Ahamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah dengan usia yang makin bertambah-.-. Bulan april lepas adalah special month untuk saya dan en.azham sebab celebrate besday dalam bulan yang sama beza 4 hari je tarikhnya. ehhee, lambat update, malas!Memang jimatlah kan, sebab dalam bulan yang sama tak payah susah nak beli kek berkali-kali...so memang kitaorang potong kek yang sama, sebab tak habis..bezanya hari memotong kek jek, hehe (bukan nak cheapskate lah kan) sekarang neh, tengah mengurangkan makanan manis-manis untuk mengurangkan kebarangkalian kenaikan berat badan yang melebihi kadar sepatutnya...dah dua kali kena bebel dek nurse, sekali sebab kencing kotor, second pulak berat naik terlebih-lebih..hheeehuu (so part kena bebel kat nurse tu yang tak best pasal sedap lagi dengar bebelan mak kita kan..hhuuhuu, miss her-.-).
Disebabkan awal mei neh nak balik berkampung, mulalah sesi nak menghabiskan lauk yang dah lama terperuk kat freezer..tambah lagi sekarang memang tak makan nasi for dinner. Belajar gantikan menu yang lebih ringan berbanding nasi..Nasiblah en.azham jenis on je kita masak pe, so sepanjang kahwin ne kitaorang banyak makan kat rumah je, masak sendiri untuk lebih jimat dan menambah kasih sayang dengan air tangan isteri. Kadang-kadang jelah keluar makan sebab nak tukar selera. Even untuk birthday dah belajar sambut sederhana je..macamlah sebelum neh sambut bermewah-mewah kan?kahkah...Apapun tak kisahlah how we celebrate it, yang penting sentiasa berdoa Allah permudahkan segala urusan rumahtangga kami dan berkati rumahtangga kami ke jalan yang diredhai-NYA...amin=))
p/s: B-day suami (habiskan stok ikan)hehe..
p/s: B-day suami (habiskan stok ikan)hehe..
Mulalah panik bila terfikir yang ada CCTV dalam rumah ne..yelah mana lah tahukan kot tengah kita basuh baju orang mengendap kan?basuh baju okk lagi, kalo basuh yang lain..tu yang tak sedap tu..okei tu citer lain..CCTV dalam rumah yang ne lain macam sikit..haha. Kadang-kadang, yelah masa kita gini-gini (ecess, berkias pulak, maksudnya tengah mengandungi bayi dalam perut ne) semua mende en.azham perhati satu-satu apa yang dimakan maknya, kira macam food controller lebih kurang gitulah adanya..So mende-mende feberet dulu macam nescafe ke, teh memang dah kena skip terusla kan, ais pun kena kurangkan jugak, megi pun masuk list jugak..part minum susu macam wajibun pulak kena bebel kat en.azham pasal kurang men'susu' lembukan tekak ne..part mengurut (pasal dia kena jadi tukang urut tiap2 malam) lagilah ceramah hipotesis kesinambungan dari kekurangan tenusu mengakibatkan kurang kalsium yang memacu sakit pinggang (err, tu hipotesis ke-.-') tu dah jadi dessert plak. Sayang betul rupanya kat bini. Terima kasih daun keladi, i lebiu jugak..okes menggedik pulak..
Apapun adanya yang menimbulkan kepelikan dan kehairanan seperti adanya CCTV bila mana en.azham macam tahu-tahu pulak apa haku makan tika dia pergi kerja..nak sedapkan hati mungkin dia hanya menduga tapi terkebetulan betul pulak..kihkih. Macam soalan wajib pulak setiap kali balik kerja suami tanya makan apa?. Cukup kejung mulut nak jawab bila ditanya "awak makan apa hari ni? tengahari tadi makan apa?" (kejung nak jawab bila ada kes curi-curi minum nescafe ke, terbuat teh tarik ke, tergoreng megi ke ape kan) macam soalan dari CSI pulak, nak menipu kang, tipu diri sendiri pulak, so jawapan selamat kita tanya balik "agak-agak awak kita makan apa?" ..sekali bila terkena tu jawapannya betul yang part kita tercuri-curi minum/makan menu yang dilarang, mulalah kan haku nak buat-buat tertido..adeii..sampai sudah bila tanya "erkk macam mana awak tahu ne?!!!" en.azham gelak-gelak tak nak jawab..sampai sekarang misteri betul (tetiba X-Files opening song muncul lam pale otak..seram drama tu)..
p/s: instinct la kot kan, sedap kan hati...hehe, tiap2 org ada CCTV kot dop perati setiap masa kan?..
Tak sangka mengandung pun nak kena diet jugak-.-. Tambah pulak kena dekat orang yang tak suka berdiet ne memang seksa lah kan. Kadang-kadang terlintas di fikiran, kalau macam ne untung orang yang mabuk-mabuk takleh makan dari terlebih selera makan masa mengandung..cepat-cepat istighfar..kena bersyukurlah atleast tak lalui saat sukar untuk mengadap bowl toilet akibat mabuk-mabuk..alhamdulillah, setiap kesenangan dan kesukaran ada hikmahnya...So disebabkan selera makan tak terjejas berat badan terlebih. Sekarang neh semua mende dah mahal, buah-buahan tempatan pun mahal aduii, tu tak campur lagi barang keperluan lain. Gaji statik je, mende lain every month ada je meningkat naik, tak sikit banyak, tak banyak sikit-_-'. Betullah sekarang neh, perlu materialistik, sebab tu lah tak boleh nak salah kan ibu bapa sekarang jugak bila anak-anak terabai sebab parents sibuk cari duit nak sara hidup dan keluarga, sebab semuanya kena guna duit. errmm, something going wrong with life balance sekarang ne kan, hope kita sama-sama boleh hadapi all challenges nowadays as a parents, insyallah..eh, terbebel pulak..kihkih.
p/s: takdenye makan separuh-separuh, sebijik terus-.-'..
So berbalik pada buah-buahan ne, memang kena banyakkan masuk mulut tika ne. Masa first trimester memang banyak makan buah tembikai, delima dan jus delima je. Every weeks memang en.azham bekalkan dengan buah-buahan tu.Tapi memang mahal betullah buah tembikai ne ye, baru tahu-.-. Sebijik pun dah nak dekat RM10, makannya tak sampai seminggu dah habis..so dalam awal-awal bulan hari tu memang banyak jugaklah berhabis untuk buah-buahan pun dah berapa kan?huhu..masuk second trimester selera jenis buah lagi up..adeii, berubah kepada tembikai ke mangga, pisang & buah naga pulak..berhabis lagi suami..-.-. Ke selera haku yang lebih-lebih, sekarang nak makan nasi pun dah kena kurang-kurangkan, orang cakap kena makan untuk dua orang tu memang tak sepenuhnya betul..kena jugak jaga for healthy untuk mengelakkan dapat penyakit yang tak pernah dapat before this..prevent better than cure rite?.we're responsible for our self..
p/s: so chubbyyy bie bie rite now...owhhh*__*.
KFC bukanlah kegemaran tekak, tapi ada masa dan ketika rasa nak makan tu datang jugak...sebabnya KFC adalah ayam celup tepung yang digoreng, bezanya tepung salutan adalah secret recipe!..so nothing special melainkan mengidam, tetibala jadi special...tu lain cerita...hehe. KFC jugak terselit kenangan dengan suami masa first datenya dengan 'yang menaip ne', dan sesungguhnya kesimpulan yang paling baik untuk lelaki yang tak pernah bercinta dan belum pernah merasai perasaan meluahkan perasaan dihadapan orang yang disukai jelas terlihat dengan makan ayam cubit-cubit dan tak habis serta cakap putus-putus..worst ever!! tapi tu lah kenangan manis orang kata...hehe, sampai sekarang still ingat moment tu^_^...comel je suami masa tu, tapi Allah tak wujudkan lagi perasaan cinta kat suami masa tu, kata still young kan..Alhamdulillah makan tahun both of us tak jumpa lepas first date tu, Allah wujudkan perasaan tu untuk jadi suami isteri bila jumpa balik..itu lagi bagus=)).
So, sekarang takde dah makan ayam cubit-cubit, makan sungguh-sungguh dah. Saje tetiba terkenang, entri sungguh tidak bermakna kecuali untuk penulis...hehe=p.bai!
p/s: ya Allah permudahkanlah segala urusan kami=))
Stretch Mark dan selulit jelasnya memang tidak sama, tapi ada keserupaan. Stretch mark sudah tentu terbentuk dari regangan kulit yang melebihi had yang sepatutnya..contohnya ibu yang mengandungi bayi, i mean pregnancy...hee>.<. Selulit tentunya kulit yang semacam kulit limau (eeeuurgghh burukkknya)..kebanyakkannya tertempek sekitar peha dan punggung...orang kurus ke gemuk memang berisiko ada menda alah neh, sebabnya masalah selulit ne they genetically driven, 85% mostly in female...huhu-_-'. Walaupun bukan masalah negara, ianya adalah masalah kecantikan, kecantikan dan perempuan memang sinonim kan, so to get rid this thing memang payah and takes a time. Macam stretch mark jugak, kalau tak ambil langkah awal memang melopong terkejutla tengok hasil regangan nanti-.-.
pic source: www.mychildmalaysia.com
So sebagai langkah awal untuk mengelakkan over stretch mark due pregnancy ne, Bio-Oil memang pilihan terbaik untuk sapuan yang kering dan selesa, bau pun sedap...ehhee, baru je nak masuk 2 weeks guna Bio-oil, tapi memang best, walaupun kesannya ambil masa sikit at least ada effort untuk elakkan perasaan menyesal dikemudian hari. Tambah pulak Bio-Oil memang mengeratkan hubungan suami isteri, bila sistem giliran menyapu diamalkan..kihkih, untunglah suami pun sibuk nak guna jugak menda alah ne=p. Baby junior pun suka!..Untuk selulit plak effort nya sama jugak, haha...sapu Bio-Oil, walaupun Bio-Oil lebih berkesan untuk stretch mark, bantai jugak sapu minyak ne. Selulit bukan senang nak hapuskan, kalau kurangkan maybe ada logiknya..bukan mustahil, tapi sukar sebabnya its a genetically driven. Tapi tak salah berusaha untuk cantik dan tempek segala produk yang mungkin boleh membantu, most important jaga makanlah-.-'. huuhuu...so mari kita berusaha untuk lebih cantik buat suami..=))
p/s: senyummmm
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social