Baru perasan dah berbulan-bulan tak menulis, punya sibuk handle hal rumahtangga, anak-anak, dari bulan lapan tahun lepas sampai masuk bulan satu dah tahun baru 2022 pun. Apapun tahun baru bermakna lebih banyak nikmat, ujian, cabaran, manis masam kehidupan bakal dilalui. Apapun kat depan nanti, moga Allah mudahkan segala urusan, yang pasti tahun 2022 ni alhamdulillah ramai dah hilang paranoid dan move on, maybe ada jugaklah in still nak stay dalam fear mongering everysecond, they choose. Adakah episod berkurung bakal berulang? Jeng jeng jeng....lantak pi lah, kita tenang-tenang sajalah, gitu. So sepanjang tempoh hibernate, iyolah sangat, ku fokus kat aktiviti anak-anak je, sebab kesian kat childhood moment mereka sangat sadis jika ikut situasi semasa, nak freekan anak-anak dari minda terkurung, nak tak nak makpak kena join aktiviti depa sekalilah. So they enjoy je sepanjang masa, takde beza kena kurung ke tidak, mereka berjiwa bebas explore everything sekeliling yang ada.
Dua tahun ni banyak ke tersurat dan tersirat yang uols dapat dari apa yang berlaku? Ku banyak sangat, ya ampun kalau nak cerita tak cukup dua tiga hari mengarang ni, hahaha. So chill sudah, apapun paling best bila tengok dah ramai hidup macam normal balik dah, yang nak teruskan new norma pun takde hal, pilihan masing-masing. Seronok tengok semua pakat keluar bercamping, good for them tapi ramai juga lah yang terkesan, tak habis impak pkp, sambung pula bencana alam, tak habis dengan ujian, nama lagi dok atas dunia kan? Moga semua tabah dan terus berjuang, kerana esok mungkin kita lebih kuat hasil dari sabar yang kita hadap hari ni. Jangan tanya azam baru, ku takdak azam, cukup niat to be better person and muslimah everyday. Nak tulis azam menulis kat blog dengan lebih rajin tu, rasa baik tak payah, biasanya kelaut dalam, ku menulis ikut mood ja, hahaha.
Apapun 2021 little bit frust sebab kalah dengan hawa nafsu makan sendiri, alih-alih bukan takat berat badan naik, baju banyak tak muat. Kalau cerita bab berat badan ni memang azam tiap-tiap tahun setiap orang lah. Tambah PKP a big reason untuk dipersalahkan, padahal orang lain elok je fit, kurus, meal routine more healthy hasil PKP ku plak semua main ikut mood, nak menulis ikut mood, nak bergreen juice ikut mood, nak jaga makan ikut mood, tibai makan pun ikut mood. So adakah ia suatu kegagalan? Of course tak lerr, tak guna jugalah torture diri sendiri, kita chill sudah, ni ayat sedapkan hati sendiri. Bila nak insaf? Sampai masa dia insaf dengan sendiri, tak perlu pressure, push tak kena tempat, gituuu. Aaa pandai ku pujuk diri sendiri, alhamdulillah, hahaha.
So back to stories, apa plan tahun 2022?takdak plan proper lagi, yang penting banyak lagi nak kena hadap ni, cuma sekarang just doa je rutin anak pergi sekolah tak terganggu, serius paling membencikan bab koronah ni part anak pergi sekolah, sekali sekolah buka, pastu tutup, pastu tutup balik and the drama goes on, harap takde drama lagi kat nun nanti. Harapnya lah. Dok mikir content apa nak share kat blog ni. Rasa macam nak menulis, tapi banyak tapiiii tapi nya....sekarang memang banyak fokus baiki diri je, jadi kadang nak menulis pun hilang selera. Whatever, moga 2022 menjanjikan kebaikan dan kemanisan walaupun banyak kepahitan dan kekelaman bakal mendatang. Moga Allah kurniakan lebih banyak kemudahan, kesabaran, kekuatan juga lebih tenang dalam menghadapi kehidupan, amin.
Catatan 12.51am
10 Jamadil Akhir 1443H
Dibucu tilam tidur
Wallah lama tak mengarang, syok sangat merentan kat Facebook, wakaka..so sambung balik mengadap alam maya sini, nak share hobi baru akibat kena kurung kat rumah, jeng jeng jeng kumpul sisa dapur dari sayur, buah, kulit bawang, kulit telur. Feeling dia fuhh, dari benci bau sampah, boleh plak ku suka bau alami depa mereput ni, akibat lama tak grounding, punya high level terus dia punya tukar. Kalau kat kampung boleh la layan bau daun kering kena bakar apa semua. So disebabkan dah ting tong tak pijak rumput lama sangat, ada hari tertentu ku buka sliding pintu utama rumah bila lori sampah datang pungut sampah kes nak ambil bau depa bawa, punya heaven tertimbul loceng dalam fikiran nak bela cacing untuk kumpul sisa sampah makanan kat rumah ni. Mula tu ingat nak start buat bokashi, dok memikir macam leceh, tinggg terbanding pula dengan si cacing.
Apapun syukur, dari membuang sisa dapur kini ianya dapat dimanfaatkan hasil membela cacing. Punya lama berfikir nak membela ke dak, ku memang geli sangat dengan cacing, masa dulu-dulu ni serangga favourite kot untuk di pegang buat main, asal nampak orang korek tanah ku join sama kes nak menggentel cacing. Syurga betul masa tu, sekarang tengok pun dah meremang semua bebulus, wakaka. Tapi memikirkan makin banyak sisa buangan sebab sekarang dok on buat greenjuice nak tak nak order jugak sekilo cacing African Night Crawler, cacing yang paling rakus makan.
Dah sampai tu memang ku dah Seram sejuk nak buka bungkusan, kentalkan diri sajalah nak tengok dan pegang. Kalau tak camne nak bela pegang pun tak sanggup, kikiki. Maknya geli, anak lagilah berganda-ganda geli geleman, baru depa tengok kali kedua. Kali pertama depa tengok cacing masa kat kampung tahun lepas masa terkandas kat kampung 3 bulan masa mula-mula buat lockdown. Nak buat bedraise untuk depa senang je, kena ada tanah basah, dan sumber makanan seperti kotak, bekas telur, sisa makan, ku campur-campur bahan yang ada kat rumah je.
So hasil tahi cacing ni akan menghasil tanah vermicompost yang berkualiti dan penuh nutrisi yang bagus untuk tanah dan tanaman. Ku baru belajar tanam-tanam pokok kat rumah ni, almaklum rumah takde tanah, tulah dulu masa ada tanah, tak nak hargai, semak samun juga yang di bela, rumah sekarang takde tanah sekangkang kera baru kalut nak menanam. Adeii, perangai...cemtulah,bila takde baru nak hargai. So sekarang tanam pokok dalam pasu sajalah, try test kerajinan diri dan kes tak nak bazir sumber buangan yang terhasil dari penggunaan isi rumah. The best thing, Vermicomposting menghasilkan produk yang secara semula jadi direka untuk memanfaatkan tumbuhan dalam beberapa cara yang berbeza. Manfaat yang paling penting ialah nutrien dalam kompos cacing tanah sangat mudah diserap oleh akar tumbuhan. Tidak seperti baja kimia, vermicompost tidak mudah dibuang dari tanah kerana cacing lendir yang terkandung di dalamnya. Tumbuhan mempunyai lebih lama untuk mendapatkan nutrien dan mendapat faedah maksimum. Kira 100% organiklah tanaman yang kita tanam nanti, tak perlu racun, baja bagai, cukup letak dia je, banyak tumbuhan dapat manfaat.
Bila tengok hasil cacing ni buat pertama memang happy sangat, nak menanam pokok pun rasa semangat, sebab sebelum ni asyik kena serang aje pokok, terutama pokok lada. Sedih tau newbie yang baru nak belajar tanam pokok bila pokok mati, tak sempat naik tinggi, bila berbuah, buah jadi buruk diserang parasit dan macam-macam lagi. So harap lepas ni upgrade tanaman dengan vermicompost ni moga-moga semua suburlah hendaknya. Doakan iols ye, tanam sawi pun tak dapat merasa hasil lagi takat ni, wakaka. Ku takkan putus asa demi sawi, kobis, terung, gambatee!
Tahun ni memang kami beraya tetap beraya, sakan juga siapkan persiapan raya malam raya, sampai pukul 1 pagi baru settle, punya bersungguh-sungguh gitu, just untuk raikan dan gembirakan keluarga kecil kami diperantauan, sebagaimana inilah kali pertama kami beraya jauh dari family, bukan kita sorang semuanya macam tulah. So redha, sabar dan syukur, ni baru permulaan saja, moga yang mendatang Allah kuatkan lagi hati kita semua. Alang-alang dah kena beraya rumah sendiri, kita buat sehabis daya penat boleh tahan juga beraya kat rumah sendiri ye.
Masak malam rayalah part paling syahdu, sebab kalau kat kampung masa ni lah riuh belaka mulut dok bersembang belaka sambil siapkan juadah pagi Raya yang nak di makan sebelum solat sunat raya. Tahun ni kami buat juadah legend iaitu rendang daging dan ayam je makan dengan nasi himpit. Tak banyak menu sebab malas nak renyah kat dapur, so make it simple, menu lain boleh buat hari lain, raya kan sebulan. Masih di bulan Aidilfitri, baru datang mood nak update tentang raya. Memang kami raya first day je, video call dan gambar-gambar raya, shot in one day je. Yang datang ziarah rumah pun memang takde kecuali budak-budak yang datang minta duit raya, takde jamuan apa, kecuali biskut raya dan air sahaja. Tahun ni memang alhamdulillah laku biskut raya, sebab sendiri yang jamu sendiri yang makan, wakaka. Oklah takde pembaziran berlaku, hatta baju raya pun kami tak beli. Memang mood raya kali ni entah kelaut dalam tapi tetap juga beraya supaya anak-anak ada kenangan raya.
Pagi Raya tu semua on call video raya ramai-ramai tapi semua cakap tak sampai maksud sebab memang beza sangatlah alam maya dan realiti, tapi nak tak nak semua kena terima hakikat abnormal sebegini entah sampai bila. Sampai terbiasa? Sampai bila-bila? Sampai dah Jadi budaya Norma baharu? Entahlah, hidup di Akhir zaman, macam tulah, kita akan hidup discomfort zone yang cuba dinormalisasikan. Redha, syukur, sabar, moga segala yang kita lalui sekarang hanya sementara kerana setiap ujian dan cabaran pasti ada hikmah dan ganjarannya. Kurung lah seberapa lama pun, bahagia kan hidup kita semua. Mana datang bahagia tu? Dari hati kita. So nak hidup bahagia, bahagiakan hati, bahagia tu terletak kat hati.
Biasa kami beraya 3 hari sempena Aidilfitri, tapi tahun ni memang sehari je kami beria masuk hari kedua semua dah malas sarung baju raya, asal boleh mengadap menu raya pun on saja. Asal bab makan, hahah. Kebanyakan menu raya ketupat dan biskut raya kami beli yang frozen dan siap je, senang, selain tu dapat bantu yang memerlukan dikala mendesak semua hilang pendapatan. Sedih memang sedihla beraya gaya cemni, tapi serah kat Allah sajalah semua kesedihan dan kepiluan. Satu persatu yang berkait dengan Ibadah semua umat islam hilang. Apapun syukur dikala ni nikmat nyawa masih ada. Moga-moga segala ujian ni berakhir dengan baik, insyaallah. Selamat Hari Raya Aidilfitri uols. Maaf zahir dan batin.
Bila puasa ni, mula tekak meragam ingat itu ini, itu ini nak ditelan. Nasiblerr iols tak diet. Maka selepas ditimbang tara tahap selera tekak yang tak boleh diagak ni. Kita buat ikan percik.
Ikan percik atau masakan percik ni memang special bila bulan puasalah. Rasa puas bila dapat makan. Biasa menu yang selalu makan dengan masakan percik ni, jenis bersup-sup. Sama ada sup kaki lembu atau sup ayam kampung.
Perghh, telan air liurr wehh kalau cerita, ditambah pula ulam-ulaman dan sambal pauh ikan. Erghh dahlerr, kita tuju kat menu terus. Biasa kalau kat kampung beli jelah senang. Ni duduk merantau negeri orang kena merajinkan dirilah kalu nak makan selera menu macam kat kampung, hehhe. So checkout resepi mudah dan sedap.
Bahannya pun mudah sangat.
Ikan kembung/selar memang sedap digunakan untuk buat percik. Boleh juga nak tukar ke daging lembu/ayam/usus/organ dalam(ikut selera masing-masing).
1 labu bawang merah saiz sederhana besar
1 labu bawang besar (Ika suka guna sebab manis)
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
Lada kering untuk kasi warna merah sikit /cili boh 1 sudu besar
1 keping asam
Gula melaka dan garam secukup rasa
1 kotak santan Kara guna yang pure lagi sedap
2 batang serai diketuk
1 cawan air tepung beras
Selamat mencuba insyaallah yang tak pernah buat pun gerenti jadi punya menu percik ni.
Puasa tahun 2021 kali ni memang sepenuhnya masak kat rumah kecuali ada masa kami cari kuih muih kat gerai dan bazar yang ada, kasi supportlah juga peniaga-peniaga bazar Ramadhan kali ni. Nak makan kat luar renyah dah satu hal sebab sekarang musim hujan lebat, berangin ribut bila petang hari. Kalau dah keluar berbuka kat luar confirmlah hampir tengah malam sampai rumah. Kebetulan tengah Ramadhan kali ni nak tak nak pergi juga berbuka kat luar setelah diajak beberapa kali. So nak keluar berbuka dah mengadap meja makan adalah acara kegemaran anak-anak, kecoh dan heboh sekali kalau kat meja makan.
Tapi memandangkan kali ni meja makan kat tempat orang ramai, mesti lah dah berkali-kali pesan kat anak, nak makan nanti kat tempat terbuka dan ramai orang, jaga kelakuan, jangan menjerit-jerit, bergaduh, cari pasal antara satu sama lain dan paling penting jangan buat perangai tak semengah. Untuk anak ramai, that's reminder memang penting, al maklum budak-budak, what we can expect from them right? Peel bebudak ni luar jangka. Sedang elok kami sampai hotel, ingatkan kami paling last sampai, rupanya kami orang pertama masuk dan duduk kat meja makan, wakakka. Rasa dah bertolak abis lewat dah kononnya nak bagi sampai tu takdelah menunggu lama sangat untuk makan berbuka, sebab bab menunggu meja makan dengan anak-anak masa berbuka ni lah agak scary.
Jam pun dah tunjuk hampir masuk waktu berbuka, dan kebanyakan pengunjung dah sampai, semua dah start ambil makanan untuk persediaan berbuka. Kebanyakan juadah berbuka kat hotel ni menu biasa yang dibuat kebanyakan hotel lain juga, takde banyak beza, ada kerabu, dessert, makanan berat. Yang penting ada kambing golek, that's our favourite, tak lepas dari kambing. So bila too much menu di depan mata, tambah bila puasa plak, memang rasa hamakk nak timbun-timbun dalam pinggan. Tapi ku ingat pesan mak dedulukala, kalau makan kat hotel kena beringat-ingat ambil makan, ambil sekadar yang perlu untuk makan sahaja, sebelum ambil fikir makan ke tidak, habis ke tidak. So biasa kalau datang makan hotel ku ambil sikit-sikit, tapi semua menu dapat rasa tak tinggal sikit pun, smart eating gitu, barulah dapat merasa semua menu dan masakan. Perut tak penuh dan puas hati makan. So kalau bab ulang ambil makanan memang daku win, sebab yelah kalau ada 30 menu, kurang-kurang 7 ke 8 kali dok pusing kaunter makanan ambil apa yang patut. Yang pasti semua menu ku taram makan, wakaka. Yang sedap boleh repeat, yang tak berapa cukup rasa cuba sekali je.
Kalau tanya lakiku, memang tak berapa gemarlah, asyik dok ulang, macam tu sajalah makan kat hotel, setara tu sajalah kalau makan hotel, alhamdulillah boleh jugak merasa makan chef hotel masak, tetap win berbuka kat rumah juga paling nikmat. Ingat nak merasa berbuka puasa kat Gopeng Glamping Park tahun ni, apa nak dikata takdan apa-apa dah sold out buffet Ramadhan, punya dasyat penangan. Apapun pengalaman berbuka kat Impiana Hotel Ipoh kali ni kami puas hati. Teringin jugak nak try buffet kat Haven Hotel, tengok harga boleh tahan. Menu pun mengancam jua, tapi memikirkan tak berbaloi nak pergi dan balik lepas berbuka puasa tu, memang cancel niat dihati.
Sekarang ni cuaca hujan lebat lain macam dari lewat petang ke malam, kami memang tak berani la repeat sudah keluar malam-malam. Malam memang our rest time for us, sejak dari awal kahwin hingga sekarang, nak keluar malam memang fikir panjang uii, tambah tak nak usik waktu tidur anak. So untuk kali ni kasi excuse jelah sebab menghargai jemputan orang. So korang camne puasa kali ni, moga kita semua dapat menikmati dan buat yang terbaik di bulan Ramadhan kali ni walaupun semua diuji pelbagai ujian terutamanya buat peniaga-peniaga Bazar Ramadhan. Sungguh mencabar dan anggap lah ujian ini tak lain tak bukan untuk memantapkan keimanan kita semua, tambah lagi kita semua bakal beraya kat rumah masing-masing lagi untuk tahun kali ni. Tu pun boleh tahan menguji jugak emosi dan perasaan kami anak beranak sebab ini kali lah buat pertama kalinya kami merasa beraya diperantauan, huwaa, sedih kena telan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





Top Social