Telur Penyu, Dodol Daun Palas & Keropok Lekor Seberang Takir

2.05.2015

Asyik cerita pasal makan je, asal cerita pasal makan mesti yang sedap-sedap. Balik kampung sebelum kejadian banjir suami sengaja balik ikut LPT kesnya nak singgah terengganu. I'm the one yang happy sebab terengganu sememangnya menyimpan 1001 kenangan ketika belajar diuniversiti dulu. Tak sangka hampir 7 tahun berlalu kenangan manis bersama teman-teman seperjuangan menghabiskan masa bersama berjuang mendapatkan sekeping ijazah. Now everyone have successful life to handle with, i'm so proud that i'm apart of their memory as i proud how they're apart of my memory. 3 tahun bersama bukan masa yang sedikit, how joyful we're menikmati zaman remaja dengan perkara yang membina kami dimasa kini...chewahhh, ayat, sangat formal disitu-.-". Apapun terpandang je batu bersurat kat tengah bulatan jalan dibandar terengganu, terus teringat kerja gila kami and the gang keluar malam-malam ambil gambar atas batu bersurat tu buat kenangan. Terpandang supermarket  SABASUN teringat kegilaan kami and the gang memborong air soya dan green tea satu kotak seorang buat stok teman study. Terpandang je pasar malam di sekitar wakaf tengah, gong badak teringat kesungguhan kitaorang keluar mencari makan tambah2 bila bulan puasa lagilah pelanggan tetap kami kat situ. Lalu depan kedai VINCCI teringat kegilaan mengumpul kasut selipar bag bila sale. Singgah beli keropok lekor diseberang takir teringat hari minggu kadang-kadang lepak tepi pantai sambil makan keropok lekor. Belum cerita bab assignment lagi part kelam kabut masa nak submit, behehe.... hmm so much memories there in terengganu, how i miss the young energetic three powerpuff girl dan lagi bertambah mereng bila bergabung dengan pemilik kereta wira NBE and the gang. Now 3 powerpuff girl semua dah kahwin tinggal gang kumbang NBE aje baru sorang yang selamat beranak pinak yang lain insyaallah menyusul nanti ye, mudah-mudahan (kalaulah boleh tag diorang)kahkahkah.....


So cerita teringin nak makan nasi berlaukkan telur penyu. Punyalah dah lama tak menyinggah kuala terengganu semua jalan dah tunggang langgang dalam ingatan maklumlah banyak urat putus masa beranak (make sense reason), sampaikan tersesat dalam bandar tu entah berapa kali pusing dah tak ingat jalan mana kemana, mencari Restoren Mat Binjai. Punyalah dah beberapa kali pusing alhamdulillah jumpa, tapi kecewanya bila semua lauk dihidangkan takde pulak hidang telur penyu. Terus tanya "telur penyu takde ke? jawapannya"takde, dah 3 hari takde telur penyu" mungkin minggu depan ada. woww!! betapa frustnya i setelah berkali-kali pusing tersesat jalan. ok takpe. makan kenyang-kenyang terus balik lalu ikut seberang takir singgah beli keropok best kat situ, teringat kenangan with the gang keluar makan malam minum air buah sambil pekena roti canai kat gerai tepi jalan. So teruskan perjalanan balik kampung ikut jalan pantai, juga penuh dengan kenangan ulang alik balik kampung masa belajar dulu singgah kedai feberet sukaramai tu bertanyakan dodol terengganu, jawapan kat sini pun mengecewakan bila makcik tu cakap dodol dah lama takde orang hantar. terus rasa...........hmmm takpelah nak buat macam mane nasib baik keropok lekor masih ada. alhamdulillh masa suami balik kampung bagi bantuan banjir otw datang sini lalu ikut terengganu dan belikan dodol daun palas. The scent of dodol terengganu will keep remain me full of sweet and great memories and it will remain me forever with, insyaallah. Selalu dalam doaku my ever sweetest all friend in university.daaaaaaaaa

Beza dari Hasil Cepat, Tepat dan Lewat

2.02.2015

erm, skemanya tajuk tapi macam no point apa yang nak yang diceritakan je, kan?hmm ayat pun berbelit-.-'. Just reminding myself post tentang SOLAT, solat tiang agama, solat perkara pertama dihisab dan bagaimana rupa dan cara kita menjaga solat kita. Nak ceritakan pengalaman sendiri bilamana solat kita ditepati dan awal waktu apa kesannya. Dulu memang payah nak solat diawal waktu sebabnya banyak faktor, anak nak menyusu, anak meragam dan faktor paling besar diri sendirilah yang suka bertangguh, kejap lagi, nanti dulu, tunggu lepas habis drama ne, etc etc sudahnya akhir waktu jugak dirikan solat hmmm-.-''. Sekarang berusaha memaksa diri untuk solat diawal waktu walaupun kadang-kadang terbabas jugak jadi lewat, tapi alhamdulillah bila jadi macam tu nampak dah hikmah sebenar bila kita jaga waktu solat dan solat di awal waktu. Sangat berbeza sebab bila terus solat diawal waktu terasa betapa panjangnya masa dilalui sehari-hari, rasanya macam dah buat semua benda alih-alih tengok jam baru sekian-sekian. Beza pula kalau solat akhir waktu terasa kelam kabut, tengok anak-anak lagi rasa kelam kabut beheheh. yang paling nyata sekali terasa pendeknya waktu padahal buat tengok jam dah sekian-sekian kerja rumah tak settle lagi ni. yes!!that exactly what i feel..pointnya jagalah solat kita, walau sesibukmana urusan seharian mari kita paksa diri be punctual dengan masa yang Allah dah tetapkan. 
credit pic:2.bp.blogspot.com


Begitu juga hidup jika kena gaya kita buat sesuatu dimasa yang tepat dengan benda yang betul tak mustahil kita berjaya dalam masa yang singkatkan? Allahurabbi hidup ne serba serbi Allah dah sediakan semuanya untuk manusia, tugas kita hanya taat, patuh, ikut segala yang diperintahkanNYA. Moga kita menjadi manusia yang berpesan-pesan akan kebaikan. insyaallah, hanya nukilan dari pendosa. daaaa 

Tips untuk Sentiasa/Kerap Berzikir

1.25.2015

uhukkkuhukk...buat entry macam bajet good good je, hahah..mm, just a tips to us as reminder..kadang-kadang kita ne banyak terlalai/terleka dengan urusan dunia, sibuk dengan anak-anak, urusan harian dan sebagainya...tahu-tahu dah penat, dah berlalu hari yang dilalui...dalam berlalunya masa yang sesekali tak boleh diulang balik, ada baiknya kita isi masa yang terluang/atau masa yang sibuk dengan zikir...sambil masak berzikir, sambil menyapu berzikir, sambil menyusu anak berzikir..mmm, honestly me pun memang payah jugak nak buat benda ne jadi amalan...kadang-kadang terlupa, sibuk sampai terlupa...ye, urusan dunia sangat melekakan..kadang-kadang duduk disejadah tak sempat berlama-lama, yang tu nangis, yang tu nak menyusu...huu


Antara salah satu cara supaya zikir sentiasa basah dimulut, pasang zikir munajat, sambil dengar, sambil kita ikut zikir sama. Album zikir terapi hafiz hamidun sangat bagus dimiliki, album 1 hingga 3 dan album ke3 almost my favourite.. promote takle komisyen ne ok, behehe tapi untuk sebar kebaikan dari usaha hafiz hamidun nak membiasakan lidah kita berzikir walau kat mana kita berada. Dalam kereta wajib dengar, kat rumah pun memang sengaja download save dalam usb so boleh pasang kat tv bila harraz haddad dah habis upin ipin setiap pagi. sambil main pun diorang boleh belajar sebut ayat-ayat zikir. Bila dah selalu dengar kadang-kadang automatik mulut kita menyebut sebab dah lekat dalam minda kepala kita kan, macam kita dengar lagu-lagu kesukaan kita. just my simple tips, mana yang elok kita boleh amalkan. daaaaaaa










------------------------------------------------------------------------------------------




SAAT kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir:

 “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

ERTINYA: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.

berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. mula dengan zikir Ya Wahhab 100x selepas setiap kali solat fardhu. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )



2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).



3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )



4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )



5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)



6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”



7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)



Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran 
credit to: www.melurhasanah.com

Mudahnya DIY Two Seat Sofa Slipcover

1.21.2015

Jakel memang hebat bab marketing kan?clearance sale, promo sempena itu inilah, and the one yang attract dengan jakel it's me!!bahaha, pantang sekarang nampak sale kedai kain, so sempena clearance sale for renovation katanya, sempatlah beli fabric untuk buat slipcover sofa kat rumah kitaorang, memandangkan dah nazak sangat kulit sofa tertanggal, sampai tengok pun sakit mata....so time to makeover supaya tetamu pun ada gamak nak duduk atas sofa tu...hehehe. mana tak nazak rupa sofa, situlah tempat makan harraz haddad, situlah tempat main basahkan sofa dengan air, situlah tempat istirehat mama ayah, situlah tempat lepak anak beranak..hmm, memikirkan nak beli sofa baru macam tak berbaloi sebab nak mencantik-cantikkan umah takde feeling (alasan sebab bukan rumah sendiri..behehe) salute mommies yg sedaya upaya menghias rumah dikala anak-anak tengah berkreativiti. kalaukan ikutkan hati memang nak sangat tapi takpelah hold dulu sebab boleh sabar dengan keinginan sendiri, idea tu memang macam2 dah takpelah sampai masa boleh buat seperti yang diidamkan. insyaallah.



Back to story kitaorang lakibini singgah jakel kebetulan fabric for sofa pun tengah sale sehingga semurah rm10/meter, apalagi bantai ambillah, tu pun tak cukup pasal main agak-agak je sekali kain tak cukup meter, asal beli 2 meter setengah tak pasal kena bertambah lagi 1 meter setengah. Nak buat slipcover sofa ne senang je sebab just ukur setiap bahagian sofa dan lebihkan dalam setengah ke 1 inci untuk dijahit. bila dah potong, terus letakkan kain yang dipotong mengikut bahagian di sofa dan pinkan dengan jarum, takut salah jahit, better jahit jelujur kasar kain yang dicantumkan kat sofa terus, so boleh agak yang mana boleh adjust.kalau baca memang tak nampak jalan, i'm just follow the step, google aje...kikiki..how to diy-sofa-slip-cover step by step. Tapi tak boleh pakai lama pun asyik kena membasuh aje kena coklatlah, muntah susu anak, basah anak-anak main air, tu pun tak intro lagi water colour habis berpelangi sarung sofa-__-". 

Banjir Besar Kelantan 2014

1.15.2015

sebelum kejadian banjir atau bah kuning dikelantan berlaku, kitaorang lakibini balik sebab ada familyday belah mak. Memandangkan dah sekian lama keluarga besar kami tak berkumpul dan hujung tahun semestinya tarikh pilihan kerana kebanyakkanya memang bercuti cuti sekolah dan cikgu pun turut bercuti. So senanglah sikit, semua ada masa terluang walaupun sekejap tapi sangat berbaloi. kitaorang bertolak balik 12 disember memandangkan program start 13-14disember. Balik tu lalu ikut terengganu sebabnya memang suami saja nak menyinggah and my bunch of memory memang banyak kat terengganu. Do miss the moment. ohh yang tu kita cerita edisi lain sebab memang ada story yang membungkam hati lara nestapa masa singgah kat terengganu. 


Hari program start kitaorang berkumpul disudara resort, kalau ikutkan plan asal kitaorang nak ke thailand pergi ke krabi island dan melawat kawasan sekitar. Tapi ubah plan disebabkan jauh dan tak ramai yang boleh join, so pilihan disudara resort memanglah tepat sebab semua boleh join. Walaupun minggu tu dah start hujan, tapi hari tu alhamdulillah hujan sekejap je so sempatlah anak-anak mandi air pantai walaupun ombak semacam je, bolehlah lepaskan keinginan dan malamnya sempat berBBQ. Punyalah family gathering agendanya lebih kepada berkelah ramai-ramai pasal asyik makan aje dari petang kitaorang sampai ke malam BBQ. Petang makan bihun goreng, kek batik, tat telur, nasi berlaukkan ikan masak kari,  ayam kampung goreng rempah, daging rusa goreng, gulai lemak kuning ikan tongkol, puding triffle sambung pula ke malamnya kitaorang BBQ ayam bakar, daging kambing bakar, sotong bakar, udang bakar, sosej bakar, satar bakar, lokceng bakar, jagung bakar...adooii stress haku tulis entri neh!!terus lapar wehh, grrr-_-". Begitulah jika tukang-tukang masak bergabung tenaga, habis membuntal anak-beranak makan kekenyangan. kebetulan minggu tu memang penuh bilik resort dan hotel, tidur semalaman pun dah kira berbaloi sangat dah, yang penting best berkumpul ramai-ramai macam tu. pagi sebelum kitaorang balik sempatlah buat acara sukaneka isi masa bersama keluarga, seronok2. what a best moment!! diharap lain kali insyaallah boleh buat pula..hihi, sebab this event memang wajib for every year for my family...