Ramai dah bertiktok dan tunjuk kreativiti hasil memerap kat rumah akibat RMO Covid-19 ni kan? So selain aktiviti buka peti 478399kali, masuk keluar dapur 899276kali, me masak sampai keluar simbol ¿???? dah kat dalam kepala, apa lagi yang perlu buat dalam tempoh kita duduk rumah ni? So the idea tu memang banyak lah tapi tang buat dengan tidak sajalah.
Memandangkan unplanned version stranded duduk kat kampung kes balik sebelum RMO bermula 18Mac 2020 baru-baru ni, unplanned situation yang berlaku adalah high risk berat badan yang mendadak naik sepanjang PKP tapi berbanding dengan penyakit berjangkit yang tengah kita perangi ni that's better for gain weight. Tapi untuk iols memang ini adalah mimpi ngeri, nak berdiet dikala duduk kampung ni semacam mustahil, tapi cubalah sedaya mampu turun kan apa yang patut. Kalau tak menangis nak sarung baju raya even raya tahun ni pun belum tentu kita semua dapat beraya macam sebelum ni kan? Nampak gaya suasana hari raya tahun 2020 bukan kaleng-kaleng kerana semua akan beraya dialam maya dengan berootd baju raya. Agak saja macam tu. I bet semua berootd di Instagram dan Facebook sahaja.
The best thing yang orang terlepas pandang dalam tempoh RMO ni adalah tingkatkan kesihatan dan imunisasi diri sepanjang masa. Memandangkan nak tak nak virus covid19 mungkin kita dah dapat tapi takde simptom disebabkan sistem imun kita kebal dan kuat, so jomlah kita baiki cara pemakanan kita sepanjang tempoh RMO. Isu vitamin C dan covid19 memang panas masa ni sebab ada certain yang anti vitaminC dan kebanyakannyo missinfo tentang kebaikan nutrisi dan hubungkaitnya dengan sistem imunisasi badan but sebagai pemilik tubuh badan, pasti kita boleh buat pilihan terbaik untuk kesihatan sendiri. So choose wisely.
Macam Ika sendiri suplemen Shaklee ni memang wajib, vitamin C, garlic Complex, Vitamin E, Vivix, antara suplemen yang bagus untuk tingkatkan imun diri, selain tu air Kunyit, lemon, minyak zaiton Kurma, Habbatus sauda dan makanan sunnah lain antara item wajib ada kat rumah Ika ni. Air Kunyit tu buat dan rebus sendiri je. Ada yang perli, sindir bukan main bab makan sunnah ni ok, hati-hati dalam sesuatu perkara. Apapun semua ada akal yang waras, boleh buat pertimbangan baik buruk. Masing-masing tahu apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. Too much follow mainstream ni boleh buat diri overwhelmed jugak, bersederhana sudah lah, itu yang terbaik.
Memandangkan duduk kat kampung selain masak dan makan tidur, anak-anak pun nasib baik dapat berhomeschool even tak dapat hadir ke sekolah. Teringat pulak peristiwa netizen maki hamun seorang artis yang buat homeschooling dan melabel flatearth sehingga menghina, sekarang perasan ke tidak kita semua dah buat homeschool tak pepasal, sebab tu jangan mengata orang, sekejap je Allah boleh switch kita dalam situasi yang kita dok kata kat orang. Satu pesanan penting dalam tempoh RMO elak dan jangan sesekali buat dosa free, sekarang zaman di hujung jari, kita nak Jadi netizen bermanfaat atau netizen penyambung dosa, pun pilihan kita. Akhir zaman hak dan batil sukar dibezakan, banyak kan muhasabah diri dan jaga jari jemari. Masa terluang jangan di tambah dengan saham dosa, diwaktu berharga ni, memang banyak kita hilang fokus. Yang bekerja dari rumah dan berubah suasana kerja memang stress nak cope dengan keadaan semasa, nak handle rumah tangga, anak-anak dan siapkan kerja dari rumah satu cabaran baru.
Sepanjang duduk kat kampung ni memang banyak cabaran lah sebab adakala anak-anak tak sihat dan meragam, dan paling penting boringlah. Maklumlah FITRAH manusia ni kena aktif bergerak dari satu tempat ke tempat lain, tak keluar dari rumah rasa tak lengkap hidup kan? Rasa mudah stress, sebab suasana yang sama. Dalam pada tu tingkatkan sistem imun masing-masing dan keluarga, jaga pemakanan sebaik yang mampu, pilih yang lebih menyihatkan dan boleh latih anak-anak kurang kan makanan processed food dan buang terus junk food.
Antara perkara perkara terbaik yang boleh dibuat dalam tempoh PKP ni adalah reschedule jadual atau Rutin harian, contoh awalkan lagi waktu bangun pagi supaya sempat buat solat sunat sebelum masuk waktu subuh, banyak kan Baca Al-quran/khatam, baca buku, berkebun dan banyak lagi aktiviti lain yang bermanfaat boleh dilakukakan, semuanya pilihan kita.
Apapun enjoy sajalah waktu PKP ni, kurang kan rungutan, dulu-dulu nak dapat cuti panjang punya payah, ni free-free kita dapat makan hargai lah. Dulu tak sempat buat hobi kesukaran, maka penuhi masa PKP dengan hobi dalam waktu dan Rutin harian. Dulu tak sempat duduk lama-lama dalam solat, sekarang lah waktu emas Allah hadiah kan untuk berlama-lamaan disejadah. Dulu tak sempat luangkan masa untuk anak-anak akibat sibuk kerja, sekarang tumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga sebaik mungkin. Dulu tiada masa untuk diri sendiri sekarang adakan masa yang kita ada untuk diri sendiri, upgrade diri better version hingga jadi habit even tempoh PKP dah tamat. Banyak hikmah untuk muhasabah diri dalam tempoh PKP ni, bezanya tindakan sajalah. Ika agak ramai juga yang stranded kat rumah mak ayah atau mertua dalam tempoh PKP ni, peluang terbaik untuk rapatkan silaturrahim dan lebih dekat dengan keluarga.
Anak-anak duduk kat Kampung ni memang heavenlah depa, macam Harraz Haddad dan adik-adiknya, selain main, makan, tidur buat aktiviti lain main kat laman rumah kat kampung memang berbeza lah, syukur sangat ada support sistem kat kampung boleh tengok-tengok anak-anak sekali almaklum suami kena masuk kerja, merasalah pengalaman BERPJJ dengan suami. Tak tahu macam mana keadaan kalau kena terperap kat rumah sana, dengan laman takde, rumah siang hari pun kena buka lampu rumah sampai malam, tak dapat cahaya matahari, how stressful. Tak boleh fikir macam mana yang duduk kat rumah flat nak hadap habis kan tempoh PKP ni, moga Allah permudahkan urusan mereka jua. Kita yang duduk rumah kampung ni terasalah juga bebas turun naik rumah berjalan kat laman ambil udara segar kat luar. Bersyukur selalu.
Xoxo
Take care #kitajagakita
Tingkatkan imuniti sepanjang PKP dan setiap masa.
Sebulan lepas pindah rumah, mak ayah buat Majlis Kesyukuran. Orang-orang tua kiasnya nak anak-anak balik berkumpul dengan buat majlis kat kampung. So memang anak-anak wajib baliklah tambahan lagi acara tahunan memang dah bertarikh tetap setiap kali musim cuti sekolah akhir tahun, sedang elok ayah rancang buat majlis.
So dapur legend mak always kat hati anak-anak. Dapur nilah tempat kami anak beranak membawang, berborak santai, berbincang, cakap isu semasa, cakap isu serius dan dapur ini jugaklah yang menyatukan kami sekeluarga besar bila berkumpul. Rindu.
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
Semua tidur lena, even angin kuat maklumlah hujung tahun dengan musim hujan dan beranginnya, yang penting tak banjir. Esok pagi semua bangkit awal, nak main sukaneka seronok santai-santai je acara keluarga kami, main dengan anak-anak, tukar-tukar hadiah kasi meriah suasana dan happening.
Apapun syukur alhamdulillah acara sebegini Allah bulat kan satu hati kami semua untuk berkumpul. Bukan mudah nak buat acara sebegini kalau tak kerana sebulat suara, seiring pendapat dan Allah izinkan masa luang untuk berkumpul. Insyaallah tahun 2020 moga semua dapat menyertai acara mahal tak ternilai ni. Love uols.
Actually bulan November tahun lepas kejadian tak terduga jadi kat mak, bila mak jatuh kat tempat berlangsungnya dinner sebelum mak bersara setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai pegawai bank. Nak di jadikan cerita mak nak pergi tandas untuk solat maghrib, laluan situ licin, mak terjatuh tertongkat tangan hingga patah dekat pergelangan tangan. Sepatutnya November tu bulan last mak kerja, tapi Allah plans who never know, so start hari tu mak bersara terus sambung cuti dan terus bersara. Tak sempat bermajlis bagai. Insyaallah ada hikmahnya. Moga mak cepat sembuh, sekarang still berbalut lagilah. Ambil masa untuk betul-betul kuat gunakan tangan.
So balik kampung lah kami untuk majlis dan juga family beza sebulan je dari tempoh mak datang jalan-jalan kat rumah kami, hehe. Bergilir-gilir gitu. Syukur sangat ayah masih kuat dan sihat bertenaga diumur 65 tahun, rasa sekejap je masa, masih terasa iols muda remaja, tapi tiap kali mak ayah datang hantar lepas pantang sayu je, tengok dan perati garis-garis tua diraut wajah, tubuh dan tangan mak ayah. Allahu, masa berputar dan berputar tanpa henti. Al-fatihah hadiah untuk mak ayah dikala kejauhan ni. Moga Allah lorongkan jalan mudah supaya dapat duduk dekat mak ayah hingga akhir usia mereka. Dapat jaga dan ambilberat sebagaimana mereka bersungguh-sungguh ambilberat tentang anak-anak even dah tua bangka ni, huwaa.
So dapur legend mak always kat hati anak-anak. Dapur nilah tempat kami anak beranak membawang, berborak santai, berbincang, cakap isu semasa, cakap isu serius dan dapur ini jugaklah yang menyatukan kami sekeluarga besar bila berkumpul. Rindu.
Biasa buat majlis memang tingkat atas untuk acara belakang tabir je, segala majlis semua kat bawah, selawat ke, solat hajat ke sebab ruang bawah tu memang kitaorang tak duduk. Hanya guna ketika majlis, raya dan acara keramaian je. Ewahh bunyi macam hotel lah pulak. Dulu masa sekolah memang berteman lah nak turun ke tingkat bawah ni, semua takut even rumah sendiri, hahha. Ku rasa bukan ku sorang yang macam tu. Almost orang perempuan kot macam tu, pecut macam hape lepas ambil apa-apa kat tingkat bawah.
Kumpulan marhaban tu semua kawan-kawan mak minah, nenda kesayangan. Teringatlah masa muda mudi dulu selalu pergi hantar mak minah pergi mengaji, maklumlah lepas spm takde kerja buat, cuti semester duduk sesaja memang kerja teman mak minah pergi pasar, hantar pergi mengaji marhaban. Siap mak minah and geng ni dah cuba kenen kami adik beradik maklumlah semua perempuan, kenen dengan cucu-cucu yang ada. Korang kalau ada nenek tu ambillah peluang, mana tahu jumpa jodoh. Tapi tulah kami adik beradik masa tu semua dah berpunya. So gone macam tu jelah harapan nenda nak kenen sampai jadi. Selesai acara selawat bersambung dengan acara solat hajat. Acara makan tu jangan ditanya, memang sampai ke lewat petang baru settle. Lusanya terus ke acara family day. Terus lah kami ke Tok Bali. Berkumpul santai ramai-ramai.Since 2008 family day kami buat kalau tak silap, bermula naik Cameron Highland lepas tu bersambung-sambung hingglah kini, dari bujang, semua dah beranak pinak, cucu cicit sedara bertambah jadi keluarga besar. MasyaAllah, syukur.
Beginilah setiap tahun siap yang berkelapangan memang tak lepas peluang untuk join. Kami laki bini pernah pillow talk, kadang hidup ni kena stop sekejap, pandang sekeliling. Setiap hari kita sibuk dengan kerja, dengan tanggungjawab masing-masing yang dah bina keluarga, biasa semua ada alasan sibuk. Tapi untuk acara sebegini, jangan letak alasan sebab untuk berkumpul sebeginiemang tak selalu peluang ada. Boleh jadi waktu tu je peluang kita ada untuk bersilaturrahim, masa akan datang kita dah pulang ke kampung abadi. Atau masa tu kita tak sihat, even tak mampu bangun. So hargai 5 perkara sebelum 5 perkara.
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
Sekadar mengingatkan, sebab kadang Ika sendiri pun lalai dan alpa dengan 5 perkara tu. Tahu-tahu semua dah berlalu rasa tak sempat Berbuat apa-apa. Sangat merugikan.
Disaat masih dapat berbual, senyum, bergembira dengan orang-orang yang kita sayang, buat dan jangan bertangguh. Kerana bila kita bertangguh memang kerugian yang kita alami. Ada sesetengah orang tak rasa event sebegini penting, tapi untuk Ika yang jarang boleh balik kerap ke kampung, peluang sebegini memang tak boleh dilepaskan. Moga next family day Allah izinkan untuk berkumpul kembali.
Bab makan bersama ni memang paling meriah, dapat borak dan membawang bersama ibu bapa saudara, sepupu-sepapat. Perut kenyang, hati pun senang, tu yang memboyahh semua perut. Kambing seekor memang licin tak tinggal apa. Tulang pun rembat buat balik esoknya untuk dibuat sup cicah roti.
Selagi tak licin memang bab makan tak boleh nak berhenti. Puas hati betul tahun lepas sebab memang tak susah payah nak membakar, berbbq, tahun ni semua upah catering. Aduihh lagi sedap makan.
Semua tidur lena, even angin kuat maklumlah hujung tahun dengan musim hujan dan beranginnya, yang penting tak banjir. Esok pagi semua bangkit awal, nak main sukaneka seronok santai-santai je acara keluarga kami, main dengan anak-anak, tukar-tukar hadiah kasi meriah suasana dan happening.
Ni rest 10minit,kebetulan pak cik jual aiskrim datang pakat serbu, habis satu tong, rezeki tak terduga pak cik aiskrim kena serbuk keluarga besar tak cukup tangan.
Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni satu sekali sebab inilah kali terakhir mak bidah join family day. Last minit berubah keputusan nak join, sebelum tu tak nak. Rupanya inilah family day terakhir mak bidah.
Apapun syukur alhamdulillah acara sebegini Allah bulat kan satu hati kami semua untuk berkumpul. Bukan mudah nak buat acara sebegini kalau tak kerana sebulat suara, seiring pendapat dan Allah izinkan masa luang untuk berkumpul. Insyaallah tahun 2020 moga semua dapat menyertai acara mahal tak ternilai ni. Love uols.
Xoxo-Ika
Other things may change us, but we start and end with the family
Actually berpindah rumah baru boleh dikira bukan perancangan kami, dan rumah yang nak duduk sekarang bukan pilihan kami. Tapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat HambaNYA. Sedikit kecewa jugak memula tapi muhasabah diri balik, dan fikir ini yang terbaik untuk kami sekeluarga. Anak-anak asyik tanya 'ni rumah last ke kita sewa mama? Lepas ni kita pindah ke rumah sendiri ke?', dalam pertanyaan tu. Boleh jadi rumah terakhir kami sewa, ada dua makna sama ada pindah terus ke kampung abadi atau masih di panjang umur untuk menikmati tinggal di rumah sendiri dengan design sendiri buat by cash. Alhamdulillah berangan itu percuma, tapi itulah yang kami dok ulang bagitahu anak, soon kita duduk rumah sendiri. Insyaallah. Yang pasti semua akan duduk kat 'rumah' sendiri nanti.
Adoii scary plak entri ni, just mengingatkan diri sendiri mati itu bila-bila masa. Entah sempat ke tidak kita buat semua yang kita plan, hanya Allah yang mengetahui. Yang penting upgrade diri setiap hari lebih baik dari hari semalam, kerana tujuan kita hidup sememangnya untuk meninggal kan dunia. Cuma kena design jugaklah macam mana cara kita nak tinggal kan dunia ni, dengan ilmu bermanfaat? Dengan kebaikan? So back to the topik, rumah kami sewa ni memang tuan rumah sangat cerewet,sangat teliti dan cermat. Tapi kami bersyukur sangat memang ada hikmah Allah tiadakan pilihan waktu mencari rumah di waktu genting tu, kes tuan rumah yang kami sewa sebelum ni dah jual rumah yang kami sewa tu. Nak tak nak kena keluarlah.
Apa yang best, dalam tempoh 3 hari settle semua, hari pertama dan kedua kemas semua barang kat rumah baru. Sedang elok anak pun dah start cuti sekolah hujung tahun. So aktiviti kami memang fokus kemas rumah, hari ketiga lori datang ambil barang dan pindahkan ke rumah baru. Hari keempat kebetulan keluarga datang bercuti dan nak singgah tidur rumah. Masa ni kemas apa yang sempat sajalah. Alhamdulillah betullah pertolongan Allah tu datang pada masa yang tepat. Sedang elok yang datang semua muda bertenaga lagi, haa diorang lah yang kemas semua barang pindah. Fuhh nikmat apa lagi yang kami dustakan. Syukur sangat sebab dah bajet maybe ambil masa berbulan jugak nak kemas rumah. Tapi within less than a week semua settle. Pakej siap buat solat hajat untuk rumah baru, alhamdulillah. Family is family and family is everything. Thank you mak ayah, adik-adik bongsu sepupu dan mak saudara datang bercuti pakej kemas rumah sekali, hahaha. Love you damn much no matter what.
Dan paling bertuah sekali dan rasa touching sekali sebab nenek Ika ni everytime masuk rumah baru, mak minah wajib datang. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik buat nenda. Masa muka-mula masuk rumah Banting, satu keluarga besar Ika datang berkumpul nak pergi bercuti kat China masa tu, Mak minah pun join sekali sihat bertenaga lagi masa tu. Lepas tu bila dapat pindah ke Perak, alhamdulillah Mak Minah datang jugak masa masuk rumah baru samalah kali ketiga. Masuk rumah sendiri nanti, rumah impian moga Allah panjangkan umur juga nenda Ika ni. InsyaAllah amin, dah 84 umur Mak Minah, besarnya nikmat diumur begini masih Ika punya nenek kesayangan.
Jangan tanya kenapa still sewa rumah? Kenapa tak beli je? Insyaallah one day Ika cerita jika Allah izinkan. Cuma apa yang Ika impikan Ika dapat buat seperti yang ayah buat, sebab ayahanda adalah inspirasi terhebat Ika untuk punya impian nan satu begitu. Oklah belanja rumah baru lengkap dengan dapur cun, dan paling penting syukur kami sekeluarga punya tempat tinggal. Syukur selalu.
Xoxo-Ika
There's is no place like home
Masyaallah tahu-tahu dah Mac 2020, laju masa akhir zaman berlalu, seminit semacam sesaat. Banyak sangat nak share tapi bila dah kumpul-kumpul banyak cerita, gallery gambar dah penuh rasa overwhelmed plak nak menulis bagai. Kita tengok macam mana nak buat go through satu-satu atau cerita in bulk terus atau paling senang update Instagram sajalah. Tapi biasalah introvert ni rasa tak lepas kalau tak bercerita. Nak jugak share, tapi tak nak tamak-tamak, buat apa yang boleh sudah yang penting blog ni antara medium sharing paling best. Nak beryoutube pun tak lepas-lepas lagi break the pattern.
Tulislah dulu kasi puas hati apa yang terbuku dalam Peta minda ni. So bagaimana tahun 2020 anda? Masih berjalan seperti dirancang atau dah mula give up. Don't worry if you don't start yet, belum terlambat untuk merancang, replan apa yang dah terlepas atau apa yang patut catch. My plan kat blog just sharing my own journey, besarkan anak-anak yang makin hari membesar bak juara. Alhamdulillah, walaupun tak secantik seperti yang tertulis kat atas kertas, as long as semua urusan dipermudahkan Allah satu rahmat dan kebahagiaan terhebat Allah bagi, syukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan sepanjang awal tahun 2020.
So Ika plan nak panas kan enjin balik konsisten writing kat blog personal ni sebagai satu inspirasi untuk diri sendiri dan moga ianya juga bermanfaat. The specific day insyaallah the blog entry will be at Saturday, Sunday and Thursday.
My goals nak menulis at least 1000patah perkataan setiap hari, the days yang tak state tu Ika fokus kat medium lain. Rasa nak share banyak resepi start this month tapi more to healthy meals. Actually, the most mission yang setiap orang ada setiap tahun 'NAK KURUS' kan? So one of the goal Ika memang tahun 2020 ni dapat berat badan ideal. Break the pattern asyik makan saja. Tukar menu, tukar lifestyle. Stick with the best ever circle this year. Ada yang tak nak teruskan apa yang patut di teruskan? Rasa macam susah, kenapa still tak boleh stick dengan habit baru? Why? Why? Nanti Ika share kenapa, dan Ika sendiri pun tak lepas dari mengalami perkara tu dan macam mana nak atasi. Berdosa pulak rasa tak share ilmu supermahal, simpan sorang-sorang. Yang penting Ika nak share jugaklah moments yang di lalui selama ni terutama part jalan-jalan makan angin yang terperap, mana tahu lepas ni dapat sponsor free je setiap kali pergi bercuti bawa anak-anak, kihkih. Amin.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala perjalanan seperti yang dirancang. Next post I will share everything termasuk throwback event yang berlangsung dihujung tahun 2019. Arghh!! Rugi plak tak menulis dimomen tersebut berlaku. But still, seriously I'll share everything moment, journey even more. Insyaallah.
xoxo-Ika
Love yourself is never wrong
Setiap orang wajib ada ujian masing-masing dalam hidup kan? Macam Ika lah, nampak kat IG kat FB macam takde masalah je hidupnya, tapi Allah sajalah yang tahu apa yang menimpa kami sekeluarga, tapi kami sentiasa mengingatkan diri akan ujian ni salah satu batu loncatan untuk Allah beri yang labih baik, bersangka baik dan terus bersyukur sebab sesusah dan sepayah-payah kita ingatlah ada lagi orang yang lagi susah dan perit dari kita dalam hidup ni. Kena banyak bersyukur sebab apa yang kita miliki hari ini tanda rahmat dan kasih sayang Allah. ujian itu tanda kasih allah, tanda Allah nak kita dekat sentiasa darinya.
Takde orang dalam media sosial nak tunjuk sisi buruk, sisi tak best kehidupan masing-masing. Semua tunjuk yang best, yang happy yang bahagia. Adakah semua orang di media sosial fake dan hipokrit. Tak, jangan sesekali bersangka sebegitu. Orang kaya yang pergi travel setiap hari pun ada masalah dia, samalah kita pun, tapi mereka memilih tunjuk sisi positif sisi yang boleh meningkatkan good vibes untuk oarng yang melihatnya. Yang tak baiknya pandangan kitalah, sama ada kita melihat dunia, melihat situasi, melihat orang dengan mata lalat atau mata lebah. Kita yang memilih.
Percayalah kita semua ada ups and down dalam hidup terutama bab emosi, bab motivasi, ia go ups and down tanpa signal. Tapi nak handle semua tu berbalik kepada diri sendiri sebab kita setiap hari ada sekurang-kurangnya "70,000 thought" dalam pemikiran kita. Negatif, positif datang silih berganti. Dalaman kita sentiasa berlawan-lawanan kan? End up semua tu kita serahkan kepada Allah Taala. Kita sebagai hambaNYA teruslah berusaha dan buat je asalkan syariat terjaga dalam apa jua urusan kita lakukan.
Ika selalu gak terfikir kenapa kadang-kadang bila datang semangat tu, semua benda Ika boleh buat dan selesaikan dalam masa sehari, tapi masa mood tak ok, motivasi down memang melepet je keje seharian. Namun bila sentiasa dok baca doa Al-Mathurat, Masyaallah Ika syukur Allah sedarkan Ika hidup atas dunia ni kena belajar hidup dengan pergantungan dengan Allah semata-mata disertai usahalah. Tapi bab YAKIN tu kena belajar dan amalkan supaya hidup kita lebih tenang dan present moment.
Takde orang dalam media sosial nak tunjuk sisi buruk, sisi tak best kehidupan masing-masing. Semua tunjuk yang best, yang happy yang bahagia. Adakah semua orang di media sosial fake dan hipokrit. Tak, jangan sesekali bersangka sebegitu. Orang kaya yang pergi travel setiap hari pun ada masalah dia, samalah kita pun, tapi mereka memilih tunjuk sisi positif sisi yang boleh meningkatkan good vibes untuk oarng yang melihatnya. Yang tak baiknya pandangan kitalah, sama ada kita melihat dunia, melihat situasi, melihat orang dengan mata lalat atau mata lebah. Kita yang memilih.
Percayalah kita semua ada ups and down dalam hidup terutama bab emosi, bab motivasi, ia go ups and down tanpa signal. Tapi nak handle semua tu berbalik kepada diri sendiri sebab kita setiap hari ada sekurang-kurangnya "70,000 thought" dalam pemikiran kita. Negatif, positif datang silih berganti. Dalaman kita sentiasa berlawan-lawanan kan? End up semua tu kita serahkan kepada Allah Taala. Kita sebagai hambaNYA teruslah berusaha dan buat je asalkan syariat terjaga dalam apa jua urusan kita lakukan.
Ika selalu gak terfikir kenapa kadang-kadang bila datang semangat tu, semua benda Ika boleh buat dan selesaikan dalam masa sehari, tapi masa mood tak ok, motivasi down memang melepet je keje seharian. Namun bila sentiasa dok baca doa Al-Mathurat, Masyaallah Ika syukur Allah sedarkan Ika hidup atas dunia ni kena belajar hidup dengan pergantungan dengan Allah semata-mata disertai usahalah. Tapi bab YAKIN tu kena belajar dan amalkan supaya hidup kita lebih tenang dan present moment.
So the moment sekarang memang banyaklah kami dalam keadaan tersepit. Tapi tulah, susah kita keep it for ourselves memory, sebab the moment soon ianya akan jadi kenangan manis. Ujian yang datang bukan asbab orang lain, pasti ianya berkait dengan khilaf, dosa kita sendiri. Belajar letak kesalahan ke atas diri kita sendiri without blame others yang ni ramai payah nak buat termasuk Ika sendiri. Allahu. Apapun ujian itu sangat manis dan nikmat, syukur jika masih diuji dan sentiasa diuji kerana janji Allah untuk hambaNYA diuji didatangkan dengan hujan lebat melimpah-limpah, dan hujan itu rahmat.
Surah Al-Hud, Ayat 52;
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
Allahu, cuma sekarang Ika just doa dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan segala perancangan, Allah Ya Bari' yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kami.
Catatan 27 oktober 2019
Xoxo-Ika
Subscribe to:
Posts (Atom)





Top Social