::tensen::

9.30.2010

tensen
buntu
tatau nak start yang mana dulu
serabut
arghhhh!!!
Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini

::Facebook lagi::

i've read about article by Ustaz Zaharuddin, about the status and another thing on FB which expressing your negative feelings/thoughts about your spouse, posting too many photos of yourself, etc - can be haram without us realizing it.


i'm just sharing for ourselves and others for a good sake ..


"Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat,sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkantagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka bolehuntaggedsekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra cautiondalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make upcukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Note: Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin."

::dugaan::

9.29.2010

setelah beberapa hari berkampung di old town white coffee (OTWC) menyiapkan keje yang tak suda-suda
kan da cakap tadi kije skola banyak..huh!menci lol...
sungguh menduga rasa okei, ditambah pula hampir 2bulan lebih tak tengok TV
owh smemangnya rasa sungguh jakun mendengarkan cerita-cerita yang ditayangkan kat TV sekarang
LOST okei!!tak leh nak pick up bila orang dop cerita sana cerita sini apa yang best kat TV tu..
apa pun nasib baik internet masih ade
kalau tidak tatau la macam mana akibat nya jadi "ulat dalam rumah"eeiiyuu...
ulat tu sebab rajin membaca..haha, dop dalam umah sebab memang suka memerap..hoho
eh!meleret plak..actually nak cite pasal movie yang tengah galak menayang kan diri di pawagam yew!!
sungguh indah kalo bole tengok, namun sepanjang-panjang berkampung di OTWC tu, saya hanya mampu tengok iklan saja...huhu..sungguh sadis, meh wat review sket cite apa yang tak senonoh menonjolkan diri di saat daku bergelumang dengan derita neh...

"Legend Of The Guardians" follows the adventures of Soren (Jim Sturgess), a barn owlet enthralled about the stories his father (Hugo Weaving) tells of a legendary group of owls called The Guardians of Ga'hoole. Soren and his brother Kludd (Ryan Kwanten) is kidnapped and taken to a place called St. Aegolius where 'orphaned' owlets are brainwashed to be soldiers for a more sinister cause. Soren and a bunch of new friends manage to escape and head off to warn the Guardians. Will they succeed and will the Guardians prevail? 
hoH!nak tengokkkk!!!




In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, Alice continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead guides them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap. Nak tengokkkk jugak!!




"Magika" tells of Ayu (Diana Danielle) and Malik (Fimie Don), two siblings who are in mourning after the death of their mother. Malik feels guilty as he thinks he caused their mother's death. One evening, after a fight with his sister, Malik goes walking in the woods until he gets lost in a magical world called Magika. The Nenek Kebayan (Ziana Zain) and her follower Awang Kenit capture Malik to be the main ingredient of their youthful herbal medicine that can only be made using children's tears. Ayu tries to save her brother but also gets trapped in Magika. There, Ayu and Malik meet Malay mythical characters such as Badang (Mawi), Naga Tasik Chini, Puteri Bunian (Maya Karin), and many more. hurM!!menarik jugak!!ala-ala alice wonderland gitu...awww, 




life story of a sea turtle, from his birth in 1959 to his adulthood in 2009, featuring the voice of Isabelle Fuhrman, who played little Esther in "Orphan". As he scrambles to the sea shortly after his birth on a Californian beach, Sammy the sea turtle finds and loses the love of his life, a pretty hatchling called Shelly (Fuhrman). On the epic journey across the oceans that all turtles accomplish before returning to the beach where they were born, Sammy dodges every danger in the hope of meeting Shelly again. With best buddy Ray, he sees close-up how humans are hurting the planet and battles piranhas while looking for a mysterious secret passage that will lead him back to Shelly. yang neh, memang takleh tahan!!mau!!mau tengok!!!

::seksa::


pic source:  thecuteproject.com
hoho..saya rasa dalam banyak-banyak semester, 
semester ne lah yang paling derita
banyak reason nya
saya da rasa makin malas
kebosanan melanda bila nak membaca
serta part yang paling tak suka memaksa diri menyiapkan kije skola
tambah plak skang mak takde nak bebel-bebel siapkan kije skola
sangat sunyi okei, dan jugak ditambah perisa kesayangan saya sibuk kebelakangan ne
ade jugak rasa terpinggir dan meminggirkan diri sendiri..hehe
kan best kalo ade orang suruh-suruh, bebel-bebel, marah-marah sayang
owh rindu plak kat mak, minggu ne amat kurang kol mak dek lupa
ingat nak kol, tapi bile da ngadap keje lupa plak...ececeh, konon sibuk bangat la tu!haha=P
dek kesibukan keje sekola, keserabutan pale, kepadatan masa,
saya cuba lupakan FB, namun tak mampu lupakan blog kesayangan neh...huhu
baguss!! writing is therapy rite??haha..
apa pun rajin-rajin dan paksa-paksa kan diri
keadaan begini hanya sementara yeww!sabar!
cuba melazatkan hati...(^_^)

::letih::

9.25.2010

sangat letih yeww hari ni, 
bersengkang otak sampai ke petang 
menuntut ilmu haruslah begitu
orang lain lagi bersusah payah...
hari ni agenda diet sedikit tergendala..ehhe, yelah tu
sepanjang hari makan je, tambah ada jamuan raya plak
lagi la sakan makan..haha, teruk betul, 
betullah kata orang
ikut hati merapu meraban
ikut mulut, kembung perut
apa pun masih banyak yang menunggu
bila lah mau berakhir
saya suda bosan

::apa perlunya status::

entri kali ne nak cite pasal status-status ne sket, bukan status yang berdarjat atau tidak, tapi STATUS via FB ne..


yela, skang sume tahu kan apa itu FB a.k.a Facebook a.k.a mukabuku ...yaa, sekarang boleh dikatakan FB adalah satu rangkaian sosial di internet..Banyak baik dan banyak juga buruk nya, guna dengan baik, baiklah jadinya, guna dengan buruk buruk jugalah akhirnya...nape tajuk entri macam tu?apa perlunya status?


yaa, penting!!status ne menandakan apa yang kita buat sekarang, ye la kan, kalo ngah memasak, bagitau la kat status, so orang lain akan tahu...oo, rupenya tengah memasak! mana la tahu, leh tukar-tukar resepi ke, teknik2 masak ke? kan?? kalo ngah tukar lampin anak, bagitau jugak kat status, so orang akan tahu, oo, ngah sebuk layan anak rupenya! jadi mane tau jugak ade suggestion lampin apa yang terbaik tuk anak-anak!kan??kalo baru beli gelang emas, rantai emas ke, jangan lupa jugak letak kat status, saya ada gelang emas, rantai emas gitu u, baru shopim tadi!ooo...sekarang da tahu kamu memang beruntung gitu!!hehe


apa pun dalam keghairahan publish status, kita kadang-kadang lupa, apa perlu status tu semua??untuk apa??motif apa??niat apa??tuju kat siapa? dan kadang-kadang aib sendiri pun secara santai nya di publish kan..hehe, yang ne tatau nak cakap apa, ikut punya sukala, aku punya FB yang ko sebuk nape!! hish, ne yang payah ye, dan dalam keterujaan membuat status kadang-kadang membuat kita alpa sehingga kan orang lain tahu apa-apa sahaja yang kita lakukan pada masa sekian-sekian, malahan ada jugak status yang mengisahkan situasi yang berlaku diantara pasangan suami isteri..mm, yang ne kena beringat, sebab da terbiasa buat status kan, so biasa la tu apa yang berlaku antara laki kena gitau orang tahu, so barulah orang tahu suami kita macho, isteri kite cantik jelita...tak gitu??..takpelah, masing-masing tahu sudah cukup
pic source;  adiumxtras.com
hek eleh ko berlagak baik pulak, nak nasihat-nasihat orang plak, macam lah baik sangat...okei, saya sangat tidak baik...haha, yes!!kadang-kadang kita anggap atau kita tak sedar pun perlu ke tak apa yang kita buat tu, kita tak sedar status kita tu bakal memberi kesan kepada orang lain, apapun sendiri mahu ingatlah...




Note : mari bersama-sama bermuka buku =P

::wedding impian::

9.24.2010

haa, mesti da ramai yang nengok video fairytale wedding anak SM Nasimuddin 
hoho, memang the best of wedding lah..
bagos orang duit bersepah ne yer
bole buat apa yang diangan-angan kan
so ape lagi yang berduit tu??
bole lah start berangan nak buat macam fairytale wedding gitu. aaww!


Note : bersederhana membawa berkat

:: Kutu pintar vs kutu bodoh::

9.22.2010

Rasa nak tergelak pun ada membaca cerita tentang kutu-kutu ne. Ini bukan kutu biasa okei, ini kutu yang luarbiasa. Bukan kutu rayau ape, ataupun kutu yang kat atas kepala tu! Ne kutu berduit ye!hoho~~hebat bukan?!!kutu pun boleh jana duit?!!mak aihh!terkejut saya...
pic source:  adoi-means-ouch.blogspot.com
Kutu pintar tu macam lebey kurang MLM, kita invest duit ikut requirement yang dimitak, mitak $1000 bagila $1000, then carik orang, lagi ramai lagi bagus, lagi banyak duit dapat..hotak berangan la ko sampai bertanduk, ye kadang-kadang orang cerdik pandai pun boleh tertipu..hati-hati okei,  sistem sebegini adalah skim/pelaburan cepat kaya atau yang mana biasanya rantaian atasan akan mendapat peratus keuntungan dari orang bawahan die..see!!heii, nak senang bukan senang okei!! zaman maju sekarang ingat senang ke orang nak bagi duit free??nak buang hasil kumuhan pun kena bayar 30sen, apa lagi nak bagi riban-riban (salah guna perkataan*ribu-ribu* actually..hehe) logikla sikit ye, system macam ne bila da ditutup/ atau lenyap secara tiba-tiba, siapa yang rugi??yang invest tula..so takdela yang pintar kat sini ye..ehehe

Kutu bodoh macam mana plak ye?haa, yang satu ne memang femes..dulu masa kat skola pun dah pernah diajak untuk join main kutu neh, memang femesla, tapi saya tak pernah berminat!. Kutu yang ne ala-ala pinjaman yang mengikut giliran ataupun buat cabutan biasanya masa dulu main oo som saje, hehe. Contohnya, katakanlah bayar $100, main 5 orang, so cukup sebulan dapat $500. Sorang akan jadi ketua atau diamanahkan pegang collection tersebut.  Kira routed la hinggalah semua orang terlibat tu dapat bahagian masing-masing. Kutu yang macam ne memanglah bagus untuk certain situation, kalo dah rasa terdesak nak guna duit, mungkin ahli yang terlibat akan consider tukar giliran dapat duit dulu, terdesak nak bayar hutang ke apa ke kan?? Tapi, saya saja nak menimbulkan persoalan neh, boleh percaya ke kat ahli-ahli yang terlibat?takat mana? Okei memang jarang berlaku, tapi tak mustahil kan?ada kebarangkalian kan? bile da dapat duit tu, orang tersebut akan berambus atau meng’ghaib’ kan diri sebegitu sahaja..haha, tak ke melopong??

Moralnya, percayalah dengan institusi kewangan yang ada dinegara ne, yang dah terang-terangan mendapat pengiktirafan. What for sume institution tu kalau kita tidak menggunakan serta mendapat manfaat daripada mereka. Lagipun lebih secure, sekiranya berlaku sesuatu kepada banking yang ada, kita tetap dilindungi. Apa salahnya buat saving kat ASB ke, unit amanah ke, kan lagi selamat.. yang tetap mengatakan simpan duit bawah bantal lebih selamat..dependslah,

Note: mari bersama-sama menabung...

::Secret project::

9.21.2010

Secret project?aii, masih sempat?kije skola bertimbun, projek planning assignment pun lom gerak, masih sempat menambah projek lain..huh!tak senonoh..actually projek tu masih rahsia setakat ini. Untuk akan datang saya dengan senang hatinya akan merasmikan projek tersebut secara langsung, hope akan membuahkan hasil. Dan semestinya ia projek yang memberi kepuasan pada tuan empunya diri, dan sekiranya projek tersebut memberi kesan kepada orang lain, dah tentula tuannya lagi suka kan? Owh!*blushing*just take ur time green..^_^
pic source; kenzoragames.com
Note : Tarikh jangkaan dirasmikan à2012

::impian::


pic source: art4linux.org


Setiap orang ada impian kan?. Macam saya, tiap2 bulan atau at least 2 bulan sekali saya mengharapkan impian saya untuk memiliki sesuatu yang saya inginkan tercapai. Ehehe..geli geleman wess dengan statement tu. Walaupun kadang-kadang tidak pernah tercapai, saya tak putus asa untuk mengatakan apa yang saya nak akan saya usahakan sampai dapat. Mr.Shi yang akhirnya menjadi milik saya menjadi milik saya setelah bertungkus-lumus spend tuk dia tiap-tiap bulan. Hadiah dari kesayangan pula tak pernah dapat digunakan dengan semaksima, mungkin tiada keikhlasan untuk diberi..maaf, jangan marah!eheh..(^_-). Dan baru ne secara tak sengaja saya telah invest pada Mr.ix, harap dia tidak mengecewakan saya seperti kawannya dahulu. Namun disebabkan terlampau geram, kadang-kadang kita tidak rasional dalam membuat keputusan atau menangguh-nangguh keputusan tersebut. Tapi untuk kali ini saya rasa sedikit pun tidak terkilan, malah otak tengah ligat memikirkan sesuatu. Memandangkan masa pada akhir zaman ini semakin cepat dan pantas berlalu, saya merasakan semakin tiada masa untuk diperuntukkan bagi sesuatu yang saya impikan. Hope semua berjalan dan berlalu dengan selamat dan dibuat dengan terbaik. Dan yang penting jimat.eheh^_^

Note: merapu

::seram bagai::


Tetiba lak ase semacam, seram, menggigil2, tekak ase kering, hidung kembang kempis, pewut menyanyi ala jazz, minda terawang-awang teringat kek brownies walnut secret recipe, owh ini petanda keinginan tanpa batasan yang bahaya kalau diikutkan, makanya haruslah diabaikan seketika. 

::beware MALWARE ATTACK!!::

9.20.2010

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!


Sumber : mediapermatangpauh.blogspot.com