Terapi di Dapur & Skill Memasak

11.19.2017

Kita orang perempuan ne nak tak nak kena tahu memasak..tak pandai memasak takpe, asalkan rajin memasak insyaallah lama-lama pandailah..macam pepatah belakang parang kalau diasah selalu, tajam juga...ewahh, betul ke tidak pepatah tu...behehe


Dulu-dulu pun Ika memang tak pandai, nak buat kuih, uli roti,bakar kek, memang taklah semua masuk dalam kategori baling anjing,mampus anjing...behehe, tapi berkat kerajinan meng'google' dan mencuba buat sekarang bolehlah dikategori 'pandai memasak' awww perasannya ko...bahahah, belum masuk amateur & pro lagilah, yang basic bolehlah..

so bila dah kerap masak, masa memasak pun dah boleh dipendekkan, hihi...dari berjam-jam duduk dapur, dapat dipendekkan ke setengah jam atau 15minit, dah boleh bajet-bajet kalau nak memasak...cuma masalah terbesar adalah menjawab persoalan 'nak masak apa hari ni' kadang-kadang memang no idea, habis idea...


Lagi-lagi bila tanya suami,nak makan apa hari ni? Dapat jawapan tak kisah apa-apa jelah, yg ne memang rumit kan? Beheheh...salute sangat yang kreatif dalam bab memasak, main campak pun sedap, lagi-lagi geng-geng bakers, syokk na tengok hasil masakan diorang, menjejes air liur..

korang yang rasa diri tak pandai masak cukup-cukuplah fikir camtu, I think semua kaum hawa ada kebolehan tersendiri dan skill tu akan datang jika selalu dipraktik..cuba dan cuba, tak jadi yang first time, insyaallah second mesti jadi.. Ok daa

Bertambah Seorang Lagi Azra

8.04.2017

Assalamualaikum..setelah sekian lama tidak bersiaran. Entah kemana tuan si penulis belog, sekejap ada takde, kerana kekangan masa mommy bersilat dengan anak-anak, makanya tiadalah sebarang update....melainkan,


asal dapat anak, blog ni hidup..kahkah. semacamkan satu buku planner untuk anak-anak pulak. Perkenalkan anak ke-4, the second Azra in our small family, the official name belum decide lagi. Lahir pada pukul 10.20pagi tepat pada tarikh 1 Ogos 2017. The EDD should be 17/9/2017, tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, 33weeks baby dah lahir.

Berat anggaran sejurus selepas keluar 2.4kg, tapi selepas dimandikan the exactly weight just 2.12kg. Alhamdulillah, even it's the worst dan scariest ever labour, at the same time it's the easiest, luckiest ever moment.


Shopping Pertama Kali di IKEA Cheras

4.26.2017

Angan-angan nak shopping kat IKEA menjadi kenyataan, maklum dah bertahun tak masuk IKEA, kesian benau bunyikk nye kan. Bukan tak nak pergi, planning tu memang sentiasa ada tapi part memikir nak handle anak-anak macam-macam perangai, itu yang panjang bebenar mikirnya..kikiki.

Kitaorang lakibini memang dah lama tak masuk shopping mall, bangunan besar-besar ni semata-mata nak cuci mata, sanggup lagi bawak anak-anak pergi taman at least diorang boleh main berlari sepuas hati dari masuk shopping mall mabuk rambang mata, nak itu ini. Dari hadap diorang punya perangai beli itu ini..

So, alang-alang suami setuju nak cari barang untuk makeover rumah baru pindah ni, apalagi memang IKEA Cheras lah tempat dituju, katanya lebih luas, banyak stok. Tapi silap decision pulak jadinya dihari kejadian. Nasib iols dah telan siap-siap Bcomplex, takdela mommyzilla ni merempan kat IKEA tu..heehe

Mana taknya turun dari rumah pukul 10, singgah makan dulu, pukul 11 baru boleh bertolak dari perak ke KL. Sampai IKEA lebih kurang pukul 1 lebih. Alhamdulillah, tempat parking memanglah takde masalah, tapiiiii bab nak mula shopping tu sudahhh. Nasib buat list sesiap dah barang n rak-rak barang yang dilistkan.

Masuk je IKEA, kitaorang terus ke tingkat bawah ke gudang terus. Baru suku jalan, anak mula berzikir lapar...grrr, time orang berhenti makan, tak nak makan, sudahnya kitaorang patah balik naik atas cari tempat makan, dari IKEA yang beratur panjang nak membeli makanan, kitaorang masuk bangunan sebelah cari foodcourt, punyalah tak jumpa tambah tempat baru, memang suami bebel lah, nak datang sangat IKEA sini, kalau yang damansara tu tahanlah sikit luasnya, jalan pun tak banyak, tempat pun dah biasa kitaorang pergi.

Akhirnya jumpa jugak tempat makan, makan kenyang-kenyang. Sudah makan, Harraz sibuk nak cari buku mewarna pulak, kebetulan lalu depan MPH terus masuk beli, si Haddad pulak sibuk nakkan belon yang orang bagi free, kes banyak lot kedai baru buka, so rambang mata nak belon itu ini. Mencari lah pulak belon, dari tingkat 3 ke tingkat 1. Lepas tu baru kitaorang solat, tunggu anak-anak settle bab masuk tandas. Then baru boleh masuk IKEA bertenang-tenang. Sampai pukul 1 tengahari, pukul 4 petang baru kitaorang masuk gudang terus, tak sempat pusing showroom atas.

Bijak betul keputusan kitaorang lakibini turun ke gudang terus. Kalaulah kitaorang pergi showroom dulu confirm balik tangan kosong. So, dalam dah pukul 4 kitaorang start shopping memang macam buat race pulak cari barang-barang yang dilist, kotnya anak dah boring mula buat perangai balik. Masa diorang bertenang-tenang kita huru hara takpe..ahahha. Dari pukul 4petang, pukul 7malam kitaorang dah tercegat dekat kaunter bayaran, alhamdulillah settle barang-barang penting even banyak jugak yang tertinggal, huuu.

Baguslah sekarang wujud personel shopper, memang family cam kitaorang ni tak perlu kot pergi IKEA, lagi buat penat aje, hahah, baik upah je senang. Apapun pengalaman shopping di IKEA memang best kalau pergi laki bini je. Nak tenung barang-barang sepuas hati pun tak ngape, kikiki..shopping mall yang besar sebegini sememangnya kurang sesuai dah untuk kami anak beranak, relax lahh orang lain pun lebih kurang je pengalaman..ia betul tu, yang tak tahan memang kena banyak jalanlah tempat luas cenggini, definitely will come again, insyaallah.


Malam tu memang balik terus, sampai rumah dalam pukul 9malam, kitaorang tapau makanan balik makan, berehat, paling best aktiviti saling mengurut kaki betis lakibini lah bila dah berjalan banyak sangat. Ni kes body tak fit, jalan sikit dah termengah-mengah-_-". Dua kali lima je laki bini, nasib bini berlenggang kangkung jalan, semua anak kiri kanan depan, suami bawakkan, hahah, tu yang laki iols bebel lebih sebab dia yang bawak beban lebih kikii. Sebelum tidur,memang special dose ostematrix kitaorang lakibini telan,punya sakit tubuh jenjalan kat IKEA.





[Sambil bergilir solat, aktiviti mewarna si Harraz]

[Yang kecik ni pun boleh tahan, tapi paling bagus sebab tidur je dalam beg ayahnya]

[Dah mula boring]



Notakaki : Lama tak shopping cemni, sekali sekala memang bestlah, doa murah rezeki nak datang sini lagi, insyaallah amin. 

April, Umur Berkurang 1 tahun


Alhamdulillah syukur kami suami isteri masih dipanjangkan umur untuk menikmati segala nikmat kehidupan. Rasmi nya memang dah 3series pun kami laki bini, anak-anak makin membesar dan kehidupan kearah yang lebih stabil, insyaallah amin.

Tiada doa selain mengharapkan keampunana dan keredhaan ilahi sepanjang kehidupan ni. Sentiasa diberi kesihatan yang baik buat kami sekeluarga, dimurahkan rezeki selalu, dilapangkan dada dan dipermudahkan segala apajua urusan. AMIN.

HAPPY BIRTHDAY TO US
ATIKAH x AZHAM

Penginapan Puaka, Kereta Hampir Hilang

4.19.2017

[Entri yang teramat panjang]
Bertitik sambung dari cerita semalam. Selepas suami tetiba ajak keluar jalan-jalan [macam biasalah, unplanned version], suami ajak ke Penang. Manalah tak teruja. Penang tempat paling ika teringin pergi sangat-sangat masa mengandungkan si Hawaa lagi, mengidam nak makan nasi kandar ori dari penang dan juga pasembor penang ori. 

Dan tentu-tentulah bila suami sebut penang, yang datang menerjah dalam kepala otak ni sepinggan nasi kandar dipenuhi kuah kari banjir berlaukkan kari ikan+sotong kari, dan sayur goreng version diorang, apa lagi kan. Terjahan sepinggan pasembor penuh dengan pelbagai lauk pauk, terus membingkaskan diri bangun menyiapkan beg sepantas mungkin. Memandangkan masa tu dah siapkan makan tengahari just masukkan dalam bekal je lah makan kat rnr ke hape nanti.

Kitaorang bertolak dah pukul 2 petang dah, pukul 5 camtu dah sampai penang, so suami bagitahu ke teluk Bahang la boleh anak-anak main pasir..patutla dia bawak bahan mainan pasir anak, memang rupanya nak pergi belah situ. Malas nak cakap banyak follow aje orang bawak pun dah syukur dah. 

Nama lagi unplanned, map entah kemana, sempatlah 2 3 kali kitaorang pusing uturn Teluk Bahang tu. Dari batu Ferringhi kitaorang pusing 2 3 kali cari port untuk anak main pasir sekali nasib baiklah ada satu kereta depan penuh anak-anak kat belakang pakai baju mandi, so kitaorang follow je diorang masuk lorong sebelah area construction. Nasib baik memang wujud pantai berpasir, ingatkan jenis berbatu je memanjang. So sampai jugalah tepian pantai berpasir, bagi lepas gian anak nak terapi pasir. 
Tempat menginap tak cari lagi ni. Masa tu dah petang sangat dah hampir pukul 7, sambil teman anak main, sambil google tempat menginap. Siap je anak main pasir terus kitaorang bertolak pusing balik dari Batu Ferringhi ke teluk Bahang balik. Dari Batu Ferringhi tu ada 2,3 hotel nampak not so bad cuma terletak dikawasan tertumpu dan happening sangat bila malam, so suami cakap cari belah teluk Bahang, instead of one hotel yang kitaorang decide nak duduk entah macam mana suami tetiba suruh google Ali motel, then google jelah,tapi bila google aje..hhmm Hmmm...sampai sini dulu boleh taip, hampir tengah malam ni, sambung esok pula lah, karang berdiri semua bulu, tak pepasal,huuuu

[Dicatat 23:31malam, 15januari2017]
sambung cerita lagi, bila dah google tengok rupa motel tu, ika cakap"hmm, macam payah je, tengok bertingkat bangunan kayu camtu tapi cakap sepintas lalu jelah..dan lagi satu bila suami cakap"nanti perhatikan motel tu kat mana". Masa tu dah senja sangat, orang dah azan maghrib, kebetulan kitaorang lalu ternampak caltex dan sebelah caltex ali motel tu duduk.

Yang paling takleh nak brain selama kitaorang dok pusing-pusing 5,6 kali area tu takde plak kitaorang nampak motel tu.Tapi dalam suram malam sekali tengok je dah nampak motel tu. Nasib baik dalam kepala tu masa tu tak fikir bukan-bukan, memandangkan semua dah penat, lapar. Sampai je depan motel tu, dah boleh agak memang takde orang langsung except kitaorang...huuu
Sekali tengok pun dah semacam 😂
Takdelah bajet sangat hotelnya, oklah cukup selesa tapi memandangkan waktu dah camtu, anak pun dah macam-macam ragam, kira oklah. Bila tanya suami park kereta kat mana, sebab motel tu takde laman untuk parking rupanya, parking lot diorang seberang jalan dekat semak. 

Settle makan, solat, kitaorang anak-beranak dah ready nak tidur. Setakat tu semua ok lagi, kecuali ika tak boleh tidur memikirkan semua kunci pintu bilik rosak, kunci penyelak, kunci penyendal rosak kecuali kunci yang dibagi untuk buka bilik tu. Risau pulak, buatnya kitaorang tidur mati, if guna master key boleh sangatla buka bilik tu. Mundar mandir cari sesuatu nak letak sendal dekat lubang penyelak supaya "jikalau" orang dari luar tolak pintu akan tersekat. Nasib ada besi kecik kat dalam bagasi guna yang tu je lah.


Pukul 12 tengah malam, hujan lebat yang amat..Ahmad Harraz mula gelisah dalam tidur, jamah dahinya panas amat! Tiba-tiba aje panas, nak tidur tadi elok lagi dok main-main..nak jadi cerita disebabkan terlampau panas, ahmad Harraz mula cakap merepek. Menangis nak balik rumah, nak lalu bukit, lepas tu sampai rumah katanya, sambil mata terbelalak keatas..Allah, camne nak buat, hanya mampu jerlumkan tubuhnya supaya suhu turun. Suami memang tak tidur langsunglah malam tu temankan harraz yang memang tak boleh tidur dan banyak kali cakap merepek. 



Keesokan paginya, suami turun ke tempat parking kereta ambil barang. Naik tu suami pucat bagitahu, "abang rasa kereta kita tu ada orang cuba nak tarik buat lari, sebab senget dah sebelah lagi pula cangkuk kat belakang tu terbuka". Allah, berderau darah. 

Tapi nasib baik stereng lock dan cara parking tu menyusahkan orang yang cuba buat kerja jahat, dan paling penting Allah jaga kitaorang sekeluarga, memang tak dapat tarik buat lari lah kereta tu. Kalau tak, tak tahulah macam mana hari tu, dengan harraz demamnya..Allah, Allah bersyukur sangat. 

Awal pagi tu kitaorang bersiap-siap untuk terus bertolak balik perak. Check out dan terus blah dari situ. Dalam kereta suami buka cerita, katanya start dari harraz merepek malam tadi hatinya dah rasa tak sedap tentang motel tu. Yelah, motel tu penuh dengan barang-barang lama/antik. Depan bilik kitaorang penuh dengan hiasan barang antik, kayu-kayu berukir yang dah lama. 

Lagi pula, tak tahu selama mana bilik yang kitaorang tidur malam tu tiada penghuni. Bukan nak fikir mistik tapi benda-benda ghaib ni wujud.huu..apapun kami dapat pengajaran berharga, supaya lain kali lebih berhati-hati pilih hotel, tengok keadaan sekeliling dulu. Mahal sikit tak mengapa, asal bab keselamatan lebih terjamin. 
Itulah cerita touch down pulau penang semata-mata tanpa sempat pun makan nasi kandar dengan sepenuh hati, hajat nak makan pasembor tak lepas, mengidam time mengandungkan siHawaa lagi, malah tak sempat langsung pusing-pusing pulau penang. Suami bagitahu, lainkali kita datang lagi, plan betul-betul. 

Hmm yerr lerr tu, hakikatnya kitaorang biasa buat kerja travel ni on the spot...kikiii. Travel camtu memang banyak bagi pengalaman mahal buat kami anak beranak. Alhamdulillah. Btw, memang tak puas hati sampai pulau penang camtu, takpelah insyaallah rezeki lain kali pulak.amin.