Laksa Lemak Kelantan Express

3.16.2023

Semalam punya kalut berlaga-laga aktiviti, anak kalut nak main basikal. Ika kalut nak masak untuk buka puasa nak dijadikan cerita, ingat plan nak buat laksa penang, sekali daun kesom takdelah pulakk.

Daun kesom takde memang tak umphhlah kuah laksa penang. So dari kuah laksa penang on the spot buat kuah laksa lemak kelantan. Pun boleh. Campak, terus tinggal masakan atas dapur, teman anak main basikal depan rumah. Siap main sedang elok kuah masak, laksa masak, dah nak azan.

So Ika nak sharelah resepi senang sesangat ni, tak sampai sejam boleh siap. Guna sardin segera je uols, miahaha. Adoii bab pedajal resepi kan, huhu asal sedap macam yang original kuah, apedehal kan?

Ni Ika buat untuk sekali makan je. 

Bahan mudah laksa lemak:
1 labu bawang merah saiz sederhana
1 labu bawang besar saiz sederhana(Ika suka guna sebab rasa manis)
1 sudu kecil lada hitam
1 tin sardin saiz besar (guna mackerel) 
2 keping asam
1 inci halia
2 batang serai
Garam gula secukup rasa
1 kotak santan KARA

1paket laksa segera direbus hingga lembut.
Tips: rendam dengan air sejuk dulu laksa kering selama sejam, kemudian rebus dalam air mendidih.


 

Nasi Beriani Campak-campak

Cuti-cuti ni ramai ke keluar dari rumah? Jalan-jalan cari makan ke? Makan angin ke? Ika alhamdulillah sempena hujung bulan ni dapatlah pusing 279kali dari ruang dapur ke ruang tamu, dapatlah 2k step sesaja, wakakka.

Sempena cuti bersambung, gaji ni ramai yang suka celebrate makan-makan kat luar sekali sekala kan? Ika pun suka gak cemtu. Tapi memandangkan kfc dah naik rege, kenalah forward makan 2bulan sekali je makan makan fastfood ni kan.

Celebrate kat rumah, masak-masak special pun kesukaan Ika gak.

Biasa menu Ika buat nasi speciallah masak untuk keluarga, buat menu jarang-jarang makan. So semalam suami request nak makan nasi minyak, gigih suami keluar cari barang masak dengan anak-anak, kita on saja.

Nak makan kan?. 

Yang tak on, kalau jenis nak makan sedap ketam berlada, sotong bercili, ikan merah pedas manis, tapi kat dapur ada bilis dengan cili api, suruh gi beli barang sikit tak hulur kat bini, aa yang ni boleh angkat jurus cili berasap kat hidung, wakaka, gurau tengahari naa. #maluapabossku.

Act like a boss kat kitchen tu biasalerr. 

So bila suami request nasi minyak, teruslah mengimbau kenangan nasi minyak Terengganu, almaklum 3 tahun merantau ke Terengganu. Orang terengganu ja makan nasi minyak pepagi, kikikih.

Nak buat nasi minyak ni mudah sangat, biasa nasi berperisa ni within sejam dah boleh siap kalau kena cara. Yang penting bahannya wajib adalah. So jom tengok resepi nasi minyak ringkas. Buat satu lauk dah lerr. Pilihan menu untuk nasi minyak Ika buat ayam masak kurma dan acar mentah. Checkout resepi dan cara buat kat gambar ok.












Berat Badan dan Kurus

3.15.2023

Cerita bab kurus, nak kuruskan badan ni diri sendiri rasa sentap, kecewa, benci, tapi tak boleh nak buat apa. Kadang memikirkan apa yang payah sangat, tapi sebetulnya sangat banyak halangan dan cabaran nak keep maintain turunkan berat badan ni. Nak naikkan berat ni senang sangat, tapi nak turunkan berat, Allahu, yang pernah rasa dan lalui je tahu bagaimana rumit, perit, sebab ia perlukan motivasi dalaman luaran yang kuat. Tu sebab kita tengok bukan senang dan juga dan payah orang yang overweight betul-betul tekad nekad buat sampai jadi bab turunkan berat ni sampai dapat berat ideal. 
Berat paling berat tanpa mengandung, Allahu. 

Daku pun tengah lalui krisis motivasi diri nak turunkan berat badan sekarang, yelah masa berdegar-degar dia punya semangat tu, seharian jaga, masuk hari kedua ketiga, sudahhh. Orang kata kalau breastfeeding mom ni senang kurus, takde maknanya hahh, pengalaman daku masa breastfeed ni bab ganti puasalah paling cabaran. Nak ganti puasa masa mengandung ku dapat tahan lagi, tapi kalau breastfeed nak ganti puasa, ku memang banyak Kali jadi nak pitam, dunia berpusing-pusing, asal anak hisap susu memang rasa kering kena sedut satu badan. Ada orang terbalik , masa mengandung tak boleh puasa, masa breastfeed boleh puasa. Entahlah rasanya masa anak pertama dan kedua okay je, ni makin menua, tak tahan plak badan. Kena ubah diet atau cara makan supaya badan bertahan untuk puasa, yelah bulan puasa tinggal beberapa hari lagi ni. 

Tapi kalau badan dah renek, berat pula bertambah,  really not good shape and movement yang boleh buat jadi makin tak aktif, dan impaknya yang paling buruk sebab makin stress pula bila keadaan berat badan bertambah ni adalah mengganggu part ibadah. Nak rukuk, sujud,duduk pun kenmain dah rasa tak selesa, memang petanda tak okay kalau dah tahap tu. Bila menua, metabolism pun makin berkurang, makin mencabarlah nak turunkan berat. Tapi nak tak nak kena buat juga sesuatu bila garis obesiti dah tunjuk taring.

Kurasa perkara nak turunkan berat badan ni salah satu journey yang hanya melibatkan diri sendiri sahaja, tak boleh nak petik nama itu ini untuk libatkan sekali semata sebagai penyedap hati dan juga alasan, it's your own challenge, journey, ability and desire. Nak buat macam mana, makan macam mana, senaman ke tidak, nak semangat ke tidak dan buat sampai jadi semua tertakluk kat penyelesaian diri sendiri, your own battle from the inner to outside. So anyone yang sama situasi yang ku alami sekarang, let's! You can do this. Berat sekarang too much heavy dah, tak boleh nak bawak badan dah dengan ketinggian 153CM ni, kihkih. Apa pun bab rahsia boleh kurus macam mana dah takde rahsia dah, ramai yang dah share pelbagai macam cara dan strategi, yang rahsianya bila tarikh masing-masing nak start je. Ni dah nak puasa, berlumba masing-masing naikkan tagline 'kurus sebelum raya', sempat ke tidak masing-masing punya effortlah kan, ku doakan semoga semua bersemangat dan berjaya. Daku? Entahlah bila nak start, makan pagi tadi pun dah tibai dua pinggan nasi goreng legend dengan ikan selar masin. Sabor jelah, hahaha. Moga ku terus kuat kawal hawa nafsu makan ni. 



*notes: ku dah follow segala macam jenis cara jaga pemakanan, sekarang pilih je yang comfortable dan sesuai untuk diri. Tandem nursing just a pieces of milestone yang sebenarnya mungkin membantu untuk turun berat. Doakan daku dipermudahkan urusan untuk cerai susu untuk Haniy, pasalnya dah masuk 4tahun budaknya. Enough. 

Tukar Bantal Tidur Kekabu Asli

3.09.2023

Bila tidur asyik tersalah dan terpeleot urat leher, kami decide cari bantal baru memandangkan bantal sedia ada pun dah tahap nazak, terkoyak kes basuh mesin dan penuh dengan peta dunia mana tak tahulah. Hujung minggu waktu terbaik untuk keluar dari rumah selain dari dapat tukar angin udara setempat dalam rumah kepada angin fresh. Dalam pada nak mencari tu tersengaja booking tempat tidur tanpa proper plan, dah orang kata alang-alangkan, dari nak cari bantal terus jadi staycation. 

So berbalik kepada bantal tidur ni teringat masa masuk rumah sewa mula-mula kahwin dulu, bantal pun mak mertua bagi, hahaha. Bila ingat balik memang rezeki sangat masuk rumah sewa pun tak banyak berhabis sebab semua hadiah yang tetamu bagi dah complete untuk guna dalam rumah. Termasuklah bantal tempat tidur pun dapat, alhamdulillah beli bantal bila pindah tempat baru sebab dah bertahun guna macam-macam bentuk dan coraklah jadinya. Nak beli bantal modern ni memang untung banyak sebab lebih murah, tapi untuk guna jangka masa panjang memang tak dapatlah, sebab tak sampai dua tahun dah kena cari baru. Beza sangat-sangat dengan bantal kekabu, tahu jaga, insyaallah boleh pakai lama sangat. 


Dulu-dulu pokok kekabu ni senang nak jumpa, kat kampung mana-mana mesti ada je tak kira depan rumah, tepi jalan dan tumbuh melata. Unik pokok kekabu ni  kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa dulu, kerana memang orang dulu antara kerja depa buat kutip buah kekabu ni untuk kegunaan isi rumah. Sehingga kini pun, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga berpuluh tahun jika amalkan penjagaan yang betul. 

Tapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Betul sangat tu, sebab nak cari bantal kekabu ni tak mudah, yang jual online kata kekabu asli 100% pun depa tipu, depa tibai letak benang-benang kain terkumpul letak jadi bantal lepas tu claim kekabu, ku cerita pasal dah pernah kena, hahaha. So nak cari bantal kekabu asli tak mudah ye, lagi-lagi kalau online, bab claim tu macam syurga dia cerita, sampai barang haramjadah dia punya rupa, begitulah sisi gelap jual beli online, lagi malang kalau masukkan duit, barang tak dapat sampai sudah. Yelah bahan kekabu ni tak mudah juga nak cari sekarang, dah jadi benda limited dah. Jadinya kami pergi cari sendiri kat kedai fizikal, tengok, sentuh baru puas hati membeli. 

Tempat kami cari bantal kekabu ni dekat Titi Gantung Bota, kat sini banyak sangat kedai home-based, gerai tepi jalan yang jual bantal kekabu. Memang kelabu bijik mata tengok bantal gebu-gebu ni. Bantal kekabu memang gebu amat ye, best sangat masa pegang apatah lagi buat tidur. Dah depan mata, boronglah banyak-banyak bantal kekabu ni. Kami borong enam biji bantal saiz deluxe dan standard dapatlah RM 180 ke RM240, lupa dah, murah sangat dah berbanding bantal komersial kat mall. Benda organik dan semulajadi kot. Balik malam tu memang tak tunggu lama depa tidur lena terus penangan bantal kekabu asli. 

Nak guna bantal kekabu ni perlu rajin jemur panas je, tak perlu dan tak payah  susah-susah basuh air tambah guna sabun bantal kekabu ni. Busuk, kepam, pointnya jemur je, insyaallah hilang semua bau tu. Dah memang bantal kekabu asli ni tak perlu dibasuh, ambil dan jemur di tengah panas sudah cukup untuk mematikan bakteria, bau hapak dan sekaligus bantal menjadi gebu dan ringan kembali.


Yang gunakan bantal kekabu tahulah macam mana bestnya bantal kekabu ni, kalau dah tahap malas bantal kekabu ni boleh jemur dua kali sebulan atau yang suka gebu-gebu tak menahan rajin-rajinlah jemur bantal kekabu 3 kali seminggu. Memang toing-toing dia punya gebu. Bantal kekabu asli jadi kempis bukan sebab dia memang macam tu tapi kekabu ni menyerap haba lalu menjadi lembab jadi melepek lembik berat kalau dah lama tak berjemur, bila jemur, kekabu ni serap haba, mengering dan ia jadi kembang gebu.  Masa panas matahari terik tu ambillah peluang jemur bantal lama-lama sikit, tepuk-tepuk, balik-balik, wajib gebu gebas bantal kekabu tu. 

Bila dah guna bermacam jenis bantal ni, kita boleh banding yang mana selesa dan okay untuk kita, so korang suka bantal macam mana? Yang polyster atau kekabu? 







2 Hari 1 Malam di Refarm Leisure Kampar

3.08.2023

Kes mandi kolam overdose klorin memang nightmare betullah untuk anak-anak, habis semua melecet kulit, sudahnya sambung point happiness kat sini plak, mandi air bukit.For some people mandi air berklorin takde jadi apa-apa, tapi untuk anak daku memang depa sensitif bab kulit ni, terutama Harraz Haddad, alhamdulillah yang lain okay cuma bab mata merah, pedih, sakit tekaklah bila mandi air klorin overdose ni. Sampai dekat kolam pun boleh bau klorin menusuk hidung, tak tahulah berapa gelen depa taruk. Haishh, benda dah lepas dah mandi pun, dah pakej kulit melecet merah, tiga empat hari juga ambil masa nak sembuh buat apa dikenang-kenang, ahahaha.

Kalau datang Refarm ni, memang pertama kalilah kami stay on night sini, biasa datang balik hari je.Takdak orang memang best uii mandi kolam, timing kami anak beranak memang sepagi yang boleh kalau nak mandi kolam, baru dan nak monitor, kalau tak bertukar-tukar dengan anak orang sibuk nak monitor sama, wakaka, mana taknya saiz lebih kurang sama belaka bila ramai dalam kolam. Refarm Leisure Kampar ni antara kolam air yang best sebab bersih dan direct guna air bukit, air terawat jugak. Puas hati betul kalau datang sini, always five stars gitu. Teringat betullah masa PKP tak boleh lintas daerah, datang sini bayar macam biasa tapi satu tempat ni kami ja cover seharian satu Refarm sebab takde orang lain, kami satu sekeluarga je dok situ dari pagi sampai petang. Best sangat, tapi ada jugalah rasa tak meriah, what a memory tak sangka lalui pengalaman macam tu. 

Kat sini kalau nak mandi kolam private pun boleh, ada bilik yang sekali dengan kolam depan bilik, atau nak pilih bilik chalet pun boleh untuk yang datang by group. Kenapa berbaloi mandi kolam sini? sebab banyak kolam, luas lagi dan airnya betul-betul sejuk macam air batu, yelah air bukitkan. Ada kolam tertutup juga. Lagi satu kolam Kat sini simple, just kolam, takde slide apa, konsep minimalis. Nak main slide apa semua tu sila pergi waterpark, tak payahlah suggest tambah slide apa semua, cukup simple dan selesa untuk mandi. Ni kes ada customer yang cadang suruh tambah mainan apa tu semua. Ermm, tak semua orang suka konsep begitu kan? As for me lebih suka dan anak lebih enjoy berenang santai di kolam yang tak diganggu gugat benda lain melainkan dah memang ada intention nak main games dalam air, so carilah tempat yang dah tersedia benda macam tu. 
Apa yang paling best, puas depa mandi naik pusing mini zoo lepas tu sambung mandi pulak, memang sepuas hati. Kalau tidur kat sini still berbaloi, yang anak ramai macam kami cukup amik dorm room, hahh bergulinglah sepuas hati. Takpelah mandi kena share bilik air pun, asal dapat mandi, bilik air bersih, settle! Yang penting tidur semua selesa. 

📍Tiket masuk Dewasa RM19
📍Tiket masuk kanak-kanak RM10
📍Bawak bekal makanan utk berkelah RM10/group@family-add on
Buka setiap hari 9pagi-6petang kecuali hari Selasa.

Pernahlah merasa masuk dengan tiket murah kat Refarm ni, kanak-kanak RM6 dan dewasa RM10, sekarang memang taklerr nak jumpa harga murah. Semua dah mahal dah. Apa boleh buat, hadap jelah. Paling tak sangka tempat favourite kami air panas Sungkai Felda Trolak tu dari harga tak sampai belas-belas dah jadi puluh terus, itu yang sampai sekarang tak pergi lagi lepas semua tempat percutian dah buka, kenaikan bayaran masuk pun bukan kaleng-kaleng.