MSekin Resort & Wonderland Sekinchan

5.22.2024

Hujung minggu ni ingatkan boleh fokus kemas-kemas rumah, iyolah bukan spesis yang rajin macam daku nih, bila partner ajak kemas sama-sama lagi daku rasa nak bermalasan, jenis berkemas ikut mood ni bukan boleh kalau yang diatur-atur, hahha. Tapi plan berkemas rumah bertukar jadi lain bila dihari yang dijanjikan. Kita keluar nak? Pergi pantai? Eh, eh sabor jelah daku melayan uncertainty plan. Kita bahagian mengekor aje, ikut jelah. Jadi disebabkan plan tak jangka, tetiba nak cari tempat tidur, dari mikir ke Teluk Senangin, tukar ke Pulau Pangkor, pastu Cherating, pastu Penang, last-last sekali decide ke Kuala Selangor. Aishh sejenis ikut dan ni payah juga, tengah tayar dok bergolek pun dok flip flop lagi, huhuu. Last-last sekali stick je dengan last choice sebab dok mikir nak cari stok seafood segar kat Pasir Penambang


Dalam pada on the way cari juga tempat menginap, plan asalnya pergi je walk in dan tengok mana tempat okay, baru decide menginap, kalau takde means balik harilah. Tapi masa dok cari kat google ada beberapa pilihan, termasuk MSekin Resort & Wonderland Sekinchan ni, tengok harga agak okay dan murah untuk family room, maka kami decide kesini ajelah. Rasa-rasa macam pernah tengok Resort ni, throwback balik rupanya kami pernah datang area ni cari kedai pemborong ikan dan nak tahu camne rupa Pantai Redang ni, yelah nama macam lebih kurang Pulau Redang, tapi rupanya bukanlah pantai yang sesuai untuk mandi rupanya, dan masa on the way ke pantai ni lah dok tengok tempat ni dalam progress upgrade dan nak siap dah, masa tu sebelum tahun kita berPKP. Bertahun berlalu, 2024 baru sampai area ni balik, barulah tengok rupa sebenarnya MSekin Resort & Wonderland ni. 



Sampai je kat sana, settlekan urusan check in kat lobby dan pak guard bawa kami parking kereta dekat dengan bilik terus, depan bilik terus. Wow, memang best betullah cemni, tak payah menapak banyak. Adeii, briskwalk sikit pun malas, camne nak kuruslah ni. Jadinya, masuk bilik teruslah anak-anak sibuk salin baju mandi, dah tak menahan nak main air kolam. Jadi sempatlah sepetang layan depa mandi kolam. Masuk je area mandi kat sini, kagum jugaklah sebab banyak bahagian kolam kolam yang pelbagai kedalaman. Lakiku cakap, ni mesti milik orang melayu ni! Ehh, camne tahu? Tengoklah keadaan sekitar, mesti tahu. Ku perati, aa mungkinlah. Dari segi kekemasan, landskap. Balik dari mandi kolam teruslah ku google cari, punya trigger dengan tekaan nak tahu betul dak tekaan tu, rupanya memang betul. 


Antara petikan akhbar yang menulis tentang MSekin Resort & Wonderland ni "MSekin Wonderland terletak berhampiran Pantai Redang Sekinchan yang juga bersebelahan dengan Sekin Hotel & Resort.Mempunyai sekitar sepuluh kolam berbeza dengan gelongsor, air pancut dan pelbagai aktiviti menyeronokkan sudah pasti menggamit minat para pengunjung meluangkan masa bersama keluarga. Taman tema hiburan pertama di Sekinchan ini berkonsepkan suasana kampung dan menjadi destinasi eko-pelancongan dan mercu tanda Sekinchan. Dari membuka tempat penginapan yang mempunyai 50 buah bilik, selepas tiga bulan kami berjaya membuat penambahan sehingga 80 bilik dan seterusnya sekarang ini mempunyai 100 bilik. Woww tak mudah ye perjuangan orang berniaga ni, banyak pasang surut. Tak mudah tapi kalau dah bermula tu kira hebatlah. Inspirasi sangat kisah sebegini. 



Ku doakan resort ni dapat terus mendapat sambutan dan seterusnya dapat upgrade kekemasan, kebersihan, dan yang penting resort ni memang cantik sangat dah cuma perlu penambahbaikan dan soon berdiri setanding waterpark popular yang lain dalam version tersendiri. Lengkap dengan restoren makan kat dalam resort, memang tak perlu keluar cari makan malam kat luar dah kalau menginap kat sini. Resort pun betul-betul tepi pantai, dapat angin pantai pun jadilah tak dapat mandi pun. 







Masa ku datang ni, Kedai Kopi Laut masih on progress untuk dilengkapkan, dah buka dah, cuma nak dicantikkan  lagi tempatnya, tempat makan tepi Laut memang feel dia lain. Dah complete siap memang confirm cantik tempat makan persisir pantai. Tempat penginapan masa kami nak check in sebenarnya dah penuh pun, tapi disebabkan kami booking online tanpa bayar, jadi depa offer bilik lain, nasib baik ada jugaklah tempat tidur available kalau dak memang mencari lagi tempat lain, habis sepetang mungkin malam baru check in. Dah kata rezeki merasa menginap kat sini, alhamdulillah memang puas hati. Anak-anak double puas hati dapat mandi berkolam-kolam air. Harga penginapan kat sini memang kategori murahlah untuk group besar macam kami, selesa, lengkap, luas biliknya, mana nak cari. 


Nak datang menginap mandi kolam, atau nak datang mandi kolam semata-mata pun boleh. Tiket masuk mandi kolam masih murah sangat jika dibandingkan dengan fasiliti yang ditawarkan. Kami dah compare dengan yang tempat lain harga penginapan pun area Sekinchan ni bila hujung minggu boleh tahan juga, campur tolak dengan makan lagi. Jadi tepat sangatlah pilihan kami menginap kat sini sebab total cost dah termasuk tempat menginap, makan-makan, minyak, ticket water park, in total dah. Imagine total semua costing hampir sama dah dengan harga penginapan sahaja dengan tempat yang viral tengah sawah. Berbaloi. Sayang pula masa kami datang kat playland area tak buka, kalau dak lagi syok budak-budak ni main. Tak tahulah kenapa tak buka, tapi memang area yang ada pun tak sempat habis anak-anak nak explore. Semua kolam depa nak merasa mandi. Pulunnn. 14slide dari paling rendah sampai yang paling tinggi depa pulun naik turun. 






Memang tak puas anak-anak main slide, tapi memandangkan dah set nak checkout sebelum pukul 12 tengahari terpaksalah dengan berat hati anak-anak ku keluar kolam. We definitely will repeat again this place, memang kena plan datang main air pagi-pagi lagi then check in, sambung main air lagi, lepastu sambung esoknya pula, haa baru puas hati sikit. Kami masuk kolam petang lepas check in pun dah lewat jadi tak sempat puashatikan depa pulun main semua kolam. Yelah plan last minute cemtulah, tambah pula kami baru tahu kewujudan tempat ni, hahaha. Ni belum cuti sekolah penuh kenmain, cuti sekolah tak tahulah camne rupa, yang penting depa dah pulun dulu sebelum cuti sekolah bermula, cuti sekolah agenda balik kampung jelah nampak gayanya. 


Korang datang tau MSekin Resort & Wonderland ni, best sangat, hiburan untuk anak-anak. Tak sampai Gamuda Cove & Tambun Water park lagipun takpelah, kita pulun main sini dulu puas-puas, pasalnya semua peringkat umur ada kolam masing-masing, termasuk baby pools untuk budak sebesar Hana, takde nak ukur-ukur dan caj ikut tinggi, takde hidden caj lain, murah sesangat dahlah tu. Bab makan minum kat sini pun lengkap, dan banyak pilihan, pasalnya banyak kedai kat dalam waterpark tu. Semua fasiliti lengkap, tandas, surau, kedai utilities etc. Kat tempat main air pun ramai water safeguard kat setiap section, tapi korang tetaplah perhatikan anak-anak masing ye bila depa main air, jangan harapkan orang lain tanggungjawab kita tu. 


Haaihh, panjang pula menaip, sebab feel datang sini tu memang puashati setara dengan kepuasan yang anak-anak rasa, kihkih. No worries ya anak-anak, doa jelah ada rezeki kita sampai lagi sini, amin. Insyaallah. Tiket beli online atau walk in pun boleh, untuk cuti sekolah ni better beli awal-awal via online.