Showing posts with label Roadschooling. Show all posts
Showing posts with label Roadschooling. Show all posts

Greenview & Avant Chocolate Cameron Highlands Newlook

11.08.2022

Antara hotspot wajib singgah bila datang Cameron Highlands adalah Avant Chocolate & Greenview stopcentre ni, kalau mak ayah atau mertua tempat ni wajib singgah untuk ke tandas dan cuci mata. Tahun 2022 Greenview banyak buat upgrade untuk tambah daya tarikan. Antara tempat makan juga( untuk yang islam sebaliknya cek dulu bab halal toyyib), halal tu dah soheh tapi part toyyib better check sebab banyak kali ku singgah all the time tengok orang bukan islam yang masak, rasa yakin teruskan je makan, tubuh badan masing-masing. Biasa sini tempat kami singgah pergi tandas dan anak-anak main je sebab ada mini animal farm kat sini dan tempat anak main bot. 


Sepanjang pkp banyak jugaklah section dan look di tambah baik kat Greenview ni. Tempat yang menarik untuk anak-anaklah, yang turun atau naik ikut Simpang Pulai bolehlah singgah sini, kawasan pun sedang-sedang tak luas sangatlah. Biasa singgah sini sebab anak-anak nak main paddle boat dan bagi makan kat kambing. Masuk kat sini Free je untuk bergambar dan sebagainya, kalau nak main paddle boat RM10 untuk setengah jam, untuk bagi makan kat binatang kat petting zoo RM2-RM5 harga makanan binatang, untuk tandas RM0.50-RM1. Nak singgah beli sayur pun okay kat sini tapi takde pilihan sangatlah. Biasa yang datang sini untuk ambil gambar je ramainya. 
Selain tu kalau nak beli berbagai jenis perisa Chocolate, memang kat sinilah jawapannya, sayangnya kilang coklat sampai la tutup tak boleh masuk tengok macam dulu dah, even pilihan perisa teh dzn kopi pun banyak kat sini. View kat sini berbaloilah untuk Instagram able, ootd dan sewaktu dengannya, dalam gambar cantik sangatlah, tapi dah nama lagi zoo, baunya memang sedaplah, tapi memang puashati dan berbaloi pun datang sini. Alang-alang dah sampai Cameron Highlands tu singgahlah sini. Bila lagi kan, datang bukan selalu. 
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,
39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Kode GPS: 4.579943, 101.379882
Email: avantchocolate@gmail.com
No Tel: +6 05 – 4981 982

Kea Garden GuestHouse Cameron Highlands

11.07.2022

Pengalaman menginap dua kali kat Kea Garden GuestHouse ni. Sebelum datang merasa menginap tentulah rasa teruja rasa nak menginap tempat camni. Yelah siapa tak teruja tengok pemandangan kat depan hotel pun dah cantik kenmain kan? Penuh bunga-bungaan warna warni. Tambah lagi best lokasinya strategik hanya 2 Minit menapak jalan kaki ke Pasar Kea Farm je dah sampai. Kat tepi je tempat tidur kekdahnya. 


Tapi, sebelum decide nak tidur kat sini, consider dulu beberapa perkara. Memandangkan dah ada pengalaman menginap kat sini, rasa sesuai tak sesuai atas masing-masing, tapi untuk pengalaman sendiri Ika share kat sini apa yang best dan apa yang tak best. Pertama kali datang sini kami satu family je datang tidur kat sini memang rasa seronoklah sebab memang murah. Rasanya antara tempat penginapan kat Brinchang, kat sini antara harga yang berpatutan dan lokasinya menjadi pilihan ramai untuk singgah jika datang bercuti. 


Tempat penginapan: Sangat luas untuk family kami yang besar ni, ada satu katil Queen bed dan tiga katil single, masa tu kami book dengan harga promosi iaitu RM100± include tax untuk bilik Suite Junior. Dengan harga sebegitu, memang murahlah, sebab bilik pun luas size boleh main kejar-kejar lagi anak-anakku dalam tu. Keperluan dan kemudahan lain seperti tuala, water heater, electric kettle, iron semua ada. Alhamdulillah kali pertama kami duduk kat tingkat bawah tak perlu naik tangga, senang dekat dengan tempat parking dan hanya berjalan dan naik tangga sikit untuk ke Kea Farm. Masa kali kedua kami book jenis bilik Family Room bersebelahan untuk mak ayah dan adik bongsu satu bilik tapi dapat tingkat atas sebab masa tu peak season. Puas hati sangat lah kalau bab tidur kat Kea Garden GuestHouse ni. Cuma kalau datang family besar sikit, kami dok berulang alik ke bilik sebelah lah sempat nak berborak. 


Kea Guesthouse ni ada jenis penginapan ye, bilik hotel dan mini chalet room. Nak stay dengan harga murah dan bajet bawah RM100, boleh ambil Mini Chalet, untuk married couple, anak sorang, single, datang by group dengan kawan-kawan, sesuailah sebab yang ni shared bathroom dan biliknya memang mini. Kalau macam dah family ada anak lebih dari dua better ambil hotel rooms atau ambil mini chalet lebih dari sebilik, sebab memang tak muat kalau ramai. Tak boleh expect lebihlerr kalau dah nama mini, tapi lengkap bertv bagai ye, towels ada, kira oklah tu, nak tidur selesa kira dah memenuhi dah keperluan dengan harga bajet. 


Tempat tarikan: Haa yang ni yang paling utama, sebab dekatlah dengan hot spot pelancong untuk membeli belah, juga dekat dengan The Sheep Sanctuary Cameron Highlands, dekat sangatlah, jalan kaki je dari tempat penginapan, tak payah fikir bab parking kereta. Nak pergi Kea Farm yang Centre tu pun kena lintas jalan je. Kalau jenis malas fikir bab parking tambah lagi time peakseason, alangkan hujung minggu pun jem teruk apatah lagi kalau cuti sekolah atau cuti bersambung, stress beratur kekdahnya. Nak pergi Flora park pun jalan kaki jelah ke tempat naik jipnya(kalau datang single dengan kawan-kawan recommended lah cemtu). Kalau macam Ika dengan anak berderet ni, fikir 10 kali nak jalan kaki, wakaka. Tapi memang betul dekat sangat kalau nak pergi Floral Park Parking, memang kena naik dari sinilah sebab wajib jip yang bawa kita ke park tu. 



Kedai makan: Yang ni lah sebenarnya paling penting selepas tempat tidur. Ye tempat makan! Diulangi, tempat makan, sebab datang tempat sejuk, takde benda lain jadi melainkan lapar, lapar, lapar! Rasa nak makan, rasa nak mengunyah, rasa nak mengudap je kerja. Bukan budak-budak je, orang tua pun jadi macam tu. Mesti diingat ye, kalau nak tidur kat Kea Garden GuestHouse ni if dah plan nak makan kat luar, jauh sikit dari tempat menginap, insyaallah takde masalah. Tapi kalau malas keluar jauh-jauh, tempat makan yang ada berdekatan (hanya jalan kaki saja) hanya ada satu tempat iaitu Sinar Hijjaz, makan buffet steamboat, nak kata sedap tu so-so jelah, sekadar mengisi perut. Tu jelah pilihan yang ada. Dan semestinya pukul 7 petang semua kedai kat Kea Farm dah tutup, pukul 8 malam tu dah gelap kawasan sekitar ye. So kurangnya dan tak best kat sini takde kedai-kedai berdekatan seperti 7eleven, mart, kedai makan lainnya, atau kedai runcit. Nak datang stay sini kena bawa makanan lebih sikit, tambah kalau bawa anak-anak, roti, biskut atau apa-apa makananlah sebab nak cari on the spot memang kena keluar jauh sikit, even area Corptone hotel pun takde sangat kedai-kedai, nak tak nak kena turun ke area Nova Hotel untuk cari farmasi atau kedai serbaguna. Tu jelah yang tak bestnya, yelah kadang banyak unexpected situasi seperti air minum dah habis ke, makanan dah habis ke, pampers anak lupa bawak ke, jauh sikitlah kena keluar mencari. 


Ada lagi, bila menginap kat sini rasa tak privacy sangat sebab orag awam yang tak menginap sini boleh masuk kawasan sesuka hati untuk melihat kawasan, ambil gambar, little bit risk kalau tingkap bilik buka dan tinggal, selain tu bising sangatlah sebab tempat yang menjadi tumpuan crowds. So kalau nak datang berehat in peace this place not for you sebab pagi-pagi pun orang dah penuh, yelah Kea Farm pukul 7pagi pun dah ada gerai yang buka. 


Owh, lagi satu tambahan kat sini ada foodcourt, which means agak menjadi pilihan untuk makan pagi dan tengahari tapi mungkinlah tak ramai sangat yang tahu tempat makan ni, sebab kedudukannya agak tersorok dan terbelakang sedikit dari pandangan mata. Nak kata sedap, hmm tekak dan selera masing-masing, buka 8pagi sampai 5petang je tu pun takdelah banyak sangat pilihan, nak minum teh sambil tengok sini memang okay sangat . Dan sepanjang kami naik turun Cameron takde lagi rasa nak recommend korang kedai paling sedap, rasa nak makan tu singgah jelah kedai makan mana-mana, asalkan korang kenyang je. Entahlah kenapa nasi lemak kat sini pun tak sampai spec dia, tak tahu apa salah, nak kata orang indonesia masak, sah-sah memang orang kita. Jauh lagi nak rasa sambal bilis tu, satu-satunya kedai yang sampai maksud makan nasi arab dengan nasi lemak area Taman Sedia tu je, yang lain tak tahulah, no komen. Tekakku cerewet agaknya. 


Kesimpulannya? Best tak stay Kea Garden GuestHouse ni? Untuk family kecil, jenis tak cerewet, ok this hotel really for you, harga patut, scenery cantik, paling penting katil tempat tidur selesa. Yang jenis asal ada tempat tidur je kekdahnya. Yang bau lumut, kulat tu kalau datang Cameron Highlands, benda ni memang dah tak boleh elak ye, sebab nama pun tempat sejuk, hujan bukit tu biasa dah, so lumut-lumut tu memang tempat dia lah. Lagipun Kea Farm ni adalah tempat tertinggi kat Cameron Highlands.

view at night

Nampak cahaya malam kat sini pun cantik je dalam gambar, cerah happening je kan? Tapi bila kedai tepi dan sekitar dah tutup memang gelap dan suram kawasan, so nak lepak malam-malam depan bilik tu bawah pukul 9malam tu still okay, cahaya lampu liplap tu still meriah tapi tak dapat tandingi kecerahan lampu putih selebihnya baik dok lepak dalam biliklah sebab sejuk, suram, sunyi sikitlah bila malamnya. Tidur jelah jawabnya lepas makan. Yang dah plan memang nak berjalan sekitar Kea Farm, memang Kea Garden GuestHouse ni Ika recommended, tapi kalau bawa warga emas yang tak boleh berjalan(guna wheelchair) dan boleh berjalan tapi uzur sangat tak sesuai bertingkat-tingkat tangganya. Juga kalau bab makan takde hal, bolehlah pilih sini, makan je steamboat Hijjaz Sinar tu. Kalau rajin nak keluar jauh silakan, takde masalah, jenisku kalau dah masuk bilik landing atas katil, bermalas-malasan, memang malaslah jawabnya nak bersiap-siap pula nak keluar makan semata, wakaka. Nak datang kita-kita je(family kecil kita) Kea Garden Guesthouse ni recommended, kalau bawa family lain terutamanya orang tua better ambil apartment je, lebih selesa. 

Reviews: 4.5/5

Nak booking directly : click sini keagarden.com

Kea Garden GuestHouse 
Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Roadtrip Pekan Pahang

10.28.2022

Memandangkan dah ramai yang buat aktiviti travel, salah satu tempat yang agak tak popular tapi superb adalah Pekan Pahang. Korang patut masukkan dalam list travel korang sebab memang berbaloi datang sini. Sebenarnya Pekan ni tak pernah masuk list pun dalam list travel, roadtrip kami kalau berjalan. Kalau bagi pilihan Pekan atau Rompin, kami pilih Rompin lagi, tapi itulah rezeki nak sampai ke Pekan Pahang ni memang buka mata kami. Nama je Pekan, tapi Najib punya tempat ni memang bukan biasa-biasa ye. Dari Kuala Kangsar kami terus ke Seremban, Muadzam Syah, Rompin dan akhirnya sampai ke Pekan. Ikut plan asalnya nak bercuti kat Rompin repeat untuk kali kedua, tapi tukar plan terus ke bandar Pekan.
Pekan merupakan sebuah daerah, dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Biasa kalau sampai Kuantan pun Pekan ni takkan ada tarikan rasa nak pergi. Bila sampai Pekan serasa seakan-akan berjalan-jalan kat Terengganu, ada vibes tu. Sebab tepi pantai, dan yang menariknya pantai kat sini landai dan seronok untuk anak main. Level pantai sini macam pantai Cherating gitu. 

Masa kami sampai tu kebetulan minggu tu hujan je, panas sekejap-sekejap je. So kami terjah tempat yang sempat aje, pun tetap puas hati sebab sehari tu dah boleh cover banyak tempat, yelah bukan besar sangat bandar Pekan. Datang Pekan Pahang antara hotspot yang korang patut singgah antaranya

Pekan Riverfront
Masa kami sampai memandangkan sempadan negeri baru buka, aktiviti naik boat belum beroperasi sepenuhnya lagi, so tak dapatlah naik River Cruise ronda persisiran sungai Pekan, namun kat sini bolehlah lepak santai sambil makan-makan ambil angin tepi sungai. Kat sini pun banyak gerai makanan dan minuman juga kedai masakan Ikan bakar. 

Pantai Air Leleh
Kalau berjalan dengan anak-anak tak sah pula kalau tak menyinggah pantai kalau ada pantai, kalau ada kolam wajib ke kolam. Antara pantai popular kat sini adalah Pantai Air Leleh. Tenang je sebab tak ramai orang. Nak mandi pun air ombak tak seganas ombak kat belah Pantai Timur so boleh berkelah makan-makan dan lepak main pasir juga pantai kat sini. Nak stay dekat area Pantai pun ada pilihan Chalet Casa D Bayu Roomstay, Homestay By The Sea, 79 Beach Homestay banyak lagilah stayroom yang tepi pantai. Kalau nak singgah makan kawasan pantai tu, singgahlah Dapur Mek Kelate dan Warung Cili Padi Serandu. Puas hati dan berbaloi makan.

Muzium Sultan Abu Bakar
Alang-alang dah sampai bandar Pekan, wajib singgah bergambar kat Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium ni betul-betul dekat tengah bandar, dekat dengan Pekan River Front. Lepas tu kalau nak ke Muzium Masjid Sultan Abdullah ala-ala Taj Mahal, jalan kaki je, semua tempat bersejarah ada berkumpul setempat je, senang gitu. Galeri Tun Teja pun kat sini. 

Dah puas pusing kat tengah bandar bolehlah korang tuju ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap, jadi siapa yang berkenan tu boleh beli direct atau buat tempahan kat corak kan yang kita dah berkenan. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak juga nyata menggamit hati, best kalau datang tempat cemni, ada inspirasi orang kata, terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir, teringat pula Galeri Tun Razak kat Kuala Lumpur, sana pun best juga. Datang sini rasa tak rugi sebab ada banyak tempat menarik satu-satu lokasi, dekat-dekat je. 

Makan Sedap di Pekan Pahang
Kalau dah berjalan makan angin, tempat makan sedap pun jadi point untuk kita sampai kat sesuatu tempat kan? So nak menjamu selera kat Pekan Pahang ni takde hal, banyak sangat pilihan makanan, dan seleranya tak jauh beza dari selera belah Kelantan, Terengganu. Ada nasi kerabu, nasi minyak, nasi dagang, kat gerai tepi jalan pun banyak pilihan untuk makan pagi. Kalau tengahari cari makan dekat pinggir bandar banyak pilihan termasuk menu ikan patin di  Warung Pekan Lama untuk hidangan makan tengah hari pasti tidak mengecewakan terutama bagi penggemar ikan patin dan makanan kampung, dah macam makan ikan Patin Temerloh dah. 

Selepas kenyang makan tengahari bolehlah bungkus Murtabak Mengkasar. Kami tak makan kat kedai sebab perut dah kenyang sangat, hujan pula, tu yang malas nak turun bungkus makan lepak kat bilik je. Sedap juga murtabak Mengkasar ni, kalau kat Kelantan digelar Murtabak Diraja sebab ketebalan murtabak, samalah murtabak mengkasar ni ada keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing. Korang yang sukakan keju, boleh order murtabak Mengkasar ‘special’ memberikan rasa keju yang sedap dan tak muak pastinya. Antara tempat makan sedap di Pekan Warung Pekan Lama, Kedai Makan Warisan, Medan Ikan Bakar Kuala Pahang dan banyak lagilah pilihan bab makan-makan ni. 


Penginapan Pekan Pahang
Nak datang Pekan Pahang bab penginapan janganlah risau banyak sangat pilihan tempat tidur termasuk yang 4 bintang iaitu Ancasa Royale antara hotel the best kat Pahang sebab di tepi Sungai Pekan. Kami cari bajet hotel berbintang 4 je,mana taknya bintang 4 dapat katil double complete everything dengan harga tak masuk akal, so our unplanned roadtrip kali ni sangatlah berbaloi. Untuk family besar macam kami memang perlukan Family room dah kalau pergi bercuti, tak kisahlah hotel bajet ke apa asalkan semua dapat tidur selesa atas katil, kalau hotel 5bintang katil pun tak boleh tambah, melainkan tambah bilik lain rasa tak berbaloi pulakkan. Just memikir plak camne eh orang lain tidur kat hotel standard/mewah yang ada katil king/queen satu tu? Kalau anak ada tiga pun dah tak muat, means ada yang kena tidur kat lantai? Ke camne eh? Adoii sibuk pulak memikirnya, wakakka. 

So trip kali ni kami pilih untuk tidur kat Pekan Auto City Bajet Hotel. Nampak je luar macam bengkel kereta, tapi wallah kat dalam macam hotel 4bintang, puas hati bayar bermalam. Bajet tak bajet memang tu je matlamat nak tidur dengan selesa setelah melalui perjalanan yang panjang, takde yang kena tidur atas lantai, dah letih bontot duduk atas kereta, mestilah tidur pun nak selesa. Sekarang memang tu jelah point cari bilik kat mana-mana tempat bercuti, katil double mesti dua dan kalau lebih lagi bagus. Harga belakang kira dah asal memenuhi keperluan tidur. Gitulah bila keluarga makin membesar, ni anak-anak tak besar remaja lagi, dah remaja auto dah kena tempah bilik asing dah, kan?

So yang tak nak berjalan kat tempat sesak, pergi situ sini pun beratur, nak makan pun beratur, nak ambil gambar pun beratur, nak beli tiket pun beratur, pilihlah Pekan Pahang, banyak tempat free boleh lawat. Tenang pun ye. Syukur Alhamdulillah. 

Roadschooling: Segari Turtle Sanctuary

2.17.2022

Kalau datang sanctuary penyu, terus teringat sanctuary penyu kat Cherating, Rantau Abang dan Melaka, tapi tetap paling melekat dihati Sanctuary penyu kat Cherating. Yang Rantau Abang tu ingat-ingat lupa dah sebab lama sangat dah kenangannya. So lama betul tunggu renovation kat Segari Sanctuary ni siap, tapi alhamdulillah boleh juga masuk tengok akhirnya. Kalau nak datang Segari Turtle Sanctuary ni, jalannya atas sikit dari simpang masuk ke Teluk Senangin. Masuk tu pula akan confuse la sebab hutan kiri kanan, tak habis dengan hutan, sambung pula kawasan skala besar tempat ternak ayam. Kalau tak kena timing, datang masa musim lalat, memang nasib ler, geli geleman tengok lalat terlampau-lampau banyaknya, bunyi buzzing depa terbang pun dah boleh buat uols rasa nak balik terus, biasa depa banyak masa bulan 9 10, kebiasaannyalah. So kalau datang niat nak berkelah sekali kat tepi pantai dan bawa makanan tu faham-faham sendirilah. 


Ku punya projek dengan anak-anak pun tak berjalan lagi, nak start tour pantai favourite dan ajak anak kutip sampah, tu pun dalam wishlist nak buat, sayang tengok pantai cantik-cantik dicemarkan manusia yang bermentaliti kotor dan sampah, datang pantai tambah sampah. Yang sedia kotor lagi bertambah kotor hasil dari sampah bawahan ombak. Eh, dah terbebel dah. So setiap kali datang Segari kami anak beranak memang niat anak main pasir pantai je, buat terapi depa grounding. 



Alang-alang turtle sanctuary ni dah siap, kita buat lawatan sambil belajar untuk anak-anak sekali, memandangkan depa dah dalam fasa nak tahu banyak benda, bolehlah terangkan sikit jenis penyu, apa dia makan, kenapa duduk dua alam, kenapa penyu tinggalkan anak dia. Yang ni paling win soalan dari Hajjar, ibu penyu tak sayang anak dia ke mama, kenapa tak tunggu anak dia lahir dulu? Kenapa tak besarkan dulu? Comel je soalan budak-budak ni. Part paling depa suka tentulah bagi makanan kat penyu. Apapun anak-anak penyu memang comel sangat, ku masa nak kahwin dulu pernah mi tak hadiah nak anak kura-kura pasalnya depa comel sangat. Sekarang anak-anak pula ada keinginan yang sama nak membela binatang. 

Sebut pasal penyu dulukala ku pernah makan nasi Sumatera berlauk kan ayam kampung goreng, taugeh goreng, dengan kuah campur siap ada telur penyu, masa tu pelik sangat sebab tak pernah makan telur penyu, sebab bentuknya macam bola ping pong, bila rasa rasa pelik dan unik serta masin-masin berlendir bahagian putih dan telur kuning sedikit pejal, tu pertama kali merasa dan sikit pun tak jatuh cinta dengan rasa telur penyu, lagipun memang tak layak untuk di makan kot, tapi kat terengganu memang banyak telur penyu dijual untuk dimakan. Katanya memang khas dari penyu bertelur untuk buat makan, bukan penyu liar, entahlah betul ke tidak. 
Tapi mengandung anak kedua atau ketiga kalau tak silap Ika mengidam nak makan telur penyu ni, kes setiap kali mengidam nak makan benda eksotik, sabor jelah. Tu pun seingatnya jumpa kat restoren Hover adalah menu telur penyu, beli lah sebiji buat lepas rasa mengidam. Lepas bersalin geli geleman mikirnya macam mana ku boleh telan makan, dengan isi telur cemtu rupa, hadoii muntah hijau ingat balik. 


Memandangkan nak bela binatang ni ada komited, macam daku bela cacing yang tak perlu perhatian sangat pun dah fail, apatah lagi nak harap anak bela binatang lain, tak pasal jadi kejam plak, mati dipelihara anak beranakku, hahaha. Kes lupa bagi makan. Cacing ku lupa letak air lama sangat last depa mati  dan hancur bersama tanah, tambah plak balik kampung seminggu lupa nak bekalan depa lebih makanan dan minuman, sadis sungguh kisah cacing daku. Rasa bersalah pun tak habis lagi,huhu.

So datang Turtle Sanctuary ni pun anak santai-santai lepas main pasir dan air pantai, siap mandi apa semua singgah sekejap buat lawatan, habis lah sepetang kami di Segari di hujung minggu, biasa memang hujung minggu kami tak lekat kat rumah, boleh kira berapa kali je duduk rumah bila hujung minggu, sampai jiran pun pelik kalau ada kat rumah bila hujung minggu, hahha. 

Roadschooling: Sawah Padi Kg Chui Chak Langkap

1.22.2022

Tak sangka kat Perak ni sawah padi cantik macam kat Kuala Selangor, lagi special kat sini ikut giliran, kalau kat Kg Chui Chak Langkap pokok padi baru nak berbuah, ke jalan Sitiawan area padi kat situ dah nak dituai, dan satu kawasan lagi kat mana dah lupa, situ tanah tengah dibajak untuk proses membenih, kira setiap kawasan lalui proses yang berlainan, maybe untuk elakkan tempat pemprosesan sesak. So setiap kawasan memang berbeza prosesnya. Apapun yang paling best kat Perak ni memang kaya dengan hasil dan banyak tempat pertanian, subur je semua tempat.




Memandangkan nak rentas Kuala Selangor masa tu tak sampai fasa lagi, kita berjalan-jalan kat negeri sendiri jelah, anak bila sampai memang Terujalah. Depa tak sempat rasa suasana rumah tok ayah di keliling sawah padi, sekarang sawah padi kat kampung rumah ayah kebanyakannya dah ditambun tanah untuk buat rumah dah. So dah hilang dah semua suasana childhood, tak sempat cucu-cucu merasa berlarian di celah-celah batas sawah padi, tak sempat merasa masuk dalam lumpur kutip siput sedut, tak sempat merasa memancing kat aloe dan anak sungai. Memang merentas satu zaman lain jauh dari fitrah bila sampai zaman anak-anak ni, kesian bila zaman kanak-kanak mereka tak seindah dulukala. So ku laki bini memang cuba bring semua kenangan dan pengalaman kami lalui masa kecil-kecil dulu, rasa macam mustahil tapi insyaallah takdak pun bila jumpa mak-mak geng homeschooler, depa ni memang truth fighter sungguhla, banyak buat benda lawan arus tapi I really fall in love dengan diorang, too much new knowledge belajar, so kita slow-slow follow apa yang terbaik dan bermanfaat.


Sampai kat Langkap ni, memang view mesmerising sangat sampai anak-anak terdiam, berdiri sambil menikmati angin sawah padi, daku pulak nak menitis air mata tengok gelagat anak-anak, sebab perasaan tu tak boleh digambarkan macam terbentang-bentang memori sendiri yang membahagiakan ketika kanak-kanak dulu, dan daku harap itulah jualah yang anak rasakan. Dari berlarian kat tebing-tebing depa mula berlari gembira dibatas-batas sawah sambil bertanya pelbagai soalan, sambil korek tanah lumpur sawah cari siput. Masa tu pun tak banyak lagi homestay beroperasi, so nak stay homestay memang taklah, lagipun kat sini tak semeriah bab pelancongan macam Kuala Selangor. So nikmati apa adanya, tu pun dah gembira bukan main anak-anak, dapat kenal pokok, dapat kenal asal beras yang depa makan hari-hari tu macam mana ditanam, macam mana rupa bila berbuah, nanti next time kita pergi kedah pula, negeri Jelapang Padi, kat sana boleh belajar lagi details.

Kalau part belajar ni, belajar kat lapangan, anak lagi mudah ingat, dan mereka betul-betul fokus dan faham. Tengok anak-anak kalau bab cakap nak pergi belajar dengan alam ni, bersorak bukan main gembira. Masa PDPR berlangsung anak-anak pun takdelah bosan sangat, tapi bila dah mengadap gadget ni, banyak melencong dari belajar tetiba main game, itu yang buat mak-mak berasap. Mak-mak lain tak tahulah, tapi Ika memang tak boleh,anak pun nasib baik juga ada time depa memang gadget tak nak tengok langsung kes buat depa sakit kepala. Oklah, kadang tak perlu suara singa, harimau depa layan main aktiviti luar dan sepahkan rumah bising tak tentu hala, itu lagi buatkan hati iols lebih lega dari depa senyap mengadap benda skrin tu, oklah tu masing-masing tahu limit masing-masing.



Apapun nikmat sungguh berada di Kg Chui Chak Langkap yang mana kawasan ini adalah sawah padi kedua terbesar selepas Sekinchan yang di pelopori oleh bangsa Cina, bezanya kat sini takdelah cafe hipster, hotel bajet atau hotel kecil macam kat Sekinchan tu, haishh best kalau sebiji macam kat Sekinchan tu, hihi. Apapun pemandangan sawah padi ni always my favourite sebab iols membesar dengan orang-orang yang buat sawah padi, dari seklasik-klasik tools depa guna untuk harvest sampailah upgrade guna mesin padi, awhh, how I miss the good old memories, dah tua ni cemtulah.