Anak-anak tak sihat memang membuatkan kehidupan seharian terganggu, terganggu dek perasaan yang tidak tenang..sesungguhnya ini semua dugaan Allah...dugaan untuk memberi kekuatan, kesabaran, insyaallah...dah bermacam petua cuba untuk keluarkan kahak anak..tapi nak kata tak berjaya, adalah jugak keluar kahaknya bila anak muntah susu..batuk berkahak dan selsema memang membuatkan hati risau dan perasaan berkecamuk..sebab utamanya kedua-dua anak adalah anak pra-matang...dan sejarahnya kelahirannya yang membuatkan diri trauma fobia dan seangkatan dengannya menambah beban dihati..bila batuk berkahak ne tentulah melibatkan paru-paru anak yang yang dulunya dibantu dengan ubat moden untuk menguatkan organ bagi berfungsi dengan cemerlang...tapi bila diduga begini perasaan dan fikiran tidak elok datang menerpa...oowh, nauzubillahiminzaliq...semoga anak-anakku dalam lindunganmu ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat anak-anakku ya Allah..
Bila membaca sesetengah artikel, isteri perlu bersolek untuk menambat hati suami...manakan nak bersolek dan melawa bila beranak kecil sebegini..muntah susu dibahu baju, masam bau susu badan sebagai perfume harian, tambah pula anak berkahak dan berhingus, tentu saja ada yang terlekat dibaju dan pakaian harian...manakan mahu bersolek kalau perfumenya ratusan ringgit bisa hilang dengan bau masam susu, kahak dan hingus, hehe...alhamdulillah, kerana Allah ada ganjaran untuk pengorbanan kita sebagai ibu yang sebanyak-banyak pengorbanan demi anak-anak...hehe, eh apesal macam bermadah pulak ne..ok...daa..sungguh tidak berilmu entri kebelakangan ne..mihmih-.-"
ppheww...penat okey ada baby kecik ngan baby comel at the same time..tapi disebabkan they're so adorable, penat, tak cukup tidur pun takpela..as long dua-dua sihat walafiat, syukur alhamdulillah.... memandangkan ahmad harraz tengah aktif berlatih berdiri, memanjat and so on, perkembangannya memberangsangkan memandangkan umur dah setahun sebulan lebih cc 10 bulan, if ikut kiraan sebenar due date ahmad harraz dikira dalam garisan yang sepatutnya walaupun bayi pramatang...alhamdulillah, insyaallah dalam tempoh terdekat ne dah dapat bertatih a.k.a berjalan, depend on his effortla kan..adiknya pula bukan main tembam dan semangat dan pasal kerjanya hanya menyusu, tidur, poo poo...nampak gaya adik yang juara dalam acara timbangan berat..huhu, walaupun ahmad harraz dah cecah setahun lebih berat badan hanya naik ke 7.4 kilo je..-.-'..entah macam mana dah cara nak tingkatkan selera makan anak..adiknya pula baru 2 bulan dah cecah 4.7kilo, beza sangat dengan abangnya dulu 2 bulan baru cecah 3kilo even kedua anakanda lahir pra-matang...huu...
setelah berhari-hari peram entri yang sama, tak sempat-sempat nak update..2 3 hari ni sangat tak tenang bila anak-anak kurang sihat, tidur pun tak lena..dahla tak cukup tidur, tambah plak bila tidur tak lena...alahai, moms punya feeling kan memang macam tu kalau anak tak sihat...dengan maknya sekali jadi tak sihat mental fizikal, risau terlebih...-.-''. ahmad harraz selesema dan batuk yang berpanjangan, tidur malam pun terganggu dek pernafasan yang tidak selesa..kalau boleh tak nak ajar anak makan ubat banyak dan berpanjangan..not good for baby below 2 years..owhh, sons semoga cepat sembuh sayang..love u both..so berharap lepas ne ada 'me time'...sebab banyak benda nak settle kan, rumah tak berkemas lagi and so on...sungguh serabut..ok, just stay calm ..ok daa
hai..so lama dah tak menulis, of coursela sebab ada anak yang macam kembar dan belangkas, so bila dua-dua dah tido wajibun mentidurkan diri jugak,tapi kadang-kadang tak mentidurkan diri jugak...time anak tidur tulah sibuk nak ketip kuku anak-anak, belek-belek rambut anak, tenung-tenung wajah anak...lastnya memang tak tertidola...bila dan bangun si anak ni kaki tangan pun tak cukup...tu yang rabak mata berjaga punya pasal..hisshhh tak paham betullah perangai sendiri..memang tak sempat nak bersosialla kita..hehe.. dah habis raya belum?kita kat sini cukuplah 6hari beraya sakan ai mean kat kampunglah..pastu dah back to normal situation..if ada open house maybe yang tinggal kat luar, syawal semestinya berakhir sampai 30syawal kan..so sebelum bertolak balik ke sisi suami tercinta (habiskan baki hari berpantang dikampung) i think i need write something.......eheh, for therapy kononnya pasal dah makin sibuk dengan karenah anak-anak nanti..nak hadap blog sendiri dah tak menyempat, nasibla bukan keperluan pun kan..bukan ada yang nak baca pun..so lepas ne entry wujud bila ada rasa nak mewujudkan entry tu...ok ayat dah tunggang terbalik
Bila dah terasa lama berkurung dalam rumah, need fresh air to up the energy & motivate myself..wakaka..konon jugak ne...huhu, memandangkan perintah berkurung mungkin dipanjangkan, tunggu baby Haddad besar sikit, but thinking again i can't wait anymore..terasa kaki ni ringan nak berjalan-jalan window shopping, berjalan-jalan ditepi pantai..owhh mak-mak zaman sekarang memang kelass-.-
''... tak berkepentingan langsung...terasa comel plak ada keinginan camtu..maybe kes masa mengandungkan Haddad tak sempat habiskan apa yang dikempunankan..tu yang timbul macam-macam keinginan tu..kan Haddad kan? tetiba sabitkan anak dalam situasi ni...kahkah*lempang nak?*>_<"...apapun nafsu tetap nafsu..ok, daa...tengah buat list!!o_o
wahh, punya tak hengat nak letak gambar si comel anak..so Ahmad Haddad stay in NICU for 5 days before discharge...memandangkan Ahmad Haddad takde masalah lain kecuali selepas kelahiran pernafasannya terlalu cepat dan laju, but then he's fine after one day warded...menjejakkan kaki ke wad NICU bukanlah satu pilihan, untuk mengingati balik perasaan ketika Ahmad Harraz(sulung) dilahirkan dan ditempatkan disana..tambahan pula untuk melihat wajah-wajah kesedihan ibu-ibu lain yang mempunyai anak pelbagai kompikasi dan masalah yang berbeza-beza..sungguh memilukan perasaan, kebetulan sehari selepas bersalin, keesokkannya dah boleh discharge except the son kena stay sanalah sampai betul-betul sihat. Sebelum balik, singgah dulu menjenguk anakanda di NICU, sayu hati tapi dah boleh menahan tangis tak sama keadaan macam dulu...pengalaman menguatkan diri, cehh-.-"..kebetulan ada beberapa orang ibu turut melawat anak masing-masing, turut terasa hiba bila melihat setiap ibu yang pulang berendam air mata( i know how the feeling)..hinggalah satu masa me amik peluang untuk tinggalkan susu perahan untuk anakanda, terlihat ibu yang kesedihan diluar bilik rehat, disebabkan dia masih teresak-esak..tanya si suaminya yang berada dalam bilik kelihatan tenang.."Anak lahir bila?"sambil dijawabnya "dah dua minggu, tapi baru je tiada"...terus bungkam tiada suara..al-fatihah...
Ahmad Haddad..
honestly, bilik NICU sangat menakutkan, takut untuk kita terima kenyataan dan kebenaran apa yang akan berlaku..same with me, dulu sangat takut kalau telefon berdering, dan ianya dari bilik NICU, takut sekiranya ayat yang dituturkan si pemanggil bakal menghancurkan hati dan perasaan..but i'm wrong, be always positive..insyaallah, Allah always be there...be strong for whatever happen..so yeahhh, dah merepek..here my second son, Ahmad(yang terpuji) Haddad(lautan), nama seperti ulama imam al-Haddad, waris nabi ke-100.
Actually tak tahu nak cerita apa pasal puasa dan raya...memandangkan me buat kali keduanya berpantang dibulan yang mulia ne, tak dapatlah nak up entry "masak apa hari ni untuk juadah berbuka puasa?"giteww...kalu tak memang dah tertukar dengan blog masakan pasal tetiap update juadah berbuka...berangan!!miahaha...macamlah rajin sangat masakkan kan?so, seperti tahun lepasnya, kita disini berpantang, suami disinun bersahur dan berbuka sensorang..pity-.-'..so hopefully next year dapat jadik isteri mithali lagi solehah, bangun pagi-pagi, masak sahur, kejut suami bangun sahur, lepas sahur solat subuh jemaah sekali, pastu ngaji sesama tunggu matahari naik...kejut anak-anak, mandikan anak-anak, hantar suami kat pintu sebelum pergi kerja, balik kerja petang tu suami layan anak-anak pulak sambil tunggu isteri sedia juadah berbuka...wahh, panjang ko punye imaginasi..miahaha...insyaallah^_^. Puasa tahun ne berganti lagilah jawabnya-.-"
Apapun raya tetap raya...dan terlebih-lebih plak rayanya dari orang puasa...siap berpasang-pasang baju raya...huu, maklumlah tahun lepas sempat jugak pakai baju raya, tapi feeling raya langsung takde pasal Ahmad Harraz masih kat NICU masa tu..so this time, walaupun tak happening sangat...but sangat bersyukur diberi peluang beraya dengan anak-anak..hii, so Selamat Hari Raya..mohon ampun sekiranya coretan di halaman maya ne bisa merobek hati si pembaca...semoga segala kekhilafan dimaafkan walaupun tidak bertemu mata..Maaf zahir Batin...daaa^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social