap tahun macam tu jugak pe'elnya, patutnya awal-awal lagilah tempah kan..entahlah tak faham orang ne ye..-_-"...huhu...lain kali tempah dulu, cancel last minute takpe la (untuk produk roti jala je boleh buat macam ne)...

Baju raya dah siap bergosok tema tahun ne putih, kuih kerepek raya semuanya tunjuk je tahun ne, pasal tak sempat nak membuatnya. Apapun paling meriah tahun ne, kat masjid buat makan-makan dan potluck.. ai bet memang meriahlah pasal boleh salam dan kenal-kenal anak-anak kampung jiran sebelah sana sinun bersalaman sambil makan juadah raya sebelum menziarah kubur..Pembaharuan kot yang dibuat Sultan Kelantan (Sultan Muhammad) Alahamdulillah...julung-julung kali ni...hope jumpalah rakan taulan yang berdekad tak jumpa...hihik...

Apapun buat rakan blogger terutamanya Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin, even kita tak pernah bersua muka, namun penulisan kat dunia blog ne harap membina ukhhuwah dan silaturahim yang berpanjangan...semoga catatan yang ada kalanya mengguris hati di blog yang tak bererti sangat, hanya untuk mengisi masa senggang diharap diampun maafkan(ehhh...cam pelik bahasanya)...0-0...meh salam-salam^_^

Note: Off masuk kampung sebelah pegi rumah mak minah melirai roti jala...owh menu tahun ne untuk open house tentulah roti jalan, rendang(testing buat tahun ne, tahun depan dah kena masak rumah mak mertua dah,hihik...insyaallah) dan soto.

::Lagu Raya mula memainkan peranan dalam mood pulang Beraya::

8.26.2011

hehe, time ne memang betul-betul feeling bila dengar lagu raya...yelah bila ramadhan pun bakal meninggalkan kita, sayu rasanya...entah ada peluang ke tak jumpa lagi ramadhan akan datang, itu hanya Allah yang tahu...sebak rasa hati...masa awal nak masuk bulan ramadhan comfirm tv radio dah sibuk dop mainkan lagu raya...time tu memang rasa tak suka sikit bila dengar lagu raya sebab yelah puasa pun tak lagi tapi ...dah sibuk fikir nak raya...hmmm, entahlah...tapi bila layan lagu raya time 2,3 hari nak raya ne memang buat betul-betul meremang-remang nak beraya...muahaha, lebih-lebih pulak... petang ne dah bertolak balik ke Shah Alam...insyaallah doakan perjalanan berjalan lancar, amin...

Dalam banyak-banyak lagu raya, tentulah yang version evergreen, tak sakit telinga mendengar dan part paling feel bila dengar tu hati pun jadi tak keruan teringat kat kampung...hihi, salah satunya dendang perantauan, satu hari dihari raya dan banyak lagilah lagu raya lama-lama yang beri kesan bila kita dengar. Kenapa lagu raya sekarang takde yang bagi feeling macam tu ye...mmm, wondering-_-?...

Note: hati gembira^_^

::Luahan Hati menjelang Aidilfitri, mood raya datang::

8.25.2011

hmm, punyalah lama buka create post neh...baru boleh menaip pasalnya idea nak menaip takde...nak buat camne fikiran dah kat kampung halaman dah...insyaallah subuh esok dah bertolak balik ke kelantan...kereta memang dah penuh sakan dah dengan barang-barang kawen, dengan kuih kerepek rayanya...eksaited memanglah!tapi lagi eksaited kalau boleh balik awal lagi...tapi nak buat camno...kenolah tunggu adik kesayangan habis keje esok...yang penting dominos wajib amik yang triple...adeii, tamak betul!rasanya memang dah ramai yang bertolak balik kampung esok...tak pastilah perjalanan balik ke kelantan kali ne mengambil masa berapa jam...huhu, harap traffic okei...mmm, takleh nak jamin jugak...takpelah yang penting selamat sampai dikampung halaman...buat yang diperantauan macam saya, berhati-hati drive....even kita berhati-hati, orang lain tak berhati-hati, tak guna jugak...so diharapkan semua pemandu jalanraya memandu secara berhemah...jangan menyusahkan pengguna lain, kita dijalan yang sama...so janganlah pentingkan diri sendiri ketika memandu... pandu cermat, insyaallah semua selamat...semoga kepulangan ke kampung dilindungi Allah s.w.t...amin^_^
Raya kali ne kurang meriah sikit sebab mak minah(nenda) tak ada, raya ke-4 baru pulang dari kota suci mekah bersama rakan-rakannya...nak buat acara melirai roti jala pun dah kurang meriahnya pasal ahli yang melirai dah berkurang...cian cik ani saya (mak sedara) assistant dah berkurang...semua tempahan dari regular customer terpaksa ditolak akibat kekurangan pekerja...makanya roti jala tahun ne buat khas untuk anak beranak sahaja, mungkin tahun depan meriah sikit acara buat roti jala, ahli keluarga dah bertambah lagi, harap makin rancaklah...hehe (eh, hint kat en.azham, tak terasa ke...hehe)...kena rajin-rajinkan diri lah ye..hihik=p

Note: ooo...tak sabar nak balik kampung

::Amat Boring jika Kotak Hiburan itu tiada diwaktu tertentu, serius!::

8.24.2011

yup, yang ne memang serius boring jika kotak hiburan tu takde. Maknanya kenalah ada jugak...so tu yang bersungguh datang ke ampang nak mengadap cerita feberet....apapun jika dibanding dengan jalur lebar mungkin sama penting kewujudannya...hehe=p
apepun dah terlepas gossip girl untuk beberapa episod, yang tu mungkin sebab lain...g layan oblong agaknya...he



note:tak sabar balik raya...i miss my nenda

:: Preggy Mummy at Wedding Ceremony, Nada Annoying...grrr::

motif saya buat entri ne tak diketahui kenapa, tajuk pun!!!!!!baru tergerak hati nak godek album masa balik cuti bulan Mei haritu...kebetulan sebelum wedding kakak saya haritu, yani merangkap bekas weekend housemate  melangsungkan perkahwinannya. So pergilah kenduri sana, makan-makan, tangkap gambar...nasib baik kesihatan masa tu still okei...takde mabuk-mabuk... almost 3month agaknya isi dalam perut tu...sampai sembap naik ke muka...haha=p...adeiii, apesal buat statement camne...arrrghhh, takmoooo...boleh bagi tips camne nak kurangkan pipi tembam...huhu...masa tu berat badan naik mendadak dari 49 ke 57kilo...grrr, terlebih BMI...huhuk...sekarang ne dah kira okei, cuma pipi je terlebih isi...
pic: hmm, terus boleh imagine camnelah rupa akan datang nanti, burokkss...adeii, terlebih imaginasi-_-'

note: mak saya pesan kurangkan tidur siang hari...barulah pipi tak tembam...asal cam tak nampak hasil je...T_T