Kecamuk

4.29.2024

Hari ni tak tahulah apa yang sedih lain macam, dah niat dari awal pagi nak habiskan tiga juz, sebab dah tertinggal, tak sempat jugak khatam masa Ramadhan, kalau tak follow memang tak sempat nak habiskan juga sampai akhir Syawal, tapi punya sibuk hari ni, ku dah plan satu-satu supaya ada waktu untuk fokus mengadap betul-betul, kain dah lipat, makanan untuk berbuka dah settle, rumah dah diuruskan, tinggal nak duduk mengadap aje. Anak-anak yang balik sekolah dah kenyang dan menyusu dah kenyang. Terus ambil wudhuk, rasa segar dan semangat sikit, sebab memang dah rasa badan letih, empat kali keluar masuk rumah, drive situ sini, ku harap boleh duduk nak tenangkan jiwa. 


Nampak anak-anak pun okay dok main, termasuk si bongsu. Baru ja nak masuk muka surat kedua baca, yang paling kecik dah mula hokhek hokhek. Allah masa ni, campur baru in mood nak masuk gear, rasa nak marah, frust, nak mula bebel, tapi lastnya air mata ja merambu keluar tak tahu pasal apa. Tak tahu nak describe, baru ja rasa nak relax baca ayat ayat cinta Ilahi, terus Allah uji, terus ambil si kecik dakap kemas supaya hilang jua gelodak emosi bercampur dan kasi masa layan anak bongsu keladi. Sambil tu juga air mata menitik-nitik. Nak bebel takdak tenaga dah, layan sajalah. Sambil istighfar banyak-banyak. Pujuk hati supaya takdak rasa rugi, rugi masa. Insyaallah Allah kasi masa sambung balik nanti. 


Gitulah jadi mak-mak ni, sedih mungkin sebab rindu momen yang tak mampu diungkapkan. Apapun, syukurlah kurang-kurang yang dok 'bergelewak' sekeliling ni cinta juga. Hiburan dikala kepenatan, dapat peluk cium rasa lega dah. Begitulah bila kurniaan nikmat dan ujian ni, terus terpanah hati bila terbaca Surah Al-Luqman sebagai penutup untuk layan anak-anak hari ni. Sentiasa jadi hamba yang bersyukur. Sedih pun tetap senyum, kecewa pun tetap ketawa, begitulah antara satu hari dalam tiga ratus enam puluh enam tahun ni, yang berbaki tak tahu lagi macam mana, insyaallah moga baik dan lebih baik dari saat ini. 


Kadang terlalu banyak expectation pun boleh buat kecewa hati, macam hari nilah, ku agak sama dengan yang ku tulis plan nak buat seharian ni, ingatkan smooth je boleh follow jadual yang kita buat, sekali plot twist, even nampak simple, kecewa boleh tahan juga. last-last menangis je sensorang sambil mengadap anak-anak. Fragile betul seketul manusia ni, sobs

Bertimbun

4.24.2024

Draft bertimbun, even bukan tugasan universiti untuk diselesaikan, sakit mata melihat draft penulisan yang mula bertimbun nih. Ku mintalah doa sesiapa rajinkan daku habiskan semua draft ni, disamping membuang apa yang patut dibuang dalam benak fikiran ni, ingat rumah aje kena declutter, penulisan tertangguh pun kena declutter uiii. Mohon ye doakan daku rajin menulis, kotlah makbul doa-doa orang yang tak dikenali, kalau tak nak daku rajin tulis pun sebab tak suka baca, pun doa jelah. Hahahaha. Ku aminkan semua doa. At least ada doa untukku. Alhamdulillah. 



Gambar Raya 2024

4.17.2024

Tema warna raya tahun 2024 ni boleh dikatakan agak caca merba, sebabnya last minute order baju saiz XL dah, bila sampai tak muat nak sarung. Gelabah order yang lain alhamdulillah sehari sebelum balik kampung sampai bajunya. Bahana berat badan tak turun-turun masa puasa, eh bersambung naik pula lepas raya. Itulah kisah ringkas yang agak ngeri. Last minute tu dah satu hal, color sama tapi bila sampai tone lain-lain,apedehal kita pakai ajelah asal warna lebih kurang sedondon. Tema family kecil Soft yellow, tema belah mak ayah green sage, tema belah mertua Cream, yang tak sempat pakai lagi warna maroon dan dusty purple, pasalnya raya dah habis, cuti dah habis kena balik dah. Jadinya forward ke raya haji lah jawabnya, hahaha. 


Sebenarnya kisah baju raya dah beli tak muat tu dah ngeri dah. Lagi ngeri bila tiga pasang yang ditempah tak muat juga, tukang jahit baru, dah bagi baju contoh pun depa tibai buat gelabah, semua tersekat kat skala pinggul, tak lepas nak masuk, sadis betul? Nak nangis pun tak keluar air mata, nak betulkan balik, seminggu dah nak raya. Jadi camno? Ku syak memang bukan warganegara yang buat, potong pun stail buat bundle macam pemborong punya stail menjahit. Apapun tu yang tak sempat pakai, sebab tak siap juga lagi, okaylah tu. Siap pun tak terpakai juga. 
Kisah baju raya dah habis, bersambung bab gambar raya. 


Waktu kita jalan-jalan raya, sambil pegang anak, borak gembira dengan sanak saudara, semua moment kita di capture seseorang. Tau-tau penuh gallery gambar, tapi tulah kau berangan jelah macam tu sampai sudah. Bab gambar ni kalau mak-mak tak bersungguh, confirm takdenya gambar raya tu ye, hahaha. Tak percaya tepuk dada, tanya betul ke dak? Nak harapkan orang ambilkan, tak payah. Tak payah susah-susah, kau pegang je kamera handphone tu setiap masa, ambik je ready ke, tak ready ke gambarnya, snap ajelah apa yang depan mata tu. Kalau dak menyesal bila nak tengok gambar satu pun tak dak. Walaupun diri sendiri takde dalam gambar pun, lantaklah. 


Rajin, selfiekan wefiekan semua moment, ahh gitu. Barulah tak bising dikemudian hari. Soalan paling mengjegilkan mata "mana gambar aritu, ada tak? Ooh, saborlah nak menjawab kalau memang takde momen yang di nak, tapi tak di buat rajin nak snap. Ye bab gambar ni, biarlah kita sendiri bersungguh, jangan harap orang lain tolong gambarkan moment kita. Nak jumpa tu satu dalam seribulah. Teringat pula arwah mak saudaraku, cemtulah everytime pergi rumahnya, jamu makan, setiap kali tu diambil gambar tengah makan, borak. Sekarang dah jadi kenangan abadi dah. Sekarang kalau bab mengambil gambar, video, ayah daku memang win, segala sudut, saat dia capture. 


Begitulah. Gambar bab gambar raya, lagi berharga sebab semua sanak saudara berkelapangan berkumpul bersama, tak selalu ada peluang macam ni, rayalah yang menyatukan, merapatkan silaturrahim kita semua, berborak, bersembang, bertanya khabar, yang jarang jumpa, yang bertahun tak jumpa, yang kerap jumpa, semua duduk bersama dalam satu momen yang akan diingati nanti. Rajin-rajinler ambil gambar, video, sungguh rindu tu akan buat kita belek balik semua yang kita ambil. 


So raya kali ni, kalau kat rumah mak ayah, biasanya lepas solat raya, balik bersiap-siap sebelum turun jalan-jalan raya sekeliling rumah, kami memang ambil gambar keluar gambar dulu sepuas hati, dah settle barulah start gear peluhkan ketiak berjalan situ sini, biasanya akan berakhir pada waktu zohor, lepas zohor bantai tidur belaka dah penat, kenyang. Sambung berjalan raya lepas asar pula. Rumah ma pula tengok keadaan, dah berkumpul semua set hari apa nak ambil gambar, ataupun spontan kalau berkebetulan semua giliran kat rumah ma ada, jadi adalah waktu bergambar bersama. Ku tak ingat tahun bila, tapi tahun terakhir bersama arwah abahlah, kami tak sempat ambil gambar dalam baju raya, masa hari semua dah nak bertolak balik baru kami capture moment bersama beraya. Sedih pula, allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma. Selagi ada waktu bergambar bersama, hargai. So mana gambar rayanya? takdak yang proper dalam gambar mak-mak ni, semua behind the scene, yang cantik, formal, elok, semua dalam telefon orang, tunggu depa send tak sampai-sampai lagi, lama nohh editnya. Masukkan behind the scene ajelah ye


Ada juga gambar daku pergi masjid solat raya, soheh raya pertama kat belah daku dulu tahun ni, yang pelupa balik kampung mana dulu bila raya, daku. Diambil kesempatan oleh dia, aahhh begitulah hidup, kasi cincai-cincai, sekali tak lupa, ku suruh ganti berturut-turut. Pedehal, siapa suruh cari pasal, hahaha. Begitulah hidup rukun rumahtangga. Tolerate boleh, jangan tang kita suruh tolerate, tang dia tak boleh tolerate, eh ehh, bab balik kampung jangan ye. Ku kira sehari semalam adil ke tidak sama kiraannya, tak sama ganti next time balik kampung, even berbelas tahun sudah pun. Benda boleh gaduhkan?. 

Tudung

"Tak nak mama gosok tudung lagi! ”


"Ok, ok, mama gosok tudung lepas Haniy siap mandi. Pergi mandi dulu, mama tunggu". Setelah 30minit drama kejut bangun pagi untuk ke sekolah, dah bangun drama tetap bersambung. 


Elok pakai baju lengkap, pakai anak tudung, sarung pakai tudung, 


"Tak nak nampak anak tudung!" tudung yang dipakai di campak. Ya Allah sabarkan daku. Sendiri pakai, sendiri marah kat tudung.


"Kalau macam tu, mari mama tolong pakaikan, tak nak bagi anak tudung nampakkan? Sambil ambil anak tudung pakaikan, dan sarungkan tudung kat kepala Haniy.


Dah pakaikan, dah okay pun seperti piawaian yang nak, terus di tarik buang tudung yang dipakai, " bukan cemtu, tak nak tudung ni kebelakang, nak kedepan sikit. Allahu Akbar! 


"Ok, ok, mama pakaikan sekali lagi". Dah pakaikan, tetap juga tak kena. Last-last dia tak nak pakai anak tudung. 


Tapi masalah lain pula. 


"Tak bagi kebelakang, tak nak rambut keluar tepi ni!” 


Tarik nafas panjang, " Meh mama betulkan" sambil betulkan dan letak brooch. Sekali dia buang tudung, tak nak letak brooch. 


Ok. Last. Buang brooch, dia pakai balik dan agak okay. Terus naik kereta. 


Sekali kereta jalan, dengar kaki menghentak-hentak sambil ku berpaling tengok kedua belah tangan Haniy sedang menolak kiri kanan rambut yang keluar. 


Diam. Buat tak tahu. Tahan amarah. 


Sekali sampai depan sekolah, "tak nak macam ni!sambil marah kat rambut yang keluar dari tudung”


Kesabaran yang tertahan sejak dari awal berakhir juga " tadi mama letak brooch suruh buang, ni dah buang kalut kata longgarlah, nampak rambutlah. Mama buat tadi dari awal dah elok dah, nak cari pasal dengan mama ke dengan tudung ni! ” suara keras keluar dengan jegilan mata yang tertahan marah. 


"Lainkali orang dah buat elok tu jangan dok usik, lepas tu semua tak kena!”.


Ku bantu betulkan sikit, tapi tak boleh buat apalah, brooch pun tinggal kat rumah, sudahnya anak turun pergi sekolah dengan perasaan tak puas hati, dan daku sebal mengingatkan mood semua orang kacau disebabkan tudung. Baru sorang peel dengan tudung. Ada 3 lagi yang kadang okay, kadang tak. Hari ni turn Haniy macam tu, hari tu Hajjar. 


Kes tudung semua boleh buat spoil suasana. Macam nak bergambar raya baru-baru ni tiga jam baru boleh settle, delay habis plan jalan-jalan raya asbab tudung tak jadi. Nasiblah daku ni dah berlalu momen tudung tak jadi, asal pakai je sekarang, tudung tak jadi dah bukan salah satu masalah daku dah. Asal boleh sauk cepat, tu ja point pakai tudung sekarang, kedut? Keriput? Tak jadi? Lantak pi lah, banyak lagi masalah lain nak diselesaikan dan difikirkan. Itu dakulah. 


Tapi itulah, nak mengadap masalah tudung yang dihadapi anak-anakla pulak sekarang, alangkan orang perempuan sesama perempuan pun boleh annoying mengadap masalah cemni, apatah lagi orang lelaki. Entahlah, haku pun tak paham orang perempuan ni. Apapun dulu pun daku pernah begitu juga, hahhaa. Sadis je bila orang mengadap mood orang yang pakai tudung tak jadi ni wehh, baru tahu, rasa nak tampar-tampar gitu. 


Masalah sejagat kaum Hawa, tak tahulah nak kata menyusahkan tidak, tapi yang pasti sangat .......... (anak mata ke atas), urut dada, sabarkan hati. 



Habis sepagi mood kacau dek tudung,  hampehhh. Kadang bangun awal, tudung elok dah, siap berbekal lagi, pun tetiba boleh moody, nak kata datang haid, kecik lagi. 


Teringat pula gaya si Hana tak setuju kalau apa-apa yang bertentangan kehendak, terus muncung dan bahu bergerak kiri kanan terjungkit-jungkit berulangkali, asal nak pujuk terus lari ke tepi dinding sambil buat gerakan yang sama. Hahaha. Itulah perempuan, geram, comel, kelakar , semua bersatu. Apoo.. 




Raya 2024

4.15.2024

Kenangan sungguh nohh, balik kampung 16jam, balik dari raya sehari semalam, balik pagi semalam esok paginya pula baru sampai. Dari jalan awam, ke jalan hutan bana jem teruk, ceruk mana teruk jem. Masyaallah kenangan sungguh tahun ni, bunyi ja balik raya lama lapan hari cuti, 3 hari total perjalanan pergi balik, lima hari ja total cuti beraya. Balik pun dok berulang alik atas jalan banyak pergi mari rumah mertua, mak ayah, jadinya memang tak terasa sangat cuti, huwaaa. Apapun syukur alhamdulillah walaupun rasa masa pendek sangat, dapat juga balik berbuka puasa, beraya bersama keluarga. 



Cemtulah. Raya-raya tahun ni alhamdulillah meriah macam biasa, anak-anak la paling suka, kita mak-mak ni yang paling letih, dari prepare pakaian, barang nak buat balik kampung, sibuk pula sediakan juadah berbuka dan juadah untuk hari raya. Tahun ni menu simple rendang ayam, rendang daging, satay goreng, ketupat dan pecah rekod tak buat sayur lodeh, sebab menu dah terlalu banyak, dan takdak siapa dah buat tapai. Dua menu tu tak sempat rasa. Lagi sadis turun berat masa puasa 3kg, naik 5 kg lepas raya, hahaha. 


Nasib naik juga decide balik awal sehari walaupun teruk tersekat dalam jem, tapi tetap ada waktu untuk rehat sebab sampai siang hari sehari sebelum sekolah dan setting mood anak-anak untuk permulaan sekolah balik. Kalaulah lewat pagi sampai, terus kena pergi sekolah memang nangis lerr, terpontenglah jawabnya, mak pak pun penat tak habis lagi kebas bontot duduk lama dalam kereta, nak berkejar pula settle anak-anak sekolah. Bahagian surirumah macam iols pula mood turbo nak clearkan gunung ganang baju hasil percutian panjang tak berapa panjang juga. Tapi baju tetap bergunung. 


Minggu depan dah kalut dengan open house, jam lagi mungkin tapi dalam bandarlah pula gayanya.  Apapun mohler termenung dulu tengok penimbang macam nak kena baling ni. Dahlerr makanan raya perak tak pulun makan lagi nih, hahaha. Tak habis isu jem kat realiti, kalut pula kat medsos isu macam anjing, tak upload gambar, joget trending. Wehh, tunggu sat, ku settle kain baju dulu, ini lagi penting dari ku pening lalat tengok rumah sendiri tak beraya, hahaha. Apapun Selamat Hari Raya Semua, Maaf Zahir dan Batin. Semoga 30hari berpuasa, penat lelah kita menahan nafsu tak habis dan rugi saja bila masuk Syawal. 0 - 0 ye. Gambar takde lagi ye, next entry sambil bebel, wakaka.