Nak kena test jugak bawak jauh sikit.
Cari dan Google, kitaorang set untuk stay kat Sahom Valley je, sebab dekat dengan rumah so takde jauh sangat perjalanan. So hujung minggu yang dinanti, rumah jiran buat makan-makan untuk minggu Syawal terakhir. Gantung kualilah bab makan tengahari, siap makan semua baru kami bertolak pergi ke Kampar. Cuaca pun cantik, tapi atas jalan kereta memang banyaklah maybe kes open house untuk minggu terakhir. Actually kami dah pernah pergi Sahom Valley tu sebelum ni saja singgah tengok dan makan kat Cafe sana. Tak stay on nights pun, kes takde tempat nak gi jalan-jalan. Nak pergi Ipoh malas, jauh sangat.
Check-in masuk bilik, manager situ datang offer untukm tambah tilam, on jelah, senang anak-anak nak golek situ sini. Terus kalut diorang salin baju nak mandi kolam, siap salin baju, keluar je dari bilik hujan lebat turun, gelak sakan kami laki bini tengok muka anak-anak frust, punya teruja tak boleh tahan, sekali haa. So kasi anak-anak tenang cakap hujan sekejap je, tunggu hujan turun dulu, lepas boleh mandi kolam, dalam 20minit hujan turun, sedang elok jam dah pukul 6,kolam yang penuh tadi kosong pasal semua pakat naik dah kes hujan.
Apalagi anak-anak conquer kolam mandilah, mandi dan main sepuas hati diorang. Disebabkan dari rumah terus direct ke resort, tak singgah ke mana-mana, tanya pihak resort kat mana nak cari makanan, biasalah anak-anak mandi kolam wajib lapar lepas mandi. Nak kata nasib baik dan rezeki, diorang suruh makan makanan kat Cafe diorang je habiskan makanan petang yang diorang sediakan untuk family's day tu, sebab banyak lebih. Alhamdulillah, siap mandi, makan terus siap-siap turun untuk ke majlis rumah terbuka kawan suami dekat bandar Kampar.
Masa turun tu jumpalah makcik-makcik yang buat family day kat situ, kebetulan ada yang duduk-duduk tunggu aktiviti malam diorang. Tanya kami nak pergi mana, so bagitahulah seringkas mungkin. Berapa orang anak semua ni? Tanya sorang makcik tu, Ika pun jawab, "baru 5 makcik", sambil senyum, "muda-muda lagi dah beranak ramai, macam makcik dululah, bagus lah cemtu", lega dengar jawapan makcik tu, kikiki. Semangat aihh dengar kata-kata baik cemtu, wakaka.
Gerak dari resort ke rumah kawan suami ambil masa 15minit, singgah solat maghrib kat masjid Kampar, terus gerak kat tempat jemputan. Alhamdulillah nak dikata rezeki Allah permudahkan rupanya semua orang dah beransur balik tinggal kami je sampai untuk belah malam, tuan rumah bagitahu petang start majlis pukul 5 tu memang khemah dan dalam rumah penuh kena serbu, sampai tak terlayan. Kitaorang sampai lepas maghrib dalam pukul 8 lebih
So malam tu kami makan makanan raya dan BBQ je dengan tenang pasal anak-anak boleh sesuka hati berjalan situ sini kat khemah sebab takde orang, makan pun bertenang-tenang gitu. Settle makan, kitaorang beransur-ansur balik sebab takleh stay lama sebabnya masa tu dah waktu tidur anak-anak. Tak boleh lebih dari pukul 10malam kalau tak memang tak pasal kena layan diorang buat perangai.
Balik bilik terus semua tidur, kesnya dah penat main air kolam sakan petang tu, ao malam sebelum tidur tu semua pakat zikir nak mandi kolam pagi esok pulak, nak bangun awal. Pagi esok tu memanh diorang bangun awallah sebab dah setting bangun awal. Punya tak sabar celik je mata, terus sibuk nak mandi kolam. Nasib perut memasing bunyi dulu, maka semua prefer settle part perut dulu baru turun mandi. Kat resort ni memang takde TV, wifi, so korang yang tak boleh tinggal 2 benda penting ni kena consider dululah sebelum booking resort. Ika kalau takde dua benda tu memang takde hal, nama lagi datang nak berehat. Just feeling the moment giteww.
Siap mandi semua, kitaorang bersiap untuk check out. Sebelum check out sempatlah snap gambar family sekeping dua buat kenangan. Kitaorang singgah Sahom Valley Agro-Resort jap untuk ke mini zoo, dalam Sahom Valley tu Embun Lake Resort tu entiti berasingan dari Sahom Resort, cumanya ia berada kawasan sama. Ceritanya tokei Sahom bagi sewa tanah untuk dibuat Embun Lake Resort tu. Kat Sahom Valley tu siap ada Lake View dan Heritage Resort yang dibuat asing-asing, kalau yang suka berkumpul satu family besar boleh pilih resort Sahom. So sempatlah masuk mini zoo Sahom Valley, okeilah buat anak-anak tengok binatang.
Keluar dari resort terus kitaorang terus ke bandar Kampar sebab dah plan nak singgah Tesco habiskan voucher sebelum habis tarikh. Voucher tu suami dapat free dari company, sebelum raya hari tu pun suami terpilih dapat voucher free, bolehlah buat shopping baju raya diorang, lepas raya dapat lagi, alhamdulillah rezeki anak-anak ni, kadang tak tersangka-sangka Allah bagi kan. So sentiasalah bersangka baik dalam apa jua keadaan, pasti yang baik-baik datang untuk kita. Shopping for freelah jawabnya hari tu. Maghrib jugak kami sampai kat rumah. The best thing sampai rumah, takde pakaian nak dilipat, rumah bersih tak serabut mata. Heaven betullah. Nak me time bila dah beranak pinak ni memang mustahil, so dapat we time pun dah ok sangat, belai jiwa giteww, mbahhah.
Embun Lake Resort
29Jun2019-1Julai2019
Nak beli dan prepare set mana masa pantang.
Nak ambil tukang urut selama mana bila pantang.
Nak prepare menu apa sepanjang pantang.
Jadual/rutin semasa berpantang
Semua tu submit kat suami, supaya suami pun tahu dan faham apa yang kita perlukan semasa dalam tempoh pantang nanti. Dan paling penting kita sebagai orang yang bakal berpantang nanti, dah prepare fizikal mental, dah visualize apa yang akan kita lalui semasa pantang nanti. Alhamdulillah since pengalaman 4kali berpantang, setiap kali berpantang, tempoh berpantang tu bertambah baik, dan Ika perbaiki apa yang perlu.
Contoh macam pengalaman anak pertama, memang Ika tak berpantang mana, mengurut bertungku, makan pun tak jaga mana, so kesannya yang teruk masa mengandung kali kedua dah merasa. Lagi masalah plak anak meragam, payah nak tidur, kita sembelit masa pantang kali pertama dan kedua tetap Ika lalui, tak cukup kes anak pertama asyik meragam, perut kembung, stress sebab susu badan tak banyak, anak kedua pulak kita stress sebab susu sebab terlebih banyak, sampai demam akibat bengkak susu.
Masa tu vitamin pun Ika tak consume hanya beli Nona Roguy yang loose item je, sebab memang perlu yang tu je rasanya pastu upah orang mengurut dan dalam 10hari je sepanjang pantang anak nombor dua. Tempoh pantang ni memang uncertainty problem yang bakal kita hadapi, so jangan kata, insyaallah anak tak meragam, insyaallah kita dapat banyak rehat, insyaallah tak sembelit punya. Salah ok. Any problem akan kita hadapi masa pantang, malah masalah yang kita tak jangka pun. Tambah lagi bila anak bertambah. Kita akan terlampau penat. Sebab apa? Sebab kita kena handle anak-anak yang lainlah selain dari handle yang baru lahir. Kalau suami dapat cuti panjang tu lain cerita.
So bertitik tolak dari pengalaman yang tak best, pahit dan serba tak kena masa pantang kali pertama dan kedua Ika prepare yang terbaik untuk kali ketiga, bertambah baik untuk kali keempat dan lebih baik dan puashati untuk kali kelima ni insyaallah. Kali ketiga berpantang, alhamdulillah Ika syukur sangat dapat tandem nursing anak, walaupun penat, namun kesedaran dari awal pentingnya perihal pantang ni, sangat bantu proses pantang dan menyusukan anak dengan lancar.
Tambah lagi nak handle baby baru dan anak-anak. Dulu dok fikir masa pantang tu lah nak rehat. Tapi rupanya dalam pantanglah banyak energy nak guna. So first thing semestinya sediakan keperluan yang dapat pulihkan tenaga secepat mungkin selepas bersalin dan support luka dan badan pulih cepat supaya dapat handle semua tulah. So untuk kali kelima ni, Ika lebih bersedia dengan much more better preparation untuk dalaman dan luaran.
Persediaan Vitamin dan Set Pantang
Untuk kali kelima ni banyak gaklah berhabis untuk berpantang, anak lima kot so kena kasi yang terbaik untuk diri sendiri. Lagipun Ika dah niat jugak nak menyusu badan 2 tahun gak untuk anak kelima, so kena sediakan nutrisi terbaiklah untuk badan, so that baby baru terima perkara terbaik dari mamanya. Untuk set pantang macam biasa pilihan Ika untuk luaran Ika pilih Nona Roguy dan untuk dalaman Ika ambil Set lengkap Pantang Shaklee.
Pertama kali mengurut masa mengandung
Sepanjang kehamilan kali kelima Ika memang takde masalah selain GDM on diet, dan bila masuk 25minggu keatas, masalah sakit celah kelangkang tu sakitnya tak boleh bawak bincang sampai Ika tak boleh nak tidur. Serasanya sepanjang mengandung Ika hanya tidur-tidur ayam, sebab makin kandungan besar makin sakit celah kelangkang. Orang tua kata kes urat peranakan sakit, so memang yang tu lah sakit paling azab mengandung kali kelima. Nak tidur dah satu hal, bab nak tukar posisi masa tidur sama ada mengiring ke kanan atau ke kiri pun sakit. Nak bangun dari tidur, nak duduk, nak bangun berdiri, nak berjalan, dan yang paling teruk masa nak angkat kaki nak pakai pakaian, Allahu memang berair mata tiap kali nak buat aktiviti apa-apa. Mommy preggy yang pernah alami je yang tahu macam mana teruknya sakit celah kelangkang ni.
Kebetulan suatu hari kakak sulung call, kami borak panjang hinggalah keluar isu sakit celah kelangkang ni, sambil mengadu seksanya sakit tubuh bila mengandung ni. Masa tu lah kakak cerita balik tentang tukang urut yang mengurut kakak masa berpantang anak ke-4, so kakak bagitahulah tukang urut tu mengurut best sangat. Hilang dan selesai masalah sakit tubuh lepas mengurut dan yang penting tukang urut boleh mengurut orang mengandung. Kakak suruh cuba mengurut kotlah boleh selesai masalah sakit celah kelangkang tu.
Habis sesi borak, Ika dok fikir sendiri nak mengurut ke tak, sebab orang katalah bahaya mengurut masa pantang ni, tapi ku pun tak pernah urut, jadinya fikir kalau tak urut masalah tak selesai, nak tunggu sampai waktu bersalin nanti memang lama dan makin azablah jawabnya. Nak buat rutin harian pun apapun tak boleh. So setelah menimbangtara, Ika decide balik kampung nanti nak mengurut jugak. Since kakak dah bagi alamat lengkap dan dekat saja dari rumah mak mertua, Ika bagi peluang kat diri sendiri untuk mengurut dan ikhtiar apa yang patut.
The day kami balik kampung, itulah matlamat paling utama, so pada hari yang agak baik tu, Allah izinkan Ika bertemu CL (confinement Lady) /tukang urut kat rumahnya. Berdebar gaklah sebab memang first time Ika mengurut masa mengandung, ceritalah serba sedikit masalah Ika, so start je dari sentuhan dan urutan pertama sampai akhir, asyik mengaduhnya kerja Ika, punya sakit betul urat tubuh Ika.
Cikna bagitahu, "ni masalah lama dah ni, bukan baru ni, masalah sejak anak pertama bawak ke anak ke lima ni", kata Cikna. Eh terkantoi tak pasal iols memang tak pantang terus masa kelahiran anak pertama, ceaser kan? Alasan sangat, mbhahhah. Rasa menyesal pun ada, kesnya sakit sangat mengurut kali ni, tak pernah selama ni mengurut dia punya sakit tu setara ni. Even kena urut, sikit pun perut Ika tak disentuh, memang tukang urut tempat yang urat sakit. Kata Cikna "hehh, Cikna urut ni biasa je, yang sakit tu urat awak, tu yang sakit bila kena urut", ku perati jugak masa Cikna urut, memang tengok biasa je urutannya tapi betullah bisa sakit urat tu yang buat rasa sakit. Tapi tulah yang sakit masa urut tu lah ubatnya. Alhamdulillah since mengandung, malam tu lah kali pertama Ika boleh tidur lena, masalah sakit celah kangkang Ika selesai sepenuhnya. Cikna cakap memang urat peranakan yang sakit, bila urat tu sakit kesannya baby kat dalam kandungan pun akan rasa tak selesa, rasa tegang je selalu. Emm betullah tu. Memang tu yang Ika rasa.
Pakej Confinement Lady
Bila masalah dah selesai dan Ika rasa urutan CL Cikna ni serasi sangat so Ika decide masukkan dalam checklist Ika bila berpantang nanti nak berurut dengan Cikna bila pantang anak kelima nanti. Alhamdulillah Allah izinkan Ika berurut kali kedua dan seterusnya dengan CL Cikna dengan dua kali sesi. Sesi pertama Ika ambil mengurut, bertungku dan bertangas untuk 3 hari berturut. Sesi kedua Ika ambil sesi berurut dan bertungku sekali dengan pakej penutup (berurut+bertungku garam+bertangas+mandi lulur+penutup) untuk hari ketiga, pun tiga hari berturut. Masyaallah kesannya badan Ika rasa sedap sangat, selesa dan lebih sihat. Berjalan pun lupa diri macamkan orang tak beranak kekdahnya. Banyak kali kena sound kat mak ayah kes sedap sangat bergerak sampai lupa diri masih dalam pantang. Berbaloi dan puas hati sangat pantang kali kelima ni tambah pulak dapat CL terbaik, kes terbaik punya pasal habis anak beranakku pakat berurut sama, kihkih
Uols mommy yang mencari Confinement Lady dengan harga sangat berpatutan especially seminggu selepas bersalin, Ika recommended sangat CL Cikna ni, based kat Kelantan tapi boleh pergi ke merata tempat seluruh Malaysia(discuss dengan CL). Ika part tukang urut ni memang particular sikit, sebab semestinya nak cari boleh selesaikan masalah kita tambah lagi bab dalaman ni. CL Cikna ni ada memacam Sijil Urutan so korang cakap je masalah apa (masalah-masalah orang perempuan) yang uols hadapi, termasuk tombong insyaallah CL Cikna ni dapat bantu dengan izin Allah, yang penting kita ikhtiar kan? Selebihnya serah pada Allah. Kepada Sesiapa Yang Ingin Merasai Kehangatan Sentuhan Islamic Bonda Anna Es Sila Hubungi 017-222 0174 atau 011-17906 875.
So suami yang bakal bergelar bapa, isteri yang bakal bergelar mommy, buatlah dan sediakan yang terbaik untuk tempoh berpantang, sebab untuk tubuh badan kita. Suami jangan berkira untuk isteri, sebab badan isteri lama nak berkhidmat untuk suami dan keluarga. Suami layan isteri macam permaisuri, insyaallah isteri akan layan suami macam Raja, giteww.
Awal pagi tu lepas solat subuh kami laki bini bertolak balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuaca cantik dan yang paling penting ibu mengandung in good condition. Takde contraction, baby gerak cun. So baliklah kami dengan debaran, bermacam difikiran tapi tetap tenang. Sampai di Kuala Krai kebetulan nak isi minyak kereta dan solat, ditempat yang sama hampir 10 orang ibu mengandung macam Ika jugak henti dan rawat ditempat yang sama. Masa tu terdetik dalam hati, "nak balik beranak ke semua ibu-ibu mengandung ni? Berjemaah la pulak" . Maklumlah masa tu sehari sebelum 1 Ramadhan Ika agak ramai yang balik sebab nak sambut Ramadhan kat kampung.
Memang tak tersangka sangatlah mengandung kali kelima ni, sebab target Ika memang nak fokus cukupkan 2 tahun penuh susukan Azra Hajjar. Niat hentikan tandem nursing dengan kakaknya sebab nak fokus kat Hajjarlah. Tapi lain plak jadinya. Since decide nak stop susukan Hawaa bulan Ogos tahun lepas Ika start sekali program detox sebab berat badan dah naik sebab makan tak ingat dunia. Lagipun tandem nursing kan, berdouble triple dia punya struggle tu, eh alasan sangat. Hihi. Kalau tanya kami laki bini pun memang takde plan nak menambah lagi disebabkan banyak kekangan, tapi cemtulah, who knows 'surprise dari Allah' sememangnya hadiah terbaik buat kami.
So alang-alang nak stop memang Ika buat eat clean dan join no sugar challenge program. Memang berdesuplah turun berat badan dalam sebulan lebih lepas stop Hawaa menyusu, dalam 3kg berat badan Ika berkurang. Tapi tak pepasal haid plak tetiba stop sedangkan sebelum tu regular je datang setiap bulan. Terus cuak tak hingat. Suami beli UPT test, lega sebab negatif result. Legalah pasal memang takde plan pun lagi nak mengandung, tahun 2020 maybe boleh dipertimbangkan, kononnya lah.
Bulan kedua buat detox, alhamdulillah berat turun lagi, tapi haid still takde datang, imaginelah tetiap hujung minggu buat test takut tetiba jadi positif kan. So boleh beringat-ingat awal kandungan kan, badan iols kan manja sikit. Still result negatif. Tapi yang paling tak tahan back pain terasa makin teruk, padahal dah telan ostematrix special dose, hinggakan naluri sendiri dok ulang tayang "aku ni mengandung ke tak sebenarnya eh?!". Tapi bila check result negatif, perut pun cantik flat je. Kalau mengandung dah timbul ni. So just fikir mungkin hormon tengah huru hara sebab baru stop tandem nursing. Just let go.
| Siap boleh pakai kebaya tu, perut flat, muka pun cengkung sikit, berat turun banyak. 2 hari sebelum balik kampung. |
So yang dah lama mencari solusi untuk suburkan diri, try detox ok. Detox ni lebih kepada pengorbanan diri, sebab sepanjang program detox you banyak dapat value yang orang lain tak dapat. Ingat senang nak buang benda yang kita suka makan, ingat senang nak tukar habit dan sebagainya, tapi the challenges give you more inner strength. Cubalah detox ok. Memang Ika recommended untuk flush away toksin.
Yang Ika perasan, semua blogger tegar dulu habis semua senyap bila dah bertukar gelaran mommy. Kebanyakanlah, yang tetap aktif yang femes ames macam cik epal, irine nadia apa semua tu. Hebat depa boleh still aktif menulis dikala tanggungjawab makin bertambah, anak makin bertambah, urusan makin bertambah. Fuhh, so inspired kan?
Ika ni aktif belog tiap kali nak umum anak lahir ja, wakakak. Sadis sungguh. So tahun ni even dah masuk bulan tiga dah pun, still azam tu still boleh dilaksanakan betul tak? Semangat nak menulis tu memang sentiasa ada, tak pernah padam, yang padamnya bab masa. Kena urus masa sebaiknya lah. Kadang malu kat orang lain yang boleh urus perkara lain hingga berjaya even banyak benda dilakukan dalam satu-satu masa, but we can't compare us to others kan, just give the best version of ourselves sudah.
Ikutkan banyak sangat nak share, tapi Ika try buat satu-satu termasuk share resepi step by step. Memandangkan anak-anak dah start sekolah ada luang masa yang Ika boleh gunakan untuk menulis dan aktif dimedia sosial. Just sharing the good thing yang boleh memberi manfaat, not updates as bawang rangers. Not my type dan bukanlah saham terbaik nak tinggal kat alam maya ni memandangkan ianya stay kat sini even the person dah takde. Inspired tengok arwah cikgu kimia yang passed away, tapi tutorial mengajarnya kat youtube still actived viewed. Tu mrmang betullah something yang memberi manfaat, ilmu, cahaya untuk alam sunyi nanti.
So just being and make a good thing for our lives and others. Sebab itulah matlamat kita semua datang ke bumi Allah, sebagai khalifah, sebagai pendakwah, spread a good thing, give other values. Insyallah. See next post orait.























Top Social