Ustaz Auni dah lama bagi amaran,
Akhir zaman ni,
Yaaahooodeee Nasoorooo takkan halang umat Islam untuk solat, puasa dan lain-lain dalam rukun Islam dan beriman dengan rukun Iman.
Style depa dah tak melalui kekerasan,
Tapi cara yang sangat sangat halussss...
Yakni hasut gaya pemikiran kita untuk lebih moden dan depa bekerjasama dengan agamawan payslip ulama beri pandangan bahawa ia tak berdosa untuk ikut trend, asal saja tahu batas. Ya ulama suu, ulama suu diakhir zaman sangat bahaya, dan ulama suu tu wujud.
Maka segala fatwa pun akan selaras dengan kehidupan moden agar umat Islam akhir zaman rasa selamat dan rasa tak melanggar hukum kerana ada agamawan di belakang mereka.
Namun bagi mereka yang tajam nalurinya atau mereka yang mula faham cara kerja ejen dajeiii ini,
Mereka akan diberikan rasa betapa semua ini tidak benar dan bukan ajaran Islam yg sebenar.
Ustaz Auni kata lagi,
Depa mmg hasut melalui 8 F ini seperti...
Faith - kepercayaan (percaya bawaan agama Islam tapi dah jauh dari Islam yang benar)
Financial - kewangan (anggap wanita keluar kerja dengan bertabarruj bermake up dan keluar berduaan dengan lelaki lain atas tuntutan kerja sebagai perkara biasa)
Food - menjadikan makanan sebagai trend, bukan lagi keperluan hidup, merosakkan umat manusia especially Islam dengan makanan syubhah & haram serta tidak berkhasiat sama sekali seperti fast food, process food dan lain-lain. Juga menfitnah makanan sunnah sebagai mitos dan tiada kajian saintifik untuk kesembuhan penyakit dan memberi kebaikan tubuh badan.
Film - menyampaikan ideologi, plan dan misi akan datang mereka melalui filem, menghasut pemikiran remaja, kanak² melalui watak² kartun yg bersimbolkan mata satu (dajeiii) dan mengangkat watak² ini sebagai super power.
Fashion - mencipta fitnah fesyen wanita berhijab dan menganggap ianya mengikut syariat. Juga mencipta fashion² mengikut musim agar para peminat fesyen sentiasa mengikut trend terkini. Pakaian sudah menjadi satu kebanggaan untuk ditonjolkan pada mata yg melihat, bukan lagi untuk menutup aurat.
Fandom - budaya icon, idola, hedonisme, hiburan yg melalaikan yg menjadikan public figure, artis, tokoh terkenal sebagai ikutan, bukan lagi para Rasul dan sahabat.
Fiction, Fun, Fandom - merekacipta watak² mengarut, idola² yg berwatak sang penyelamat dalam setiap agenda seperti di dalam lagu, animasi, muzik, lirik, buku, majalah, komik, media sosial dan sebagainya. Tujuan utk merosakkan pemikiran anak² muda, sekaligus merupakan brainwash dari awal agar lebih mudah menerima kedatangan dajeiii kelak.
Ku panjangkan tulisan ni supaya sampai kat sesiapa yang membaca, tak payah tengok jauh-jauh, tengok realiti hari ini, sekarang, cara hidup, gaya hidup, cara pemikiran. Sentuh bab riba pun pakat-pakat melenting belaka, tak kata orang lain, diri sendiri ja cukup, pasal dah terjebak, terperangkap. Sentuh bab halalan toyyiba pun pakat-pakat triggered belaka sebab sekarang main taram je belaka bukan setakat bab makan je, termasuk apa yang masuk dan jadi darah daging kita. Apapun yang dah tak boleh ubah apa yang diyakini, kita pun tak boleh buat apa selain berdoa kita termasuk dalam salah satu dari 73golongan yang Allah redha. Akhir zaman ujiannya tak mudah. Akhir kalam pegang kemas-kemas al-quran Sunnah, sama-sama usaha untuk tadabbur al-Quran. Zaman ini zaman sensitif dan trigger majoriti orang ramai, sebut pasal Dajjal, depa Kara sikit-sikit Dajjal, sikit sikit Dajjal padahal nafsu sendiri, kata mereka, sedangkan Dajjal datang dengan beribu cara untuk menyesatkan kita semua. Kemaskan akidah kita dengan ilmu agama.
kredit -Kak Yong Adeq
"Kenapa laluan ni macam tak familiar?" Saya dah mula takut melihat tanah curam di hadapan.
Teman di depan cuba melegakan "Eh, betul. Kita memang lalu jalan ni tadi."
Hati saya masih ragu-ragu.
Macam 'The road not taken' je.
Lagipun, penanda tiang hitam+tali (trail) dah lenyap dari pandangan.
Sampai di laluan sangat-sangat curam,
ketika semua yakin kita-semua-dah-pilih-jalan-salah.
Saya beri pendapat "Jom kita naik balik tempat puncak."
Seorang bersetuju "Okay, sekurang-kurangnya kalau naik semula, ada keyakinan petunjuk jalan. Depan ni tak tahu ada apa."
Uncertainty.
Ketika itu, macam-macam muncul di minda.
Dah patut contact sesiapa ke? Sebelum handphone habis bateri & data.
Sempat terfikir adakah hari ni hari terakhir saya hidup? Ini sahaja ke hayat saya sebenarnya?
Tengok lagi depan, curam.
Tiada tempat berpaut.
Entah bagaimana nak jalan.
Kalau terjatuh ni, tiada orang boleh jumpa.
Akhirnya salah seorang memutuskan "Kita jalan je terus. Objektif kita sekarang ni nak turun. Walaupun trail lain, kita tetap menurun. InshaAllah sampai."
Kami teruskan.
Banyak tempat, main gelongsor je sebab curam sangat.
Ada antara kami, dah rosak kasutnya.
Ada yang akhirnya pilih berkaki ayam.
Sepanjang jalan berzikir banyak-banyak, berdoa moga Allah selamatkan.
Rasa sangat tak bersedia nak mati lagi ni...
Entah apalah manfaat dah dibuat di dunia.
Teruskan pergerakan.
Tarik botol dari dalam beg, nampak titisan air sahaja yang tinggal.
Lama kemudian...
Akhirnya, ketua di hadapan toleh ke belakang dengan wajah ceria.
Saya yang nampak je tiang hitam & tali, terus berubah air muka.
Terpancar harapan.
"Ok, kita berjaya kembali ke jalan yang lurus!"
Dari situ, nampak papan tanda 600m ke puncak. Sepanjang-panjang tu kami tersilap laluan turun, akhirnya tembus di bahagian bertanda merah dalam gambar.
Lega.
Walaupun belum sampai ke bawah,
Walaupun perjalanan masih mencabar,
Cukup melegakan bila jumpa kembali "trail" asal.
Banyak muhasabah kejadian hiking pagi tadi.
Bagaimana agaknya perasaan orang yang hidupnya di luar Jalan yang lurus?
Berada dalam kegelapan.
Banyak cabaran tak tahu bagaimana untuk menyikapinya.
Uncertainties setiap langkah.
Yang tak sedar dalam kesesatan, mungkin jiwanya meronta-ronta kelemasan. Tetapi si Tuan badan cuba melegakan dengan apa-apa sumber "healing".
Yang sedar dalam kesesatan, cepat-cepat cari semula jalan kebenaran, mahu kembali ke jalan yang lurus.
Yang meyakini kepentingan jalan yang lurus, akan peduli memahami wahyu kerana itulah sumber petunjuk.
Yang tidak merasakan perlu berada atas jalan yang lurus, kefahaman wahyu tidak diletakkan prioriti. Lalu syaitan pun membisikkan angan-angan & sangkaan-sangkaan "Takpe, tak perlu belajar Quran. Sebab kalau tak faham pun, sebagai Muslim, awak tetap berada jalan yang lurus."
Allah s.w.t membongkar jejak kesesatan Muslim terdahulu (Yahudi & Nasrani) yang membuatkan mereka terkeluar dari jalan yang lurus.
Mereka perasan.
Walaupun berbuat dosa.
Walaupun langgar perintahNya.
Mereka rasa diri mereka confirm di atas jalan lurus yang menyampaikan ke syurga (Al-Baqarah, 2:94)
Mereka rasa, kalaupun masuk neraka, masuk sekejap je. Lepas tu confirm masuk syurga.
=====
{ وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّاۤ أَیَّامࣰا مَّعۡدُودَةࣰۚ قُلۡ أَتَّخَذۡتُمۡ عِندَ ٱللَّهِ عَهۡدࣰا فَلَن یُخۡلِفَ ٱللَّهُ عَهۡدَهُۥۤۖ أَمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (80) بَلَىٰۚ مَن كَسَبَ سَیِّئَةࣰ وَأَحَـٰطَتۡ بِهِۦ خَطِیۤـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ (81) }
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Baqarah: 80-81]
=====
Tidak.
Hakikatnya, nilai Iman & Islam di sisi Allah bukan dibuktikan dengan kad pengenalan atau Surat beranak beragama Islam.
Sebaliknya, keimanan & keislaman itu dibuktikan dengan Iman & amal soleh.
=====
{ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Baqarah: 82]
=====
Nak tahu siapa yang betul-betul atas jalan lurus dan betul-betul sampai ke destinasi syurga?
Cuba renungi bicara ahli syurga ini.
=====
{ وَنَزَعۡنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنۡ غِلّٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهِمُ ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي هَدَىٰنَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهۡتَدِيَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
[Surah Al-Aʿrāf: 43]
=====
Yang amat disyukuri ahli syurga melalui ayat ini adalah nikmat petunjuk (Al-Quran yang disampaikan Rasulullah s.a.w).
Kalau tak kerana petunjuk, tak akan sampai ke syurga.
Muhasabah diri.
Saya dah peduli memahami petunjuk wahyu agar boleh berada atas jalan yang lurus?
Kredit -ayat ibrahim-
Top Social