Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts
Sangat bengang bila bab yuran pun mahu ditipu helah...grrr, apa semua ne?!huhu... tak faham lah...nasib baik perasan, nasib baik tergerak hati nak check...entah apa mahu jadi dunia sekarang...usaha jugak celah mana nak kaut duit orang...grrrr! entahlah makin tak faham...kalau dari golongan berduit takpelah jugak, kalau takat cukup-cukup makan, mana nak lagi nak cari duit...haiihh...dah tahap kritikal rasa nak makan geng bendahari ne...kenapalah tak pernah terfikir nak siasat mende ne...duit yuran pengajian pun nak tipu jugak ke?...nak kata silap memang tipu ahh, kesilapan teknikal??lagi tipu....grrr, kalau sikit takpe, main ribu-ribu ne, mane tak bengang...Ya Allah permudah kan segala urusanku(T_T)...
pic source: zastavki.com
note: Mula pening(#_@)....
It was like excited when the next step zone comes to my mind...Nope!i think over-excited...hehe=)...Seronok bila mendapat jemputan dari rakan-rakan yang bakal menamatkan zaman bujang...owh! and i hope my big day come with laju-laju, one day...haha=p..ngengada..Bila review the big day one, kewangan adalah satu masalah dan menjadi isu..And i think cara yang tidak sepatutnya adalah melibatkan loan dalam membuat majlis perkahwinan...but it depends lah kan..lain orang lain pendapat..memandangkan kos perbelanjaan semakin hari semakin membebankan...mungkin itu salah satu cara mudah untuk menyelesaikan segala kos pada masa yang singkat... Namun kalau boleh kita cuba elakkan untuk mengelakkan kesulitan pada masa mendatang...
pic source: dgrin.com
Namun ada satu peristiwa yang mengingatkan saya pada nenek kesayangan bila menyentuh bab perkahwinan, nenek saya menyentuh bab perkongsian kewangan dalam merealitikan majlis perkahwinan, dan saya suka statement nenek saya, orang muda sekarang patut berkongsi duitlah nak kahwin, kalau tunggu sorang je yang kumpul duit, entah bila lah plak kahwinnya...yup!mungkin certain people tak setuju dengan bab ne, "eh dah laki tu nak kat aku, so apa yang susah sangat nak melabur untuk masa depan bersama jugak!"<--itu contohlah kan...Kadang-kadang pelik dengan orang kampung if diorang tahu duit untuk majlis perkahwinan dikongsi....jadi isu kot!entahlah...whatever!Yang penting jangan mabuk bila tengok wedding yang mewah dan membanding-bandingkan majlis kita dengan orang lain. Apa yang penting kepuasan yang kita dapat! Jangan amik hati dengan kata-kata orang, "mm biasa-biasa je kan majlis tu kan?" " eh, doorgift dia macam tu je?''...nonsense!jangan amik kira kata-kata begitu, buat mewah pun tak kena, buat sederhana pun tak kena, buat biasa-biasa pun tak kena...entahlah...tak faham(-____-)..
Note: Selamat berbahagia^_^
update resume sendiri pun tertekan...apehal?grrr...tadi nak register subjek...tak moless!pastu terfikir pasal thesis tambah tertekan..serabut lam pale hotak...tak tambah lagi pikir pasal duit, lagi tertekan...begitulah!hidup zaman sekarang takde duit, jangan haraplah nak habes pengajian...grrr!eh, k la nak sambung update resume saya...grrr!
note: boring!
Neh nak emo jugak rasa, budak adam saje tunjuk action lebih, siap suruh ayah call mak bawakan satay ke sekolah bila dia rehat nanti…grr!!mentang-mentang tahu mak cuti, sedap jer mengatur ea, banyak chanteekkk!!sedap je order, duit mane?!!amboih kenmain je…haku dulu masa skola bawak bekal saje, pastu duit paling koman pun dapat 50sen…grrr, budak sekarang 3 ringgit pun takde baki langsung buat balik…grr(--“)hape ke mende dibelinya dekat sekolah tu?mm…wondering…
pic source: rasamalaysia.com
Note: Mahu buat aktiviti apa ye hari ni?^_^
Alhamdulillah dah setel. Hanya menunggu budak berdua itu saja, cewwah statement ala fulltime housewife je, iyo yo or jek!=p Entahlah..payah nak cakap...tadi masa singgah makan kat tempat feberet, boleh lah dikatakan tempat feberet sebab masa repunzel praktikum kat KB dulukala, sanggup bangun pagi-pagi g hantarkan dia sebab nak singgah makan pagi kat situ...hehe=)
Tadi masa makan sensorang adalah seorang dua pakcik dop bangku kat belakang. Sorang tu dop panggil-panggil... mulalah rasa tak suka, sambil buat muka menyampah dulu, pastu baru nak palingkan muka sambil buat muka manis gitu, senyum, pak cik tu tanya...dah kerja ke dik?mmm...kan dah agak! haku punya instinct kuat je, tapi manalah pak cik tu tak tanyakan, bawak keta pastu singgah-singgah makan plak, macam orang dah bekerja lagaknya, so lepas pak cik tu tanya, actually saya tak tahu nak jawab macam mane, hanya senyum aje, mengiya pun tidak, menidak pun tidak...terus makan laju-laju untuk mengelakkan persoalan lain timbul dibenak pak cik itu,mane tahukan, tergagap-gagap nak jawab nanti.. nasib baik tak tercekik..
pic source: writingconsultation.com
Siap makan, masa nak g bayar tu, dengar pak cik tu cakap.."gaya cikgu ne!untunglah orang sekarang dapat menantu cikgu, muda-muda dah pakai kereta!"...haku tetiba macam hangen sikit, well angin orang muda kan..haha=p kalau ikutkan lah kan mahu saja pergi berdiri depan pak cik itu untuk memulakan ceramah..cam siot aje!haha=p...mahu saja dijawab "pak cik saya masih belajar lagi okei, kerja pun cikai-cikai saja nak tanggung belanja hidup kat bandar sana, gaji cukup-cukup makan saja, kereta pun pinjam mak bapak punya, kalau pak cik nak sangat bermenantukan cikgu, pakcik pergi interview masa orang grad dekat Upsi atau maktab sana, confirm pak cik dapat calon menantu cikgu nanti!grr.." haha..gileww, mane berani nak buat macam tu, terkensot hati orang tua nanti..=O
note: Terus blurr nak beli apa sampai kat pasar tadi..grr(--")
Hope one day ada jugak lah suprise untuk memiliki sesuatu yang menjadi kekecohan masa kini, actually dah lama agaknya tapi baru perasan..huu(--"), ketinggalan betul, haraplah bila body dah berubah-rubah kearah yang lebih menggeleber tak tentu hala nanti adalah orang sudi bagi hadiah macam tu...haha, gila demand ko!belom apa-apa lagi ko dah meroyan tak tentu hala...hidup kena ada impian...wakaka=p, ayat back-up neh, perempuan memang sinonim kan dengan kecantikan, tahap kebahagiaan perempuan boleh diukur bila memiliki kesihatan yang baik, badan yang mantap dan keluarga yang bahagia..cewahh!betul ke tak? tapi yang tu lah yang penting kan, so point utamanya, bila dah tahap lemak degil tahap gaban nak berambus, ada satu cara alternatif yang boleh menghanguskan duit tak pasal-pasal iaitu memiliki PB~Premium Beautiful...haha=p, neh iklan ke hape...mm, actually diri sendiri yang terpengaruh dengan iklan tu, pastu mulalah nak cakap kebaikan lah, manfaatlah, whatever...cuba ko puasa, diet slow-slow, control makan...tak payah lah nak berangan...kena jugak berangan, forty-age dah berjaya memiliki mende alah tu...once in a lifetime warranty lol!wakaka=p...
note: Asal mudah sangat terpenagruh ngan iklan neh..grrrr!i wish i could sleep nicely^_^
alhamdulillah sesangat, baru 3 kali berguling satne terus terkejut terinagt pasal result(T_T), terus berdebar kencang macam luruh dibuat jantung...baru nak teringatkan result petang-petang ne, pagi tadi dapat via email, tapi disebabkan seharian sibuk nak menolong orang-orang kampung masak...dop join geng-geng veteren suka jugak ye, bole tahu apa inti perbualan mereka, berkisarkan apa, haha...menyebokk gilew, tapi saya takdelah menyampuk tak tentu hala,pasang telinga sudahlah, nak faham pun satu hal, tak tahu mana hujung pangkal nya, haha=p
eh, asal tetiba melalut tak tentu hala ne...nak cite apa tadi??mmm,pasal result, masa klik satne pun rasa tak nak tengok, semalam pun dah penuh kejutan bila mak cakap snow white ada bagitahu yang saya tak lulus semua untuk exam kali ne, memang tercabut terus jantung, macam mana snow white tahu dan saya tak tahu...sekali pasal exam Mtest rupanya mak maksudkan...adehh, sampai takde darah kat muka terkejut punya pasal, memandangkan semester ne teramatlah disaster, harapan memang tak berapa nak adalah...tapi alhamdulillah... dapat email tadi semua lulus malah ada yang A pacak, wakaka=p...malu ngan diri sendiri sebab usaha terlalu kurang semester ne...satu pengajaran!
pic source :trevorhoppe.com
eleh, rasanya dah berapa semester ko dapat pengajaran, insafnya tak...(--"), okei-okei...kali ni memang last chance nak siapkan tesis dalam tempoh yang teramat pendek...entah macam mana, takott!duit dah tak berapa nak ada, macam mana lah nak study...ada kaitan ke??ye, sangatttt, hutang PT sape nak bayarkan kalo tak kerja-kerja, adoiii......doa-doa moga sentiasa dimurahkan rezeki..amin^_^
note: hujan lebat sekarang ne, tido pun sedap...hehe=p,
tak sabar nak habiskan pengajian(--")
saya pernah baca satu artikel dalam majalah mengatakan bahawa apa-apa yang berkaitan dengan shopping menggambarkan jiwa tertekan...sangat tidak betul okei!hehe, tu apa yang dirasalah kan, window shopping bersama mak sangat membahagiakan ye, window shopping ngan en.azham pun bahagia jugak...haha=p, adakah ada maksud tersirat disebalik ayat itu? err, abaikan...hari ni sangat sibuk, tika buat entri pun baru usai lepaskan penat sekejap seharian keluar bersama mak...snow white dan repunzel jangan jeles okei,...owh, kenapa tetiba plak rindu sesangat kat diorang...ehehe, jangan risau banyak lagi agenda saya dah susun untuk kita nanti..hehe...ish!!
pss: thanks mak bagi gen cantik kat saya....eh tetiba?
hari ni memang betul berwindow, nak shopping bukan berduit pun, cuci mata pun dah seronok kemain... bumi kelantan basah hari ni...alhamdulillah..tadi segala jenis kedai pergi hendap, langsir, perabot, kain macam-macam lah, dan yang paling tak tahan bila mak ngan anak sama naik pening dan mabuk bila tak tahu nak pilih yang mana, semua cantik...lastnya? okei abaikan kesimpulan disitu!
paling seronok bila jumpa sesuatu yang mak berkenan, hehe ( mula-mula sampai kat kedai tu, mak cakap, nampak macam mahal barang-barang kat kedai tu, sekali?abaikan)...malam ne mak bagitahu nak membaca kat ayah...jangan fikir bukan-bukan okei, bukan baca jampi serapah ye, baik baca al-quran lagi bagus! nak bacakan harga-harga serta item yang berkenan...wakaka=p, mengadaplah mereka berdua malam ne kat meja bersidang...sungguh romantik... anak siap ambik gambar lagi tunjuk bukti!Cantik punya peranan...hehe^_^
note: okeilah mahu siap-siap, sambung ngadap belog nanti-nanti plak...rindu okei^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social