Refarm Kampar Kolam Mandi Terbaik

3.21.2021

Sepanjang berkurung ni, benda paling tak tahan dengar anak minta bab mandi kolam lah. Nak beli kolam mandi tu bagi depa main kat rumah leceh plak nak mengemas bagai lepas siap mandi, tu yang sampai sekarang masih dok berkira-kira nak beli ke tidak kolam mandi, kot tak berbaloi nak kemas simpan, sakit mata dah satu hal tengok sepah, basah dan sebagainya. Sepah dalam rumah tak settle, tambah settle luar rumah plak, memang tak pasal menambah sakit mata mengadap benda-benda cemni, kihkih. So suruh anak tahan hati main apa ada nya kat rumah. Dapat main kayuh basikal sekitar taman pun dah satu rahmat besar dah untuk anak dari berkurung diam tak buat apa-apa dalam rumah. So bila dah dapat keluar dari rumah maka ambil peluang untuk anak-anak mandi kolam.


Best juga bila keluar takde orang, rasa dunia ni kita yang punya, kihkih. Kebanyakan dalam keadaan sekarang ada yang terpaksa rela, undang-undang dunia punya pasal, apapun peluang yang masih ada ni, kami pergi mandi kolam kat Refarm Kampar, paling dekat dengan rumah, sambil-sambil korek hidung pun sampai orang kata, wakaka. Paling terkesan sebab koronah ni semua industri pelancongan lah, dari situ pun dah berlaku banyak effect domino. Sampai je kat Refarm Kampar, memang satu buah kereta pun takde, tanya kat kaunter buka ke sekarang? Memang buka tapi ramai yang tak tahu atau mungkin masih in mode paranoid untuk datang ke tempat-tempat tarikan. Memandangkan dah petang sangat kami plan datang esoknya.


So pepagi lagi dah membekal siapkan makanan, kami bertolak ke tempat mandi kolam, alhamdulillah memang kamilah satu-satunya pengunjung hujung minggu tu, kihkih. Apalagi sakan kami anak-beranak enjoy the day, dari pagi sampai petang petang conquer satu farm, ulang-ulang mandi sampai semua sunburn muka semua. Siap mandi satu round, pusing satu farm lawat mini zoo, dan lorong pameran. Siap kering balik baju terjun balik mandi kolam. Memang antara pilihan tempat mandi manda yang bersih dan teratur kat Refarm Kampar ni sebab ada section khas untuk kolam tertutup dan terbuka juga yang sesuai untuk anak-anak. Jadi in safety reason, refarm Kampar ni memang terbaik dari segi kolam mandi, sebab anak-anak tak takut nak mandi, sebab kolam untuk kanak-kanak agak luas dan kedalaman kolam sesuai untuk kanak-kanak.


Mini zoo kat sini juga agak simple tapi menarik, so in one place anak boleh enjoy banyak benda. Lengkap dengan surau dan cafe, tapi tak sure lah akan buka ke tak nanti cafe nanti, maybe buka kot bila dah ramai yang serbu nanti. So memandangkan sekarang dah PKPB balik even tak dapat rentas negeri dapat pusing-pusing keliling daerah pun dah okay sangat. Support lah homestay, chalet, tempat riadah berdekatan. Jalan-jalan makan angin pun walau dekat jaga-jaga juga SOP sanjungan supaya RM10000 tak melayang, tambah-tambah lagi kita geng rakyat marhaen, geng kayangan tu lain cerita, kihkih. Enjoy your weekend okay. 


Nasi Kandar Beratur Kampar Sedap ke?

3.19.2021

Siapa peminat nasi Kandar? Ika memang fans yang suka makan nasi kandar tapi tengok kedai jugaklah, tapi nak cari nasi kandar yang sedap kat tekak tak mudah juga ye, tambah lagi nak makan nasi kandar ni bukan sebarang tempat, asal nama nasi kandar je jangan sesuka hati singgah makan sebab memang ada yang bukan Islam buat dan masak nasi kandar ni. Biasa kalau nak umphhh rasa ori cari yang mamak atau India Muslim. Kalau yang fake banyak sangat sangkut Ayat-Ayat Suci Al-quran kiri kanan, dalam luar kedai settle dah boleh tarik orang Islam datang makan. So kalau boleh elakkanlah, sebab benda jadi darah daging kan. Haihh macam-macam betul zaman sekarang ni, asal boleh buat duit, asal kenyang perut, yang lain belakang kira. Bukan simply tengok ramai orang Melayu atau bertudung makan, kira halal cincai-cincai, ingat prok free atau free dari arak kena consider juga tukang masak yang sediakan makanan. Kalau dah jelas bukan orang Islam elakkan lah. Benda haram atau syubhah masuk dalam tubuh badan lama-lama hati keras dan degil, jauh dari rahmat Allah malah doa pun tak di makbulkan Allah. Apa yang kita makan memang mempengaruhi jiwa kita. So bab makan jangan buat main, tambah lagi yang viral tu. Sekarang ni memang selamba je orang Islam makan kat food court Chinese, entahlah apa jadi dengan orang Islam zaman kini. 


So nak di jadikan ni kali kedua kami datang makan kat Nasi Kandar beratur ni. Kali ni try pula set Lamb Beriani. Ambil dua set untuk laki bini, memang tak habis lah jawabnya. Cannot go, baik ambil nasi kandar biasa je, lauk lagi verity, lamb set ni tak padan dengan harga sebab daging kambing nipis-nipis garing, memang takde rasa. Sesal plak order ni, tambah pulak lakiku dok ulang, best layan nasi kandar kat Penang jugak, amboii dia punya angin tu sama naik makan dengan jalan-jalan. Buat sendiri pun memanglah lagi haukk jauh rasanya even dah copy paste resepi yang mamak share, adakah air tangan mereka yang menjadi pujaan kita selama ni, adeii. Terus tak boleh nak taip pulak teringat member sendiri yang anti makanan mamak ni, wakaka. Apapun nasi kandar always in my list, korang macam mana? 

Terbuka & Limitasi

3.18.2021

It's so scary today kalau baca insttagram suami instagram public figure atau instafamous yang suka buat sharing anything about their relationship husband wifey, anak-anak and I do that too. Tapi dalam perkongsian yang terlalu terbuka juga sangat membimbangkan like no such a secret dah about husband and wife. For inspired other that's good tapi perkongsian sebegitu dalam maya sangat membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengambil kesempatan. I'm not judging them, just reminding myself too sebab dalam berkongsi pun pasti kena ada limitasinya. I know kebanyakan yang buat sharing most of business purpose untuk personal branding tapi kadang dalam tak sedar dah melangkaui batasan rahsia suami isteri. Tak percaya perhatikan, seolah-olah satu trend juga di masa kini. 


Kadang-kadang rasa malu juga membacanya sebagai seorang wanita dan isteri. Ingat kalau zaman-zaman dulu tengok rumah orang besar-besar, nampak hebat, mewah, nak tahu juga macam manalah keadaan dalam rumah pasti lebih hebat. Zaman sekarang tak perlu minta, tak perlu tanya everyone berkongsi tanpa limitasi dari ruang dapur, bilik tidur dan segenap ruang. Everyday life pun kita dah boleh tahu rutin dan bagaimana rupa dalaman rumah orang lain dengan details sekali. Tapi gambar yang ditunjukkan pun tak menggambarkan situasi sebenarnya yang berlaku melainkan tuan badan explained details in status.

Bab ni serius Ika kena tegur dek orang-orang tersayang, tu sebab dalam blog pun Ika tak share semua perkara, cukuplah orang tahu kita surirumah jaga anak-anak je, more than that selain part jalan-jalan dan makan, wellness thing Ika share sebab Ika suka kalau orang dapat value dari tempat-tempat yang Ika pergi juga manfaat info kesihatan dari pembacaan buku. Bab anak-anak in details memang takdelah Ika nak share cukuplah yang nak hadap hari-hari ni. Samalah jugak part instagram private for family je melainkan yang general Ika share on other instagram for business purposes. Facebook pun ingat nak delete permanently dah kot, nak settle ambil content dulu sebelum permanently delete. Thank you jugak kat orang-orang tersayang yang sentiasa mengingatkan diri yang banyak alpa ni. Salute sangat kawan-kawan yang takde medsos langsung ni. Ku ni dah terjebak payah juga nak tinggalkan ye, dunia-dunia! Dunia tipu-tipu cemnilah ekk. Innalillahiwainnailaihirojiun. 

Apapun ingat, dalam media sosial ada limit perkongsian, terutama apa yang kita miliki terutamanya harta, kebaikan yang kita buat kerana boleh menimbulkan perasaan yang tak perlu, kisah cinta kita sekarang dengan suami atau di masa lalu dengan orang lain, bimbang ianya melukakan banyak pihak, masalah pekerjaan kita, lagi-lagi masalah rumah tangga. Media sosial sesungguhnya bukan tempat terbaik untuk bercerita dengan teliti apa yang kita alami. Somepart ada yang beri impak baik, in some part ada keburukannya. Yang memilih media sosial untuk segalanya, moga ada kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain, jika tidak elakkannya sebaik mungkin. Apapun if tak suka someone in medsos tak perlu share, just unfollow them, jika tiada perkataan yang baik-baik untuk di komen just shut your fingers dari tambah saham dosa. Komen kita selagi wujud akaun sosial tu, selagi tu dosa berantai dok jalan. Just ingatkan diri jua, bagus jugaklah suami tegur pasal Facebook, at least dah berlepas diri dah in some part dosa on media sosial. 


Pepatah lihat dengan mata lalat atau mata lebah memang tepat, tapi hakikat pastinya segala yang di media sosial pasti ada yang mengambil kesempatan atas kenaifan dan kejujuran kita. Zaman sebegini, hanya beringat-ingatlah tambah lagi orang dah tak kisah tentang hukum agama. Asal boleh puas hati kan masing-masing, yang syirik, khianat pun dah makin terbuka di tayang tanpa sebarang takut dengan Allah. Nauzibillahiminzalik. Bab hati manusia ni Allah je yang tahu, so bewaspadalah sentiasa. Moga-moga apa yang kita kongsi dilihat dengan mata hati yang tulus. Amin. 


Catatan pendosa jua, 
Ù„َØ¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

Naik Jip Nikmati Ladang Teh Cameron Highlands

3.15.2021

Sebenarnya nak naik jip keliling ladang teh ni dah lama ada dalam bucketlist. Tak Jadi-jadi setiap kali panjat Cameron Highlands either tak cukup masa atau kesesakan yang teruk buat putus angin nak teruskan niat. So disebabkan kali ni peluang teramat lah besar sekali sebab masa masih awal dan memang naik semata-mata nak "we time" untuk kami sekeluarga, makanya kali ni jalan tak sesak, dan smooth saja. Lepas settle membeli dekat Kea Farm kami tuju sini terus, masa matahari dah pacak kepala, tapi apedehal, anak-anak tengah semangat nak berjalan-jalan. Orang pun tak ramai sangat masa tu, sebab bukan timing lunch hour lagi kot. So kami ambil peluang, lepas Park kereta terus tuju tempat beli Tiket untuk naik jip keliling ladang teh. Kalau ikutkan pakej naik Jip kat Tanah Rata lagi best sebab cover banyak tempat termasuk Messy Forest (most wanted place to visit for us) tapi nak naik jip yang tu memang pepagi buta dah kena standby untuk take chance panjat bukit untuk tengok matahari terbit, kita tunggu anak-anak besar sikit lagi, tu pun kalau panjang umur lagilah dan tempat masih wujud. Dah masuk dalam the ring of fire dah Malaysia pun, so anytime lepas ni kena get ready macam Indonesia dah sebab anytime boleh berlaku tsunami or any earthquake, huu sound scary dan tak logik kan, tapi tulah hakikatnya tak semua milik kita selamanya. Kena ingat kita pun dah di pengakhiran zaman dah pun iaitu menghampiri puncak 1500H. Peringatan diri yang masih banyak lalai juga ni.

So gunung ganang yang ada sekarang ni kita nikmati sajalah dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi ni, kasi tengok semua kecantikan alam yang Allah ciptakan khas untuk kita supaya sentiasa ingat kehebatan dan keagungan Ilahi. Tanya pasal tiket Jip RM16/dewasa dan RM12/kanak-kanak 12 tahun kebawah, 4tahun kebawah free je. Terus dapat gerak naik jip sebab memang kita orang first yang customer yang datang. Best naik jip keliling ladang teh, pemandangan real terus dekat dengan pokok-pokok teh di lereng gunung ganang, tinggi boleh tahan. Kalau yang bujang boleh naik through ATV dengan kawan-kawan lagi puas hati. Sampai puncak gunung ladang teh berhenti dekat pit stop situ dalam 20-30minit untuk nikmati pemandangan puncak gunung. Berbaloi sungguh dengan kehijauan dan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, anak bukan main happy dapat panjat puncak dicelahan pokok-pokok teh. Yang pasti panjat yang ni memang tak letih, pasal kita orang duduk saja, takde scene panjat-panjat tangga bagai macam kat Ladang Teh BOH Sungai Palas, wakaka.

30 minit kat atas tu memang jamu mata dan layan perasaan je semua, best! Lepas tu turun singgah pit stop kedua mini farm dalam Ladang teh tu untuk yang amik Tiket Jip ni lah. Masuk memang freelah, tapi nak beli makanan tu tak freelah ye, kena bayar, hahha. So masuk mini farm ni boleh beli makanan arnab, kambing, ayam dan ikan, simple mini zoo tapi anak-anak memang enjoy lah kalau mengadap binatang ni. Kesian betul anak-anak moden cemni, mama dulu kepit-kepit kepala angsa celah ketiak je, anak kambing bawak usung pergi sana sini cemtu je. Sekarang anak-anak jumpa lembu pun bersorak kenmain, huu. Sampai masa balik duduk kat kampung kita bela semua tu ye anak-anak, kikiki. Hampir 40minit duduk dalam mini zoo kasi anak-anak puas melayan binatang dalam tu, sedang elok kami keluar orang azan zohor dah. Disebabkan semua dah mula kelaparan meminta nak makan, so pergi cari makanan untuk alas perut dulu sementara nak isi makan tengahari. Singgah cafe makan-makan then terus selesaikan solat, kami gerak untuk next destinasi. Apapun antara Banyak-banyak ladang teh, ladang teh yang ni paling best for me, sebab senang, tambah lagi tak melibatkan aktiviti panjat-panjat yang peluhkan celah ketiak, wakaka. Dasar pemalas sungguh nak berjalan. Kat sini pun best juga untuk OOTD session, ramai gak tengok kaki Insta dok posing kat sini. Apapun semua ladang teh ada kelebihan masing-masing, dan yang pasti semua pemandangan kat ladang teh really melt our heart dengan kesejukan dan kehijauan gunung ganang. Subhanallah, thank you Allah for this gift for us, moga dengan keindahan dan kecantikan yang Engkau kurniakan buat kami, buat kami sentiasa bersyukur dan teguhkan iman kami kepada-Mu. Tetap kan hati kami kepadaMu wahai Allah, Tuhan yang membolak balik kan hati kami. Amin.



Dulu memang port kitaorang jugaklah ladang teh ni kalau balik ke Kelantan, lalu wajib singgah kalau dari Tapah ke Lojing, memang sengaja balik kelantan ikut Cameron, sebabnya sambil menyelam minum air orang kata. Nak sesaja jalan-jalan kena cari timing best juga, ni dah memang nak lalu kita singgahlah tempat yang best masa takde pengunjung. Either hari khamis balik, nak datang sini hari isnin, so orang tak ramai atas Cameron Highlands, beli sayur pun harga sempoi terlebih murah. Memang lenjan habis kuasa turbo kereta, sepuas hati panjat gunung kikiki. Kesimpulannya minum teh panas atas gunung terasa lebih nikmatnya. Betul dak? Nak datang kat tempat-tempat menarik ni timing kena bebetul cantik, kalau terlampau crowded memang hilang mood nak jalan-jalan, alhamdulillah naik untuk we time kali ni semua smooth, timing kebetulan semua best masa orang tak crowd lagi, sedang elok kitaorang settle naik jip tu, dah bersusun orang beratur naik jip dan ATV, fuhh alhamdulillah.


Feeling Drama Korea Layan Jjangmyeon (mee kicap hitam)

JAJANGMYEON/JJANGMYEON (BLACK BEAN NOODLES KOREAN).

Lunch apa uolls tengahari ni. Boring asyik makan nasi, sekali terliur plak nengok geng korea tu baham makan mee sejuk, camne buatlah..yang tu tak pandai kita buat yang simple dah lerr...korang tahu apa ni? Hmm..mee kicap yang geng running man makan, dalam coffee prince pun ada..asal tengok diorang makan confirm terliur, asal makan makanan Korea mula menjejes nak makan jugak, macam lah sedap sangat tengok kan gaya tu kan?.


Original taste memang tak pernah rasa & takkan rasa sebabnya resepi asli jajangmyeon guna binatang pendek kaki 4 pink tu & arak. Katanya jajangmyeon ni sebenarnya masakan cina. Takpe tak kisah mana-mana asal boleh masuk tekak, kenyang perut, sukati, boleh landing tidur plak..so let's checkout simple resepi jajangmyeon atau dengan kata melayunya mee kicap.

Actually ni kali kedua ika try buat resepi jajangmyeon,tahun 2014 ika pernah buat sekali, tapi lepas makan ika sendiri dehydrated & sudahnya buang dalam tong sampah,konon nak makan makanan Korea sangat, trauma jemaah sekali dengan suami kes menonong first time rasa masakan Korea isteri...mbahah, nasib tak serik. Kesnya salah beli black bean dalam botol tu yang masin ya Allah macam telan air laut, tak ku tahu kacang hitam dalam botol tu banyak jenis..rupanya terambil yang masin...kikiki, tulah first time merasa jajangmyeon, tapi kali ni try lagi buat. Kali ni dah study sikit rupanya kacang banyak jenis termasuklah kacang hitam. Rasa kacang hitam tak sesedap kacang merah, tapi memang unik rasa jajangmyeon kes kacang hitam tu lah.


Nak buat pun senang je mee hitam Korea ni, boleh makan bebila nak makan, buat breakfast ke, dinner ke, semua boleh.

Bahannya:
Mee lidi/mee kuning/meggi/spaggeti
Sos:
Kacang hitam
Isi ayam
1 labu bawang besar
Setengah biji Timun jepun atau timun biasa (buang biji)
1 biji ubi kentang
Boleh tambah sayur kegemaran lain kalau nak carrot ke, capsicum etc
Sos tiram
Kicap pekat
Cuka
Minyak bijan
Air tepung jagung
Cara buat tengok kat gambar ekk. Cubalah memang lain sikit rasanya dari mee goreng kicap basah kita, sebab ada rasa kacang tu. Hari tu kes mengada gi belek ig instafamous, nampak mee kicap korea ni, apa lagi masuk dapur godek-godek, siapkan jugak kes nak makan. Hurm pantang tengok makanan, diri gemor makan, tapi nak Kurus, memang lambat lagilah kalau peel cemni. 
Selamat mencuba uols. Nak kena layan K drama sambil mengunyah mee hitam ni baru masyukk. Kihkih.