Rindu tiada noktah

11.12.2025

Aku baru balik Cherating, alhamdulillah kedatangan aku ke Cherating kali ni mengubat rindu aku kat Tanah Suci even takkan sama sekalipun kerana ubatnya kena pergi lagi, insyaallah. Tapi ada some part aku buat kat Cherating sangat membahagiakan aku, teringat some feeling kat Madinah dan Makkah. Kat pantai Cherating aku apungkan diri atas air laut sambil tenung langit, awan. Dua jam dok terapung tanpa fikir apa, hanya ingat kat Allah ja di mulut sebab air laut tenang sangat, langit biru cantik sangat, awan putih bergerak ikut angin damai sangat hati melihatnya. Badan aku rasa ringan sangat sambil ikut arus ombak yang agak perlahan, aku cakap dalam hati, mesti langit dan awan kat Madinah dan Makkah secantik ni juga, Allah sebaklah pula.


Tapi momen sebegitu mahal, sebab aku ingat bagaimana bentuk awan, bagaimana rasa angin, tambah lagi petang tu cuaca elok sangat, dapat tengok sunset selepas berbaring atas air laut hampir dua jam. Sambil baring atas laut pun berjela doa aku, tak sangka sesantai itu aku berdoa dalam hati, huhuu. Cakap bab doa ni entahlah, korang kalau korang rasa sedih, gembira, teringin apa-apa korang doa jelah. Macam yang aku pesan sebelum ni. Doa ni memang power bila ada 'rasa' yakin. Takde doa lain selain Allah ampuni aku, teringat pula masa kat Kaabah, aku rasa aku banyaknya doa kat diri sendiri, alih-alih tu ja yang aku ulang, ampunkan aku dan matikan aku dalam husnul khatimah. Sungguh, balik dari Tanah Suci baru aku faham bagaimana rasa rindunya bila dah jejak kaki kat sana. Aku doakan yang baca catatan aku ni dijemput sama kesana, merasai rindu yang tak bernoktah.


Ada sekali tu aku solat kat Mataf, masuk pun dah last-last minit askar nak tutup dah tak bagi masuk, sempat aku lalu kawasan jenazah yang tunggu disolatkan jenazah nanti. Mata aku tak berkelip pandang 'mereka', bertuahnya masyaallah terpilih menjadi salah satu penduduk di Ma'ala. Teringat cerita arwah abah, bilanya mek nya nak pergi sangat kat Mekah, sampaikan kereta satu-satunya yang ada, dia pergi jual tanpa pengetahuan ma, semata nak memenuhi permintaan ibunda. Alhamdulillah memang sampai mek kesana, di dikebumi di kubur Ma'ala. Sebab tu tak pelik dan jangan kata apa-apa untuk orang yang berhabis harta, buat apa sahaja untuk ke Tanah Suci. Kadang bukan kehendak kita, tapi Allah jadikan setiap asbab untuk kita sampai juga kesana. How magical bila kita termasuk dalam senarai jemputanNYA.


Boleh dikatakan tahun ni banyaknya kematian yang menghidupkan hati dan jiwa yang mati. Jadi fikir bab mati ni jadi bersemangat pula melibatkan cara kematian husnul khatimah. Kita semua patut ada aim yang satu ni, moga Allah matikan kita dalam husnul khatimah, aku kan pernah terfikir dulu macam manalah kalau aku mati masa bersalin (masa fasa asyik bersalin, sampai complete bersalin 6 orang), of course tiap kali nak bersalin, memang akan datang fikiran sebegitu, kesiannya anak aku nanti kalau aku takde terus lepas bersalin. Takpun pernah terfikir masa aku penat uruskan rumah, penat tu sampai aku mati,macam manalah anak aku yang tengah menyusu. Terbaca kat threads someone the husband share isterinya meninggal dan anaknya menyusu kat maknya dah meninggal. I'm crying so hard sebab pernah membayangkan perkara menyedihkan sebegitu terjadi kat diri sendiri. 


Jadi bila berlaku, lalu lalang kisah sebegini tak lain tak bukan untuk memperingatkan kita, yang bayang-bayang kematian sentiasa menjadi kembar kita. Tak payah takut tapi kena tanam satu motivasi untuk kita capai dan dapat cara kematian yang kita inginkan. I wish I could die in Madinah, tu antara cita-citaku, orang kata tempat kita dikebumikan tu sebenarnya itulah asal tanah kita, kita kan dicipta dari tanah, so we'll back to original place. Tanah aku tak tahulah mana asalnya nanti, asalkan dikebumikan secepat yang boleh. Haahh scary pula kan bercerita tentang mati ni.  


Aku doa Allah bagi instinct kat aku supaya aku boleh off semua media sosial sebelum aku pergi. Cukuplah amalan sebagai bukti, tak nak lah tulisan aku yang takde manfaat mana ni dok bergentayangan sampai bila-bila. Tak pun sempat keep in private and kasi kat anak-anak supaya depa rindu boleh belek blog mamanya. Sebab kat blog ni banyak cerita juga tentang depa masa kecil. Dan paling penting sempat minta maaf kat semua orang. 


Rindunya kat Rasulullah Saw. Aku selalu tanya diri sendiri kalau diberi peluang jumpa Rasulullah Saw nanti, nak cakap apa? Baru membayangkan dah menangis teruk, tak lagi keluar apa yang nak dicakapkan. Mengingatkan dunia yang sementara ni, memang aku dah takde apa yang nak dikejar sebenarnya. Rasa rindu aje, rindu tak tahu nak kata rindu kat apa sebenarnya, tapi Allah tahu, cuma tak tahu nak letak ayat macam mana. Kadang datang hawa nafsu tu, keinginan dunia melebihi yang kat depan-depan nanti, astaghfirullah.


Scroll threads bulan ni lagilah buat aku sebak, ramainya pergi kesana, sungguh membuat aku rindu tatkala mengingatkan segala perasaan dan emosi yang pernah dirasakan ketika di Kota Madinah dan Makkah. Macam balik kampung sebetul-betulnya feeling tu, itulah yang aku rasa masa turun dari bas masa sampai kat hotel Madinah. Fikir bab mampu tak mampu ni,memang tak masuk akal dengan kemampuan diri, tapi Allah sampaikan juga dengan caraNYA. Subhanallah nikmat apa lagi yang didustakan.  Tu baru jejak diri kat Madinah dan Makkah, dah rasa macam balik kampung sebenar? Entah macam mana rasanya bila betul-betul balik ke sisi Allah tempat asal kita. Sobs. Moga Allah jemput kita semua balik dalam sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik iman dan taqwa, Amin yra.


Nak tengok gambar-gambar dan video aku pergi umrah, aku letak kat Instagram khas supaya senang orang nak pi umrah, nak tengok Mekah Madinah, boleh jenguk sana. Aku sangat berterima kasih buat orang yang dah pergi umrah sebelum ni pesan suruh amik video dan gambar banyak-banyak, sesungguhnya tu jelah pengubat rindu. Ramai yang fikir eh, dia ni banyaknya video dan gambar, pergi buat ibadah ke tak ni? Dan aku berterima kasih sangat yang pesan suruh bersihkan hati betul-betul jangan judge orang yang upload gambar pergi buat umrah tu, dan jangan judge orang yang dok amik gambar kat Madinah Mekah tu, jaga hati, jaga lintasan, sesungguhnya tu paling sukar dan rumit bila dok sana, tapi once kau boleh buat, kau boleh tengok banyak magical yang Allah kurnia, moga pahala terus mengalir buat yang berpesan-pesan sebegitu, sebab apa tau? Sebab once hati dah lurus bersih, Allah mudah makbulkan segala doa,huhuu. Niat tu takde sebarang makhluk pun boleh tahu, jadi jangan mudah nak baca niat orang. Aku dah lama tak update situ sebab kekangan masa dan selebihnya malas, hahaha, doakan aku rajin nahh. Mana tahu asbab korang asyik dok follow post orang pergi Umrah, dijemput tiba-tiba ke sana. Kita tak tahu kan cara Allah menjemput kita kesana macam mana? Jadi fikir baik-baik insyallah dapat yang baik-baik saja. Moga Allah jemput korang semua dalam sebaik-baik keadaan ke Baitullah, Amin Yra. Moga ramai beroleh manfaat dari Instagram tu. Tapi yang sedih setiap kali buat post tu, aku nangis, sebab tu tak boleh dok lama-lama kat akaun tu. Dua kali balik kampung, asal terkeluar topik Nabi kita mulalah menggagau cari tisu, anak-anak pun blurr, apahallah mama ni sedih aje, hihiii.



Xoxo
Kematian = bermula perjalanan kehidupan abadi

Slow Down

11.11.2025

"Astaghfirullahala'zim, kalau zaman Nabi ni, Nabi suruh gi semaye semula", tegur ayah bila aku sudah solat.


"Ada sekali tu Nabi tengok sorang sahabatnya semaye,Nabi s.a.w suruh semaye sekali lagi. Dia pun semaye, 3kali ulang sebab semaye srupo patuk ayam(laju gila solat)", tersentap!.


"Rukuk betul-betul,sebut betul-betul. Kalau sebutan tu betul, tokmakninah betul, tak jaddi selaju tu solat".


Terdiam lagi, tunggu kata-kata ayah.


Sambil perhati ayah buat gerakan. Bukan teguran masa aku umur kanak-kanak, tapi waktu umur 30-an😥.


Allahuakbar.


"Lorat ko gapo?ayah tanya lagi lembut, time solat urusan dunia letak belakang, anak menangis ko, sabar dulu".


Sungguh dalam terperosok kedalam hati pertanyaan ayah.


Astaghfirullahalazim

Subhanallah(33x)

Allhamdulillah(33x)

Allahuakbar(33x)


Tiga Qul, ayatul Qursi, Alfatihah. Cuba paksa diri duduk selepas bagi salam, sebab biasa lepas bagi salam terus angkat tangan berdoa dengan kelajuan paling laju.


Perasaan sehari dua buat,rasa nak bingkas bangun cepat-cepat. Rasa nak bangun dari duduk, rasa macam kena paku. Tapi paksa diri.


Kalah, sehari dua je mampu ada hari mampu,ada hari tak mampu buat. 


Terbaca pulak ayat kat medsos "jangan cepat bingkas bangun selepas bagi salam , berlama sikit duduk antara salam dan doa, sebab takut-takut kita terkena penyakit cintakan dunia al-wahn". Lebih kurang begitulah, cuma tak ingat yang sepenuhnya ayat tepat.


Allah.."betullah, apa yang aku kejar sangat ni?Allahuakbar". 


Aku tak tahu orang lain, tapi kata-kata tu terkesan sangat ditambah lagi dengan nasihat ayah aku. Sehari ada 24jam, 5kali waktu solat, solat tak sampai 5minit, terkejar-kejar pulak tu buat.


Sedangkan Allah nak bagi kita rehat sepenuhnya dalam waktu tu, buat pergerakan alami, rest segala otot sendiri, rehatkan minda dengan ayat-ayat penenang. Allahu, jauh sungguh hati ini dariNYA.


Termalu sendiri. Terima kasih ayah yang selalu tegur walaupun anakmu semakin meniti usia kedewasaan. Moga beroleh ganjaran syurga atas segala peringatan, nasihat dan didikanmu.


Tak sangka aku masih ingat bait kata-kata nasihat ayah ibarat anak panah, bila diumur hampir 40 ni terus senyum, rasa syukur sangat ayah straightforward ja tegur aku. Aku tahu ayah pun struggle juga hari-hari dengan rutin harian awal pagi, dan tentulah bukan datang sebegitu sahaja rutin tu. Aku ingat masa aku sekolah rendah, ayah masa tu dah masuk Umur 40lebih, masa awal pagi bisingnya ya Allah arwah tokchek aku tepuk dinding rumahnya (rumah nenek sebelah aje) kes nak kejut ayah aku solat subuh kat masjid. See tak mudahnya nak didik anak ni,sampai ke tua kalau tak diingatkan dan memperingatkan, memang kelaut dia punya lalai. 


Tiap-tiap hari tanpa gagal atuk aku kejut bangun, until ayah aku dah terbiasa ketukan dinding diam, senyap, sunyi, gone, asbab atuk aku dah meninggal. Aku ingat lagi scene petang mak ayah aku sampai rumah balik dari kerja, huru hara nak selesaikan solat asar. Dan sekarang aku berbesar hati tengok rutin mak ayah, mereka sesungguhnya sedang menikmati fasa tenang dalam hidup, takde dah chaos dalam rutin akibat huru hara nak cara ke anak-anak vs ibadah. Ayah aku pernah tegur sebab aku komplen lama tak pergi masjid, rindu nak solat masjid, nak pergi solat terawih, terus ayah nasihat. Nasihat ayah menyejukkan hati aku yang penuh keinginan sendiri. Cemtu je rasa terpujuk hati.


Anak-anaklah pula lalui saat tu, tapi itulah kebanyakan orang tua dia tak ingat dah apa yang dia pernah lalui dulu,dan tak relatekan balik apa yang dia dah lalui dengan anak-anak lalui, aku alhamdulillah punya mak ayah yang tahu, faham, ingat apa yang anak lalui sekarang lebih payah dari apa yang mereka lalui dulu. Some parents faham, some parents mengejek. Ujian cemtulah. 


Lepas tu terbaca pasal slow down kita punya motion movement bila solat, kunyah makanan, and some activities. Yelah kita ni everyday rushing je, macam betul! aku kan, dah lupa macam mana slow motion version tu, aku kalau bab menunggu orang makan perlahan, lama sangat makannya, aku boleh baran tau. Aku punya pace memang laju benor, jalan laju, buat kerja laju, masak sejam settle dua tiga lauk sekaligus, tapi scene behind memang hauks, means takdelah masa masak tu kemas je barang bawang, cili apa semua kemas je dalam satu mangkuk. Aku punya stail masak, amik bawang potong campak, amik itu ini campak masuk, takde bersusun-susun dulu semua barang. Takde. Lepas siap baru settle kemas elok. Sebab tu tak boleh buat chanel masak memasak even aku rajin masak , huahuaa.


Sama juga bab bersiap nak keluar mana-mana, takpe aku last sekalipun bersiap, sebab aku punya siap tu sama laju dengan 7orang bersiap, depa nak tutup pintu depan aku pun follow sama dah, dah siap. Sama juga bab bawa kereta orang kata sejam baru sampai, 30minit aku dah sampai. Rupanya semua tu tak elok untuk nervous system. So alhamdulillah sebulan ni aku dalam fasa mengunyah breakfast pun sejam, adoii seksaa noh, tapi alhamdulillah aku boleh follow. Bab solat pun sama, tak mudah tapi boleh buat. Aku ni dah berapa lama train diri tanpa sedar buat semua benda terkejar-kejar. Masa belajar pun aku in rushing mode dah, bila ada anak-anak it's double rushing.


Aku anak-anak lahir rapat, jadi semua benda kena buat laju, kalau tak aku stress. Yang tu nak makan, yang tu nak layan main, yang ni nak tidur, yang tu nak menyusu. Aku tandem nursing dua kali, semua keadaan memaksa aku jadi orang yang pace nya laju tak kira aktiviti apa, termasuk berak. Tahik pun kena paksa keluar laju-laju punyalah huru hara hidup aku. So sekarang alhamdulillah aku dah aman damai dah sampai tahi pun lupa nak keluar. Ya Allah apa aku taip ni, ni kes teringat ayat slay, Tahik hangg, berdekah aku. Okaylah. Nanti next time aku sambung plak bab slow down ni. Jadi malas tu dah satu hal, some part sepatutnya laju jadi lembap gila. Otak aku ni pun tengah huru hara, kena tarik nafas panjang fikir nak letak dokumen dalam otak ni satu-satu tersusun dalam laci sepatutnya. 


Memang dalam hidup kena slow down untuk some activities, kalau tak kita takdan nikmati moment tu. Rasa macam buat, tapi ehh apasal macam sekilas je lalui atau buat, takdan nak rasa. Rasa tu penting nohh. Ni takdan taip bukan sibuk pun, bateri telefon nak habis, scroll benda lain, rutin tak terbuat lagi, itu yang jadi terkejar-kejar balik nak hadam sekaligus buat belaka,kihkih.


Xoxo
I'm trying

Titik Terendah

11.06.2025

Kenapalah hari-hari buka medsos aku menitik airmata, minggu lepas lagi lebat, hilang habis mood, Allah. Aku tak terkata, betullah sehebat ujian kita, tak tertanding lagi ujian orang lain, Allahuakbar. Kalau kita rasa sedih, ada yang lagi sedih, kalau kita rasa sukar, ada yang lebih sukar, kalau kita rasa hilang, ada yang lebih lagi merasa kehilangan. Speechless betul. Tapi itulah hakikat hidup kan?dari tak ada jadi ada, dari ada jadi tak ada, kitalah tu. Tapi itulah indahnya ciptaanNYA, kecintaanNYA terhadap makhluk lebih lebih lagi Nabi kita Muhammad SAW. Allah ni sekejap aje nak angkat darjat seseorang kan? Subhanallah dalam kesedihan aku lihat Rahmat Allah yang sebegitu besar, sayang dan cinta Allah tak terbatas buat HambaNYA, sobs. Aku try cari balik kot-kotlah aku ada bagitahu bab ni. 




Teruslah teringat kat Ya Rasulullah yang bersedih hati asbab kehilangan SITI Khadijah, kisah cinta kasihnya Rasulullah terhadap ibu Khadijah sangat menyedihkan hati aku. Apalagi mengingatkan kerinduan, cinta kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya yang belum pernah Baginda lihat, terus menitik airmata rindu. Allah. 


Sedihnya, teringat aku ketika aku dititik terendah, bukan dihina manusia, bukan terhina kerana takde duit, takde kerjaya, aku punya segala, rumah berteduh, makanan nak dimakan tak putus, mak ayah masih ada, adik beradik lengkap, suami di masa susah senang, anak-anak membesar tanpa masalah, namun titik terendah aku,bilamana aku solat lima waktu sehari semalam, tapi aku tak rasa apa-apa, buat sekadar rutin, astaghfirullah. Itulah titik paling rendah dalam hidup aku, sedih tak terkata ingat balik momen tu. Entah bila aku sedar, tapi once aku sedar aku jadi gelisah, risau, rasa macam aku tak buat pun perintah Allah suruh even aku solat, kosongnya hati jiwa aku ketika tu. Aku keep repeat question dalam hati aku sendiri, kenapa jadi macam ni Ya Allah, aku tak nak rasa macam ni tapi aku tak tahu nak buat macam mana, aku keep zikir, tapi takde rasa, kosong, hambar, tawar. Rasa tak sampai ke hati apa yang aku buat, nak buat macam mana ni Ya Allah? Aku takut, tapi aku buntu. Terbaca balik some of post aku, yang ni entahlah apa yang menyebabkan aku tulis camni, sedihlah pulak bila baca, apalah dalam difikiran aku masa tu, rasa macam tak percaya jugak,ya ka aku yang tulis,wakakka. See,pentingnya catatankan? 


Post aku tentang stressnya nak bercerai susu dengan anak kedua bongsu, tapi dalam stress aku masa tu takde cita-cita lain aku nak me time dengan suami aku ja (pergi suatu tempat without them) sebab aku rasa aku dah tenggelam dalam peranan seorang mama, aku lupa untuk jadi seorang isteri, sebagaimana laki aku sendiri, aku agak sebagaimana lelahnya aku, suami aku pun sama tenggelam dalam peranan seorang ayah, instinct aku, we just need our time sebelum gap makin jauh. 


Tapi tak tahu nak buat macam mana, kami laki bini bukan jenis sukahati tinggalkan anak-anak even balik kampung, setiap saat tak terlepas depa mengekor, until mak ayah aku nak buat umrah terluncur ringan ayat minta mak ayah doakan aku dan suami supaya boleh buat umrah berdua nanti lepas Hana cerai susu. Sebenarnya waktu aku minta mak ayah doakan aku tu, hati aku dah pasrah dan redha dah, sebab macam mustahil pun nak pergi even lepas anakanda aku cerai susu, asbab utama tentulah kewangan, memang takde duit. 


Namun rasa kosong dalam hati dan jiwa aku lagi menambah keresahan, satu ja buat aku keep menangis, yang tu memang since 2018 membawak ke tahun-tahun terdekat, asal dengar lafaz Talbiah melalui fyp kat Instagram,asal tengok Kaabah airmata aku jatuh tak pasal, just don't know why. Memang pantang tertengok video orang duduk depan Kaabah, airmata aku jatuh tanpa dipaksa. Baru aku tahu 'itu' rupanya sebuah kerinduan. Dan bila throwback balik kenapa rindu tu wujud, aku tahu kenapa? Next time aku karang lagi.


Even aku rasa 'kosong', ku tetapkan juga rutin yang wajib aku buat, supaya aku tak makin tenggelam dengan kekosongan. Adakala aku okay, adakala aku struggle nak buat rutin sampaikan tak buat apa-apa. Until Allah 'jemput aku' menjawab segala persoalan aku semasa titik terendah aku, Allah, memang diulang seribu kali pun segala perjalanan yang menjawab aku punya kesedihan,I would make it without doubt again and again. Allahuakbar, Subhanallah, bagaimana entah nak letak susun perkataan yang sepatutnya apa yang dah aku lalui, Alhamdulillah thank you ya Allah atas nikmat dan ujian, sesungguhnya aku menyerahkan segala urusan kehidupanku kepada-Mu. 


Kita ni kan even sekeliling dunia berperang situ sana sini, kita juga berperang hari-hari dengan diri sendiri, dengan fikiran dan emosi sendiri, tough enough. Tak semua mampu hadap kan? May Allah give us strength. Tak mudah, but just keep going okay, 


Surat Ali Imran ayat 31

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Artinya: Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Tu baru salah satu ayat, banyak lagi ayat dari Allah yang menyentuh hatiku, betapa sayangnya Allah kat kita, even kita rasa semua makhluk membenci kita, even semua kita rasa makhluk tak kasihkan kita, tapi Allah setiap masa, setiap saat mendengar bisikan hati, keluhan hati kita dan kasihkan kita. Jangan putus asa. Allah Maha Mendengar. Untuk didengari pun satu Rahmat yang besar kan? Sebab tak semua makhluk mampu mendengar, dan menjadi pendengar yang baik. Semua dari kita ada titik terendah masing-masing, our sinful moment, tapi ingatlah saat kita sanggup balik ke pangkuanNYA, itu adalah saat paling indah, kerana itulah sifat kehambaan.


Xoxo
Hug.

Potray

11.05.2025

Hahaha, baru je aku mengingatkan medsos ni memang fake betul kalau yang beria-ria tunjuk relationship, bukan tak bagus, pandangan ain tu dah satu hal, it's about your potray version yang banyak delulu. Kesian pula kena bersusah setiap masa dan saat fikir apa nak buat kes nak validation orang. Aku kalau scroll jumpa jantan mulut manis ni, memang fake betul nengoknya, rasa cringe tu takleh nak describe. Tambah lagi yang kenmain buat content kalau laki patut jadi provider, tapi tuan content single sampai sudah, ni orang kata sembang kencang, buat dulu, baru sembang, baru boleh match realiti dan delulu. Perempuan pulak tak semenggah komen, ni laki idaman aku, wehh ya Allah sabor jelah aku. Lani timbul pulak spesis jantan tak boleh kalau partner tanya, dah solat? Terus setan iblis keluar dari tubuh badan, mengamuk tak boleh terima soalan sesimple cemtu?. Gila betullah dunia sekarang, nak cari yang faham agama dah satu hal, dia pandu agama ikut selera tekak dia sendiri, asal menyebelahi dia, dia zikir tak habis, tapi tang tanggungjawab buat-buat tak reti,yihhh. 

Tak payah jaga tepi kain orang la kak eh! Ahh ye, jangan esok-esok nak masuk kubur ko menyusahkan orang pulak, hidup ni memang berkisar tentang masyarakat sekeliling, sebab kita sentiasa bergerak,kita akan jumpa orang, karang duduk dalam dalam gua, orang tuduh baru keluar gua ke? Aahhh gitu. Nak jumpa lelaki bersikap pemimpin dan qawwam zaman lani memang payah, lelaki ramai tapi haukk, yang perempuan kalau dah pemimpinnya hauk, of course sedikit sebanyak terpimpin cara lakinya yang haukk. Dua kali lima, biasa akan jumpa sekufu, kalau tak sekufu Allah uji pulak jumpa yang bertentangan 360 darjah dari baik gila vs jahat gila. Dunia dunia!Penuh ujian ek. Kadang too much question kenapa begitu, begini. Itulah fikir ujian sendiri tak habis-habis, lagikan pula nak fikir ujian orang. Aishh. Mampu doa jelah moga semua baik-baik saja nah, tentu Allah nak angkat darjat, tentu Allah nak bagi yang lebih baik, hikmah tu pasti ada. Kita bab nasihat ni sedap je kan?kena batang hidung sendiri? dah terkenalah! tu yang boleh cakap cemtu ajenya. Sobs. Kita kena faham sampai mati kita 'orang luar' aje, jangan nak perasan sangat. Begitulah hidup ek.


Overwhelmed betul haku mengadap media sosial sehari dua ni, eloklah juga aku sentap kena tegur, apa yang kita tengok, itulah yang masuk dalam otak. Aah betullah tu,hari-hari mengadap benda buruk-buruk ni, tak pasal setting otak tune jadi negative thinking, vibes busuk. Terus mode off sekejap, mai mengadap blog sambil merentan sendiri,wakakka. Entah apalah makanan yang dok makan sampaikan buruk sampai ke dalam hati perut tak kira laki orang, bini orang, anak orang, mak orang, mak mertua orang, duit zaman sekarang memang payah nak dapat, tapi kalau yang payah dan senang tu dapat bersulamkan benda haram,memang teruk kesannya. Aku tak ingat aku dengar cerita ni kat mana, ke Mutawif aku yang cerita ek, ada sorang lelaki ni kaya raya, business perkapalan import export, memang kaya pun dari asal, bila pandai manage dia tubuhkan syarikat sendiri, bermula segala perjalanan perniagaan, orang Islam ye, tapi dia kata tak tahu since bila,anak bini dia jadi tak macam sebelum ni, semua jadi buruk perangai, dia pergi jumpa sorang orang agama, then tanya pendapat. Dan jawapannya kemungkinan perniagaanya dah bercampur dengan perkara syubhah dan haram. Apa dia buat mind-blowing, dia give up semua harta dia, jual dan segala yang dia dapat dia sedekahkan. Then dia mula balik dari zero. Valid ke tak cerita ni tak tahu, tapi pengajarannya ada. Jangan buat main benda haram yang boleh jadi darah daging anak keturunan kita, sikit takpe biar berkah.


So jangan mudah sangat nak percaya kat media sosial ni termasuk akulah, memang media sosial dibuat untuk potray yang baik-baik aje, yang cantik, yang blink-blink, gemerlapan cahaya tu buat korang masuk dunia lain. Korang baca boleh, percaya tu jangan, yang baik amik peringatan,yang buruk jadikan sempadan. Kat media sosial ni semua orang boleh sembang, boleh tulis,taip apa yang dia nak even kat realitinya bertentangan, macam akulah,kalau cakap bab agama nih, bukan main ekk, padahal Al-Quran pun bukan sokmo pegang baca, fahamkan, kelas tadarus pun kadang je aku join bila sempat, baca buku pun sempat buka belek time nak tidur aje, tapi itulah namanya dakwah. Dakwah kat kat diri sendiri terutamanya sebab manusia macam aku ni mudah lupa, mudah tak bersyukur,iman naik turun, tapi takyah tengok apa kurangnya aku, tapi bila aku ingat aku catatkan supaya aku tak pernah lupa,aku pun ada buruknya, aku pun ada part yang tak disukai, aku ada part yang dibenci dan annoying. Dan itulah kita untuk saling ingat memperingati. 


Nih baru kena tegur sikit, sentap nak mati rasanya. Bukan ayat tak elok pun, tapi rasa nak balas mulut tu macam peluru machine gun point yang selama simpan dalam dada, Allah. Tapi ku ingat, tajam lidah ni boleh mematikan hati, jadi aku doa Allah sabarkan, tutup mulut aku jangan balas. Buruknya peel aku. Okay dahlah makin lama mengadap,makin merapu pulak, nasib ada yang sudi tegur ekk, kalau tak dah tenggelam dalam lautan hitam yang ku tahu, pasti kita tak jumpa...semalam, itu semalam, hari ini aku hidup,dalam dunia yang aman. 

Okay, daaa...


Xoxo
Merapu meraban

Bako-Bako Resto Lumut

11.04.2025

Cerita aku pergi Sabah dulu, tak jumpa latok ataupun memang masa tu kitaorang dah kenyang amat sampai tak nak order tambah dah, dulu seingat aku masa mula-mula sampai Sabah, mak saudara aku buat kerabu guna rumpai laut sabah, sedapnya Masyaallah, masa aku tengah taip ni tiba-tiba rasa terliur amat, aah terus pi shopee order rumpai laut, even tak fresh, bolehlah ekk buat hilang rasa nak makan rumpai laut. Nak pergi Sabah harga ticket dah macam pergi Korea. Ya ampun, mahal gilos. Jadinya sambung balik ceritaku, nak dijadikan ceritakan suatu hari tu kami sampai kat Lumut. 





Nanti aku recall jap camne boleh sampai Lumut, atas asbab apa?hmmm..aku rasa memang nak pergi Lumut kot masa tu,kes nak makan ikan bakar, nak pergi Perlis tak padan pula, jadi kita cari yang dekat, memang tuju ke tempat makan namanya Bako-Bako Resto ni, asal tak pernah tahu kewujudannya eh, masa pergi Pangkor aritu takde pula ternampaknya kedai makan ni, ahhh layans. Kami sampai dah memang petang dah, anak-anak nak makan western, aku dah nampak latok, ikan bakar kemana, tak terfikir dah, ambil latok aje, ambil satu plate aje sebab tak tahu lagi okay ke tak? Bila makan, sedaplah pula, crunchy dan fresh, untuk western food ku tak recommend sangat, sedap tempat lain lagi sebab menu western kat sini takde rasa rempah dan plain taste, kuah black pepper pun tak capai piawaian. Tapi untuk makanan bakar-bakar ku sangat recommend, sedap. Aku order ikan siakap bakar, sotong celup tepung dan ketam masak buttermilk. Cuma kecewa bab nak makan ketam depa tak ketuk siap-siap part yang keras dah payah nak makan tapi banyak isi, kat sepit ketam tu. Aku punya panjang bebel, pasal si budak Hajjar ni, memang pantang kalau datang tempat bakar-bakar ni, dia punya order tak lain tak bukan ketam. Aku bukan tak nak order, tapi makan ketam ni, leceh benor. Kalau kat rumah berekor-ekor pun takpe, sabar lagi nak hadap. Banyak masa terbuang kes nak kopek kulit ketam dan cari isi. Malam pula tu. Kat kedai, takleh freestyle mengopek kulit ketam, kena ala-ala santun gitu,hallah.


Haisshhh, datang second time aku dah warning siap-siap kat anakanda nan sorang jangan nak order ketam, benda lain okay, so jadilah order udang pula, pun tolong depa kopek kulit juga, sabor jelah. Tapi untuk kali kedua punya hamak, laki aku order latok 3 pinggan terus. Terkejut aku, apekehal yang banyak sangat ni, rupanya satu pinggan tu aku sorang je makan kali ni,wakakka. Eh bukan satu pinggan, dua pinggan. Latok kat sini fresh, tak hanyir, tu ja aku boleh cakap, kalau tak camnolah daku boleh layan makan, macam rumpai laut sabah yang macam akar kayu tu, tak reti buat, hanyir tak boleh telan ye. Memang sedap kalau buat kerabu, yihhh, menjejes teringat kesedapannya. Ada satu lagi makanan sabah aku suka, tapi bau dia masyaallah, ada orang terus tak jadi makan bila bau, bau macam kumbang kecik warna hitam tu, tapi aku suka sangat sambal tu, sedap wehh, gaul dengan nasi takpun makan dengan ikan bakar,asikkk. Yang jeruk tu memang power betul rasa. Aa, baru mai teringat jeruk tuhau namanya, terus aku masukkan dalam cart, muahaha, cemtu nak gemukkan diri sendiri,Allah.



Kali ni try siakap masak stim pula, dan sotong buat dua version, celup tepung satu dan bakar sambal, ermm...memang sedap ye, puashati makan. Ohh baru mai ingatan bawa makan mula-mula kes raikan anakanda kedua dapat best result untuk UPKK, tak sehebat orang lain pun tetap kena raikan, kena appreciate effort anak-anak. So memandangkan masa tu abang sulungnya takde, tak balik, maka kami bawa lagi untuk abangnya merasa sama. Puashati tengok anak-anak makan, licins semua makanan. Alhamdulillah.


Memang masakan bakar-bakar kat sini sedap, dan timing kami datang awal biasanya kat sini, kedai buka, kami dah sampai. Even tak ramai orang, part menunggu makanan kena banyak improve lagi kot nah, sebab paling kurang setengah jam ke empat puluh minit kami tunggu, kalau ramai tak tahulah camno ek, tu kena datang awal, takdelah aku dan anak-anak sempat merentan kes menunggu lama, alhamdulillah setakat pergi dua kali tu dua-dua puashati asbab masakannya sedap, dan paling penting semua seafood kat situ segar bugar termasuk Latok, jadi takde reason tak repeat, eh? Kalau korang dah lapar benor, tak recommendlah datang sini, sebab part menunggu untuk orang yang sabar saja, tak pasal jadi harimau jadikan kes menunggu aje, perut dah lapar benor, datang pula dengan group besar, berasap telinga. Ye dak?



Memang ku kasi bintang penuh untuk view dan tempat makan, open air, tepi pantai, syahdu betul menikmati waktu petang. Makanan bakar-bakar semua masakan sedap except western food, moga ada penambahbaikan, sama juga dengan part waiting time lepas order tu, otherwise aku tak kisah nak merepeat lagi asbab makanan sedap terutamanya Latok ,kihkih. Even kat sini lauk seafoodnya dah segar, laki aku cakap, level fresh tu takleh lawan yang kat Perlis lagi, kihkih. So macam mana ni?ke Perlis ka kita?


Xoxo,
Seafood lover