Sayur bayam makan mentah atau masak?

2.09.2022

Siapa tak kenal sayur bayam ni kan? Biasa kalau sebut daun bayam mesti terbayang sayur yang daun nya warna merah, tapi yang paling di gemari biasanya yang hijau dan yang jenis campur. Sayur bayam termasuk dalam kategori superfood menurut buku SuperFood Rx (2004) karena mengandung banyak gizi yang bermanfaat bagi tubuh. Meski manfaatnya hampir sama, ternyata ada beberapa jenis bayam yang populer, seperti bayam batik, bayam hijau, dan bayam merah.


Selain rendah lemak, rendah kalori, kaya serat, dan padat nutrisi, bayam juga mudah diolah untuk masakan sehari-hari. Walau mudah untuk di sediakan jangan memasak bayam dengan sembarangan. Mengutip Medical News Today, satu mangkuk bayam mentah mengandung:

  • 7 kalori
  • 0,86 gram (g) protein
  • 30 miligram (mg) kalsium
  • 0,81 gram besi
  • 24 mg magnesium
  • 167 mg kalium
  • 2.813 unit interasional (IU)
  • Vitamin A
  • 58 mikrogram folat
  • Bayam juga mengandung vitamin K, serat, fosfor, dan tiamin. Sebagian besar kalori dalam bayam berasal dari protein dan karbohidrat.

Walau memiliki kandungan gizi yang lengkap, namun kita harus berhati-hati dalam menyediakan masakan bayam, kerana silap-silap ianya boleh menjadi racun. Ada banyak jenis pokok bayam ni, tapi kat Malaysia yang paling famous, bayam merah, bayam hijau dan bayam batik dan terbaru bayam Brazil. Antara bayam tersebut pelbagai jenis masakan boleh dimasak dengan bayam kerana manfaat kesihatan. Namun nak masak bayam ni pun kena ada caranya. Sebelum tu kita kenal dulu daun bayamnya. 

1. Bayam Merah

Sesuai namanya, jenis bayam ini memiliki warna merah. Bayam merah ini dikenal memiliki kandungan betakaroten cukup lebih tinggi. Dalam menyediakannya, bayam merah tidak di galakkan makanan kuah, walaupun boleh saja dilakukan. Kenapa? Kuah sayur bayam ini akan berwarna merah kerana kuahnya membuat nafsu makan hilang. Dulu masa mula-mula makan bayam merah berkuah, nenek buat bayam masak air bening, ku tertanya-tanya kuah apalah warna merah cemtu, nak gaul dengan nasi pun confuse tak tahu rasa tu camne, boleh telan ke tak? Bila makan memang menambah-nambah jadinya. Tapi tak selalu la makan, ada 3,6 bulan sekali jumpa menu sayur bayam merah ni, kadang buat masak lemak letak ubi keledek atau labu. 

Jenis bayam merah banyak mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin serta vitamin A, B dan C. Bayam merah mengandung betasianin dan antosianin-pigmen alami yang lebih tinggi daripada bayam hijau
Pada umumnya, bayam merah lebih banyak mengandung kalsium dan vitamin B3 dibandingkan bayam hijau. Dalam 100 gr bayam merah mengandung energi sebesar 41,2 kkal, 2,2 gr protein, 0,8 gr lemak, 6,3 gr karbohidrat, 520 mg kalsium, serat 2,2 gr, 7 mg zat besi dan 62 mg vitamin C.



2. Bayam Hijau


Jenis bayam berwarna hijau disebabkan kandungan klorofil dan betakaroten lebih tinggi daripada bayam merah. Sebagai sayuran berwarna hijau, bayam tetap mengandung karoten. Pigmen warna oranye betakaroten ditutup oleh klorofil pada daun bayam. Berdaun hijau dan memiliki lebar daun yang besar dengan batang tidak begitu tinggi, tanaman ini berbunga tahunan dan memiliki bunga berwarna hijau gelap. Tanaman jenis ini dapat tumbuh sekitar 2-3 kaki.

Bayam ini memiliki dua jenis, yakni jenis caudatus dan varietas paniculatus. Jenis caudatus memiliki daun agak panjang, hujung daun runcing, dan berwarna hijau atau merah tua. Bunga daun merangkai panjang di hujung-hujung batang. Yang hijau ni favourite Ika, biasa buat goreng campur dengan fishball ataupun goreng kicap pedas, memang sedap. Bayam termasuk salah satu sayur berwarna hijau yang memiliki kandungan karotenoid tertinggi. Karoten dan vitamin C yang terkandung pada bayam bekerja sama dalam tubuh untuk mencegah teroksidasinya kolesterol yang dapat menyumbat pembuluh darah, sehingga dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Dalam 100 gram bayam hijau mengandung energi sebesar 16 Kkal, protein 0,9 gr, lemak 0,4 gr, karbohidrat 2,9 gr, kalsium 166 mg, serat 0,7 gr, zat besi 3,5 mg dan 41 mg vitamin C.


3. Bayam Batik


Jenis bayam batik merupakan persilangan antara bayam hijau dan bayam merah, bayam ini juga sering disebut bayam belang. Yang ni jarang nak jumpa kat pasar, sedap juga rasanya. Bentuk batang tumbuhan ini tunggal dan batang tidak berserat, bentuk daun bulat nan lebar, lambat berbunga. Hal ini menjadi keunggulan tanaman ini kerana jika tanaman sayuran sudah berbunga, setelah itu tanaman akan mati.Dalam pertumbuhan pola daun akan seragam, sesuai di tanam di dataran rendah. Bayam batik dapat di tuai pada umur 25 hari setelah tanam.

Jenis bayam batik yang merupakan persilangan antara bayam hijau dan bayam merah ini menjadikan bayam batik memiliki kandungan zat besi yang tinggi, seperti bayam hijau, dan sekaligus mengandung zat pembentuk sel darah merah, seperti bayam merah. Bayam kaya akan zat besi yang memiliki peranan penting dalam proses memberi oksigen dalam darah tubuh manusia. Zat besi juga berfungsi dalam proses menghasilkan haemoglobin. Namun dalam penyediaan masakan yang menggunakan sayur bayam mesti lah berhati-hati kerana ianya boleh menjadi racun.

Untuk itu, ketahuilah langkah pengolahan bayam yang sebaiknya sebagai berikut:

Pilihlah bayam yang hijau segar dan lebih baik yang melalui proses penanaman organik (tanpa pestisida). Lebih baik bayam diproses masak setelah segar dipetik. Karena paparan oksigen yang terlampau lama membuat kandungan zat besi berupa ferro (Fe2+) menjadi teroksidasi menjadi racun zat besi (ferri, Fe3+). Hindari memanaskan kembali masakan sayur bayam yang sudah melalui proses pemasakan. Hindari mengambil bayam yang sudah 6 jam setelah proses pemasakan. Racun yang ada bertambah dengan hadirnya zat nitrat (NO3) yang jika teroksidasi dengan udara juga akan menjadi NO2 (nitrit) yang bersifat senyawa tidak berwarna, tidak berbau dan bersifat racun.



Bayam tinggi kandungan Oxalate
 
Complicated betul tubuh manusia ni. Perihal oxalate. 75% peratus batu karang dari jenis calcium oxalate. Oxalate memang suka bercantum dengan calcium. Oxalate ni selalu tinggi pada setengah sayuran hijau, ubi kentang dan juga kacang soya. Ada lagi yang lain. Paling tinggi kat daun bayam. Jadi isu yang ditengok sebab boleh bercantum dengan calcium dan membentuk calcium oxalate. Dan 75 peratus dari batu karang adalah dari jenis calcium oxalates. Nasib baik tok nenek kita belajar sains jadi depa pun tahu yang kebanyakkan sayuran berdaun hijau perlu direbus/masak air untuk kurangkan kandungan oxalate dari 30 peratus hingga 90 peratus oxalate boleh larut yang senang diserap. Jadi yang ada pernah ada sejarah batu karang, masak bening janganlah dihirup airnya. Oxalate pada daun ni akan ke air rebusan tu. Agakanya sebab itu orang lama dapat idea rebus pucuk daun ubi, dibuang airnya dan dimakan cecah sambal belacan. 

okay ada dua bentuk oxalate ni. 
Yang larut dalam air dan tidak. Yang extra tercerna dalam usus , ALLAH bagi la pulak tersedia bacteria baik dalam tu. Banyak species tapi yang terkenal ni Enterococcus faecalis 
Bifidobacterium infantis 
Oxalobacter formigenes 
Depa pi guna oxalate ni dan hasilkan format dan CO2 dan ini boleh kurangkan banyak kandungan oxalate kalau kita makan raw veges macam ulam-ulaman. Ulam ni raw veges dan memang sejak dari dulu, tak de la kita makan banyak sangat at one time. Jangan kacau sangat normal flora usus kita ni sebab terkandung berbillion bacteria yang terlibat dengan sistem penghadaman,

So yang pernah ada batu karang kat buang pinggang. Bila nak makan sayur carilah sayur yang direbus. Mungkin minum air soya banyak masa berbuka di bulan ramadhan nanti tak sesuai untuk anda. Nak makan bayam pun boleh tapi kena rebus dulu. Ini membuktikan orang dulu pun belajar sains makanan. Sampai kat kita semua nak kena goreng aje. Goreng hanya akan hilangkan 3% sahaja oxalate ni. Saya tahu sikit-sikit tapi kita kongsi ajelah. Pelik-pelik betul sains makanan ni. Cuma jangan berfikir secara binari sangat Kredit kepada Dr. Suhaimi yang share pasal oxalate ni. 

Apapun kesimpulannya ambillah daun bayam sebaiknya masak sekejap, ada yang suka makan mentah tapi bersederhanalah dalam semua segi, ambil sederhana, makan sederhana. 
Apapun selamat menikmati sayur bayam, sama ada dibuat ulam atau di masak air bening atau masak lemak, nikmati saja.