Masih ingat gadget dapur dan rumah yang dah pernah masuk dah digunakan sepenuhnya oleh Ika, alhamdulillah slow juicer sampai sekarang masih setia berkhidmat, termasuk vacuum kecil untuk sedut hama kecuali, vacuum besar untuk living hall dah mula tunjuk belang, seingatnya tahun 2019 atau 2020 kita orang beli, 3 tahun guna nak kata kerap tu takdelah. Kadang lagi elok dan berguna beli mop spray tu yang harga 20 ringgit, sebab yang tu lagi banyak guna, so memandangkan trending sekarang guna vacuum berbatang atau dengan kata lain handheld tu, rasa datang memikirnya membazir sebab dari segi penggunaan lebih banyak guna batang penyapu, habit pun mungkin ye, ku ni jenis old school dan klasik sikit, bab barang moden ni mikir banyak kali takut beli jadi tukun.
So setakat pemerhatian sendiri, smart Appliciences yang paling kerap guna dalam rumah ni adalah cloth dryer, pressure cooker, slow juicer. Paling kurang digunakan oven dan bread maker noxxa juga mixer, tu pun bukan beli sendiri, dapat hadiah dari yang tersayang, bukan suamilah. Yang pasti laki ku memang bukan jenis membeli barang-barang gadget ni melainkan ku propose dan tanya pendapat. Disebabkan tak terguna barang-barang tersebut memang rasa bersalah lah, sebab barang ada depan mata tapi tak di manfaatkan.
Sama juga sekarang trending smart cooker thermomix, memang menjejes air liur nak memiliki, tapi itulah mahal sangat dan rasa takde keperluan lagi buat masa sekarang, soon tak tahula kan, tapi smartcooker gadget like a thermomix dah ada dalam wishlist. Biasalah orang perempuan, ada je alasan, benda biar ada dulu, nanti gunalah, kata mereka. Adoii, sama jugalah daku, hahaha. Nanti kita buat post special plak untuk smart cooker comparison yang buat Ika trigger jugak nak miliki one of that gadget. Bab duit keluar ni kena mikir jangka panjang. Orang banyak duit bertaburan takde kisah, kita yang cukup-cukup ni, kena bijak buat decision tanpa di pengaruhi orang lain. Tambah lagi prinsip ku laki bini memang no hutang riba dah untuk ditambah, cukup selesaikan apa yang dah terlepas. Moga Allah ampuni kami, so niat ya nak beli on cash smartcooker in wishlist nanti. Insyaallah amin, moga Allah murahkan rezeki.
Antara wishlist nak penuhkan 'nafsu' ni, ku harap boleh tambah waffle maker, multiple cooker, smart cooker dan upgrade ke Breville Slow juicer memandangkan gadget ni paling kerap digunakan almost setiap hari lerr bila kat dapur. Orang kata elok lagi simpan beli emas dari membazir beli gadget ni, ermm takpelah preference masing-masing, lagi bagus boleh buat dua-dua, gadget pun boleh, emas pun boleh. Haiilah bab berangan, kahhh. Sekarang nak fokus ilmu retort dulu, nak saving makanan dalam tempoh yang lama lagi pula dapat kurangkan isu pembaziran makanan. Retort dan membalang, nampak mudah tapi kalau tak berguru memang fail lah nak buat.
Berangan itu free dan best, ahaha. Mohlerr kita, mana tau, tahu-tahu dah di tangan dok guna nanti, niat tu kena ada, tak gitu? Cemnilah feeling mak-mak kita lalui agaknya, too much in wishlist, tapi banyak kekangan sebab biasa utamakan keperluan anak-anak dulu. So takpe, ku pun bukan jenis terburu-buru nak memiliki sesuatu benda. Benda boleh relax, kita chill saja. Yang pasti Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu, kerana apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita. Begitulah, ayat pujuk hati, hihihi.
Top Social