Gigitan Hama disangka Chickenpox

11.15.2013

Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh sang pencipta untuk sentiasa bersyukur atas kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang, keadaan ahamd haddad dan abangnya sudah pulih seperti sediakala setelah berbulan naik bintil-bintil merah seakan chickenpox, tapi rupanya bukan chickenpox..huu, masa balik kampung sempat ke klinik Balqis (pakar kulit), bukan main payah nak jumpa dr. balqis ne..pepagi buta dah tercongok depan klinik nak ambil no.giliran punya pasal..klinik belum buka pun dah berbondong orang menunggu..tapi memang berbaloilah, sebabnya ubat kat klinik balqis ne dibancuh sendiri dr.balqis..sangat awesome kan?dan tak sampai dua minggu bintil-bintil kat kepala ahmad haddad sembuh, patutla makan bulan chickenpox luarbiasa ni, rupanya kesilapan perubatan, biasalah tu kan..no human perfect, sekali tengok memang macam chickenpox..so me tak salahkan doktor yang merawat, cuma silap jumpa doktor yang tepat..apapun tak kisahlah, yang penting my sons dah sembuh, alhamdulillah..kesimpulannya keduanya kena gigit serangga atau lebih tepatnya kena gigit hama.. penat juga mengemas rumah, merebus pakaian anak-anak, dan buat apa yang patut untuk membunuh kuman hama ne, hama ne memang kejam sikit spesisnya, sebabnya sekali dah gigit ia akan merebak ke kawasan sekelilingnya, means satu gigitan dah cukup untuk tinggalkan really bad rashes..memang perangai huduh, so disebabkan rumah tepi jalan lagilah senang habuk dan debu berterbangan sekali dengan hama tu..doesn't mean kita pengotor lah jika ada hama ne, ehemm..tu ayat doktor bagilah kan, so memang betul, walaupun hari-hari mengemop, rumah pun takde karpet disebabkan my prem babies, so elakkan rumah ada karpet, debu tak elok for them...apa boleh buat, hama berkenan jugak nak datang menjenguk my sons, redha jelah..-.-"

sakit-sakit ne kifarah dosa..oleh itu sentiasalah bersyukur Allah nak ringankan bebankan kita dan anak-anak..dalam pada tu didik juga kita bersabar kan?..menjaga amanah Allah bukannya mudah tapi insyaallah Allah permudahkan urusan kita jika kita sentiasa mengingati-NYA...so much happens lately yang banyak memberi pengajaran berhikmah..samada nak ambil secara positif atau negatif je apa yang berlaku sebagai iktibar dan sempadan dalam meniti kehidupan yang sementara ne..sesungguhnya kematian itu pasti walaupun sejauh mana kita pergi, kerana ianya adalah perkara yang paling dekat...entah selama mana diri ini memiliki dan dimiliki, entah selama mana diri meminjam dan dipinjamkan..semoga jumaat yang penuh barakah ini kita sentiasa mengambil peluang yang ada untuk sentiasa mengingati dan menginsafi diri untuk apa kita wujud di dunia ini...perkara yang paling mudah adalah menasihati, semoga diriku sentiasa berada dijalanmu yang benar ya allah...amin...salam jumaat^_^

Fasa Berbulan Madu

11.08.2013

Honestly masih terasa diri di fasa bulan madu..alhamdulillah, ahmad haddad dah 4 bulan lebih umurnya...tak menyempat nak menaip disebabkan beberapa hari ni mengalami diri tidak punya kesihatan yang mengizinkan tapi sempat shopping online..wakakak...sakit perut yang melanda beberapa hari memang menyebabkan hati berasa tidak tenang, pasal dah terfikir yang bukan-bukan...masa tulah sibuk fikir dua batu nisan, alahai manusia manusia, bila sakit baru nak ingat pencipta..khilafnya aku ya allah..walaupun masih berbaki rasa sakit perut ne..takde cirit birit, maybe angin kuskus disebabkan dah langgar pantang awal-awal makan pulut banyak sangat, padan muka kau!!so natijahnya tanggunglah sendiri...begitulah kesimpulannya...disebabkan sekarang terlalu banyak wabak penyakit yang tidak terjangka, boleh pulak terfikirkan air kencing tikus...nauzubillahiminzaliq, takut jugaklah kan, even dah beringat supaya kurang-kurangkan makan dan beli makanan kat luar, tapi ada masa jugak malasnya datang, beliiilah jugak...huuu, apapun nampak gayanya tak bersambut lagi anniversary tahun ne, konon nak bercuti tapi koya-koya sendirilah gayanya..dalam mimpi lah-.-".

so fasa berbulan madu dengan anak-anak lagi best, dah macam-macam plan dengan hubby bila ahmad harraz dah boleh jalan, nak pergi zoo lah, nak bawak diorang campinglah, berkelah lah...huii, macam-macam kalau bab cakapnya, tapi yang bab laksana tak tahulah entah bila...takpelah, sampai masa nanti tertunailah jugak..sabar itu membuahkan hasil...mihmih..tambah pulak sekarang dah nak cuti sekolah..mengingati tarikh penting ne memang penting, tak tahulah kenapa kan? tapi my memori very very bad, ada sekali masa nak buat buku merah ahmad harraz ke ahmad haddad dah lupa, lol..bila nurse tanya tarikh nikah, terus blank, tak ingat tarikh, kena tengok kad nikah dulu..huhu dan tahun lepas punya anniversary pun suami yang buat surprise pasal haku tak ingat...huhu, so tahun ne buat awal-awal entri supaya ingat tarikh anniversary sendiri, tak tahulah bila dah dekat tarikh jadi terlupa pulak-.-"..adoii, hape penyakit tak tahulah, banyak berkarat ne...apapun berharap fasa bulan madu akan terus segar sampai ke akhir hayat kami suami isteri...moga anak-anak menjadi penyeri hidup yang menyejukkan hati...ok daa, salam jumaat&salam hijrah, moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..insyaallah

Suntikan Perancang & Berat Badan

10.31.2013

my weight obviously not right from the normal weight...and i know the caused of it..apa boleh buat disebabkan suntikan perancang yang menyebabkan hormon kucar kacir, haru biru, and the effect will differ to others body...huu, so terbukti suntikan ne sedikit sebanyak menaikkan berat badan, terfikir nak stop ambil dan makan jamu je, tapi ada jaminan tak jamu bole hold situasi "uwekkk uwekk" dan tak effect kesihatan..walaupun dah tahu suntikan perancang ne tak elok untuk jangkamasa panjang..i have to take it..no choice banding buat implan bagai...huhu, cukup tiga kali ambil suntikan i think nak stop dan ambil jamu je..since dah beranak pinak ne baru sibuk nak fikir makan jamu bagai...i mean, beranak ikut pintu...huu, masa beranak ikut tingkap aritu memang amik jamu tapi disebabkan doktor cakap kemungkinan jamu sebabkan pil perancang jadi tak berkesan, so ragu-ragu nak teruskan sekarang lepas beranakkan si haddad sebab dah suntik, so anyone?suntik tapi still amik jamu?ada apa-apa effect tak?...betul ke tidak macam tu? masa beranak ceaser siap boleh lagi mandikan anak sambil bersila, nasib baik bukan pasya sandha, kalau tak dah kena hentam...wakakak, tak jaga pantang...cantekkk perangai!!lepas beranakkan si haddad baru tahu nak jalan kepit-kepit, duduk sopan-sopan, tahu takut!!..bila fikirkan berat badan ne, stress jugak...ok tak nak fikir dah..kita tenang-tenang aje, selagi ahmad haddad breastfeed insyaallah segala lemak dan lebihan berat tu pergi kat baby haddad...itulah kesimpulan ringkas menyedapkan hati sendiri...kesian ko ni kan-.-"....daaa

Catatan buat Anak, Cepatnya Anakanda Membesar

10.23.2013

Merenung wajah suci anak-anak ketika tidur menimbulkan perasaan yang sukar ditafsirkan..betul tak?kadang-kadang terfikir terlalu cepat anak-anak membesar..rasa tak puas lagi melayan keperluan anak ketika baby...owwh, ahmad harraz cepat awak membesar, sekarang dah sibuk-sibuk berlatih menggunakan kaki berdiri sendiri, tidur tidak bertepuk bontot..mama rasa belum puas melayan kehendak awak masa baby baby dulu..tak puas menatap wajah baby awak dulu waktu dalam pantang, tak puas lagi mama melayan awak masa dah pandai bercakap-cakap bahasa baby..sekarang dah pandai tunjuk diri nak independent..semua nak buat sendiri...oowh, rasa nak suruh awak masuk balik dalam perut mama, jadi baby kecil mama semula..mihmih...how time flies..emm, macam tulah agaknya mak kita rasa bila tengok anak-anak dah besar, kahwin dan punya kehidupan sendiri kan?alhamdulillah Allah kurniakan ahmad haddad buat pengubat rindu mama melayan kerenah baby.. alhamdulillah mama bersyukur kerana diberi rezeki untuk melihat awak berdua membesar dan berkembang dengan jayanya setiap saat...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anak-anakku, membesar dengan penuh kasih sayang dan keberkatan hendaknya...amin
seriously miss u ahmad harraz when u still baby till now..adudu, nih kes teringat 47hari ahmad harraz kat nicu lah neh..muahaha
so now, rasa macam tak percaya and the miracles that Allah give for ahmad harraz, ahmad haddad and me..the strength, the feelings, bila melihat ahmad harraz membesar dengan sihat dan semangat jitu...i feel so bless. yes!!indeed, the only mother who through the moment with premature baby like me who will truly understand the feelings..allahuakbar,the test from you ya rabbi mematangkan diri..hope i will be the best mama for you anakanda...love you both ahmad harraz & ahmad haddad..ok, daa, emosi dimalam hari..belum lagi anak nak kahwin..dah macam ni gayanya...huu.. love u too mak ayah yang besarkan kita..oowhh miss them so much

Balik dari Beraya Haji

10.21.2013

fuhh, lama betul balik beraya haji, letih seharian perjalanan balik semalam belum hilang lagi...yang penting puas hati balik kali ni makan daging sepuas hati,okeyy tetiap kali raya haji memanglah kejenya makan daging aje..tu pasallah bertambah-tambah lemak tepu kat badan yang sedia berlemak berketul-ketul ne..akhirnya siapa yang stress??haku jugak-.-". so balik beraya haji kali ni memang sibuk memanjang, sibuk atas jalan raya..pergi balik rumah mak mertua ngan rumah mak ayah..letih hoii nikah ngan orang dekat pun, letih ulang alik atas jalanraya tu, pagi rumah mak mertua, petang rumah mak ayah, malam tido rumah mak mertua, pagi esok balik rumah mak ayah, haku pun tak tahu apa motif ulang alik macam tu sedangkan boleh je tidur dua tiga hari dulu rumah mak mertua sebelum balik rumah mak ayah..muahaha...apapun raya haji tahun ne selesai kenduri akikah Ahmad Haddad, raya haji tahun lepas akikah Ahmad Harraz..dan haku harap raya haji tahun depan akikah anak orang lainlah pulak...sadis pulak kalau haku lagi yang buat akikah...wakaka, walaupun hati berdup-dap nengok perut buncit semacam dan hati menyedapkan kes makan lembu banyak tu pasallah perut naik semacam...payah sungguh benih gagah perkasa tak makan saman ne, harap-harap boleh rehatla dua tiga tahun ne besarkan budak comel dua orang tu dulu..insyallah..so balik raya haji banyak benda berlaku dalam tempoh kat kampung..my baby haddad rupanya bukan kena chickenpox tapiiii...ok yang tu wat lain cerita, panjang pulak ceritanya...selama balik kampung kali ni kitaorang tak sempat makan nasi kerabu...yess, itu perkara wajib tiap kali balik kampung, tak sempat nak mencari kuih muih sedap dekat pasar, oo macam-macamlah yang tak sempat...dan yang paling penting dengan jelasnya my weight gain sampai dua kilo...huaa, terus rasa nak nangis..macam mana ne?orang kata breastfeed body figure makin cantik, tapi apehal berat makin menaik-naik ne, ke haku menketedarah tak ingat duniaT_T...oo, my!!my body!!my body!!ok terus tak tentu arah, terus hilang mood menaip..ok daaa...nak menelek perut...sobsob