Diet

2.06.2024

Alhamdulillah kenyang part kunyah bahagian pagi. Bila cakap pasal diet ayah akulah orang yang paling banyak bebel.


"toksoh dok berdietlah, kito ore nyusu kena makey, keno ado tenago nak nyusu anak, nak carro ko anok lagi",


Aku tersengih-sengih dengar bebelan ayah. Serius, tahun ni walaupun dah enam orang anak, hidup sangat teratur dan terurus termasuk bab emosi dan mental.



Teringat zaman anak dua, memang rupa aku macam hantu Kak Limah, tunggu suami balik macam jerangkung tunggu mangsa nak dijerkah Dan dikokak kokak. 


Nak menghambur segala penat tak terperi. Mana aku tak garang, kadang sehari tu aku tak sempat mengunyah pun. Betullah orang kata perut lapar ni buat orang baran, bukan laki je, perempuan pun sama, tapi tulah in sopan version ada, buruk version pun ada. Iols kalau lapar memang buruk perangai. Hah, mengaku terus, hahaha. 


Asal nak mengadap pinggan yang tu "yuyaa yuyaa meraung, terus mati selera nak menelan",


Betullah kata ayah "perut jangan bagi lapar sangat, kalu dok bekenglah, beraso nak makey ore",


Betullah tu. Memang masa anak dua tunggang langgang hidup aku. Mana tak mental sebab banyak marah, lepas tu menyesal, ulang 7492902 kali cemtu, jemm rasa. 


Sampai tak sedar dah teruk sangat. Tahap suami ajak balik kampung pun aku rasa benci nak hadap semua orang.


Stress, depress, letih yang amat, tak campur lagi bab fizikal yang sangat teruk akibat kesan sampingan cucuk perancang, macam belon dari muka sampai kaki.


Dulu orang anak aku rasa macam ada sepuluh orang.
Alhamdulillah bila anak dah enam, tetap rasa ada enam orang anak, wakakka.


Teringat kata-kata pak saudaraku, "beranaklah selagi boleh, muda-muda masa ada tenaga ni",


Betul yang ni ku setuju sangat. Bila dah rasa senang cemnilah. 
Cuba masa jem otakk memang tak setuju. 
Tapi masa waras dan rasional, memang ku setuju. 
Dan ramai jugak yang tak setuju kan.


Tapi bagi Ika yang dah lalui fasa anak berceretekk kecik cemni, kami sangat rasa Allah permudahkan urusan. Takdak daya upaya kami, melainkan pertolongan dari Nya jua. 


Rasa tak banyak karenah, sebab diorang tak banyak beza keperluan dan kehendak.


Kadang Allah uji kita dengan benda yang kita tak nak dan tak suka, dan seriously aku pernah niat nak tangguh dulu mengandung masa awal kahwin konon nak honeymoon dulu.


Dan sejujurnya aku pun tak suka budak. Sejak budak-budak, naik remaja, jadi dewasa ku tak suka budak. Sungguh. Tengok pun suka, apatah nak layan. Tapi itulah, 360° Allah kasi hati berbalik. 


Tapi Allah bagi awal-awal. Pastu beratur pula tu,  diluar kehendak aku sendiri. Jadi pecinta budak. 


Penat kot cara ke anak ni, tapi tu lah kita ni manusia, tetamu plak dibumi Allah. Tuan rumah tahulah apa yang terbaik untuk tetamunya.


Bila kita belajar tentang redha, dan ilmu mengenal Allah, Masyaallah ku syukur dengan apa yang Allah kurniakan.


Belajar bersyukur buat hidup lebih tenang.


Macam jugak bab pindah rumah ni, sungguh tak suka pindah rumah baru ni, tapi Allah ni  tahu apa yang kita tak tahu.


Terlalu banyak persoalan dalam diri akhir-akhir ni, semalam baru berani buat garfu tala. Dan ini yang Ika dapat. LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۗ Ùˆَاللَّـهُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).


Manusia Merancang Dengan Cita-Cita. Tapi Allah merancang dengan cinta.


Untuk mak-mak yang rasa lelahnya hidup, take a time, lepaskan. Jeritlah, keluarkan air mata mu, luahkanlah jangan disimpan. 


Juga bab nak diet ku malas nak sebut depan ayah, confirm ayat "nak diet gapo lagi nyo, kurus doh tu. Kurus terlajok tok comei, sedey-sedey molek doh tu" dalam pada masa yang sama ku dah sauk baju double XL instead of XS dulu. 


Mak terus menyampuk "hah! jangan dengar cakap ayah tu, anak-anak dia comel sedey molek belako, kito tu tukar saiz doh tak kaba-kaba, sedak makey sokmo, gi nuhh exercise". Ahh pedas menusuk, jadi ku dengar cakap mak. Mak always betulkan? Hahaha


Throwback zaman dedulu, kita semua pernah kurus. Alhamdulillah, senang banget ya buu! Tu yang berlipat-lipat perut sekarang. Tengah love hate relationship dengan penimbang. Emosi ups and downs. Oo Allah give me strength. Nak menulis takde mood. 


Atikah Mat
Catatan selepas 'me time'. 
Masih on mode berkejar bayar hutang.



Galeri Rumah Lat

1.18.2024

Korang mesti familiar dengan cerita Kampung Boy kan? Bagi generasi sekarang, Ku tak tahulah, tapi anak-anakku antara peminat cerita Kampung Boy, lawak, tapi berisi. Kalau depa mengadap tengok tak sah kalau tak ketawa. Ulang tengok pun depa tak pernah puas, mungkin gambaran dan suasana dalam cerita Kampung Boy dekat di hati mereka, dan juga tentunya daku yang pernah melalui pengalaman membesar dikampung, real gitu jadi kartun/bacaan Kampung Boy ni masuk dengan jiwa. So anak-anak walaupun depa tak membesar di Kampung, setiap kali balik Kampung, segala yang mereka lalui kat Kampung boleh dikatakan lekat kat hati mereka. 





Ceritanya Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah, Perak yang dibina atas tanah keluasan 0.0412 hektar untuk menyimpan semua hasil seni yang telah diciptakan oleh Datuk Lat sepanjang karier beliau dengan menempatkan segala koleksi lukisan, barangan peribadi dalam sebuah rumah copy paste betul-betul seperti yang digambarkan dalam koleksi lukisan beliau. Galeri Rumah Lat ialah galeri seni yang menempatkan hasil karya seni, memorabilia dan bahan-bahan berkaitan kartunis Malaysia, Lat. Replika rumah Kampung tradisional berasaskan kayu ni memang rare, sebiji seperti rumah asal Datuk Lat. Feel in love betullah dengan rumah Kampung ni, terutama bab dapur kayu tu. Datang ke Galeri Rumah Lat pun unplanned, nak datang settle hal lain, sesambil tu dah ada kat tempat Batu Gajah, singgah Galeri ni. 




Ku pernah merasa, guna dapur kayu sebegitu, sempatlah tengok scene nenek jemur badan kat dapur kayu berdiri depan dapur tu merasa haba panas untuk kurangkan rasa sakit tubuh bila balik dari sawah padi dan kebun tepi alor. Nostalgia betullah. Kalau datang ke Ipoh datanglah ke Galeri Lat ni, masukkan dalam Initiery sekali dalam trip bila datang Ipoh, datang semata nak masuk lorong-lorong cuci mata tengok orang jual barang-barang saja rugilah, karya sebegini lagi berharga untuk dilawati tambah-tambah untuk generasi akan datang menghargai kehidupan masyarakat melangkaui pelbagai etnik dan budaya melalui suasana kehidupan masyarakat sehari-hari. Penceritaan mudah, ada nilai murni, pengajaran dalam setiap episod. Tak rugi datang sini, tambah bawa anak-anak datang tengok dan kenali karyawan yang tiada ganti macam ni. Mana tau ada perintis baru macam Datuk Lat untuk generasi anak-anak kita pula yang berkarya melukis suasana hari ni yang melalui terlalu banyak perubahan sehingga nilai-nilai terdahulu dilupakan, who knows? Part lukisan Datuk Lat ni mengkagumkan tentunya segala suasana ketika itu dilukis teliti, seperti real in time, macam kamera. 


Kesimpulannya rugi tak datang Galeri Rumah Lat ni, sampai lani takde bayaran masuk lagi, tapi ku tak tahulah since day dengar khabar Outlet GPO dekat Silverlake Batu Gajah dah mula operasi, mula ramai orang berkunjung ke sana, maybe free ticket will end soon. So selagi dapat masuk percuma ni, hargai sajalah, kihkih. Really worth to visit, yang tahu menilai je boleh merasa. Jomlah. 


Galeri Rumah Lat (Lat House Gallery)
Add: Lot 365404, Jalan Bemban, 31000 Batu Gajah, Perak.
Tel: 013-4040372
Waktu Buka : 10pagi hingga 4petang setiap hari– Tutup pada Hari Isnin



Yang Chalet Teluk Senangin

1.17.2024

Pertama kali kami datang Teluk Senangin, memang fall in love dengan views kat sana, rasa pernah cerita bagaimana kami tersampai kat sini. So bila dah mabuk cinta ni, katalah apapun, tak tempias apa pun orang kata busuk, banyak lalat, lantakler that's our favor spot bila nak lepak tepi pantai, apatah lagi kalau pilih nak tidur bermalam, antara yang terdekat Teluk Senanginlah. Cuma part tempat bermalamlah renyah sikit nak dapat tambah bila cuti umum, weekend tu kalau dapat kira rezeki lah tu. Punya payah juga sebab antara port yang ramai buat gathering, family day dan pelbagai event lagi. Port geng mancing juga, tu yang payah benau nak dapat bermalam kat sini. 


Tapi okaylah kami sempat merasa duduk dekat banyak Chalet dah kat Teluk Senangin ni, antaranya Sri Senangin Village, Teluk Senangin Chalet, D'Nor Chalet, Chalet Casa Impian, Chalet Anak Kampung Pangkor, Pak Ya Chalet & Mini Camp, Chalet Serumpun Teluk Senangin, termasuklah Yang Chalet ni. Yang modern dan nampak okay sikit bilik kat Teluk Senangin belum terlintas lagi nak try, pasalnya jauh dari pantai, nak kena menapak kalau nak ke pantai, malas uii. Ku lebih prefer tempat tidur dekat dengan pantai betul-betul. Bunyi ombak gitu buat lullaby tidur. Ada orang memang tak boleh ye tidur dengan bunyi ombak, seram, bikin tak lena tidur, daku memang sengaja cari yang betul-betul depan pantai, barulah vibes kat pantai gitu, kihkih. So far semua chalet yang kami dah menginap kira puas hatilah semuanya, tempat tidur nak kata tip top takdelah macam resort mewah, tapi memenuhi keperluan untuk tidur, yang penting dapat view mahal tepi pantai, kihkih, itu lagi penting buat kami. 


So nak cerita chalet yang ku pilih ni, terlintas nak singgah (walk in style) tanya ada kosong tak, masa tu weekend biasa rasanya tak pun cuti awal sehari dari weekend sebab tak ramai orang, lalu tengok kosong je laman chalet, ikutkan banyak chalet dan agak besar kawasan Yang Chalet ni sebab ada dewan, betul-betul tepi pantai, so singgah tanya ada bilik kosong tak? Alhamdulillah, ada dari nak bermalam satu malam, tertambah jadi tidur dua malam, dah alang-alang ada bilik kan? Bukan sokmo. Dapatlah pilih bilik betul-betul tepi dewan, depan pantai betul-betul, wallah. Inilah yang paling best, sebab dah standby bawak dapur kecil kononya nak masak. So certain barang dan makanan dah lengkap tinggal nak masak je. 



Ku adore sangat geng camping nak setup tempat tidur sampailah part dapur, ku nak setup dapur je pun rasa nak merentan dah, tahap kesabaran tu tak tinggi sangat bab-bab setup bermacam khemah ni, apatah tempat nak landing, jadinya cukup jelah ku tengok video depa pun dah puas hati dah, rasa macam diri sendiri dah merasa yang setup camping site, letihhh, hahahah. Moga dapat semangat jugak, sebab ada satu camping site buruan geng depa ni dekat ja dengan kami, cantik sangat, tapi tak terpergi sebab camping not so our feel yet, kihkihh. So dekat Yang Chalet ni ada banyak bilik, rumah untuk group family yang besar pun ada, campsite pun boleh. Jadinya dapat bilik dengan double bed dua tingkat,dan double pun rasa heaven dah. Paling best bilik mandi kat sini mesra alam betul pasalnya memahami yang mandi pantai, boleh terus ke bilik mandi ikut pintu belakang tanpa buat sepah kat laluan bilik. 

Ni penting pasalnya tak menambah kerja nak mengelap lantai basah lepas mandi pantai, takde bersepah dengan pasir pantai. Kalau datang Senangin ni malas nak masak, ada je kedai makan tepi pantai, atau nak yang best keluar jauh la ke bandar Manjung, tapi dah ke pantai tu ambillah peluang masak-masak sambil nikmati bau dan angin pantai, bunyi ombak, syokk sangat, makan simple macam kuah ikan sardin dengan telur dadar pun boleh buat bertambah. Tak tahu kenapa, biasa kalau datang menginap tepi pantai, jeram, bab makan tu mesti lebih, selera bertambah-tambah. Haishh. Dari kecik sampai ke tua, cemtulah, hahahah. 

Point penting yang ramai orang tak perasan bila pergi kat pantai, atau lepak, santai kat pantai, once a moment masa kita betul-betul fokus dengar ombak tu kan, datang rasa mengantuk, mengantuk sangat, rasa nak celik mata pun tak boleh tambah masa tu cuaca panas ke apa, haa sini pointnya, bila mengantuk tu datang, jangan ditahan-tahan mata, rasa nak tidur masa tu, korang tidur. Serious ni, korang kena tidur masa ni, sebab masa tidur tulah terapi, tidur masa tu rasa panjang, deep sangat, deep sleeplah, terlelap. Bila bangun baru 15minit tidur rupanya, tapi rasa cukup, rasa lama sangat tidurnya. Lepas tu rasa segar, rasa best. Buat lah, ku datang pantai antara reasonnya inilah. Tak campur lagi berus gigi guna pasir pantai, cuci dan scrub muka pakai pasir pantai, rendam kaki dalam pasir pantai. Best uiii. 

Ku suka dekat Yang Chalet ni, selain bilik dekat pantai, mengadap pantai, buka pintu bilik terus nampak pantai, kat sini teduh dengan pokok-pokok. Matahari meninggi pun tak terasa. Tambah bila angin sepoi-sepoi datang, syahdu, damai betul fefeeling. Alhamdulillah rezeki kami, tuan tanah offer nak carikan ketam fresh, dapat dua kilo, terus masak. Isi kental, mantap padu betul ketam bila segar naik dari lauk, hari kedua tu ada jiran dari Kedah katanya, datang mancing, bawak family. So dapatlah berkongsi rasa ketam segar kami dapat, mereka checkout, kami pun checkout sama lah. Aktiviti kat tepi pantai, tak lain tak bukan main layang-layang, main pasir, mandi pantai, berjalan kat pesisir pantai, makan-makan, borak-borak. Takdak arah nak jalan-jalan boleh visit Segari Turtle Sanctuary, moga dapat repeat moment cemtu lagi, amin. 







Plan

1.15.2024

Masya Allah Tabarakallah, takde kesempatan lagi nak menulis mengarang, walaupun terlaluuuu banyak nak coret buat kenangan. Lepas habis hujung tahun, sebulan yang tersisa untuk persekolahan anak-anak sebelum cuti panjang untuk masuk sesi baru persekolahan, jadual anak-anak padat sampai cuti sekolah bermula, fuhh tarik nafas panjang tengok depa kejar nak settlekan semua program, dan acara paling penting adalah exam UPKK anaklah selain dari acara sukan, anugerah, sesi foto akhir tahun, dan majlis tamat sesi. Nasib baik exam akhir tahun depa semua dah settle, so last moment baki tak sampai sebulan ni banyak program santai jelah, santai tak santai paling banyak keluar masuk rumah, supir nilah, pulas stereng tak habis-habis. Anak sulung pulak macam nak exam UPSR plak gayanya, kelas tambahan pulun selagi daya, dah tu je exam yang tinggal dan penting, pulun selagi boleh pulun, kikiki.


Semua dah start pulun acara sekolah, daku pulak pulun acara tersendiri, acara maraton ganti puasa, huu tak habis lagi pesen pulun last minute stail hantar assignment tukar mode mak-mak plak cemnilah. Dah masuk Rejab ni baru berpeluh memikirkan sempat ke idokk gantinya, bukan cikai-cikai punya bilangan gantian nak dibuat ni, doakan daku mampu habiskan ye, dah tak menahan tanggung beban hutang yang satu ni, bukan kaleng-kaleng punya hutang ni, hutang dengan Allah, memikirkan pun tak habis seriau, mampu doa jelah Allah bantu, takdak daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua, amin. 


So so uols mesti dah pulun awal-awal kan? Ku bab declutter pun tak selesai sepenuhnya lagi, banyak juga barang walaupun dah kurangkan secara berkala mengikut phase setiap tahun, tapi itulah bertambah pun sama naik juga barang-barang dalam rumah ni. Tahun ni memikirkan banyaknya tax nak tanggung bila shopping online maka dah kena kurang-kurangkan dah bab shopping. Entah boleh percaya ke tidak ni ehh, hahaha. Tapi betullah tu, even baru awal tahun, program sepanjang tahun dah bersusun dah, pening mikirnya sempat ke tidak nak laksanakan semuanya, fuhhh. Yang penting plan kita semua setiap tahun macam garis lurus kat graf padahal yang tahu je tahu kan camne rupa bila lalui the moments, ahahaha.

Plan tu dah satu hal, plan tanpa tindakan pun memang kelaut dalamlah jawabnya. Balik kampung hujung tahun lepas, banyak yang buat frustrated bila throwback gambar sendiri, haihla, it's okay kan to frustrated to yourself effort, rasa helpless sangat tengok gambar sendiri. Tapi gambar tu jugaklah penguat semangat diri. Don't try to be perfect. Just try to be better than you were yesterday. Itu jugaklah motivation word untuk teruskan apa yang dah dipilih untuk dibuat. Ku doakan jua yang tengah struggles macam iols, moga dipermudahkan segala urusan, sentiasa diberi kekuatan dan semangat untuk teruskan progress, it's a proses anyway, and through all the process we will appreciate it one day, soon... 

Kedut

1.04.2024

Balik kampung hujung tahun baru-baru ni, dua minggu pun rasa tak cukup bila bersama-sama dengan orang tua kita. Ku tertengok satu video yang bila adik beradik semua balik, meriah rumah, tapi tang bab yang buat sebak kat dada tu bila masing-masing melambai meninggalkan orang tersayang menuju destinasi masing-masing, aduii jatuh air mata. Betullah bab balik jumpa mak ayah kat kampung ni, part last tu lah yang meruntun hati. Sedih terpaksa tinggalkan orang yang kita cinta yang makin tak berdaya, kedut bertambah, bila renung-renung, sekejap je kitaran masa berlalu. Sobs sobs. 


Betullah dunia ni nak ditinggalkan, semua yang kita miliki, cintai, sayangi sampai masa kita tinggalkan jua walau betapa dalamnya cinta kasih kita kembali kepada Yang Kekal. Masa mak ayah ada ni, tu jelah peluang balik untuk bersama, bila dah takde, tak terjamin adik beradik akan sentiasa balik kampung selalu, tak sama masa keberadaan orang tua. Situasi dah berbeza, yang dapat kekalkan, alhamdulillah. Sedih lihat kesedihan hati orang tua bila kehilangan pasangan, hilang anak sedihnya lain, hilang pasangan sedihnya lain, yang merasa je tahu bagaimana. Yang tinggal anak-anak jelah untuk mengisi kesunyian hati. 


Seminggu dua masih tak terasa, bila masuk bulan ke bulan kehilangan abadi tu mula menjeruk hati dan perasaan. Moga Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran buat yang kehilangan tersayang. Makin bertambah tahun, makin kurang lah masa untuk bersama, jadi guna peluang masa yang ada dengan sebaiknya. Honestly kebanyakan ku perati cemtulah belaka, orang tua perlukan masa anak-anak untuk mereka, harta benda dah nombor dua dah, masa nak bersama-sama dengan anak-anak tu lah yang didambakan mereka bila menua. Moga Allah kurniakan masa yang bermanfaat untuk kita semua telusuri tahun ni, amin. 


Orang kata 2024 makin renyah, mencabar. Betul ke? Iols rasa setiap masa ada cabaran dan ujian, tak tunggu tahun berganti, bezanya bagaimana kita respons dengan uncertainty. Moga walau apapun cabaran yang mendatang,  Allah permudahkan segalanya, have faith in Allah. Teringat masa on the way balik ke rumah sendiri dari kampung, lalu jalan bawah instead highway plus sebab nak lari dari jem teruk, ternampak papan iklan "kubur mampu milik".


Cakap kat suami, kesian kan diorang ni ye, sesusah susah kita, susah lagi depa kan? Nak mati pun kena bersusah payah untuk mati. Kita mati seksok moga-moga dapat juga nikmati syurga Allah, depa punya susah sampai mati, last-last syurganya sampai situ jelah, sebab tulah kot dunia ni ibarat syurga bagi orang kafir, rupanya kita lagi nikmat dengan dengan cabaran dan ujian kerana syurga Allah itu janji diakhirnya. Huu, insaf memikirkan keluhan, rungutan sendiri bila terasa susah sikit dalam hidup. Moga peluang yang ada setiap hela nafas ni digunakan untuk keredhaan Allah. Terus recap moment kesusahan lalu, rupanya manis bila dikenang, walau pun pahit masa mengadap. Terus senyum, bahagia, perit dan derita, pasti ada bahagia dan gembira. 


Masuk umur hampir ke angka empat ni, nak ke tidak kena berubahlah untuk diri sendiri sebab tak tahu sampai bila berpeluang. Jangan tunggu umur sekian sekian baru nak buat, selagi ada ruang dan peluang, rasa nak buat baik, buatlah, rasa nak berubah, berubahlah, semua diri sendiri decide, nak ke tidak. Takde orang boleh paksa, takde orang boleh buatkan untuk kita. Apapun mari kita hargai kedutan yang mula muncul, tak jelas, halus, namun mula wujud. That's the cycle, syukur untuk nikmat hingga saat ini, alhamdulillah. 


Catatan 4/366