Setelah beberapa kali episod pindah rumah, sesekali fikir memang memenatkan dan leceh sungguh bab pindah rumah ni, tapi bila fikir balik ada bagusnya juga kerap berpindah ni tak stay in one place in long time. Ada keburukan dan kebaikan jugalah, bukankah setiap perkara datangnya secara berpasangan, pastilah juga sama dengan situasi, adakala nampak dan dirasakan buruk, negatif tapi pasti ada baik dan positif. Yang paling leceh bab pindah-randah ni, yang paling Ika tak suka adalah kemas barang-barang rumah, seriously, memang tak suka. Tapi bab paling suka nak kemas balik barang-barang yang dipindahkan. Tahu kenapa? Ika just share pengalaman sendiri sepanjang berpindah randah rumah, antara the best thing boleh buat bila Ika pindah rumah.
Pertama sekali pilih barang-barang rumah sama ada adalah keperluan atau kehendak (hiasan/kenangan). Declutter barang yang dah tak digunakan, kurang digunakan atau yang memang tak pernah sesekali digunakan. Ada sejenis orang yang memang rasa sayang dengan sesetengah barang untuk di buang disebabkan kenangan, mahal atau sukar didapati, namun sikap sebegitu harus di didik supaya tak menjadi habit kerana lama kelamaan ia akan menjadi satu penyakit. Biasanya kalau yang jenis ni, barang-barang tersebut akan berhabuk, terbiar dan terkumpul di suatu ruang sehingga menyempitkan ruang asal. Sebaiknya ketika anda dalam proses mengemas, anda sudah sedia untuk menyisihkan barang yang sudah anda tidak gunakan.
Keduanya elakkan sesekali bawa pindah barangan, perabot yang sudah rosak atau lama kerana anda fikir nanti di rumah baru anda akan perbaikinya. Barangan yang sudah tidak lagi berfungsi dengan sebaiknya, atau rosak seeloknya anda jual pre-loved atau kedai secondhand atau tolak ke tempat recycle. Manfaatkan sebaiknya ruang dan muatan dalam lori supaya tiada penambahan trip yang akan menambah kos bayaran bagi barang yang sudah uzur. Yang ni seriously tepat sangat, Ika menyesal tak sudah bawa pindah barang yang uzur ni sebab memang bila masuk rumah baru, tentu dah barang tersebut memang tak guna sangat pun, dahlah buat semak dan sakit mata je memandang, melainkan anda kaki DIY, barang sebegini memang tak ternilai. So korang yang nak pindah tak payah fikir bab sayang nak tolak barang yang dah uzur ni ke tempat sepatutnya, kalau pre-loved at least dapat juga hasil walaupun suku atau separuh dari harga barang tersebut. Ini untuk yang jenis tak kreatif macam Ika, memang tak reti nak bertukang ni, kalau masa kemahiran hidup dulu buat musik box fail terus, box tak dapat tutup, bunyi pun takdak, lampu tak nyala, sadis!
Ketiga jangan lupa checklist bila nak pindah. Antara checklist bila anda nak pindah rumah adalah
- Pilih tarikh untuk keluar rumah lama dan masuk rumah baru (termasuk inform tuan rumah sewa lama dan baru)
- Survey dan decide untuk lori pindah (melibatkan perbandingan kos untuk trip/berat tan ikut kesesuaian barangan rumah)
- Senaraikan kemaskini alamat baru untuk proses pemasangan water filter/astro/Internet dan sebagainya.
- Selesaikan segala bil yang ada.
- Asingkan barangan yang nak dipreloved/buang/guna/barangan berharga
- Uruskan dan rancang barangan basah dalam peti supaya tak terlebih beli bila hampir dengan hari pindah supaya barang basah tersebut tak terbazir dan terbang begitu saja.
- Rancang bagaimana susunan barang di rumah baru supaya movers boleh turunkan barang dan letak ke tempat yang telah di rancang, jadi taklah anda banyak kerja nanti.
- Rancang supaya hari berpindah segala keperluan air, eletrik sudah dapat digunakan seusai semua barang-barang dah dipindahkan.
Banyak lagilah list lain yang korang kena buat ikut kesesuaian. Biasa Ika kalau nak pindah dah fikir siap-siap barang nak letak kat mana di rumah baru tu, sebulan atau seminggu sebelum pindah dah pergi tengok dah ruang-ruang kat rumah baru supaya boleh plan nak susunatur perabot barang macam mana so takdelah mati kutu bila tengok terlampau banyak barang.
Keempat barang-barang terpilih yang nak dipindahkan anda dah susun dalam beg/kotak/box plastik dan diletak label untuk memudahkan movers angkat dan susun barang-barang nanti. Labelkan setiap kotak letak kat mana macam dapur, ruang tamu, bilik 1, bilik 2 dan sebagainya, memudahkan movers yang akan memunggah barangan tersebut tanpa banyak soal. Takdelah kita pun serabut fikir kat mana kotak-kotak tersebut di letak bila mula nak mengemas di rumah baru nanti sebab barang-barang dah bercampur.
Kelima pemilihan servis Lori pindah. Haa yang ni ramai buat sambil lewa kadang ambil servis lori tak padan dengan barang kat rumah, terlebih-lebih sampai tak muat hingga kena buat trip tambahan, tak pasal kos pun bertambah sama. Lagi pula kalau ada manpower kos, orang yang angkat barang-barang rumah nanti. Yang ni masa deal kena jelas supaya tak keliru, pastikan servis dan kos yang ditawarkan sudah termasuk kos manpower atau tidak. Kat sini ramai yang bising dan rasa tertipu sebabnya ingat kos di bagitahu dah termasuk kos untuk orang yang angkat-angkat barang, rupanya tidak last-last bergaduh pastu pening dah terlebih bajet. So kena banyak Hati-hati kat sini biar jelas lori yang nak kita guna tu berapa tan dan melibatkan berapa orang yang akan mengangkut naik dan turun barang kat rumah lama dan baru nanti.
So pengalaman Ika, memang aim setiap kali pindah semakin kurang barang-barang yang dibawa pindah, Ika memang tak simpan barang-barang lama, barang yang tak digunakan, barang yang jarang digunakan, pakaian yang dah tak muat, perabot yang dah uzur memang declutter terus. Matlamat rumah sekarang minimalist sebaik mungkin, nak rumah lapang dan tak banyak barang hiasan dan perabot sesuai dengan level kerajinan yang ada tak berapa rajin nak mengemas, wakaka. Tu sebab kalau suami tunjuk rumah besar, hilang nafsu tengok, cantik memang cantik, tapi memikirkan banyak benda nak kena jaga rumah besar ni, termasuk bab mengemas dan kos selenggara untuk sebarang kerosakan, memang tak mengidam nak rumah besar.
Rasanya bab rumah ni seiring dengan proses kita lalui kot. Tengok mak ayah kita dululah, masa anak kecil takde rasa keperluan nak rumah besar, bila sampai satu peringkat anak besar remaja, dewasa, rasa perlukan rumah dan bilik seorang satu bagi setiap anak tambah pula kalau anak mula dah bina rumah tangga, so balik rumah parents pasti perlukan bilik privacy setiap orang kalau dah ada pasangan, tapi bila anak dah mula beranak pinak dan cucu membesar rumah sedia ada tak muat menampung semua, ada yang sewa homestay atau hotel untuk tidur disebabkan situasi semasa. Sampai situasi tersebut bila semua anak-anak dah ada kehidupan masing-masing, tinggal berdua laki bini, sedar rumah yang luas besar sunyi sepi, dan ruang yang ada dan hanya digunakan bilik tidur dan dapur sahaja. Ni pemerhatian sendirilah kehidupan orang tua kita dan yang lain bila usia makin menjengah. So instead ada rumah besar, i just dream small house. Tapi kalau anak-anak balik berkumpul semua macam mana? Hehe, yang ni kena kreatif sikit lah masing-masing. Ku dah imagine how the situation kalau panjang umur bergelar nenek atok, macam mana satu family nak berkumpul. Haihh panjang betul berangan, kot-kot dah kat rumah abadi sedalam 7kaki tu sebelum tua, umur kan rahsia Allah. Yang tu kita impikan taman seluas langit kat rumah abadi. Rumah kat dunia bercita-cita nak sederhana je. Apapun tu sajalah tips dari Ika bab pindah rumah, even sekarang duduk rumah sewa, bersyukur sangat dan tak pernah rasa kurang walaupun diumur ni semua kawan-kawan masing-masing dah punya rumah sendiri. We all percaya sampai masa terbaik Allah bagi apa yang kita minta. Bersyukur sangat sekarang punya tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak membesar dan didik keluarga. Insyaallah apa yang Allah bagi sekarang ikut kesesuaian, keperluan dan kecukupan kita dalam kehidupan, tak lebih tak kurang, alhamdulillah.
Tasik Raban pasti korang tahu kat mana kan? Kat Lenggong Perak, buat yang blurr macam iols, hahah. Apa yang famous kat Tasik Raban bukan pasal hantu, aishh korang ni suka bebenor cerita seram ye. Nak cerita salah satu daya tarikan kat sini adalah Restoren Tasik Raban yang terkenal dengan masakan kampung yang asli, sedap dan berbaloi untuk singgah makan. Sepanjang kami lalu lalang jalan ni baru sekali je kami singgah makan dulu tak ingat dah tahun bila, tapi rupa-rupanya memang Restoren Tasik Raban ni menjadi pilihan ramai dan siap ada cawangan lagi. Kami tak tahu sebab pesen kami berjalan jauh memang membekal makan, jadi takde singgah makan situ sini kalau perjalanan jauh, melainkan singgah pergi tandas je atau memang dah plan awal-awal tak nak membekal dah tahu nak singgah makan kat mana nanti. Biasa bab membekal makan tu wajib lah, sebab anak ramai maklumlah ongkos dah satu hal, bab nak singgah tempat ramai-ramai ni malas sikit.
So kesempatan singgah kali ni kami makan kat Restoren Tasik Raban ni, kalau dah lewat memang tak singgahlah biasanya sebab restoren cemni lewat sikit dah tinggal hujung-hujung lauk je. Kebetulan singgah tu baru pukul 1 petang, jadi kami singgah sini jelah memandangkan anak-anak dah berzikir lapar. Apa yang pasti restoren ni lapang dan luas, bersih juga kemas. Kelengkapan surau dan tandas pun ada, jadi memang pilihan tepat untuk yang bermusafir untuk singgah.
Hidangan kat sini ala-ala buffet dengan pilihan yang pelbagai lauk dan masakan. Paling famous tentulah ikan tawar Tasik Raban dan masakan lemak cili api. Harga makanan kat sini pun agak berpatutan dan yang paling penting semua masakan sedap dan secukup rasa. Nak makan ulam-ulaman bermacam pilihan ulaman kat sini, pilih dan makan, semua layan diri sajalah. Antara cawangan Restoren Tasik Raban selain kat Lenggong adalah di Simpang Pulai, yang kat Ipoh katanya dah tutup. Mungkin kurang sambutan akibat PKP dulu. Actually memang banyak sangat bisnes ranap akibat PKP and so on, tapi at the same time banyak juga bisnes yang mula naik akibat PKP, apapun semuanya berhikmah, insyaallah.
Tak pernah dibuat orang makan angin kat RnR, tapi peduli lah kat orang yang penting bahagia cara kita. Seingat kami dah berapa tahun dah tak masuk mall besar sejak ada anak kecil ni, masing-masing dah membesar baru ada sekali dua menyusup masuk dalam shopping mall, dulu masa memula dapat anak masuk mall seperti night mare okey, seingatnya ada masa kita orang pergi berjalan-jalan kat Alamanda, Harraz melalak tak cukup susu, uii biru muka mamanya, cecepat balik sebab tak bawa susu pump lebih, letih gila menyusu full pumping ni, serik dah satu hal. Sebab tu lah kalau tanya pasal mall ke cerita kedai-kedai dalam mall memang slow sikit nak tangkap isi percakapan. Hampir tujuh lapan tahun juga lah tak masuk mall, ni depa dah besar baru nak berjinak-jinak balik tu pun dah tak masuk dengan jiwa sebab crowded with people, biasalah introvert person kurang sikit bab situasi keramaian sebegitu, wakaka.
So PKPB terlaksana ni antara agenda diri sendiri nak makan angin kat RnR je, what? Lakiku terkejut, macamkan tak pernah layan bini mengidam nak berjalan-jalan kat RnR, hahha. Maka di satu hujung minggu kami anak beranak bersiap nak keluar makan je pun kat kedai-kedai RnR, alhamdulillah orang memang tak ramai lah boleh kira kereta berapa ketul kat parking tapi tak sunyilah, kami pilih RnR Tapah Utara senang sebab straight je dari rumah keluar Tol Tapah terus. Tak sampai 10minit sampai, time tu pun dah lewat petang, kami decide makan dulu, solat maghrib dan balik. Punyalah happy anak-anak sampai RnR, ahh senang betul nak happy kan orang perempuan dan anak-anak ni, simple thing pun kasi impak besar dah, tak giteww, tak tunggu emas permata saja nak gembira,kihkih.
Antara banyak-banyak tempat Rawat dan Rehat (RnR), RnR Tapah paling ramai orang suka singgah berhenti kot kalau guna highway Utara Selatan sebab RnR Tapah complete dengan banyak kedai pilihan kegemaran dan famous terutamanya RnR Tapah Selatan lah, kira dah macam masuk mall dah bagi kami ni, tu level dia, jimat step nak jalan, ahahah. Kalau musim cuti, dia punya sesak kat situ, Masyaallah memang teruk, zaman koronah ni memang payah dah lah nak tengok RnR sesak sebegitu, good for us, wakaka. So settle makan-makan malam, malam tu pilih makan kat Pak Tam Restoren je, kami terus settle solat maghrib dan Ika ambil peluang singgah beli donut kat Dunkindonuts dan rezeki kami siap dapat free lagi sebekas donut satu box, maybe kes takdak orang kot, alhamdulillah, kikiki terus balik rumah dan rehat.
Esoknya keluar pusing-pusing ambil angin kawasan sekitar, kawasan pilihan tentulah Gopeng, our nature place yang tak pernah puas kami pergi. Sambil tengok kawasan peranginan yang dah mula penuh di booking orang ramai terutama orang tempatanlah. Orang Perak ni sangat bertuah sebab negeri Perak antara hunting Place orang luar nak datang tau, rugilah kalau orang perak sendiri tak appreciate segala kecantikan alam semulajadi dan tarikan yang ada kat negeri Perak ni. Segenap daerah kat Perak ni ada daya tarikan tersendiri, tak percaya tengoklah kalau ada tempat viral, kadang orang yang dah memang duduk situ tak tahu menahu kewujudan tempat tu, betul tak?
Sepanjang duduk Perak ni memang banyak sangat lagilah tempat tak sempat nak teroka kesemua daerah-daerah kat Perak ni too much thing to share. Moga ada rezeki dan waktu kita terjah satu-satu. So lepas dari balik melawat kawasan, kami decide balik ikut highway so bolehlah makan angin kat RnR Tapah Selatan pula, hahha. Kat sini memang best sebab banyak gerai-gerai buah-buahan, kedai franchise yang famous seperti Starbucks, A&W, Baskin-Robbins, Pizza Hut, Harold's Bakery dan banyak lagilah pilihan berbanding rnr arah Utara untuk singgah rehat dan juga makan-makan, that's why ramai kot pilih RnR Tapah untuk pit stop bila bermusafir. Ke dah ada yang rindu kat RnR Tapah ni? Dah boleh rentas nanti bolehlah singgah ye.
The most missing thing to do kat Cameron Highlands adalah singgah kat Kea Farm, walaupun kadang pergi situ tak beli apa pun, sekadar jamu mata. Too much colorful things there terutama sayur-sayuran dan buah-buahan memang buat mabuk tak tahu nak beli yang mana satu. Percaya atau tak kalau naik Cameron Highlands waktu takde orang memang tak best, tak meriah. Tapi I like masa-masa sebegitu, nak jalan tak bersempit-sempit dan berhimpit-himpit. Tapi yang ramai-ramai tu jugalah orang suka betul dak. Kalau masa takde orang, nak jumpa orang jual makan dan masakan pun payah. Baik masa orang ramai pulak sebab dah tentu-tentu banyak seller yang menjual. Tinggi demand tinggilah supplynya, konsep ekonomi begitulah. So nak naik Cameron kalau dah ramai, memang takleh bincang ramainya. Bab sesak dan jammed teruk lah buat ramai yang putus angin nak berjalan-jalan kat Cameron Highlands termasuk Ika.
Biasa jammed teruk pun jalan nak pergi ke Kea Farm ni lah, semua orang berpusu-pusu kat sini. Sebab banyak pilihan kat sini terkumpul kat satu tempat termasuk makanan-makanan sedap. Datang Kea Farm wajib borong scones, Kek Pak Tam, sayur-sayuran dan buah-buahan Cameron Highlands dan makanan jalanan/gerai kat sini. The feeling tu yang pernah merasa je tahu kan? Dapat makan sayur celup tepung, ubi kukus panas-panas, jagung manis bakar sambil jalan-jalan cuci mata.
So kalau nak naik memang kena elak cuti sekolah, public holidays, naik sana waktu tu memang mengundang calar balar emosi terganggu akibat ketidaksabaran diri sendiri dikala orang bersesak-sesak. Orang pahang tu untung lah sekarang boleh jalan-jalan Cameron hinglands dengan bertenang-tenang, almaklum rentas negeri belum di izinkan. Zaman sekarang kau nak rentas negeri atas alasan apa sekalipun jangan bagitahu satu dunia, sebab semua tengah trigger teruk akibat dah lama di kurung. Pejuang dan pemuja PKP terutamanya memang trigger teruk lah bab-bab cemni, memang pantang tengok orang terlepas sini sana, kalau boleh depa nak semua orang masih berkurung duduk diam-diam dalam rumahlah kot ekk. So harap-harap pejuang-pejuang tersebut masih konsisten mengamalkan amalan tambahan seperti dulu macam basuh duit, barangan yang dibeli, mandi sebelum masuk rumah dan sebagainya sebab takde yang berubah pun dengan koronah ni, still wujud dan bahaya seperti yang di anggap masing-masing. Jangan lupa ye masing daftar untuk vaksinasi barulah boleh bebas melancong sini sana lepas ni tanpa perasaan bimbang dah.
So for me PKPB yang terlaksana sekarang ada good side jugalah sebab dapat kawal yang merentas negeri. Dapat rentas daerah pun kira banyak baik dah sebab barulah orang tempatan sedar tempat sendiri banyak tempat-tempat terbaik dan menarik. Kedai dan restoren yang dulunya diserbu orang luar, sekarang orang-orang tempatan yang serbu. Okaylah tu, asal semua ikut SOP. Once dah dapat rentas negeri hope semua sabar ye layan keinginan nak keluar berjalan-jalan makan angin ye, one by one settle. Jangan lorat gaduh orang kelantan kata, kihkih. Tak kata orang, diri sendiri pun dah kemaruk nak pergi situ sini, we love freedom right? Yang betulnya sekarang golongan marhaen kenalah follow segala SOP, termasuk bab rentas merentas, yang buat business, Insta famous, retis dan golongan kayangan pergi memana pun tiada masalah, double standard everywhere, anything, everything, nasiblahhh.
Lokasi: 43&44, Medan Argo, Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi: 8am – 6pm
I think kebanyakan masalah yang di hadapi kita semua bila terlalu lama duduk dalam rumah, badan naik berat mendadak. Yelah takde kerja lain dalam rumah pun, masak makan ulang sampai gedeboss naik berat tanpa sempadan. Nak menangis tu dah yelah, bukan senang nak turunkan angka, nak naikkan angka sekejap je kat penimbang berat tu. Tak lama lagi pun dah masuk bulan Ramadhan jika di izinkan Allah melalui bulan Ramadhan. So bagaimana persediaan anda semua, dah ready ke? Ramai dah pulun ganti puasa sebelum masuk bulan puasa ni. Selain settlekan hutang puasa, settle juga hutang-hutang yang ada lagi-lagi hutang sesama rakan, saudara dan sebagainya. Nak tahu berat badan kita okay fit ke tidak senang je. Ramai dalam tak sedar dah naik berat, tapi rasa macam okay tiada perubahan, sebenarnya ada tanda-tanda yang sedang memberi signal bahawa badan kita tak fit dan ideal, so supaya kita termasuk Ika sendiri tak terlalu in comfort zone, kena tahu we're not in right path bila dah jadi seperti berikut.
Pertama sekali, bila badan dah tak fit, tanda paling obvious adalah diri sendiri nampak lebih pendek dari biasa. Like seriously? Iyye, so kalau uols dah kategori petite pergi plak tambah berat badan, memang terus nampak makin pendeklah. Adoii nak menangis plak baca kenyataan ni sebab iols pun golongan petite person. Kalau naik berat badan akan nampak jelas lagi kependekkan diri.
Kedua tanda badan dah tak fit, tidur terganggu, atau waktu tidur tiada rutin tetap selalu tidur lewat atau tak cukup tidur. Like obviously memang benda ni macam berkaitan antara satu sama lain, tak cukup tidur atau tidur lewat memang buat perut rasa lapar tambah lewat malam, pastu mulalah masuk dapur dan merepek bukan-bukan cari makanan, walaupun hati menolak, tapi nafsu makan increase tanpa sebab memacu pencarian makanan hingga berjaya masuk dalam perut, kau makan pastu kau menyesal, pastu terus tidur. Bangun esok pagi kau bawa penyesalan tersebut dengan cari lagi makanan lain sepanjang hari untuk memuaskan nafsu makan.
Ketiga pergerakan tubuh badan mula terbatas, tak boleh berdiri lama, atau berjalan terlalu lama mulalah rasa sakit tapak kaki, sakit lutut, rasa mengah dan sebar is dengannya. Bab pakaian tak muat tu tak payah cakap, semua orang ada denial mode. Memula takleh terima lepas tu pasrah. Mula cari baju in big size. Masa menyesal pun dah tak guna, saiz baju dah berubah dah pun.
Keempat, mula orang tegur kau bukan-bukan. Kalau yang dah kahwin, eh you mengandung lagi ke? Eh ada isi ke? Atau yang bujang be like, kenapa nampak makin sihat? Kenapa nampak macam lain ehh dari dulu(double meaning) yang ni faham-faham instinct sendiri. Yang pasti benci betul nak hadap soalan tersebut, betul dak, hahaha.
Kelima, kau sendiri perasan kesemua tanda-tanda tersebut tapi masih belum ada effort nak buat sesuatu untuk atasi masalah tersebut. Adakah sudah termasuk dalam comfort zone? Takpe, aku gemuk pun takde susahkan orang, tak habiskan duit orang lain nak beli makan. Takpe asal hati bahagia boleh makan apa sahaja. Ohh so me! Ya Allah so sekarang, iols nak insof tapi otak masih berfikir tentang makanan, hari ni nak makan apa, hujung minggu ni nak cari makanan apa yang best? Ya Allah dugaan apa ini? Dugaan nafsu namanya. So sampai bila?
Yang pasti entah dapat balik kampung raya ke tidak tahun ni, tiada siapa yang boleh jamin, so tak payah berharap sangat, fokus kat bulan Ramadhan yang kita akan lalui, dok memikir sangat kan sedih pula, tambah ramai dah setahun lebih dah tak balik rumah penangan wabak koronah ni. Ada yang dah capai banyak target sepanjang PKP ni untuk buat mini kebun, turunkan berat badan, bina hobi dan habit baru sempena tahun 2021. Tahniah buat yang berjaya, yang tak berjaya dan masih dalam proses jangan pernah putus asa ye, insyaallah slowly but surely the times you can achieve your goals. Jangan banding dengan orang lain, banding dengan diri sendiri sahaja, buat lebih baik hari ini berbanding semalam. So korang dah rasa macam blurr dah nak kuruskan badan macam mana? Jangan risau banyak dah channel untuk korang turunkan berat badan in natural way, insyaallah jadi untuk yang komited buat, kat instagram bersepah coach online yang buat kelas Kurus, murah dan sangat berkesan, tinggal effort kita semua je nak pilih dan adjust ikut kesesuaian diri. So bab nak cari coach tu dah tak payah risau too much choices out there, yang risaunya diri sendiri je masih tak sedar diri dah overweight, suka makan tapi nak kurus. Yang tu kena sedarkan dulu okay, ni iols pun terasa pasal memang dah jarum penimbang terlebih-lebih bagi red flag dah tapi tuan punya badan tak insaf-insaf lagi, wuhuu. Apapun moh ler kita berjemaah turunkan berat badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






Top Social