Musim panas macam ni memang best kalau dapat berendam air sungai ke, jeram ke, tapi risaunya belah petang hujanlah. Risau bab kepala air dekat jeram, memang dah makan tahun juga tak pergi jeram even jeram sekeliling je, hi hi. Mood nak pergi pulau tapi ongkos takde, naik Cameron Highland tetiap minggu pun boring jugak, jadinya mood nak ke Pulau tu semacam aje. Dalam banyak banyak Pulau, macamkan dah banyak Pulau yang perginya, hahaha. Pulau Pangkor antara Pulau yang agak simple dari segi itinerary kalau nak pergi Pulau. Dari segi naik bot dan nak keliling Pulau, mudah dan murahlah dibandingkan Pulau lain. Jarak dari Jeti utama pun takdelah jauh sangat.
Kalau yang dari Kuala Lumpur ke, belah utara takde jauh sangat nak travel datang ke Pulau Pangkor, tak menyempat sakit pungkoq orang kata duduk dalam kereta. Ku datang Pulau Pangkor masa mula-mula pindah, masa tu anak ketiga Hawaa kecik lagi dalam enam ke lapan bulan gitu. Masa tu pergi sana naik dari Jeti lumut dan tambang naik feri pun masa tu hanya RM5 je, memang murah sangatlah, kalau dari Jeti Lumut dalam setengah jam ke sejam jugaklah perjalanan nak sampai ke Pulau Pangkor. First time kami sampai tu ambil kereta sewa dalam RM 80 ringgit, pun dah ingat-ingat lupa. Kami stay dekat satu resort yang agak terpencil dan jauh sikit dari tempat crowded, dan latest kami pergi chalet tu pun dah tak wujud dah pun, nak kena roboh pasal bina atas tanah bukan milik. Jadi latest kami pergi lalu dan tengok jelah, sayang sebab pantai area tu sangat best, yang tak best banyak monyet liar.
So kali ni kami bajet pergi tanpa book apa-apa, hotel tak tempah, sebab nak walk in je, kereta sewa tak ambil sebab nak naik van pink aje. Nak datang ke Pangkor last minit plan pun takdak masalah sebab timing feri pun best, kerap dan sampai malam. Kali kedua kami sampai ke Pulau Pangkor selepas Hawaa dah masuk umur lapan tahun dah, padahal dok plan nak pergilah within a short time lagi, tapi itulah dah memang rezeki tertulis sampai bila anak-anak semua dah besar, pun alhamdulillah dapat merasa lagi sampai sana. Jadi untuk kali kedua ni kami decide naik dari Marina Jeti sebab nak ke Pulau Pangkor dalam 15minit aje. Cuma mahal kat sini bab parking keretalah dalam RM20 ke RM25. Caj untuk naik feri pergi balik untuk kami lapan kepala kenalah hampir RM100 untuk dua hala pergi balik. Sampai Jeti Pangkor terus ambil van pink untuk kami satu family, biasa depa caj/van dalam RM25.
Bandingkan dengan drive sendiri(sewa kereta) atau naik van pink mana lebih jimat? Ku rasa baik naik vanlah, sebab depa dah tahu nak bawa kita kemana, kita pun takdelah susah-susah nak study peta even Pulau Pangkor tu tak sampai sejam dah settle pusing satu Pulau. Save energy gitu, once dah deal dan bayar untuk pusing satu Pulau tu insyaallah depa akan tunggu ja kita kat satu-satu pit stop. Jadi hari pertama kami sampai Pulau Pangkor, kami tuju ke Teluk Nipah terus, tempat paling sibuklah dan lebih ramai pengunjung menginap dekat sini.
Kenapa Teluk Nipah? Kat sini lebih kurang macam centre spot untuk pengunjung sebab banyak pilihan penginapan, dekat dengan pantai, banyak kedai makan, fasiliti dobi, motor sewa, servis hopping island pun banyak kat sini, dan paling best kat sini memang lebih meriah terutama ketika malamnya. Kami bertolak dari Jeti Marina dalam pukul 11pagi, sampai lebih kurang pukul 12 dah dekat area Teluk Nipah, memandangkan masih awal kami makan tengahari dekat gerai di Teluk Nipah tu, bab makan kat area ni jangan risau, biasa hujung minggu kedai makan pagi, tengahari, malam semua beroperasi penuh. Pilihan lauk makan tu okaylah, memenuhi keperluan untuk kenyangkan perut. Siap makan, terus kami berjalan kaki tuju kat tempat penginapan yang entah mana satu, main cuba-cuba je tanya kot ada yang available. Yelah hujung minggu, tapi dah tengah bulan, so kami agak takde ramai sangat orang bila nak ke hujung-hujung bulan, kihkih. Berharaplah. Kami dah bincang exit plan kalau takdak langsung tempat tidur, makanya pusing-pusing satu Pulau dan balik, daytriplah kiranya.
Cuba masuk nanya salah satu penginapan yang agak okay pada pandangan mata kami, berharap adalah bilik kosong, dan alhamdulillah masih banyak pilihan bilik, jadinya confirmlah kami bermalam kat Pulau minggu ni. Chalet ni antara yang terdekat jugaklah dengan kedai makan, keluar lorong terus nampak gerai jual lempeng pisang viral kat Pangkor, ada dobi dan ada kedai-kedai makan berderetan. Ku memang berharap pun chalet ni dekat dengan semua kemudahan supaya boleh night walk ambil udara pantai dan melihat suasana malam Pulau Pangkor.
Nak malam yang tenang boleh pilihan dekat area Pasir Bogak, kat situ biasanya menjadi pilihan foreigners, mungkin lebih tenang dan tak ramai orang. Tapi nak keluar makan malam ke apa, memang kena datang ke Teluk Nipah jugaklah, so nak lebih mudah pilih jelah stay dekat Teluk Nipah. Kebetulan malam tu ada pentunjukan api oleh anak-anak muda, wahh ala-ala Langkawi dah cuma version lebih murah kat sini. So lewat petang kami keluar untuk makan malam, sambil tengok views sunset, cantik sangat. Rasa nak mengulang datang tengok sunset kat sini.
Lepas makan malam, kami jalan-jalan sekitar dan ambil tempat untuk tengok pertunjukan api, sewa bantal angin RM5 aje, muatlah 3orang duduk satu bantal. Pentunjukan ambil masa lebih kurang sejam. Sambil tunggu boleh layan views tengok bintang kat langit, terus teringat memori Pulau Bidong. Rindu nak pergi sana. Habis show, kami anak beranak dah balik bilik terus sebab mata tak boleh celik, sepetang habis main air pantai. Pagi esok kami dah plan untuk ronda satu Pulau Pangkor sebelum keluar dari Pulau. So pagi tu kami dah breakfast siap-siap dan pergi mandi pantai sekejap. Dalam pukul 11pagi kami check out.
Dalam pada dok tunggu van akibat lama sangat tunggu, van sibuk sebab timing semua checkout, sempat kami keringkan baju mandi yang basah, sebab berat sangat nak bawa baju basah. Sempat kering, sempat anak-anak main sampai boring tunggu van. Dalam pukul 1 tengahari kami deals dengan driver van pink untuk ronda tempat-tempat menarik semua dalam RM 95. Ingatkan sempat khayal pergi makan mee kuah Pangkor, rupanya memang tak sempatlah sebab kami target nak sampai rumah sebelum maghrib, next time mungkin. Dalam pada pusing banyak-banyak tempat menarik sempatlah borak panjang dengan driver van tentang version tersirat Pulau Pangkor ni, frustration mereka-mereka kat Pulau ni. Apapun sebagai pengunjung ku tetap berpuas hati untuk kunjungan kali ni. Rasa tak puas, banyak aktiviti lagi tak sempat buat termasuk island Hopping. Even Pulau Pangkor tu kecik je tapi tak sempat wehh nak menikmati dengan percutian hanya 2 hari 1 malam. Maybe next time 2 hari 1 malam lagi, repeat pun tak boring kalau tak sempat mengabiskan tempat-tempat yang dah aim nak pergi. Trip kali kedua ni memang tak sempatlah nak cover semua. Tapi tetap best. Haishh. Pangkorr tunggu kami datang lagi.
Bajet kami 8 beranak secara kasarnya boleh tahan juga macam nilah lebih kurang habis bila bercuti kePulau. Kira okaylah, nak masuk Pulau Langkawi dengan bajet sederhana dengan family besar macam kami ni, memang tak lepas, kihkih. Apapun syukur alhamdulillah merasa kali ni berhujung minggu di Pulau. Till next story ku sekalikan total bajet untuk yang anak-anak ramai macam kami ni. Last but not least, ku tak habis lagi taip cerita details, tunggu sequelnya, hahaha.
Xoxo
Happy reading,
Top Social