Stereng

4.04.2024

Cerita pasal stereng, daku lepas exam SPM memang mak dah bagitahu sementara belum dapat panggilan ke universiti, kena ambil lesen kereta. Ku syukur sangat sebab mak ayah diberi kemampuan tanggung kami anak-anak buat lesen, masa tu yuran nak buat lesen kereta dalam lapan ratus ringgit juga, boleh tahanlah juga ongkosnya untuk kami yang pendapatan pertengahan. Tapi ayah usaha juga dengan mak supaya anak-anak dapat lesen bawa kereta sendiri. 


Sebab ayah kerja kadang balik tak menentu, kalau kena banyak pergi luar bandar, memang balik lewat malam, jadi yang nak kena ambil mak balik kerja nanti yang ada lesen keretalah. Lagi satu arwah nendaku memang setiap hujung minggu minta tolong ayah bawakan dia pergi pasar untuk cari barang rumah, jadi tak setiap minggu ayah ada kat rumah, mak pun kadang kena stay kat ofis kalau ada audit dan setiap bulan arwah pok eak kalau driver bas tak nak berhenti setiap kali dia tahan bas untuk pergi ambil wang zakat, ayahku lah yang dituju cari untuk bawakan dia ke sana. Banyak bab kena pandai bawa kereta lebih berkisar nak mudahkan urusan orang-orang sekeliling daku, bukan semata dakulah masa tu. Lagi pula untuk sediakan diri jika berlaku kecemasan ayah ke, mak ke tak boleh drive nanti. Bukan untuk diri sendirilah kiranya attention nak kena pandai bawak kereta ni. 



So ceritanya lepas dapat lesen kereta daku dapat panggilan sambung pengajian, jadi tak dapatlah nak apply ilmu belajar bawa kereta ni right after lulus tu. Orang kata dapat lesen buat hiasan dalam dompet, dakulah tu antaranya. Imagine, tiga tahun sambung belajar, within that period takde peluang dan paling utama takde keyakinan nak bawa kereta, pulas stereng sendiri. Hanya memandang lesen kereta dengan kebanggaan, at least ada lesennya. Gitu. Hahaha. Bila benda tu bermanfaat buat daku? 


Bila dah abis study, dapat rezeki mengajar sementara kat satu sekolah, boleh tahan jauh. Jadinya ayah berbincang macam mana nak buat, kalau nak hantar daku tak dapat sebab arah tempat kerja bertentangan, takkan sebelum subuh dah keluar nak hantar daku semata, kebetulan masa tu juga kereta lama proton saga ayah (manual) memang free takde siapa guna pasal ayahku dah ambil kereta baru. Jadinya yang manual banyak tersadai.  Jadinya dalam keadaan tertekan mikir nak pergi kerja naik teksi tiap pagi dan balik petang tak berbaloi, daku terpaksa on the spot bawa kereta. Seminggu sebelum waktu kerja bermula ku berlatih bawa sekitar lorong rumah aje, warming up. Pastinya memang banyak enjin mampus banding bergerak elok tambah kalau nak masuk simpang, nak panjat bukit. 



Hari kejadian, memang tawakal betullah bawa kereta setelah bertahun-tahun tak bawa. Alhamdulillah ilmu amal seiring terus jadi gangster jalanan, dak aaaihh gurau je, tapi pro terus bawa manual. Guna tapak tangan aje tukar gear, hahaha. Tapi itulah bila dah pandai, terus jadi supir, supir nenda, supir adik bongsu, supir pok eak, supir sesiapa sekeliling yang nak guna khidmat iols. Alhamdulillah nikmat ilmu tu. Sibuk terus jadinya bila pandai pulas stereng. Sabor jelah. Ku berhenti jadi supir bila dapat abang driver lepas kahwin, alangkan pusing, sentuh pun tidak. Tak hingin. Nak relax aje. 


Almost four years tak bawa kereta start pada kahwin tu. Mana tak kalut belajar balik bawa kereta, pasalnya anak dah nak start sekolah. Walaupun dah lama tak drive,syukur alhamdulillah skill tak hilang, hahah nak bawa kereta kena ada ILMU,  BERANI, kalau takut sampai sudah takkan pulas stereng, lepas tu kena ada MATLAMAT nak pergi mana, bila dah start drive wajib FOKUS barulah akhirnya sampai destinasi. So yang nak belajar kereta tu tak payahla niat bukan-bukan, takut kena cerai, kena tinggal, laki mati, ye hakikatnya semua tu ada risiko dan hakikat mati tu semua kita akan hadap. Tapi belajar dan menuntut ilmu kan tuntutan untuk kita orang islam, jangan belajar dengan niat yang tidak-tidak aje. 


Memang pandai drive ni antara keperluan semasa untuk yang berkemampuan dan berkehendak. Tak pandai drive pun takdak masalah, pandai drive alhamdulillah rezeki kitalah tu. Ku pun syukur sangat asbab pandai drive, ada masa emergency keluarga sendiri, dapatlah go head pulas stereng hantar suami dapatkan rawatan, anak-anak tak sihat boleh lagi suami bawakan ke tempat rawatan, suami tak sihat, masa ni lah ilmu daku ni bermanfaat. Gitulah. Yang tak pandai drive toksah susah hati, sekarang banyak dah kemudahan grab car apa semua tu. Kadang datang ujian semua lengkap pandai bawa kereta, kereta pula takde dan bermacam lagi ujian lain. Ilmu bawa kereta ada baiknya bila diperlukan, tambah bila keadaan mendesak. Apapun syukur selalu. 


Yang masih pegang lesen tapi belum ada keyakinan nak pegang dan pulas stereng, kena beranikan diri, paksa. Benda terpaksa ni kadang lagi mudah, sebab dah ada dalam kepala otak kita dah ilmu bawa kereta tu, yang takde cuma yakin dan pengalaman. Nak ada pengalaman kena bermula. Selagi tak mula takkan jadi sampai bila-bila. Dalam banyak-banyak pengalaman I'm proud myself experience drive ulang alik dari Ampang ke Shah Alam dengan highway yang super busy dan jem teruk, paling jauh drive pergi ke Melaka, well at least ada juga pengalaman bawak kereta long drive, hahaha. Jadilah. Sekarang dapat ngantor ngambik anak-anak dekat 5minit pun jadilah. You can do it, kalau tak mana nak dapat lesen tu, kan? So, fighting, brave yourself.