Ada anak picky Eater? Adakah nak perlu bimbang? Nak risau sepanjang masa? Punca anak picky eater? So sebagai mak anak lima bermacam ragam anak Ika hadapi dan belajar macam part picky eater ni, of course kebanyakan anak-anak picky eater ni adalah anak sulung. Betul tak? Agak-agak anda kenapa ye? Kenapa jadi macam tu? Percaya atau tak berpunca dari kita as mom sendiri, sebab benda ni sedar dalam tak sedar gitu. Biasa anak sulung ni kita insecure lebih, nak jaga serba serbi lebih-lebih last-last dalam tak sedar anak tu sendiri jadi eksperiment kita, yelah nama lagi anak sulung, dah tak pernah ada anak, kadang kita too much dependent on mainstream guidelines hingga tak perasan keperluan sebenar anak kita, pasalnya terlalu pembaris, semua nak follow tanpa adjustments yelah takut anak tak boleh itu, tak boleh ini termasuklah bab telan makanan ni. Last-last sumbat anak pulun bagi susu formula je manjang, yelah makan pun tak nak.
Actually mak-mak kalau ada anak picky eater jangan menggelabah, chill relax, jangan gelojoh nak settle, cari punca dulu tengok rutin kita kasi anak apa, encourages kita kat anak macam mana, picky eater ni nak melayan karenah makan depa dah satu hal, apa lagi nak tahan sabar tunggu dia nak makan. Sekali dua nak menyuap pun dah boleh keluar api kat kepala tunggu selera anak datang, tak lagi bab masak macam-macam, tapi sudahnya tersadai tak di sentuh sikit pun, lagi angin, sudahnya malas dah nak masak, kasi jelah telan susu formula tu kalau dah itu kenyangkan atau jajan ke whatever makan yang biasanya zero nutrisi. Kita pun jimat masa, tapi jangka masa panjang, anak merana. Jangan di sangka anak makan ayam je, tak nak makanan lain kita terus cop, "oo anak aku suka makan ayam je, makanan lain dia tak suka", big no! Jangan bina setting macam tu kat anak, kat kita sendiri sebagai mak. Tugas kita ajar dan didik anak pelbagaikan makanan, jangan biar anak memilih bab makan, besar tanggungjawab tu. Eh, asal kenyang dah ler, gitu kalau nak senang belah maknya, tapi untuk anak kesian sangat sebab badan tak dapat pelbagai jenis nutrisi yang sepatutnya anak dapat untuk tumbesaran mereka, terutamanya lagi untuk perkembangan otak mereka.
Daku alhamdulillah Allah kasi kesedaran awal-awal bila tengok selera Harraz tak normal, sebab tak nak makan nasi, geli kat telur, geli dekat mee,muntah bila makan ayam, lauk lain-lain lagilah tak makan, yang dia hanya makan waktu umur 1 tahun setengah hingga ke umur 3 tahun hanyalah spaggeti dan pasta saja kuah sup atau sos tomato je. Mana tak kecewa sebagai mak wehh, so mula ku cari gali apa puncanya, kebetulan jumpa post Dr.Suriyakatun bercerita susu formula yang penuh dengan gula tambahan yang mana impaknya sangat besar kat usus anak-anak juga tubuh badan mereka, so masa tu lepas baca, sedih, kesal pasal bodoh menonong tak ambil tahu ilmu macam tu, mula pasang niat nak ceraikan susu formula Harraz minum secepat mungkin, alhamdulillah dalam dua bulan lebih lepas baca artikel ku campur minyak zaiton atau minyak ikan dalam susu formula Harraz yang buat dia mula kurang menyusu, harraz masa tu tak dapat bercakap lagi, totally takdak bunyi kecuali ma, ayah, bunyi hujung-hujung je. Risau sebab ada tanda macam budak-budak autisme, so ku malas nak fikir banyak even tanda tu ketara juga macam tak boleh dengar bunyi bising, termasuk bab picky eaterlah, risau gak jadi speech delay ke apa, yelah penyakit budak sekarang salah satu asbab maksum terlebih heavy metal suntik masuk masa baby dulukala.
Alhamdulillah sekarang masalah makan takde dah, depa pulun makan semua makanan tanpa memilih , even ubi keledek rebus depa bantai licin.
Apapun cuba positif teruskan kasi Harraz makan minyak ikan, minyak zaiton, kadang ku campur Arabic gum dalam minuman Harraz, budak picky eater ni fokus mula-mula baiki usus perutlah kasi balance makhluk-makhluk yang dok betapa kat usus tu supaya mereka dapat nutrisi baik untuk buat kerja terbaik di usus. 70 peratus sistem imun tubuh badan pun ada kat usus perut, sebab tu pesan Nabi bukan sebarang pesan supaya jaga perut. Kalau dah dari baby lagi dah rosak, tak mustahil bila dah makin membesar, lagi teruk impaknya, so teruskan cerita cerewet Harraz ni memang boleh buat stress, memang stress pun la nak layan picky eater ni, lapar lepas tu tak nak makan, lepas tantrum tak kira masa, mana tak stress uii.
Alhamdulillah, Allah kurnia sabar dan pertolongan je ku takde daya pun, kalau tak buntu jua. Yang pasti dalam tempoh baiki apa yang tak okey, ku rajin lah sikit masak menu untuk anak-anak, macam-macam resepi nak tarik selera anak makan, I mean Harraz lah, anak kedua takde hal, dia pulun je apa yang boleh makan, dia makan je, asal bersuap. Bukan sekejap masak nak tune selera anak sulung, sampai umur 6 tahun Harraz barulah mula makan macam-macam makanan, takde pilih-pilih dah, asal lapar, apa yang ada dia makan, alhamdulillah semua atas izin Allah jua. Dari suka spaggeti je dah boleh makan pelbagai jenis masakan dan siap ada masakan favourite lagi, cuma bila cemtu, kesian kat tuan punya badan la pula, tak semua makanan dia boleh pulun makan, budu pun tak boleh pasal alergik, terus kena serang resdung atau udang, seafood tak segar, memang on the spot mata terus merah, kadang berbalam-balam jadi merah badan kes alergik makanan. Yang penting makanan bergluten Harraz kena control makan.
So mak-mak ada anak picky eater, cuba cari main cause dulu, macam Harraz memang nampak salah satu puncanya dari susu formula. Impak susu formula ni malas nak elaborate lebih, sebab ramai dok berpegang dengan mainstream punya didikan, so nak tahu lebih cari gali sendirilah, boleh follow Dr.Mizam Baha, Dr. Suriyaktun dan fews doctors yang lain dari majoriti, worth to follow sebab daku anak beranak banyak upgrade bab kesihatan hasil perkongsian depa yang banyak mind blowing, membuka minda and more knowledge. Yang penting tak sama terus dengan majoriti, apapun bahagia dengan apa yang berlaku, syukur Alhamdulillah. Banyak sangat hikmahnya. So ada anak picky eater jangan bimbang, yang perlu bimbang bila anak masuk 7-10 tahun susu formula tak boleh nak berhenti lagi.
Top Social