Bila terlalu banyak mengkritik

9.16.2011

Budaya kritik mengkritik sudah lama wujud, sedar atau tidak kita sendiri mengkritik orang walaupun tiada niat untuk berbuat sebegitu. Memandangkan dunia alam maya tidak terbatas, begitu mudah kita mengkritik tanpa mengetahui hal sedalam-dalamnya. Dan alangkah malangnya jika yang mengkritik itu mempunyai niat menjatuhkan dan mencari-cari kesalahan orang lain. Ruginya masa dan tenaga kita disia-siakan untuk menilai perbuatan orang salah atau tidak (Orang cakap takde keje, tolak pahala). Jangankan terlalu pandai mengkritik sehingga kebenaran yang terpamer dibutakan mata.Tak salah jika mengkritik tapi biarlah bijak dan membina, biarlah dari kritikan wujudnya perubahan yang lebih baik. 

Kita begitu mudah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tanpa kita menilai kesalahan yang kita lakukan sendiri. Kita gemar memberi komen atas orang lain namun jarang sekali memberi komen terhadap diri sendiri. Bak kata orang dulu, kuman di seberang laut dapat dilihat tetapi gajah di depan mata tidak pula kita nampak. Mereka tidak pernah sedar yang sikap mereka kadangkala lebih buruk dari orang mereka kecam.Perlu kita ingat bahawa kita tidak mampu mengubah orang lain, maka eloklah jika kita melihat ke dalam diri sendiri kerana kita mampu mengubah diri sendiri. Kita perlu berhenti dari cuba mengubah orang lain dan mengkritik orang lain tanpa terlebih dahulu mengubah diri sendiri serta menilai prestasi hubungan kita dengan Allah swt.

Note: ayuhh, sama-sama muhasabah diri=)