Setelah hampir 20 tahun, alhamdulillah rezeki dapat jejak ke Sabah untuk ketiga kalinya, teruja dan terimbau kembali kenangan pusing-pusing satu Sabah guna kereta, berhari-hari punya travel dari Keningau, Tenom, Ranau, Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Tuaran, Lahad Datu, Tawau, Semporna,hmm memori bujang. Berbaloi sungguh masa tu even berhari-hari road trip, Labuan je tak sempat sampai. Pertama kali ku jejak Sabah tahun 2001 ka 2003,pun ku dah lupa ku teman nenek saudara pi mengasuh sepupu sebab mak saudara baru transfer ke Sabah, tak dapat pengasuh lagi, so lucky teman kan nenek saudara pergi sana, kat Keningau. So memang stay lama sungguhla masa tu dalam sebulan lebih seingatnya. Pun tak puas rasa. Second time pergi dalam dua minggu juga just minggle around Keningau dan area dekat-dekat.
First time sampai Sabah teruja, third time sampai pun masih teruja. Cuma dulu pergi sorang-sorang kali ni pergi satu keluarga dan group besar. Anak-anak pun teruja lah sebab first time naik kapal terbang, bersama sepupu pulak, lagilah depa seronok. Even short trip sangat puas hati, mamanya still rasa tak puas. Tapi sangat gembira dengan short trip kali ni sebab dapat mengimbau kembali kenangan lalu. Rasa macam tak ingat, tapi bila lalu tempat yang dah pernah lalu dulu, memang ingat balik the moment, masyaallah Tabarakallah, nikmat apa lagi nak didustakan. Trip full sponsor kali ni, moga dimurahkan rezeki orang yang menggembirakan kami dan diganti dengan rezeki yang tidak putus-putus.
Disebabkan ambil tiket flight direct je dari Kota Kinabalu ke Kelantan , kami kena balik kampung dululah, jadi perjalanan makan angin kat Sabah ni memang sangat memenatkan sikit sebab kalau naik direct dari Kuala Lumpur pendek sikitla ceritanya. Tapi bab jalan-jalan ni macam biasa sebab semangat semua penat hilang, kihkih. Imagine kami bertolak balik gerak naik ke Cameron hingland turun ikut Lojing dah memalam buta, memang first time ever tu, huhuu. Dengan penat balik kerja tapi turun sampai gua musang tu energy dah drain, nak tak nak kena tidur, dalam pukul 2 pagi gerak balik sampai rumah mertua dalam pukul 3pagi, pukul 4 pagi dah bersiap-siap pergi airport sebab melibatkan big group. Memang kena turun awal. Sampai airport terus check in, sebab kapal pukul 9 lebih, penat giloss, sampai KLIA, terus gerak untuk tunggu check in flight ke Kota Kinabalu pukul 3 lebih, nasib baik takde delay ke apa. Anak-anak nasib baiklah depa high energy, cukup tidur, makan, takde masalah, takde moody, tantrum, kalau dak kita yang dah penat, tak cukup tidur ni mahunya mengamuk, hihii.
Hana, alhamdulillah tidur je dalam poket, tenang mak nak jenjalan. Kihkihh. Sampai KLIA terus cari kedai makan brunch terus, sambil tunggu next flight. Smooth je semua proses sampailah kami kat airport KK. Tunggu semua proses transport selesai pun dah azan maghrib, semua dah rabak, sebab seharian dah bertungkus lumus dengan proses perjalanan yang panjang, fuhhh. Camnolah nak DIY ke tempat lain ni, tak mudah jugak, kena banyak study, ni harap 100% orang uruskan memang bestlah, kihkih. Sampai je kenderaan masing-masing terus bergerak ke tempat makan malam, nak makan seafood iaitu Dataran Todak Waterfront Seafood Hawker. Ku pun dah ingat-ingat lupa yang version lama dulu macam mana. Tapi memang kalau nak makan seafood murah makanlah kat sini, seafood pun bermacam version, tak tahu spesis apa dah, tak pernah jumpa, tak pernah makan. Memang rambang mata nak pilih, kami semua dah letih teruk, so tunggu ja makanan sampai, nak pilih-pilih pun dah tak larat. Siap makan kami check in dekat penginapan tak tahu nama apa. Pergi orang urus macam nilah, ku blur, memang follow tak tahu mana, enjoy je every place yang sampai, tak fikir apa, nama apa, memang totally different ye kalau urus sendiri, sekecik-kecik benda perati dan ambil tahu, hahahaha.
So bab jalan-jalan kat sabah ni ku cuba ingat balik, sambil asah ingatan sendiri. Check in malam tu kat apartment berdekatan Imago Mall kalau tak silap namanya sebab berpusing-pusing kami nak cari pintu masuk residence, ambil lunch dulu lepas tu pusing naik turun. Jumpa bilik, alhamdulillah lega boleh rehat.
Pagi kedua kami free and easy saje, so nak kata awal sangat tu, pukul 9 pagi sana macam dah nak ke tengahari, so kami brunch di Restoren Gayang Seafood Restoran Sulaman Tuaran Sabah, seriously sedap sangat makanan kat sini, kami makan sampai tak termakan makanan yang ada, tapi siput gong masak cili ku taram dua pinggan, ikan besar-besar tak habis. Banyak sangat sampai kami tak boleh makan seafood dah sebab banyak sangat telan seafood, hahaha. Hari kedua dah surrender hadap seafood, imagine macam mana banyak. Lepas dah kenyang kami balik ke Kota Kinabalu singgah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang lebih famous berbanding Masjid negeri, sebab dekat dengan laut, view cantik sangat kat sini. Ku tahu Masjid ni masa mula-mula sampai Sabah mak saudara bawa jalan-jalan ambil gambar, kira antara Masjid yang cantik sangatlah masa awal tahun 2000 tu, even now. Lepas tu last minit decide lepas solat, nak pusing-pusing kat Pulau di Kota Kinabalu, even dah lewat petang trylah jugak pergi Jesselton Point Ferry Terminal tu, sampai tu memang dah kebanyakan kedai dah nak tutup dan kaunter ticket pun sama, ada satu dua ja yang masih on, tapi kena bayar lebihla, pun bolehlah sebab kami satu group ja yang last sekali nak naik bot, dapat dua bot, terus gerak tak tunggu-tunggu dah sebab tak lama lagi sunset, jadi sempat pusing tiga Pulau aje. Pulau first Pulau Mamutik, lepas tu Manukan, Pulau ketiga kami pusing tak stop pun, sebab dah nak gelap. Pun puas hati even sekejap je, bolehlah buat-buat rasa dari tak sampai langsung, alhamdulillah. Balik dari Pulau kami singgah makan kat rumah yang bakal kenduri esoknya, makan nasi kerabu+ seafood, alhamdulillah kenyang tak tara, memang fikir bantal ajenya, hahaha. Sepanjang jalan-jalan ni, Hana behave je ye, tak tahu nak kata, tapi kejenya tidur, bangun, hisap susu, main sekejap, tidur and cycles goes, mana tak suka kalau anak cenggini perangainya bila jalan-jalan, bahagia wehhh.
Pagi esoknya kami nak ke tempat kenduri, dah kenal rumah jadi event esoknya tu insyaallah smooth. Sebenarnya kedatangan ke Sabah kali ni asbab kendurilah, bab jalan-jalan tu sampingan ajenya. Kenduri kat Sabah ni best jugak tahu, yang kami pergi ni ala-ala Brunei style sebab anak beranak dari sana, masakan pun banyak versi Brunei. Pagi tu kira kami breakfast makan lauk kenduri aje, sebab kenduri belah Sabah memang belah awal pagi lagi depa jamu orang. So kami tak payah nak fikir bab cari breakfast, kenyangkan perut dengan lauk kenduri aje, kihkih. Selesai kenduri, makanya selesailah misi utama, maka fokus bertukar untuk jalan-jalan makan angin. Dah siap-siap checkout sebelum ke kenduri, kami terus bergerak ke Kundasang dengan 5 buah kenderaan. Alhamdulillah sebab dah biasa panjat gunung dari Tapah ke Cameron Highland, jadi jalan ke Kundasang ni kira average bab pusing pusing bukit tu, tapi view sepanjang jalan cantik sangat. Kalau lajak depan lagi memang boleh tengok view dari Banjaran Crocker ye, memang ku ingat sangat, sebab cantik tak tahu nak describe dari puncak Crocker tu, tapi kami sampai takat Kundasang jelah kali ni. Next time mungkin in small group, insyaallah. Dulu sampai kat puncak Crocker sebab mak saudara duduk kat Keningau, jalan pun tak cantik lagi, panjat naik puncak dari Kimanis, jalan curam sangat, lepas tu selekoh lagi, memang seram gila kalau lalu belah malam, tambah berkabus, dulu naik kereta kancil je wehh, panjat Banjaran crocker tu, hahaha, what a memories. Dah la rumah sewa mak saudara tu tepi bukit, belakang rumah pokok avocado besar tinggi macam pokok balak, buah avocado berlambak-lambak jatuh, tapi time tu haku tak makan buah avocado, tak sedap, lani nak beli sebijik menggigil weh tujuh ringgit sebijik, huwaa, kenapaaaa? Dah lah lama gila stay masa tu, asallah ku tak pulun makan masa tu, adoiila. Tua-tua ni baru nak reti makan avocado, sedap plak tu. Nilah orang kata menyesal takdak guna, bahahaha.
So back to story, kami start panjat lepas solat zohor, kira petang jugaklah sampai kat Kundasang. Oo sebelum sampai tu, Ada ceritanya, disebabkan kami ni group besar, nak pergi Kundasang, kedai makan kat sana limited tambah lagi malam, kalau nak singgah kedai satu hal pula menunggu makan, dengan kanak-kanak, warga emas, jadi part makan biggest problem kami, tinggg, teringat kat mak saudara yang memang buat catering tapi belah keningaulah, last minit call tanya boleh dak serve kami semua, sediakan quotation kami proceed aje sebab asal selesai masalah yang satu ni, alhamdulillah even last minit, mak saudara sanggup, tu pun satu kesyukuran besar dah, kalau dak kebulur wehhh, hahhaha. Kalau kat Kundasang ni memang recommend masak sendirilah terutama makan malam, mana nak cari kedai malam-malam buka, memang takdelah ye, bukan macam Cameron Highland ye, so planning kena padulah sikit datang Kundasang, timing pula cuti bersambung, masakkk. Petang tu sebelum check in, sempat borong durian sabah sampai tutup gerai tokei sebab habiskan semua durian, sedap juga durian sabah ni. Check in kami rehat untuk tunggu makan malam aje, santai-santai sambil borak. Rezeki sangat ada mak saudara kat sana, mudah segala urusan yang tak disangka-sangka, alhamdulillah.
Siap makan malam, tengok bintang, tidur lena tak tara, esoknya kami fokus nak jalan-jalan sekitar Kundasang, jadi awal pagi bangun breakfast kami dah bersiap-siap untuk ke first pit stop iaitu Japanese Village Hill, ingat nak pergi ke adesa Dairy Farm Kundasang, tapi ticket masuk booking pukul sebelas lebih, jadi sementara tunggu masa, kami pergilah nikmati view kat sini dulu. Siap ambil gambar, pusing sekitar terus ke Desa Dairy Farm, ramai ye orang, beratur dari kereta nak masuk parking, beratur nak masuk semua tempat, tengok orang beratur nak masuk ke tempat feeding, surrender kami, dengan cuaca panas terik, semua budak-budak dah bunyi, lapar, nak membuas, makanya kami singgah cafe aje makan.
Tengah sedap makan, lakiku bagitahu jumpa kawan seuniversiti yang dah berbelas tahun tak jumpa, last time jumpa masa kat Melaka sebelum semua naik pelamin, nih jumpa terkejutlah, punya jauh datang jumpa tokei kak Ferry, dah beranak pinak dah belaka, hahaha, even dah lama tak jumpa raut wajah semua kami masih ingat. Jauh betullah datang unexpected meeting ni, even sekejap pun moga dilain masa boleh bertemu mata lagi, kesibukan masing-masing membina kehidupan macam nilah, huhuuu. So semua dah puas hati bergambar apa semua, kami balik ke bilik aje, sambung makan habiskan yang pagi tadi punya breakfast. Lepas tu keluar jalan-jalan ke National Park Kinabalu sambil cari makan tengahari kat sini dan bergambar. Balik dari national park, free and easy activity so kami satu family ku ajak ke tempat penginapan yang mak saudaraku bawa dulu, ku masih ingat view cantik kat sana, so nak jugak suami dan anak-anak tengok dan rasa feeling tu. Alhamdulillah kuat lagi ingatan, jadi hotel yang kududuk dulu Pine Resort Kundasang, ingat sebab pokok-pokok pine cantik sepanjang naik ke resort tu. View Gunung Kinabalu kat sini cantik sangat, jadi semata pergi ambil gambar sajalah sambil cerita pengalaman dulu macam mana.
Settle bergambar dan nikmati panorama, kami balik ke bilik untuk berehat, makan malam, dan berkemas, sebab esoknya tu kami dah nak bertolak balik dari Kundasang terus ke airport Kota Kinabalu. Jadi malam last nikmati udara gunung, view bintang di gunung, masyaallah tabarakallah, nikmati apa lagi yang kami dustakan. Esok pagi tu alhamdulillah clean and clear dapat tengok puncak gunung Kinabalu, udara segar, memang rasa tak nak balik tapi apakan daya, cuti dah habis. Jadi selepas breakfast dan check out kami terus bertolak ke Kota Kinabalu tapi sempat jugalah singgah dekat jambatan Tamparuli untuk merasai naik jambatan gantung, ku tengok dari kereta je, sebab Hana tidur, lagi pun dah pernah naik, jadi tengok pun jadi lah. Sampai Kota Kinabalu kami terus ke Kedai Souvenir Jamilah jewellery, beli apa yang patut sekadar buat kenangan, ku tak gemar sangat beli membeli souvenir ni, tak tahulah kenapa, kihkih. Tapi beli jugaklah sebab kena paksa, so selesai membeli kami terus ke tempat makan. Kami makan kat Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant, kira last pitstop untuk makan dan terus ke airport lepas makan. Makanan kat sini sedap ye, terutama masakan seafood, semua sedap, telur dadar dalamnya ada tiram, baby crab tu sedap sangat, sayur pun, semua sedaplah. Hari terakhir alhamdulillah boleh telan seafood sebagai penutup jalan-jalan Sabah, puashati sangat.
Alhamdulillah sampai kat airport kami ready untuk check in, dan balik ke Kelantan. 2jam perjalanan rasa sekejap je, masa kami mula naik, dapat tengok sunset dari atas, bye bye Sabah, definitely we will repeat tapi tak tahu bilalah lagi, moga ada rezeki, insyaallah. Sekarang pun boleh tahan dah harga tiket kes demand tinggi orang Korea jalan-jalan ke Sabah, we really in love with Sabah. Harap sampai lagi ke Semporna pulak, daku pergi dulu masa Semporna tak popular lagi, floating resort pun tak banyak masa tu, sekarang rambang mata nak pilih, laut kat sana setara ye dengan Maldives, Krabi. Siapa lagi yang nak angkat keindahan negara sendiri kalau bukan kita. Let's go Sabah everyone. Sebulan pun tak cukup ni kalau stay semata nak berjalan-jalan kat Sabah, haishh bestnya. Apapun travel with big group best if anyone just follow the itinerary, me? Alhamdulillah no complain at all sebab biasanya in big group ni ku pandai bawak diri je,kawal emosi, nafsu sendiri letak tepi, nak jalan-jalan ikut tekak sendiri memang kami pergi sendiri ja, biasa unplanned short trip, unplanned staycation kami lakibini dan anak-anak. Pergi travel in big group and small group ni memang ada beza, tapi ada seronok masing-masing lah, don't compare. Moga ada rezeki lagi bercuti ramai-ramai, best!
Top Social