Asbab Jumpa Servis Confinement Lady Terbaik

7.05.2019

Dulu-dulu, pengalaman anak pertamalah, Ika berkira-kira sangat dengan diri sendiri. Perkara yang paling last Ika cari 'confinement thing preparation'. Rasa tak perlu pun. Sebab fikir dapat bertungku dan mengurut pun dah ok dan cukup dah. Tak payah membazir. Since pengalaman pertama banyak Ika belajar. So bila dah masuk anak kelima ni, tempoh berpantang adalah perkara pertama Ika fikir.

Nak beli dan prepare set mana masa pantang.
Nak ambil tukang urut selama mana bila pantang.
Nak prepare menu apa sepanjang pantang.
Jadual/rutin semasa berpantang


Semua tu submit kat suami, supaya suami pun tahu dan faham apa yang kita perlukan semasa dalam tempoh pantang nanti. Dan paling penting kita sebagai orang yang bakal berpantang nanti, dah prepare fizikal mental, dah visualize apa yang akan kita lalui semasa pantang nanti. Alhamdulillah since pengalaman 4kali berpantang, setiap kali berpantang, tempoh berpantang tu bertambah baik, dan Ika perbaiki apa yang perlu. 


Contoh macam pengalaman anak pertama, memang Ika tak berpantang mana, mengurut bertungku, makan pun tak jaga mana, so kesannya yang teruk masa mengandung kali kedua dah merasa. Lagi masalah plak anak meragam, payah nak tidur, kita sembelit masa pantang kali pertama dan kedua tetap Ika lalui, tak cukup kes anak pertama asyik meragam, perut kembung, stress sebab susu badan tak banyak, anak kedua pulak kita stress sebab susu sebab terlebih banyak, sampai demam akibat bengkak susu. 



Masa tu vitamin pun Ika tak consume hanya beli Nona Roguy yang loose item je, sebab memang perlu yang tu je rasanya pastu upah orang mengurut dan dalam 10hari je sepanjang pantang anak nombor dua. Tempoh pantang ni memang uncertainty problem yang bakal kita hadapi, so jangan kata, insyaallah anak tak meragam, insyaallah kita dapat banyak rehat, insyaallah tak sembelit punya. Salah ok. Any problem akan kita hadapi masa pantang, malah masalah yang kita tak jangka pun. Tambah lagi bila anak bertambah. Kita akan terlampau penat. Sebab apa? Sebab kita kena handle anak-anak yang lainlah selain dari handle yang baru lahir. Kalau suami dapat cuti panjang tu lain cerita. 



So bertitik tolak dari pengalaman yang tak best, pahit dan serba tak kena masa pantang kali pertama dan kedua Ika prepare yang terbaik untuk kali ketiga, bertambah baik untuk kali keempat dan lebih baik dan puashati untuk kali kelima ni insyaallah. Kali ketiga berpantang, alhamdulillah Ika syukur sangat dapat tandem nursing anak, walaupun penat, namun kesedaran dari awal pentingnya perihal pantang ni, sangat bantu proses pantang dan menyusukan anak dengan lancar. 


Tambah lagi nak handle baby baru dan anak-anak. Dulu dok fikir masa pantang tu lah nak rehat. Tapi rupanya dalam pantanglah banyak energy nak guna. So first thing semestinya sediakan keperluan yang dapat pulihkan tenaga secepat mungkin selepas bersalin dan support luka dan badan pulih cepat supaya dapat handle semua tulah. So untuk kali kelima ni, Ika lebih bersedia dengan much more better preparation untuk dalaman dan luaran.

Persediaan Vitamin dan Set Pantang

Untuk kali kelima ni banyak gaklah berhabis untuk berpantang, anak lima kot so kena kasi yang terbaik untuk diri sendiri. Lagipun Ika dah niat jugak nak menyusu badan 2 tahun gak untuk anak kelima, so kena sediakan nutrisi terbaiklah untuk badan, so that baby baru terima perkara terbaik dari mamanya. Untuk set pantang macam biasa pilihan Ika untuk luaran Ika pilih Nona Roguy dan untuk dalaman Ika ambil Set lengkap Pantang Shaklee.

Pertama kali mengurut masa mengandung


Sepanjang kehamilan kali kelima Ika memang takde masalah selain GDM on diet, dan bila masuk 25minggu keatas, masalah sakit celah kelangkang tu sakitnya tak boleh bawak bincang sampai Ika tak boleh nak tidur. Serasanya sepanjang mengandung Ika hanya tidur-tidur ayam, sebab makin kandungan besar makin sakit celah kelangkang. Orang tua kata kes urat peranakan sakit, so memang yang tu lah sakit paling azab mengandung kali kelima. Nak tidur dah satu hal, bab nak tukar posisi masa tidur sama ada mengiring ke kanan atau ke kiri pun sakit. Nak bangun dari tidur, nak duduk, nak bangun berdiri, nak berjalan, dan yang paling teruk masa nak angkat kaki nak pakai pakaian, Allahu memang berair mata tiap kali nak buat aktiviti apa-apa. Mommy preggy yang pernah alami je yang tahu macam mana teruknya sakit celah kelangkang ni.


Kebetulan suatu hari kakak sulung call, kami borak panjang hinggalah keluar isu sakit celah kelangkang ni, sambil mengadu seksanya sakit tubuh bila mengandung ni. Masa tu lah kakak cerita balik tentang tukang urut yang mengurut kakak masa berpantang anak ke-4, so kakak bagitahulah tukang urut tu mengurut best sangat. Hilang dan selesai masalah sakit tubuh lepas mengurut dan yang penting tukang urut boleh mengurut orang mengandung. Kakak suruh cuba mengurut kotlah boleh selesai masalah sakit celah kelangkang tu.


Habis sesi borak, Ika dok fikir sendiri nak mengurut ke tak, sebab orang katalah bahaya mengurut masa pantang ni, tapi ku pun tak pernah urut, jadinya fikir kalau tak urut masalah tak selesai, nak tunggu sampai waktu bersalin nanti memang lama dan makin azablah jawabnya. Nak buat rutin harian pun apapun tak boleh. So setelah menimbangtara, Ika decide balik kampung nanti nak mengurut jugak. Since kakak dah bagi alamat lengkap dan dekat saja dari rumah mak mertua, Ika bagi peluang kat diri sendiri untuk mengurut dan ikhtiar apa yang patut.

The day kami balik kampung, itulah matlamat paling utama, so pada hari yang agak baik tu, Allah izinkan Ika bertemu CL (confinement Lady) /tukang urut kat rumahnya. Berdebar gaklah sebab memang first time Ika mengurut masa mengandung, ceritalah serba sedikit masalah Ika, so start je dari sentuhan dan urutan pertama sampai akhir, asyik mengaduhnya kerja Ika, punya sakit betul urat tubuh Ika.

Cikna bagitahu, "ni masalah lama dah ni, bukan baru ni, masalah sejak anak pertama bawak ke anak ke lima ni", kata Cikna. Eh terkantoi tak pasal iols memang tak pantang terus masa kelahiran anak pertama, ceaser kan? Alasan sangat, mbhahhah. Rasa menyesal pun ada, kesnya sakit sangat mengurut kali ni, tak pernah selama ni mengurut dia punya sakit tu setara ni. Even kena urut, sikit pun perut Ika tak disentuh, memang tukang urut tempat yang urat sakit. Kata Cikna "hehh, Cikna urut ni biasa je, yang sakit tu urat awak, tu yang sakit bila kena urut", ku perati jugak masa Cikna urut, memang tengok biasa je urutannya tapi betullah bisa sakit urat tu yang buat rasa sakit. Tapi tulah yang sakit masa urut tu lah ubatnya. Alhamdulillah since mengandung, malam tu lah kali pertama Ika boleh tidur lena, masalah sakit celah kangkang Ika selesai sepenuhnya. Cikna cakap memang urat peranakan yang sakit, bila urat tu sakit kesannya baby kat dalam kandungan pun akan rasa tak selesa, rasa tegang je selalu. Emm betullah tu. Memang tu yang Ika rasa.

Pakej Confinement Lady






Bila masalah dah selesai dan Ika rasa urutan CL Cikna ni serasi sangat so Ika decide masukkan dalam checklist Ika bila berpantang nanti nak berurut dengan Cikna bila pantang anak kelima nanti. Alhamdulillah Allah izinkan Ika berurut kali kedua dan seterusnya dengan CL Cikna dengan dua kali sesi. Sesi pertama Ika ambil mengurut, bertungku dan bertangas untuk 3 hari berturut. Sesi kedua Ika ambil sesi berurut dan bertungku sekali dengan pakej penutup (berurut+bertungku garam+bertangas+mandi lulur+penutup) untuk hari ketiga, pun tiga hari berturut. Masyaallah kesannya badan Ika rasa sedap sangat, selesa dan lebih sihat. Berjalan pun lupa diri macamkan orang tak beranak kekdahnya. Banyak kali kena sound kat mak ayah kes sedap sangat bergerak sampai lupa diri masih dalam pantang. Berbaloi dan puas hati sangat pantang kali kelima ni tambah pulak dapat CL terbaik, kes terbaik punya pasal habis anak beranakku pakat berurut sama, kihkih 



Uols mommy yang mencari Confinement Lady dengan harga sangat berpatutan especially seminggu selepas bersalin, Ika recommended sangat CL Cikna ni, based kat Kelantan tapi boleh pergi ke merata tempat seluruh Malaysia(discuss dengan CL). Ika part tukang urut ni memang particular sikit, sebab semestinya nak cari boleh selesaikan masalah kita tambah lagi bab dalaman ni. CL Cikna ni ada memacam Sijil Urutan so korang cakap je masalah apa (masalah-masalah orang perempuan) yang uols hadapi, termasuk tombong insyaallah CL Cikna ni dapat bantu dengan izin Allah, yang penting kita ikhtiar kan? Selebihnya serah pada Allah. Kepada Sesiapa Yang Ingin Merasai Kehangatan Sentuhan Islamic Bonda Anna Es Sila Hubungi 017-222 0174  atau 011-17906 875.






So suami yang bakal bergelar bapa, isteri yang bakal bergelar mommy, buatlah dan sediakan yang terbaik untuk tempoh berpantang, sebab untuk tubuh badan kita. Suami jangan berkira untuk isteri, sebab badan isteri lama nak berkhidmat untuk suami dan keluarga. Suami layan isteri macam permaisuri, insyaallah isteri akan layan suami macam Raja, giteww. 

Kronologi Kelahiran Anak ke-5

7.03.2019

Masyaallah lamanya rasa tak menaip, azam hari tu berzaman nak update, katanya nak aktifkan blog, sudahnya macam tu gak gayanya. Apapun syukur blog ni hidup pun jasa anak-anak. Asal anak bertambah maka hiduplah blog ni, update pertambahan anak, mbahahah. Ika bukannya takde masa, cuma masa sekarang banyak habis kat nursing time tambah sambung tandem nursing baby baru dan Hajjar pula.

Tak sah pula tak mengarang cerita kronologi anak kelima ni. Kelakar pun ada, mana taknya Ika ikutkan memang tak nak menambah lagi sebab dah niat nak cukupkan Hajjar 2 tahun menyusu badan. Kisahnya baru on projek detox kes berat badan naik makan tak ingat bila tandem nursing Hawaa dan Hajjar. Since nak start projek detox Ika set terus berhentikan Hawaa breastfeed untuk fokus pada Hajjar pulak.




Bila dah hentikan tandem nursing, haid tetiba tak datang pada bulan seterusnya sebab yang part ni Ika memang buat catatan untuk regular period. Masa tu berdebar sangat ingatkan dah preggy balik. Tapi alhamdulillah check, negatif hasilnya. Since then Ika memang ingat kes hormon, tapi check upt tetap check, punyalah insecure kan? Nak kata ready pun tak, nak kata tak ready pun tak kalau "terpregnant". Hinggalah suami beli upt iaitu kali ke-15 (check tetiap hujung minggu kot, punya gigih uols, wakaka) tapi semua result negatif, upt mahal ke murah ke, sedang-sedang ke, resultnya tetap sama. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu tertengok gambar sendiri body curve semacam orang mengandung. Punya trigger terus whatsapp suami suruh beli upt kali terakhir iaitu kali ke-16, if negatif jugak means memang confirm takdelah. Pagi esoknya punya berdebar nak check, tak tersangka-sangka hasil positif. Apalagi memang terkejut, gembira dalam tak tersangka. Masa tu hampir hujung tahun 2018 dah, anak-anak dah nak cuti sekolah, so terus kami laki bini decide buat ultrasound dekat kampung nanti. Manalah nak percaya mengandung sebab masa tu berat Ika turun banyak kot kes projek detox. Tengok muka pun cengkung, siap boleh sarung kebaya lagi.



Balik kampung tu kitaorang tak tangguh esoknya terus ke klinik buat ultrasound. Lagi terkejut bila anak dalam kandungan dah besar pun hampir nak 20minggu pun. Rasa tak percaya pun ada, tapi itu lah kerja Allah ni memang tak boleh nak dijangka, lagipun Ika masa tu dah take alert dari awal lagi tu pasal yang rajin buat test upt everyweek.


Lepas tu memang beringatlah bila dah tahu mengandung lagi. Lagi pula anak-anak dah bersekolah ni memang kitaorang dah ada plan A, B dan C untuk tempoh bersalin. Nak bersalin kat perak, pantang sendiri, nak bersalin kat perak then baru balik kampung atau balik awal dan bersalin kat kampung dan last option follow the flow, itulah antara plan kami lakibini. 


Alhamdulillah sepanjang mengandung kesihatan Ika ok, even detect GDM on diet, alhamdulillah semua cantik dan gone smooth. Satu lagi sebab tak nak mengandung bila umur 30an ni risiko kesihatanlah. Memandangkan Ika ni kategori buku pink sticker hijau, rasanya dah cukuplah nak beranak. Tapi itulah, macam mana pun perancangan kita, perancangan Allah tetap yang terbaik, kehadiran anak kelima ni kami laki bini berlapang dada dan terima dengan gembira rezeki tak terduga nih. Allah makbulkan doa Ika untuk beranak dikala tenaga masih kuat dan takde masalah kesihatan yang lain.

Nanti Ika buat post khas masalah ketika mengandung kali ni dan disahkan ada GDM. Ika share details kat situ nanti. So alhamdulillah selama mengandung kali kelima Ika tak harap yang lain selain dapat carry forward sampai 35minggu ke atas pun dah syukur banyak dah kandungan tu, so itu jelah harapan ibu mengandung bayi pramatang 4 orang sebelum ni.

Ujian bila masuk 28minggu

Tak disangka-sangka sebulan lebih sebelum cuti sekolah 2minggu dalam bulan puasa dan raya tu, Haddad terkena chicken pox. Uii, melayan anak-anak sakit dikala tandem nursing, mengandung lagi memang memenatkan yang amat, tambah kena berkurung dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Elok Haddad sembuh, ketiga-tiga anak yang lain terjangkit pulak, pakej tiga beradik terus. Lagilah berganda-ganda dia punya penat tu. Nasib baiklah misi ganti puasa 30hari berturut dah selesai (ganti puasa kes bersalin Haddad, punya dasyat, anak umur 6 tahun baru settle hutang puasa, allahu). So bila semua kena chickenpox tu rasa legalah jugak sebab masa tu Ika dah nak masuk 30minggu mengandung. Waktu tu bagi Ika waktu kritikal sebab yang history lahirkan anak pramatang memang borderline alert masa minggu tu lah supaya prepare diri untuk the worst unexpectedly thing happen kan. Alhamdulillah semuanya smooth until semua anak sembuh sedang elok masa Ika dah masuk 33minggu.


Menangis dikala 33minggu


Masuk dua minggu sebelum kelahiran anak-anak Ika asyiklah merajuk dengan suami, sedih tak tentu pasal. Murah je air mata masa tu. Biasanya kes menangis sebab suami balik lewat kerja. Hinggalah hujung minggu terakhir  dikala 33minggu, adik Ika buat kenduri naik rumah kat KL, mak ayah datang KL. Alang-alang lama tak jumpa janjilah nak berkumpul adik beradik dengan mak ayah kat rumah adik hujung minggu tu. Plan asalnya suami bagitahu nak bertolak terus ke KL lepas balik kerja. So suami janjilah nak balik awal.


Boleh pulak dia janji sampai rumah pukul 7 malam, alih-alih 8.30malam baru sampai. Punyalah sedih tak terkata sampai teresak-esak Ika menangis. Menangis sebab penat satu hal, sudahnya janji tinggal janji sebab masa tu berkobar dah suami balik baru nak kemas beg untuk tidur kat KL nanti. Menangis sepuas hati, sampailah lakiku dah buntu, terus cakap kat suami "kita tak payahlah gi KL, malas dah nak pergi, nak kemas beg", terus ku tidur dalam esakan.

Esok pagi tu haa, terus datang sakit-sakit contraction, masa tu dah siap kemas beg nak pergi KL lah, tapi dah alang-alang sakit, bawaklah sekali beg untuk bawa ke hospital. Telefon mak ayah bagitahu, punyalah risau mak ayah dari KL turun ke perak pulak, janji jumpa kat Slim River, kesnya nak check bukaan jalan kat hospital. Alhamdulillah jalan tak bukak pun even 1cm tu pun doktor cakap maybe lambat lagi, mungkin disebabkan history sebelum ni, badan bagi signal suruh prepare to birth. So punya confident laki bini teruskan perjalanan ke KL even masa tu doktor dah suruh admit kat Hospital Teluk Intan. Panjang kitaorang laki bini dok termenung kat lobi hospital fikir nak admit kat teluk intan ke, standby beranak KL ke atau balik kampung. Memang tawakal betullah masa buat keputusan pun untuk balik bersalin kat kampung setelah ditolak campur segala kemungkinan . So dari slim River kitaorang direct ke KL, singgah tidur rumah adik. Masa tu fikir kalau bukaan jalan dan contraction tak berhenti, memang beranak kat HKL lah. Tapi cantiknya susunan Allah, malam tu contraction berhenti, boleh tidur lena.

Awal pagi tu lepas solat subuh kami laki bini bertolak balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuaca cantik dan yang paling penting ibu mengandung in good condition. Takde contraction, baby gerak cun. So baliklah kami dengan debaran, bermacam difikiran tapi tetap tenang. Sampai di Kuala Krai kebetulan nak isi minyak kereta dan solat, ditempat yang sama hampir 10 orang ibu mengandung macam Ika jugak henti dan rawat ditempat yang sama. Masa tu terdetik dalam hati, "nak balik beranak ke semua ibu-ibu mengandung ni? Berjemaah la pulak" . Maklumlah masa tu sehari sebelum 1 Ramadhan Ika agak ramai yang balik sebab nak sambut Ramadhan kat kampung.

Sampai rumah mak mertua, ayah mak pun sampai jugak balik dengan flight, standbylah kot anakanda nak bersalin bila-bila masa. So petang tu sempatlah mak mertua jamu gulai daging kijang dan makan-makan apa yang tekak nak sebelum beranak. Malam tu memang lenalah Ika tidur, hinggalah pukul 1.30 pagi tersedar kes tilam basah. Allahu, air ketuban dah turun, dah lah air ketuban tak cantik, light green, means baby dalam kandungan dah berak. So terus kejut suami, dan kami bertolak ke hospital. Anak-anak yang sedang tidur kami tinggalkan dengan mak mertua, juga dalam jagaan Allah sebab tu pun first time Hajjar tidur berjauhan, huu. Masa tu doa anak-anak tak meragam dan tak menyusahkan mak mertua je. Alhamdulillah syukur sangat mak mertua Ika pun still sihat dan bertenaga. Ika pun dalam risau kat anak-anak dirumah, usaha jugak fokus diri yang nak beranak ni. Sampai hospital terus check-in ke labour room. Check pun baru 3cm bukaan jalan, alhamdulillah masa tu tak ramai ibu yang in process so Ika dapat bilik, lagi syok sebab semua doktor tertumpu kat Ika kes history sebelum ni dan kes masa tu anak dah berak pun dalam kandungan.

Masa dengar doktor bincang pun dah buat Ika cuak sebab bunyi macam word c-section berulangkali. Adoii Ika dah agak-agak doktor nak ceaser kot sebab air ketuban dah light green. So bila doktor datang bagitahu hal sebenar kes Ika ni in between sama ada normal atau ceaser semua tengok progress semasa. Memandangkan bacaan ctg cantik, nadi anak dalam kandungan cantik, doktor hanya follow the flow tunggu bukaan je. Legalah sekejap bila doktor bagitahu cemtu. 


Imaginelah masa check in labour room pukul 2.30pagi, doktor bagi masa hingga 12 tengahari esoknya untuk tunggu bukaan sepenuhnya, kalau pukul 12 still takde progress mean terus ceaser.  Ya Allah masa tu tak tahu nak kata apa doa dapat beranak normal je. Tunggu punya tunggu sampailah 9pagi esoknya, still bukaan tak bergerak dari 3cm. Ya Allah masa tu Ika dah kecut perut sangat memikirkan kena ceaser. Pukul 10pagi doktor decide untuk bagi ubat induce disebabkan slow progression. 

Induce untuk pertama kali

Seriously inilah pengalaman pertama Ika kena induce, allahu rasa serik sangat. Sakit contraction kena induce memang sakit 10kali ganda dari sakit contraction semulajadi. Masa doktor offer ubat epidural Ika tolak, sebab tak nak dapat effect tak rasa apa-apa bila baby nak keluar nanti. So bertahan lah sakit contraction yang amat teruk. Serius Ika serik kali ni kes induce, salute mommy yang induce setiap kali beranak. Tungu punya tunggu, still pukul 12 tengahari jalan masih 4cm. Doktor datang lagi dan bagitahu dia tambah masa sejam lagi, kalau takde progress memang masuk bilik bedah. Sebak sungguh masa tu, Ika dah redha dan pasrah dah kalau itu yang tertulis olehNYA. 




Disebabkan asyik baring je dari pukul 2.30pagi sampailah pukul 12 tengahari tu, Ika mintak izin doktor nak duduk bersandar kat katil condong 90 darjah kedudukannya. Mintak tolong suami usap-usap belakang pinggul untuk kurangkan sakit contraction, dalam melayan contraction yang makin lama makin pendek dan cepat, sakit tak boleh nak kata apa, sambil dok menahan sakit, cakap kat doktor nak kencinglah, nak beraklah, doktor buang air kecil, terus makin kerap contraction sampailah dah tak tertahan-tahan, rasa macam dah nak keluar sangat, doktor yang buang air kecil tu terus jadi bidan sambut anak sebab dah nampak kepala baby nak keluar. Dari pukul 12 tengari tu, alhamdulillah tepat pukul 1.15 tengahari lahirlah puteri kelima. Adoii kalaulah datang ilham awal nak mintak duduk bersandar condong cemtu kat doktor, dari awal lagi ku mintak. Ni asyiklah dok berbaring, patutlah jalan pun tak nak bukak, flat aje kedudukannya padahal dah ambik tahu tentang gentle birth. Lagi best masa doktor jerit "intact perineum! Intact perineum!", lega uihh bersalin tak koyak kali ni. Nikmat sungguh. Tu pasallah mak-mak gentlebirth suka bersalin kot, sebab takde trauma. Ika kali ni memang trauma kes induce je. Yang lain alhamdulillah semua Allah permudahkan. Doktor dan nurse pun semua bagi layanan baik even berpuasa dan berganda-ganda letihnya untuk sama berjuang bantu ibu-ibu beranak. 



Alhamdulillah semua smooth until terpaksa tunggu 19jam kat labour room lepas bersalin kes wad penuh. Dah agak dah, jumpa mak-mak mengandung kat stesen minyak semalam tu agaknya timing beranak dengan Ika tak jauh beza kot. Tu yang penuh wad. Rasminya 1 Ramadhan Ika bersalin anak kelima dan pastinya 30hari pulak puasa nak diganti. Apa boleh buat, Allah pilih jadi insan istimewa sempena Ramadhan 2019 ni jadi mak berpantang lagi dikala orang lain berpuasa.

So inilah anak bertuah puteri ke-3 dalam adik beradik, nak jugak lahir awal dan sambut raya dengan mama dan keluarga.Welcoming my cutie princess. 


Masa lahir:1.15 tengahari
Tarikh lahir: 6/5/2019(1Ramadhan)
Berat: 2.28kg

'Suprise' Dari ALLAH

4.01.2019

Lama dah nak buat entry pasal kehamilan anak kelima ni. Since disahkan betul-betul hamil lagi rasa nak buat writing. Tapi biasalah, Ika ada satu sindrom setiap kali mengandung memang rasa meluat, anti, takboleh tengok media sosial. Rasa nak shut off terus, tapi semua tu mindset sendiri saja. Memandangkan Ika kena struggle keep update on sosial media sebab tulah kedai online Ika, so kentalkan hati lawan jugak sejenis emosi dan perasaan begitu.

Memang tak tersangka sangatlah mengandung kali kelima ni, sebab target Ika memang nak fokus cukupkan 2 tahun penuh susukan Azra Hajjar. Niat hentikan tandem nursing dengan kakaknya sebab nak fokus kat Hajjarlah. Tapi lain plak jadinya. Since decide nak stop susukan Hawaa bulan Ogos tahun lepas Ika start sekali program detox sebab berat badan dah naik sebab makan tak ingat dunia. Lagipun tandem nursing kan, berdouble triple dia punya struggle tu, eh alasan sangat. Hihi. Kalau tanya kami laki bini pun memang takde plan nak menambah lagi disebabkan banyak kekangan, tapi cemtulah, who knows 'surprise dari Allah' sememangnya hadiah terbaik buat kami.

So alang-alang nak stop memang Ika buat eat clean dan join no sugar challenge program. Memang berdesuplah turun berat badan dalam sebulan lebih lepas stop Hawaa menyusu, dalam 3kg berat badan Ika berkurang. Tapi tak pepasal haid plak tetiba stop sedangkan sebelum tu regular je datang setiap bulan. Terus cuak tak hingat. Suami beli UPT test, lega sebab negatif result. Legalah pasal memang takde plan pun lagi nak mengandung, tahun 2020 maybe boleh dipertimbangkan, kononnya lah.

Bulan kedua buat detox, alhamdulillah berat turun lagi, tapi haid still takde datang, imaginelah tetiap hujung minggu buat test takut tetiba jadi positif kan. So boleh beringat-ingat awal kandungan kan, badan iols kan manja sikit. Still result negatif. Tapi yang paling tak tahan back pain terasa makin teruk, padahal dah telan ostematrix special dose, hinggakan naluri sendiri dok ulang tayang "aku ni mengandung ke tak sebenarnya eh?!". Tapi bila check result negatif, perut pun cantik flat je. Kalau mengandung dah timbul ni. So just fikir mungkin hormon tengah huru hara sebab baru stop tandem nursing. Just let go.
Until once a day Ika balik kelas Amazing Brain Amazing You, datang terdetik balik tentang kata-kata Dr.Rizal, apa yang kita tulis, itulah yang kita dapat. Itu yang otak dan badan kita setting. Semua berkait rapat. Terus cari satu buku yang listkan semua impian Ika, dan tadaa salah satu perenggannya cemni. Ika tulis masa tahun 2016 list impian ni.

Masyaallah tetiba masa tu datang balik detikan di hati, "ke betul aku ni mengandung?", terus whatsapp suami suruh beli UPT kali ke 16, dan niatnya itulah kali terakhir beli sebab yelah, gigih bebeno tetiap minggu check. Rasanya cukuplah kot nak cek, berapa belas kali dah. Kalau resultnya tetap negatif takpelah, mungkin belum rezeki, kalau positif alhamdulillah kami suami isteri terima dengan perasaan syukur dan terbuka hati walaupun masa tu banyaknya dugaan dan ujian kat kami sekeluarga.

So tunggu suami balik suami balik, sempat lah belek gambar kat gallery, dan ada satu gambar, yang tunjukkan body curve Ika memang macam orang mengandung, tu lagi menguatkan instinct. Tapi takpelah tengok result nanti. Suami balik tu, bila dah buat banyak kerja, lupa abis dah nak cek segala bagai. Pagi esoknya bangun baru ingat balik pesanan kat suami, terus ambil UPT cek, Masyaallah haa ambik terus terang benderang line kedua. Rasa macam tak percaya, yelah bukan sekali dua kot cek. Tapi takpe since dah dapat result positif, kebetulan kami nak balik kampung, suami decide balik kampung ni buat ultrasound sekali.
So balik kampung tu, ada agenda tambahanlah lawat klinik ibu mengandung. Untuk sahkan sebelum bagitahu mak. Alhamdulillah bila buat ultrasound memang dah besar pun haa baby dalam tu, nak masuk second phase dah pun. Amazingly lepas ultrasound tu lerr perut Ika baru timbul, dari yang flat elok. Rasa macam tak logik, tapi yakinlah kerja Allah kadang kita pun tak terbayangkan? Teringat masa second preggy dulu, cemni jugak kejadiannya, 6bulan lebih baru tahu mengandung, lepas buat ultrasound perut timbul. Bukan cerita mistik tapi tu lah kuasa Allah bila berkehendak. Ye, sebab memang ada sejenis golongan orang tak percaya benda cemni, "betul ke tak perasan?", " takkan lah takde rasa baby gerak dalam perut tu?", well orang cemni tak payah lerr kita gigih terangkan memacam sebab pattern pemikirannya dah cemtu. Yang pernah melaluinya atau yang memang percaya je akan percaya, heheh. Bila bagitahu mak, cerita dari awal mak pun beria cakap "kau buat detox memanglah mudah lekat, kawan mak dulu umur 46 tahun dah, dia rajin nak buat detox, tetiba tahu mengandung",hahhaa. Comel kan. Aduii tak sangka plak detox journey kali ke3 pun sangkut gak.
Siap boleh pakai kebaya tu, perut flat, muka pun cengkung sikit, berat turun banyak. 2 hari sebelum balik kampung.
Pasni Set masuk program Slimming dah la. Tambah lagi buat detox Shaklee memang lain macam penangannya. Ramai dah yang jadi mangsa detox sama macam Ika. Ingat buat detox kali ni target untuk turunkan berat semata sambil teman suami turunkan berat. Sekali kita tolong dia kempiskan perut, dia plak tolong buyungkan iols, adakah sejenis kedengkian disitu, hahha. Apa pun syukur alhamdulillah surprise dari Allah kali ni, insyaallah Ika yakin dan pasti semuanya berhikmah dan Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih baik buat kami sekeluarga. Dengan keadaan bermacam dugaan ni rasa tak terdaya, anugerah ni kami terima dengan penuh kegembiraan.

So yang dah lama mencari solusi untuk suburkan diri, try detox ok. Detox ni lebih kepada pengorbanan diri, sebab sepanjang program detox you banyak dapat value yang orang lain tak dapat. Ingat senang nak buang benda yang kita suka makan, ingat senang nak tukar habit dan sebagainya, tapi the challenges give you more inner strength. Cubalah detox ok. Memang Ika recommended untuk flush away toksin.

Aktifkan Blog Personal 2019

3.17.2019

I think ni azam yang sama setiap kali masuk tahun baru untuk mommy blogger, kan? Sudahnya, haram satu post naik disebabkan kekangan masa masing-masing.


Yang Ika perasan, semua blogger tegar dulu habis semua senyap bila dah bertukar gelaran mommy. Kebanyakanlah, yang tetap aktif yang femes ames macam cik epal, irine nadia apa semua tu. Hebat depa boleh still aktif menulis dikala tanggungjawab makin bertambah, anak makin bertambah, urusan makin bertambah. Fuhh, so inspired kan?


Ika ni aktif belog tiap kali nak umum anak lahir ja, wakakak. Sadis sungguh. So tahun ni even dah masuk bulan tiga dah pun, still azam tu still boleh dilaksanakan betul tak? Semangat nak menulis tu memang sentiasa ada, tak pernah padam, yang padamnya bab masa. Kena urus masa sebaiknya lah. Kadang malu kat orang lain yang boleh urus perkara lain hingga berjaya even banyak benda dilakukan dalam satu-satu masa, but we can't compare us to others kan, just give the best version of ourselves sudah.


Ikutkan banyak sangat nak share, tapi Ika try buat satu-satu termasuk share resepi step by step. Memandangkan anak-anak dah start sekolah ada luang masa yang Ika boleh gunakan untuk menulis dan aktif dimedia sosial. Just sharing the good thing yang boleh memberi manfaat, not updates as bawang rangers. Not my type dan bukanlah saham terbaik nak tinggal kat alam maya ni memandangkan ianya stay kat sini even the person dah takde. Inspired tengok arwah cikgu kimia yang passed away, tapi tutorial mengajarnya kat youtube still actived viewed. Tu mrmang betullah something yang memberi manfaat, ilmu, cahaya untuk alam sunyi nanti.



So just being and make a good thing for our lives and others. Sebab itulah matlamat kita semua datang ke bumi Allah, sebagai khalifah, sebagai pendakwah, spread a good thing, give other values. Insyallah. See next post orait. 





Dalam Hujan Ada Tenang dan Rahmat

12.18.2018

Tersenyum baca artikel perkongsian seorang suami yang bercerita tentang isterinya yang sukakan hujan. Ika rasa memang kebanyakan semua orang suka bunyi hujan. Tahukah anda, dalam hujan ada ketenangan dan sememangnya Allah dah bagitahu hujan itu rahmat.



Pernah fikir tak kenapa saat hujan, doa kita mustajab? Doa sangat mudah dimakbulkan Allah? Nih Ika nak share, tak nak simpan sorang-sorang, sebabnya gelombang hujan adalah gelombang Alfa. Gelombang Alfa ni gelombang tenang, saat kita berdoa memang doa sampai directly pada Allah. Ada satu kisah yang mana pesakit mental menggunakan terapi bunyi hujan untuk mengatasi tahap depress dan sakit mentalnya. Hasil yang menakjubkan pesakit tu lebih tenang dan mula rasional dan berjaya mengawal emosinya. Betapa hebatnya hujan yang Allah hadiahkan buat kita manusia ni.



Salah satu terapi untuk sembuhkan otak yang sakit adalah bunyi hujan. Cubalah korang search kat youtube, healing brain. Antara bunyi-bunyian untuk membaikpulih otak adalah bunyi hujan. Bila ada seorang yang share artikel main hujan buang penyakit, ramainya yang komen gelak-gelakkan pakcik tu. Ika hanya menggeleng kepala betapa sedihnya tengok respon manusia ni. Tapi tulah kita memang tak boleh nak ubah pamdangan dan persepsi orang tapi kita boleh mengubah diri kita melihat sesuatu perkara dari sisi yang baik. Apa yang pakcik tu kongsikan, Ika percaya sebab Ika dah alami sendiri.



Salah satu pengalaman Ika sendiri dan anak, iaitu Ahmad Harraz, anak pramatang yang dilahirkan dengan paru-paru yang masih fragile. Harraz sangat sensitif dengan air sejuk, suasana sejuk. Asal sejuk sikit mudah selsema batuk terus, bukan yang biasa-biasa batuk dan selsemanya, tapi tahap teruk tahap nafas hujung-hujung bila bernafas. Bila melihatkan perkembangan Harraz dari tahun ke tahun Ika memang insecure, terlalu banyak "jangan" kat Harraz sebab terlalu risau. Tapi still condition Harraz tak berubah pun, malah doktor siap cakap Harraz ni kemungkinan besar ada asma. Setiap bulan wajib kami laki bini ke klinik hospital, rumah kedua dah, duit tu tak payah cakap memang betul-betul tabur kat ubat saja. Until one season, musim hujan, Harraz umur 4 tahun ke 5 tahun Allah detikkan Ika untuk benarkan Harraz Haddad main hujan. Bayangkan masa mula-mula anak kena hujan, menangis teruk sebab tak pernah kena air hujan. Masyaallah rasa lucu tapi dalam masa yang sama sedih sebab ingat diri sendiri dulu Ika sangat suka main hujan ketika umur diorang.



Sampai saat anak sendiri Ika tak pernah sekalipun bagi anak main hujan sebab takut selsema batuk demamlah. Rasa teruk masa tu. Bila anak dah menangis teruk, Ika ajaklah anak naik atas rumah. Cakap dan terangkan yang kena kat badan diorang tu apa. Ika doa esok tu supaya Allah turunkan lagi hujan sebab Ika nak ajar anak main air hujan. Tahu esok jadi apa? Esoknya hujan selebat-lebatnya.Ika mula briefing anak-anak tentang hujan, dan diorang mula tunjuk respon positif, keluar rumah perlahan-lahan, dan mula hulur tangan, sentuh air hujan. Lama-kelamaan diorang dengan sendiri berlari-lari gembira didalam hujan lebat, Allah jatuh air mata waktu tu. Ika niatkan supaya air hujan tu dapat kuatkan tubuh

anak-anak Ika dan jadi lasak.



Siap mandi hujan, mandi air suam bagi anak-anak minum air suam. Masa tu memang yakin sangat anak-anak takkan demam, selsema dan batuk lepas main hujan. Amazingnya, memang anak tak demam pun, malah anak-anak dari tahun ke tahun makin lasak terutama Harraz tak mudah dah dijangkiti selsema batuk dah. Ikutkan history Harraz asal ada orang batuk selsema datang dekat, habuk, suasana sejuk, kena air sejuk memang akan kena batuk selsema. Ika syukur sangat terapi hujan bantu anak-anak lebih kuat dan sihat. Betullah Allah bagi sesuatu tentunya ada manfaat tersendiri mengikut apa yang kita respon dan niat. Bila kita yakin dan berserah kepada Allah, hasilnya sangat membuka mata hati dan minda Ika.
Kalau kita asyik tanam dalam otak anak-anak asal kena hujan, demam maka itulah yang kita dapat. Alhamdulillah syukur sangat Ika install benda yang baik untuk anak-anak supaya melihat ada hikmah dan rahmat disebalik hujan. Sekarang kalau hujan lebat, takde guruh petir pasti anak-anak tanya, "mama boleh kami main hujan? Pasti boleh, sekali sekala mama pun join sama, sebab sejuk air hujan sangat damai dan menenangkan tubuh badan Ika, terus datang nostalgia indah ketika waktu seumur diorang. I love rain my kids too.
Korang suka tak hujan?