Kadang-kadang wondering kenapa timbul perasaan 'perasan' sensorang macam tu...tak yah cakap orang lain lah, haku sendiri pun macam tu...Padahal dimata orang lain kita macam biasa yang dikenali seperti sebelum ne, kalau sedikit berisi/tembam pipi mungkin ye, bukan gemuk...Habis kalau saya di dalam golongan yang boleh dikatakan dalam tubuh sederhana, kenapa masih dikatakan kita ne gemuk?!Habis orang yang gemuk macam mana? Haku perasan sangat situasi ne semasa dop melangut tunggu bas...ada 4 ke 5 sekawan ne datang duduk sebelah, salah seorang dari mereka bertubuh gemuk dan lainnya dalam kategori kurus dan sederhana tubuhnya. Dalam borak-borak mereka (telinga lintah jugak haku, pasang telinga weii...kahkah) dalam sorang dua (yang tubuh kurus) dop merungut akan badannya dah gemuk dan sibuk bercakap pasal diet bagai...nak bagi kurus tang ne lah, tang tu lah.. kawan yang sorang tu hanya tersenyum sinis, sengih-sengih aje masa yang kawan tu dop merungut. Sedarkah dalam rungutan tu membuat kawan kita tu terasa dengan fizikalnya yang dah sedia gemuk berbanding yang kurus dikatakan gemuk tu..-_-". Kesian plak tengok, zahir nampak okei, yang kat dalam macam mana kita tak tahu kan. huhu. At least dalam bercakap kita kena jaga jugak dan tengok situasi walaupun kita tidak terniat mengatakan perkara tersebut atau tidak berkaitan dengan orang lain. Jangan melihat orang lain, tapi lihatlah rupa sendiri...ubahlah kepada yang baik kepada lebih baik.
pic source: ohmanfatcats.tumblr.com
Jangan pula jadi macam ini-----> (klik sini)=p. Eh pastu kan persoalan kenapa tu tak berapa terjawab tu...haku pun pelik kenapa kita yang kurus ne selalu perasan macam tu?korang tahu?ke sebab hormon?tapi okei jugak haku perasan macam tu, malu nak pakai yg ketat. yg loose aje menjadi pilihan, hee-_-"...ngeee
Top Social