Ma sya Allah, pejam celik dah nak hampir berakhir bulan di akhir tahun 2023. Biasa bulan ni ku banyak pause jap, banyak aktiviti anak-anak, diri sendiri nak kena settlekan sebelum masuk tahun baru. Declutter segala jenis barang, pakaian yang berserabut dalam lemari, overhaul semua baju isi rumah yang dah lusuh, tak muat dan sebagainya, prepare for long holidays untuk hadap anak-anak, depa tengah onz exam akhir tahun, dan paling sadis overlook back resolusi tahun 2023 yang mana tak tercapai kena teruskan buat sampai tercapai, mengkome tahu kan apa dia yang tak tercapai-capai sampai sudah tu, hahaha, alaa yang orang perempuan suka tu. Apapun benci-benci kat lemak sendiri, lemak yang ada ni lah jugak yang buat iols bergerak hari-hari tanpa putus ada. So dah tahu kan apa yang tak tercapai lagi, chaiiyyokk!
Agenda cuti-cuti akhir tahun bila cuti sekolah panjang ni, tak lain tak bukan tentulah acara balik kampung. Tahun lepas sempatlah anak-anak celup kaki kat dalam air banjir, tahun ni tak ketahuan lagi macam mana, masuk season sejuk ni, memang rasa nak berselimut ajenya, sejukk hawa kat luar, time ginilah sedap kena tungku, bila sejuk urat mudahlah sakit badan, tu dakulah, memang bertungku, berjemur kat bara api ya ampun sedap, ahh klasik benar gayanya. So disebabkan ku memang tak menyempat nak menaip banyak bulan dua belas ni, buat moment recap jelah sepanjang 2023 apa yang dah kami lalui dan berjaya capai.
1. Berpindah untuk kesekian kali as nomad people, terpaksa pindah walaupun kami tahap gaban cinta dan berat hati untuk pindah sebab banyak faktor termasuk kejiranan yang best, rumah best, sewa murah dan paling best sebab we really fall in love with that semi-d house walaupun takde tanah secuit pun sekeliling rumah. Alhamdulillah kami redha dan berlapang dada apa yang mendatang dan dinikmati sekarang tentunya berhikmah besar walaupun costing pindah kali hampir habis 10k, paling banyak habis untuk pindah kali ni, kali kelima. Takde rumah permanent cemnilah, berhabis untuk kos pindah sajee. Moga Allah mudahkan perjalanan kami, tak tahu mana lagi nak settle down, even dah pasti yang akhir sekali tu kat mana, hihuuu. Doa jelah sempat menikmati the feeling owning minimalist tinyhouse, amin. Yang pasti semua barang dalam rumah yang kami forward sampai kini, insyaallah tak bawa masuk dah rumah baru, semua new, overhaul semua sekali barang, itulah cita-citanya. Adoiilah bab berangan, mungkin kali ketujuh pindah la kot ehh, betul-betul cuci kaki masuk rumah baru sendiri. Honestly tak puas lagi merantau, kotlah tercampak belah Pahang, Terengganu pula nanti wakakaka.
2. Tahun paling banyak tak lekat kat rumah bila hujung minggu, either roadtrip atau balik kampung, balik kampung atau roadtrip, tu jelah. Ni yang sampai tak kenal jiran sendiri even berjumpa kat RNR sama, hahahaha. Teruk nau.
3. Gagal capai berat idaman malah dia main flip flop, naik turun, ups and downs number sampai annoying ke lubuk hati dan hampir berputus asa. Tapi mengingatkan hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan bait bait dan pra menuju penyakit kronik dah, so tak boleh sesenang hati give up. Kalau sorang takpe lagi, ni dua dua, dua kali lima. Betullah orang kata gemuk bersama-sama, jadi kenalah usaha fit sihat bersama-sama.
4. Rekod menulis kat blog sendiri tahun ni dah kira pecah rekod sendiri, dalam kemalasan jadi jugak satu entry berbanding tahun lepas, okaylah tu walaupun taip benda merapu untuk reminding myself.
5. Breastfeeding journey untuk anak bongsu almost complete, tinggal next four month only, moga Allah cekalkan hati untuk genapkan dua tahun cukup-cukup, tak nak dah delay sampai diri stress gila, so memang dari sekarang dah ingatkan everytime breastfeeding session, tinggal sekian2 tempoh lagi untuk anakanda menyusu. Hope she understand well. Kasi can mama nak berintan najwa tahun depan. Amin.
6. Alhamdulillah hasrat hati nak berkumpul adik beradik dan keluarga tahun ni tercapai, banyak kali kami boleh bertemu dan berkumpul walaupun sekejapan, alhamdulillah. Tak mudah ye bila masing-masing ada kehidupan masing-masing, duduk negeri lain-lain, cuti lain, komitmen lain, jadi nak berjumpa berkumpul tu kena ada pengorbanan masing-masing, kalau tak jumpa sekali setahun jelah masa raya, tu pun kalau giliran kebetulan sama semua. Begitulah hakikat hidup, sob sob sob.
7. Rasanya dah hampir genap setahun percubaan untuk kurangkan aktif kat Facebook, tak buat status, story, kurangkan komen dan like, nak buang habit, nak deactive terus sayang sebab follow kelas taddabbur al-quran kat sana, so tulah jelah the reason paling kuat tak boleh tak, terpaksa juga hadap facebook. Adeiilah.
8. Fail teruk ubah rutin harian, still takleh catch up bab tidur sebab masih in progress breastfeeding, jadual tidur memang tunggang terbalik lagi, ada awal, ada lewat dan terlalu lewat hinggakan nak bangun pagi berat. So kalau pagi dah fail, hmmm.
9. Tahun sengkek. Tapi mencukupi, rasa cukup alhamdulillah. Takde duit tetapi tersampai juga luar negara, hidup penuh dengan kejutan. Begitulah.
10. Ditutupi akhir tahun dengan berat badan 69kg,kihkih . Tamat.
Frustrated? Nope, malah hidup kena diteruskan, yang penting rasa syukur tak pernah putus, dan itulah doa kesekian kali dan berterusan hingga akhir nyawa, moga jadi hamba yang sentiasa bersyukur. Yang tak sempat capai dan tak tercapai lagi, insyaallah sampai waktu yang tepat tetap merasa. Moga masih berpeluang. Amin. Dan moga ku bertambah rajin menulis tahun depan. See you next year, rindu rindukan tulisan iols okay, hahahaha.
"Ikah, kahwin nanti dapat anak, kasi anak bergantungan kat kaki ayah dia" dekahh ku gelak ngomelan cik yah. Tersenyum teringat kenangan yang satu ni dengan arwah mak saudaraku yang paling comel, boleh kata kembarku, pasal seiras mukaku dengan arwah. Ku ingat masa anak-anak mak saudara ku ni kecil berderet macam daku, rilex, chill, tak stress pun nampak, ku tanyalah macam mana? Sibukkan ayahnya. Mak saudaraku tak pandai bawa kereta, orang yang paling sibuk tentulah suaminya, hantar ambil mak saudaraku balik kerja, urusan anak-anak semua pak saudaraku selesaikan. Tengok pak saudaraku dalam bebel lucu dan kelakar juga. Sebab selalu makan sedap mak saudaraku masak.
Ku masih ingat setiap kali pergi rumah mak saudaraku, yang paling sibuk tentulah mak saudaraku, pasal dia tukang masak, cakap je nak makan apa, kalau tak rajin dia tapaukan siap-siap makanan kat kedai untuk jamu anak-anak saudara yang datang ruamh, memang kerjanya jamu orang makan je, sebab suka masak dan raikan tetamu. Yang paling kedua sibuk tentulah lakinya mak saudaraku, jaga anak-anak. Mana tak senyum mak saudaraku, dari anak-anak lahir, kecil, tukang basuh berak, buat susu anak-anak semua suaminya yang settlekan, sebab tu anak-anak memang pantang nampak muka bapak, memang kena serbu macam fans kpop tengok BTS. Peminat, fanatik boleh kata anak-anak memang bergentayangan kat kaki bapaknya, hahaha.
Mak saudaraku? Lawakan diri, happykan diri, belanja diri, urusan kekemasan rumah dan almost hidangan untuk laki dan anak-anak dari air tangannya. Suami banyak bantu uruskan anak-anak, jadi banyak lah leganya. Tu pasal bila arwah mak saudaraku meninggal, alhamdulillah pak saudaraku bab jaga anak-anak tiptop, semua dah jadi anak dara besar remaja dah, tapi stay single sampai la, tak jumpa lagi pengganti mak saudaraku yang comel. Ada betul juga nasihat arwah mak saudaraku, sibukkan lelaki dengan anak-anak. Bagi cramp jadual lelaki qawwam. Kasi padat masa dan urusan, duit pun sama habis kat bini, duit laki bini punya, duit bini, bini punya, hahahaha.
Seawal lima ke sepuluh tahun fasa kenal dan adaptasi, rasa macam dah kenal dan faham benorr, tapi tidak, macam dah tahu benar, tapi rupanya khayal seorang. Kita kata macam tu. Dia kata lain terus. Nak memahamkan seseorang lain, lain jantina, lain didikan, lain cara kehidupan, lain tingkahlaku, bukan senang. Melainkan Allah satukan hati masing-masing, titiktemu yang sebenarnya, situlah. Lima ke sepuluh tahun ni ku kira fasa bergaduh berbaik bergaduh berbaik, sebab dalam fasa ni banyak cabaran tambah kalau ada anak kecil tambah berderet macam dakulah. Ni memang fasa letih jelirr orang kelate royat, dua-dua letih penat kalau dua-dua involved, kalau tak sorang je yang tanggung letih, either laki tak pun bini. So cooperatelah, kasi dua-dua letih, baru tak mengungkit.
Dalam tempoh sepuluh tahun ni Allah kasi lima ke enam anak, how can I manage them all tanpa bantuan suami, even suami bantu pun kadang rasa crack emosi dan otak. Gaduh lagi. Dalam pada crack emosi datanglah teringat susuk cinta hati pertama dalam hidup, ayahku. Dalam pada lelaki yang ku cintai sekarang, takde contoh terbaik dalam menyantuni seorang isteri. Tentulah ayahandaku. Ku bersyukur aku antara anak perempuan bertuah sebab punya ayah terbaik dalam hidupku bagi panduan, bagi pelajaran, bagi pengajaran. Cinta dan kasih sayang seorang ayah, sememangnya impak besar untuk seorang anak perempuan. Tak semua bertuah untuk punya seorang ayah yang terbaik, kerana dalam terbaiknya seorang ayah, ada juga yang tega membuat tahiii.
Boleh kata fasa lima ke sepuluh tahun berumahtangga fasa pening lalat nak serasikan peel masing-masing, nak rendahkan ego masing-masing, fasa nak one two som lagi siapa nak basuh berak anak-anak, layan anak-anak bila nak rest, fasa nak terima habit buruk masing-masing, fasa nak hadap busuk kentut masing-masing, fasa nak memahamkan selera tekak masin kelat, fasa nak bergaduh berbaik dengan solusi, fasa nak adjustlah lebih kurang. Mantap dan padu betullah bila fasa macam gini dia punya cabaran, boleh pula ditambah lagi satu pening lalat, saru ku memikir, apa yang di nak sebenarnya dalam hidup ni, mungkin fasa cari pasal agaknya.
Apapun, ku ingat pesan arwah mak saudaraku yang satu ni, yang ni ku simpan sendirilah, next time kalau ada hati nak share, ku taip, banyak sangat contoh kebaikan yang dia buat, tapi tak mampu lagi ku ikut buat, moga ada kekuatan untuk berbuat kebaikan sepertimana yang ditunjukkan. Betullah jadi suami isteri dan ibu bapa untuk anak-anak bukan untuk mendidik mereka sebenarnya, tapi lebih mendidik kita untuk diteladani untuk anak-anak sepertimana ayah, mak buat. How can't I adore them? Miss them. Bab urusan rumahtangga ni, serah jelah kat DIA, tempoh besarkan anak-anak ni memang takde daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Penattttt. Apatah lagi nak jaga tok laki. Biar jelah kalau dah nak cari pasal. Hati manusia takde siapa boleh pegang kalau dah beralih kat lain. Kita ubati diri sendiri dan move on. Moga hati yang terluka membaik dengan perkara yang lebih baik dan indah.

Top Social