Bala Chalet Cameron Highland

6.10.2024

Masyaallah Tabarakallah, tak sangka boleh merasa stay overnight kat sini, antara chalet tercantik dan terlama kat Cameron Highland ni, memang sahih cantik sangat tempatnya. Tak boleh move on betul, antara tempat tidur yang agak pricey juga untuk rakyat marhaen untuk daku nih, hahaha. Biasa kalau fikir tempat tidur ni, asal boleh tidur aje, ada tempat berbaring, selesa dan best tu dah kira bonus dan rezekilah merasa. Kalau yang biasa baca cerita daku memang tempat tidur atau penginapan yang ku pilih sesuai untuk anak ramai ni, at least dua double queen bed tu wajib ada, kalau dak memang tak muat nak tidur. Jadi kalau naik Cameron Highlands ni homestay biasanya jadi pilihan kami, sebab semua orang dapat tidur kat katil masing-masing. Nak cari hotel yang family room besar atau katil lebih biasanya paling koman pun untuk empat orang dewasa pun agak limited. So nak stay kat hotel memang kena cari yang ada room ataupun ambil dua bilik berbeza, tak syoknya bercuti satu family tapi kena duduk asing-asingkan. Haihh panjang pula bebel. tapi begitulahnya.


Naik kali ni macam biasa, dua hari satu malam pun dah cukup buat kami, jenis tak tahu nak pergi mana, kami lepak aje kat taman tanah rata tu, kasi anak-anak all out habiskan energy depa kayuh basikal dan main kat sana, dah penat kita gerak, gerak pun bukan pergi tempat lain pun, hanya cari makan, the rest kami rehat je kat tempat stay. Masa gerak naik pun kira dah lewat petang, jadi sampai tu sedang elok kami check in dan cari makan malam. 


Jap ku recall balik..... 


Owh, ok ingat. Sampai lewat petang tu memang dah nak ke malam dah, jadi memang betul-betul overnight ajelah. Kami masuk checkin, solat asar, siap solat terus turun cari makan. Favourite spot kat tanah Rata makan malam kami nasi arab, siap makan singgah beli kudap-kudap untuk anak dan balik ke bilik. Masa nak check in ni kami dapat bilik belah atas, ambil family room, kira executive suite, dia buka satu bilik untuk connecting room, memang besar bebenorlah biliknya.Ada dua katil queen, dua katil single belah atas. Puas hati betul, grab harga promo masa tu less than RM600, perghhh...untuk orang yang dah biasa bayar more than 500 untuk bermalam tu nilai kecillah bagi depa, tapi bagi daku....erghh, entahlah kang cakap tak bersyukur pulak, alhamdulillah sekali sekala merasa, moga Allah gantikan yang lebih baik  seluas langit dan bumi  untuk yang keluar belanja kerana menggembirakan daku dan anak-anak,sobss.


Kenapa tempat ni tak viral? Satu faktor benda tak viral ni pasalnya hargalah, kihkih. Terfikir kenapa Thailand boleh buat kebanyakan hotel-hotel depa murah ye?Tempat kita asal cecah empat lima bintang wajib nak dekat seribu per night, perghh, memang taklerr daku nak mengabiskan duit cemtu semata untuk tidur, gaya orang takdak duit bercakap cemnilah, cuba berduit sikit beribu pun tak kisah semata nak tidur, wakakka. Erm, mungkinlahkan.  Who knows kan? Kalau berduit sikit, ku asyik cerita pasal menginap kat Benua Africa sana dah, how i wishh, hermmm. Nanti ku reveal satu tempat penginapan kat Cameron Highland, memang dah banyak kali kami stay, puas hati sangat, nampak tak semenggah, tapi kat dalam uiiii, boleh tahan. Dah empat ke lima kali pilih situ. 











Cerita pasal Bala Chalet ni dulu. Yang daku suka tentang chalet ni, ada pilihan bilik untuk Family, tak semua Chalet, Hotel cantik sesuai untuk kami keluarga besar ni, sebab ada hotel memang habis-habis premium, ada satu katil king aje, seperti Smokeshouse tu, haishhh, cantikk takleh nak describe, tapi itulah tempat penginapan satu-satu bilik hanya sesuai untuk couple sahajalah. Tapi kat Bala Chalet ni ada pelbagai version bilik termasuk untuk macam kami ni. Dua kali kami repeat datang sini semata puashati sebab biliknya. Next time mungkin datang lagi sebab memang best dan selesa untuk kami anak beranak, satu bilik family room tu muat sangatlah untuk kami berlapan. Mesra untuk warga emas juga, dapat bilik family room belah bawah tu pakej dengan landskap sekeliling, boleh lepak malam-malam sambil makan megi panas 


Views kat sinilah paling mahal, kalau menapak naik tangga ke belah atas, memang subhanallah cantiknya, pakai ala-ala english klasik terus boleh OOTD. Bala Chalet ni asalnya sebuah sekolah rasanya, tak menyempat daku nak baca history depa kat dinding, pemandangan lain lagi mencuri perhatian,hahah. Betul ka berhantu?Alhamdulillah sepanjang menginap kat sini okay aje, takde yang menyeramkan. Percayalah asal korang memanjat, atau belum panjat gunung Cameron tu pun dah berlambak depa kat mana-mana, kita aje tak nampak. Jadi pergi mana-mana atau singgah mana hatta sekejap aje, bacalah ayat-ayat Allah yang Nabi kita amalkan, insyallah semua baik-baik aje. Insya Allah. Moga kita terlindung dan terhijablah dari tengok depa ye, tak sanggup, hihuuu. Nak masuk hotel asal buka pintu bilik hotel even rumah kita duduk hari-hari pun bagi salam dengan sempurna. 


So okay tak Bala Chalet ni? Okay sangat kalau yang nak menginap kt Chalet atau hotel version classic english style ni, ku recommended Bala Chalet ni untuk yang big family macam kami, zaman sekarang anak more than three dah dikira ramai tu, huhuu, apapun berbaloi dengan harganya, sebab ku compare hotel lain area Tanah Rata dan Brinchang, kalau bilik untuk family, atau connecting room lagi mahallah tapi kalau nak jimat banyak nanti ku share one of our favourite place to stay at Brinchang. Oh ye, kami stay penginapan Bala Chalet without breakfast ye, sebab kami memang cemtu, mana-mana hotel kami stay kebanyakannya kami tak ambil breakfast sebab dah aim nak breakfast kat tempat mana-mana yang kami nak. Lebih jimat pun ye, kihkih.