Semua orang dah ready countdown untuk menyambut tahun 2012..saya dengan en.azham plak tergelak terkekek tengok wayang dirumah 3 Idiots semalam, sungguh melucukan cerita tu, tak pernah plak tengok sebelum neh... Apapun berdating depan tv sambil makan popcorn dengan suami kenangan terindah untuk diingati nanti...hehe, okeii cukuplah ayat mengada, tak semua orang suka baca...muahahaha=p.
Dah ramai yang mula mengira genapnya umur, genapnya ulangtahun dan semacam perkiraan genapnya peristiwa dalam hidup menjengah tahun 2012...saya pula?mengira genapnya berat badan sempena tahun 2012, huu...owwhh, need spirit to work out...come on!owhh dan jugak azam baru...baru perasan, saya tak pernah renew azam baru, all the thing just follow the flow...sangat teruk kan!that one thing i hate myself...nothing new...nothing happen and nothing miracle happen...just pray and some effort... apapun berharap, bukan semata tahun baru saja yang baru, hati pun nak baru jugak setiap masa, insyaallah...-_-'.
Rancangan di tahun baru masih kabur...*??***??!!**<---kabur. Sememangnya kabur..masih tidak kelihatan. hehe...apapun happy blogging. Berharap masih ada sinar di tahun baru...cehh, ayat nak aje kena piat...ehhh, ooo...lupa nak timbang berat badan hampir berbulan lamanya...wishlist tahun baru (beli alat penimbang).
p/s: Ya allah kurniakanlah kesihatan yang baik buat keluargaku..amin^_^'
Kalau ikutkan sejarah dan ingatan tulus ikhlas dalam kepala ne, window shopping paling berjaya dalam hidup semestinya dalam tempoh bertunang hari tu. Kalau ikut dalam tempoh tunang hari tu, saya dengan en.azham betul-betul ikat perut. Bahagian tengok wayang memang tak masuk list langsung, cut terus...alhamdulillah dalam tempoh ikatan yang masih tidak halal, pertemuan antara kami berdua sangat terhad... disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak terjangka berlaku, sememangnya pertemuan kami tidak diizinkan DIA..syukur, sekurang-kurangnya boleh menjaga diri, takut juga baca artikel-artikel tentang pasangan tunang dicekuplah dan semacam lagi kisah yang tidak elok untuk kita yang bergelar raja sehari. Takut juga sekiranya kita digoda dengan bermacam godaan yang tidak kita jangka. Walaupun ada perasaan dan emosi yang terguris akibat dugaan yang bertimpa, syukur Allah kuatkan hati bersabar untuk dugaan sekecil itu (orang lain lagi teruk Allah bagi dugaan, boleh je diorang hadapi kan, so banyakkan bersabar). Untuk yang bergelar tunang, jaga diri sebaik mungkin, bertunang bukanlah tiket untuk selalu berjumpa dan melakukan perkara terlarang.
Begitu jugak bab shopping, shopping barang kahwin lagilah kena beringat..cehh, ne boleh dikira pesanan dari bekas pengantin baru, pasalnya dah hampir sebulan menjadi pengantin...hihi. Nanti nak ceritalah sikit pasal bajet dari pengalaman sendiri untuk panduan bakal pengantin.
p/s: senyum sampai ke telinga..i love my life^_^
kalau ikutkan choice untuk cari MUA/ Mak andam zaman sekarang ne, memang rambang mata bila lihat hasil kerja mereka. Namun dalam hal macam ne, kita sebagai bakal pengantin kenalah bijak memilih siapakah bakal memberi khidmat solekan yang cantik menawan, pelamin yang gojes-gojes dan gambar yang super hot-hot! tapi duit yang keluar mestilah jimat vs sederhana...jangan jatuh membazir plak...asal apa yang dibuat ikut kemampuan bukan kemahuan..itu peringatan ye...hehe. Yang pastinya saya punya jurumekap, juru amik gambar, tukang buat pelamin adalah yang orang sama, takyah pening-pening cari photographer segala bagai, semua satu pakej lengkap!..tak sefemes yang top-top, tapi alhamdulillah hasil kerja tip top sebaris pro punya MUA/mak andam...sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Rusma... Kalau dekat kelantan memang banyak jugak bridal yang top-top, namun memandangkan saya pengantin yang cuba cut cost, so proses mencari MUA/ mak andam yang affordable sangat berbaloi. Lagipun kalau boleh nak mak andam yang selalu ada je ngan kita sepanjang majlis at least half majlis pun dah okei kan? boleh jugak touch-up pe yang patut...Kak Rusma sangat easy to work with, dan yang penting supercool, ikut seperti yang kita nak dan hasil kerja yang sangat-sangat memuaskan.
p/s: sori kak ma, gambar cilok FB, majlis hari tu tak sempat shoot bersama...hehe
Paling tak sangka, sehari selepas majlis bertandang album kahwin dah siap dengan gambar yang super terkejut, sangat cantik dan berkualiti...really great job Kak Rusma! Kak Rusma ne kalau kira baru launch Bridal baru kat Kota Bharu, baru nak naik...hehe, mendoakan Kak Rusma berjaya dalam bidang ne..amin^_^. Dan tak salah rasanya saya recommend dekat bakal pengantin yang mencari MUA/mak andam untuk majlis bersejarah nanti. Insyaallah, saya yakin Kak Rusma akan bagi yang terbaik buat pelanggannya..eh macam iklan plak...hehe=). Pak andam saya tak jumpa..pasalnya masa yang bertandang pun guna khidmat solekan Kak Rusma. Thanks for everything you really made my day^_^.
p/s: nak jugak tayang potret bilik tidur...muahaha, jangan marah=p
p/s: kenyang...
Alhamdulillah, penat dah betul-betul hilang, habis sepagi buat peta dunia...kalau ikutkan kena pergi shah alam pepagi lagi, lepas je suami pergi kerja, tertidur tak hengat dunia...huuu, dasat betul..penat akibat jejak dua negeri dalam satu hari dari hujung selatan ke hujung timur betul-betul dah hilang...apapun itu pengalaman penat. Pengalaman mimpi tak cerita cerita lagi, tapi macam tak kena plak nak cerita pasal mainan tidur kat sini,
mengarut!..hee-_-".
Sungguh jeles tengok newbrides berhoneymoon sana sini, namun apakan daya, kena jugak memahami tugas suami. Lagi penat mencari rezeki untuk menyara keluarga sendiri. Tetiba touching plak, pasal teringat dok tenung suami tertido kepenatan yang amat selepas solat maghrib semalam, hampir menitis air mataT_T' (tengok suami tidur pun dapat pahala tau, alangkah untungnya^_^). Nak kejut bangun dinner pun tak sampai hati_T_T'..Penat drive sana sini satu, penat melayan kerja lagilah. So, untuk tidak memenatkan suami, lebih baik jangan meminta yang bukan-bukan. Insyaallah ada rezeki dan masa yang sesuai nanti, harap masa untuk berhoneymoon lagi indah lebih dari yang kita impikan, amin..hee,^_^'.
p/s:Ya Allah permudahkan segala urusan suamiku dan murahkan rezeki kami.
wahh, tetiba tajuk cam hape..masa majlis haritu banyak mende yang uncontrolled...hehe, especially tak control ayu, atau pun tak cover sopan santun...nasiblah badan banyak gambar tak senonoh di shoot...hehe, apapun bila tengok boleh bikin gelak...tapi part yang paling tak boleh dimaafkan bila pengantin (perempuan especially) tak cover punya tatasusila...menci betullah...sampai bila tengok gambar neh...eh!apahal pengantin perempuan pelahap sangat?...tak makan sebulan ke??grrr...-__-".. memang lupa habis nak control masa makan...so wahai bakal pengantin...sila behave sikit masa majlis!masa dop rumah mentua pandai plak jaga...hehe=p..apapun semuanya kenangan^_^
pic: ouuchhh!memang tak senonoh...grrr
pic: ouuchhh!memang tak senonoh...grrr
P/s: tetiba rasa lapar..-__-'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social