Catatan 8/365 di tahun 2021

1.08.2021

Masyaallah, anyone miss me? 2021 baru muncul, sebulan sebelum 2020 berakhir Ika sengaja off dari menulis blog sebab nak menikmati tahun 2020 to the fullest. Bye bye sudah 2020 and welcoming unexpected disaster kot 2021. Dikala kita masih aman, damai, lena, nyaman di Malaysia menikmati nikmat dan rahmat dari Ilahi yang melindungi negara dari segala musibah terlebih dasyat dari Covid-19, still syukur sangat kerana itu bermakna kita masih berpeluang baiki diri ke arah lebih baik sebelum menuju kembali pada Nya. Jangan kita terlalu selesa dengan keamanan yang dikecapi sekarang ambil tahu juga apa yang berlaku di sekeliling dunia kita sekarang, semua dah mula huru hara, haru biru, masa kita semua dah tak banyak, masa kita makin pendek, prepping Iman kita, takut-takut kita pengikut Dajjal di akhir zaman ni. Ika banyak follow ceramah ustaz Noor Azman yang banyak share tentang realiti berlaku hari ini, maksud Ika sekarang ni, benda benar dianggap palsu dan sebaliknya. Sungguh dasyat fitnah dajjal menakutkan kecut perut. Dalam diri, fikiran Ika memang dah takde bab-bab nak tukar sofa, deco-deco, hilang dah segala nafsu kearah tu, sebab semua tu akan hancur jadi debu. Bukanlah tak nak langsung dah, cuma dah tukar fokus, asal rumah kemas, minimalist, simple. Sekarang timing untuk prep emosi, jiwa, paling penting akidah dan Iman kitalah. Fikir nak declutter apa yang patut, persiapkan anak-anak dengan akar agama, tak mudah sebab realiti hari ni Islam dah semakin asing. Yang rasa macam tu memang akan nampak apa yang depan mata sekarang, yang takde rasa apa-apa, takde beza, moga Allah terus buka mata hati. Mulalah belajar buang dunia dari hati, ni Ika pesan kat diri sendiri lah, sebab tak tahu macam mana nanti Allah uji kita semua takut-takut mental breakdown asbab selama ni terlalu selesa dengan cinta dunia, huhuu.




So here we're, one week of 2021 past. Entah rasa tak tahu nak describe macam mana, tapi one and only big aim hanyalah nak settle semua hutang riba, selagi terikat dengan riba selagi tulah kita berperang dengan Allah dan Rasul, moga Allah ampunkan diri. Alhamdulillah at least sejak 3 tahun lepas tiada dah pertambahan  hutang, asbab di basuh kaw-kaw tentang riba ni. Sungguhlah banyak jahil diri, entah apa lagi Allah nak tunjuk dengan isu hari ini segala makanan minuman kita kebanyakannya ada unsur syubhah, yang haram kita sumbat masuk dalam tubuh badan pun tak tahu dah berapa banyak akibat percaya ahli sangat. Moga Allah ampuni, Ya Rabb ampuni kami. Content 2021 tak tahu lagi nak tulis apa, tapi hutang entry 2020 pun banyak berbaki tak sempat karang, acilah forward ehh alang-alang kena lockdown balik, nak jalan-jalan makan angin pun tak valid dah, wakakka.

Apapun Ika sure semua orang dah ada goals masing-masing dah apa nak settle tahun 2021 ni kan? Ika doakan semua visi, misi anda semua Allah permudahkan, dapat jayakan mengikut apa yang di rancang. Walaupun 2021 semacam kelam, jangan pernah putus harap pada Ya Rabb Allah seluruh Alam, pencipta langit dan bumi kerana hanya Kepada Allah sahaja lah kita bergantung harap, TakdirNYA tentulah lebih baik dari apa yang kita inginkan, kuranglah rasa kecewa dunia. Moga kita semua bahagia bukan setakat di dunia tetapi sampai ke Syurga Allah. Ingat, kita semua bakal jenazah, sentiasa tanya diri apakah kita sudah bersedia untuk mati, apakah persediaan kita menuju alam di balik dunia ni yang abadi? Orang yang cerdik adalah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapi mati. Buat seram reader blog ni je bila baca entry blog Ika, sikit-sikit cerita pasal mati ekk. Tapi Ika just ulang dan ingatkan diri je apa yang Ustaz Noorazman share, kita semua dah tak banyak masa! Banyak sangat dah lalai ni dengan tipudaya dunia at least ada juga tiny reminder Ika share untuk kita semua dalam alam maya dan media sosial ni, kan? Jom kita ubah apa yang perlu, perkemaskan tauhid kita, insyaallah amin.