Hakikat

6.04.2024

Innalillahiwainnailaihirojiun, kembali sudah nendaku kerahmatullah, moga Allah merahmati dan menempatkan nendaku dialam kubur yang membahagiakan. Setelah bertahun duduk diam-diam dalam rumah, alhamdulillah Allah sangat permudahkan perjalanan nendaku akhir hayatnya, disamping semua anak-anak sekeliling, menanti hayat terakhir. Mok kecik a.k.a mok Timoh, nenek belah ayahku, seperti mak keduaku, yang memenuhi memoriku waktu kanak-kanak. 


Alhamdulillah daku antara cucu yang merasa nikmat kasih sayang seorang nenek yang tak bertepi, dari nenek ku masih bertenaga hingga bergelar warga emas, daku melalui dan merasai perjalanan membesar bersama dengan nostalgia indah, sedih, lucu, menyakitkan hati, mok timoh lah yang banyak juga mengajar skills kehidupan, menikmati waktu kanak-kanak ku penuh kegembiraan dan kebahagiaan. 


Kalau bab berkebun, bersawah, inilah susuk badan yang mengajarku menghargai alam sekitar, selalu ikut mok timoh masuk kebun, bersihkan kebun, tanam pokok, sambil teman sambil main, buat buai, panjat pokok, mandi alor sungai, memancing, hari panas atau hujan semuanya menggembirakan hari daku. Nenek daku nilah yang banyak buat diriku jadi orang yang sangat lasak dedulu kala, macam jantan. 


Hari yang sangat menyedihkan dah kena masuk asrama, berhijrah ke kedah belajar, serasa makin jauh dan tahu-tahu mok timoh semakin tua, dan uzur.  Sampailah daku beranak pinak, even balik sekali sekala, macam satu kewajipan dan naik turun jumpa dulu nenek sebelum berpisah balik ke rumah sendiri. 


Kehidupan seorang mok timoh tak mudah, penuh naik turun, perit, pahit, tapi ujian seorang mak dengan anak-anak macam tulah, pelbagai ragam selagi atas dunia ni. Selepas pemergian anak perempuan bongsu mokcikyah daku, mok timoh yang dah sedia uzur (uzur orang tua) takde sebarang penyakit kronik, makin nampak uzur. Cuti sekolah baru-baru ni berakhir dengan upacara pengebumian nendaku. Sekejap masa berlalu, akhirnya hakikat sebuah kehidupan berakhir jua. 


إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ


Innalillahi wa inna ilahi raji'un, wa inna ila rabbina lamunqalibun, allahummaktubhu indaka fil muhsinin, waj'al kitabahu fi'illiyyin, wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin, wa la tahrimnaa ajrahu wala taftinna ba'dahu



Moga Allah merahmati roh kedua-kedua nendaku yang tersayang, setahun lebih selepas mok minoh pergi, mok timoh juga menyusul pergi.