Jodoh

1.20.2025

Nak ajar diri sendiri bersyukur pun susah, apatah lagi nak suruh orang lain buat. Saja tulis supaya daku sendiri ingat perjalanan diri dan supaya ku sentiasa ajar diri bersyukur. Ada terbaca kalau nak suami jadi full provider, isteri mesti cantik. Terkesima sekejap. Well cantik tu sendiri subjektif, cantik rupa, cantik akal, cantik budi, cantik peribadi, cantik perlakuan, cantik emosi. In fact kita semua tak perfect, banyak kekurangan. Nak jadi isteri yang bersyukur dan belajar sentiasa bersyukur, insyaallah daku boleh orang lain pun tetap boleh. Malahku dah berdamai dengan kemampuan suami yang jadi full provider. Tak mewah tapi cukup. Baca demand budak-budak sekarang nak suami income sebegini-sebegini, duit poket gini-gini, nafkah gitu gini, wahhh akak sokong dik, ramai trigger ye bila orang demand sekian-sekian. Dah yang terasa tu kenapa, rasa tak boleh nak fullfill demand orang jangan carik pasal pilih juga orang sedemikian. Sebagaimana kita ada demand, ada taste tersendiri, orang lain pun sama. Kalau tak meet expectation jangan main rempuh, kalau rasa tak sekufu either dari segi taraf hidup dan pendidikan, pemikiran, mindset jangan rempuh, nanti sama-sama merana. So your choice.


Bila ramai yang share ramai nak yang dah stabil income biasanya dah jadi suami orang dik, tapi ramai lagi yang single mingle ye dik, choose your hard. Ada orang sanggup redah asal dapat biar dihamun satu dunia, tapi percayalah tak tenang hidup kau dik, orang kata biar menangis dalam mercedes jangan menangis dalam viva, tulis boleh dik, dah rasa nak putar, nak reverse balik dah tak boleh dik, damaged has been done. Yang single ramai dik tapi ramai dah selesa dengan rutin kehidupan orang single nak break the wall and fearing to change relation status ni real ye, ramai tak sanggup nak into the chaos tu ramai yang bertahan dengan title single. Ramai dik yang nak cari jodoh tapi jodoh tak datang jenguk, jangan susah hati dik, nikmati every moment single time. Tetap tak sama dengan yang dah berkeluarga. So apa dia kat sini, bersyukur sajalah dengan keberadaan diri kita, everything yang jadi atas dunia takde kebetulan dik, semua tertulis dah kat Loh mahfuz.


Turn your complain into grateful and the table will turn kadang tak terfikir dek akal ye. Ku pun dulu masa muda-muda memang ku aim nak cari partner masa tengah belajar universiti, teringat nasihat kakak senior masa masuk sekolah menengah jangan dok menggatal nak bercinta sebab rugi, rugi peluang sebab masa masuk universiti lagi banyak peluang nak pilih yang herlokkk katanya. akulah yang antaranya termakan dengan kata-kata nasihat tu ye. Dan ada benarnya ye banyak pilihan uiii, rambang mata nak pilih mata satu, sedihnya takde yang rambang mata cari kita, hahahha. sadis sungguh, buat confession kat orang kita suka kena reject, buat confession kat orang yang kita rasa selesa, kena reject, buat confession kat crush kena reject, buat confession kat member yang suka gaduh dengan kita pun kena reject. Malu toksah kata, tapi choose your hard, dari pendam perasaan tak terluah lagi relaku confess, malu sekejap je, lega tu seumur hidup pasal dah lepas apa terbuku kat hati. Jangan confess tak tentu hala sudahlah, couple orang kau taram, tunang orang kau rembat, suami orang kau hijack memang herlokk makan kaki, tak cukup kaki gelek dengan tayar. Last-last ku give up dan doa saja supaya ku dapat someone yang melayanku sebaik ayahku. Betullah time kita frust kecewa,give up the best time untuk lontar doa even kat dalam hati je pun.


Nak kahwin korang niatlah baik-baik, insyaallah datang yang baik-baik, kalau niat pun dah begitu begini lebih ke dunia, insyaallah dapat dunianya juga tapi banyak juga ku tengok kesian. Apapun sendiri pilih dan berkehendak, hadap sajalah. Yang penting diri sendiri nakkan kepuasan masing-masing, kebahagiaan cara masing-masing. So eloklah sangatlah adik-adik letak satu standard yang menepati kehendak, selera masing-masing sebab sendiri pun tahu diri sendiri level mana. Sampai masa pasti jumpa jodoh yang tepat. Ku doakan semua berjodoh dengan yang baik-baik dan ditakdirkan yang baik-baik untuk yang masih mencari. Bila dapat vice versa pun bersyukur, Allah nak angkat darjat diri kita even dengan hati terluka, pedih, ditikam-tikam,we never know what the best plan for us. Moga apa-apa ujian kita semua, Allah hadiahkan hadiah terbaik atas rasa syukur kita. Tak semudah yang tertulis dan bercakapkan? Yang lalui ja tahu apa rasa getirnya ujian.


 

Syarak memandang bahawa perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang sangat penting. Oleh hal yang demikian, syarak sangat menitikberatkan soal pemilihan pasangan yang tepat. Meskipun manusia ada kecenderungan pada kecantikan, harta dan keturunan dalam memilih pasangan, namun pemilihan pasangan berpandukan agama dan akhlaknya yang baik lebih menjaminkan kebahagiaan hidup berumahtangga. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”

Riwayat Al-Bukhari (5090)



Islam mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya dan memiliki agama serta bertanggungjawab. Antara nasihat Nabi SAW dalam urusan mencari jodoh sebagaimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis:

إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

Maksudnya :”Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.”

Riwayat al-Tabarani (280)



Allah SWT juga ada menyatakan bahawa, wanita yang baik akan memiliki suami yang baik, wanita yang tidak baik akhlaknya akan memiliki suami yang tidak baik, namun perkara ini sama sekali tidak menafikan usaha untuk mencari pasangan yang terbaik, bukan hanya menyerah kepada takdir. Firman Allah SWT:

ٱلۡخَبِيثَٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِۚ أُوْلَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ

Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Surah an-Nur (26)

Imam Ibnu ‘Asimin memberi penjelasan di dalam tafsirnya tentang ayat ini bahawa di antara hikmah Allah SWT adalah menjadikan setiap pasangan itu dalam keadaan yang serasi dan sesuai antara satu sama yang lain, bahkan setiap perkara tersebut diserasikan oleh Allah SWT ketika di dunia dan di akhirat.

(Rujuk: Tafsir Ibnu ‘Asimin, hlm 143) [1]




Saja tulis pasal jodoh sebab musim sekolah sinonim dengan musim kahwin, majlis majlis menyatukan dua hati, pasangan sejoli. Ingat, hati manusia takde siapa yang miliki even berpuluh tahun dalam akad, plot twist datang dengan tak terjangka bukan hukuman, tapi titik tolak untuk kita sentiasa ingat tak semua kita miliki selamanya milik kita. Hati manusia ni sentiasa berbolak balik, jadi doa sajalah senjata yang kita ada, bagaimana jalannya biar Allah yang tentukan dan pelihara, kita takdak daya upaya pun, Allah sajalah tempat kita rebah dan sujud mengadu. Selama mana kita masih menikmati nikmat dan ujian, sentiasa doa Allah jadikan kita orang yang sentiasa bersyukur. Ahhh, kesat air mata jap, menulis pun syahdu.