Solat di Masjid Besi Putrajaya

2.21.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh
Hujung minggu baru ne kitaorang just spend time kat rumah je...suami cuci halaman rumah pasalnya diberak kucing peliharaan jiran, alang2 nak basuh simen laman depan tu suami gotong-royong dengan anak,merumput pasu2 bunga yang dah tumbuh semak samun..cuci dan kemas barang2 stor yang bertimbun kat depan rumah..my kids apalagi memang sepuas hati la main-main sambil tolong ayahnya...hihi sekali-sekala terlepas,maklumlah kadang2 je diorang berdua terlepas main kat luar rumah..bukan setiap hari,huu maklumlah paranoid dengan keadaan semasa yang makin hari makin tak selamat dengan pelbagai news jenayah yang menakutkan..so just better prevent la kan..



Disebabkan dah seminggu bertapa kat dalam rumah, dan hujung minggu camtu anak2 rasa freedom sikit,just bawa anak2 ke masjid untuk gembirakan diorang...tu pun gembira sangat dah sebab boleh pergi masjid..muahehhe, sekejap je behave ikut jemaah solat lepas tu dengar suara anakanda je buat bising...huu, kanak2 macam tu la...kikiki, for me takde masalah pun asalkan diorang tak bawa najis dan jejaskan ibadat orang lain...ingat lagi suami cerita masa ceramah ustaz kat masjid masa tu tetamu jemputan asyraff Muslim tentang pendedahan untuk bawa anak2 ke masjid..kat malaysia memang kesedaran bawa anak ke masjid, persepsi bila budak-budak,kanak2 ke masjid masih ditahap yg rendah dan negatif bilamana kebanyakan jemaah menyalahkan anak2 yg bising sebab boleh hilangkan khusyuk jemaah..



ustaz tu kata kalau nak khusyuk jangan solat kat masjid solat kat rumah je, sebab kat masjid memang kita datang nak ambil pahala berjemaah, nak khusyuk solat kat rumah sorang2 hihi..apapun didiklah anak supaya anak2 tahu adab2 dimasjid..macam Ahmad harraz & Haddad walaupun dah diberitahu berkali-kali ikut sama ayahnya solat..last2 solat sekejap main jugak tak sempat selesaikan solat..hahah,ahh just please tolerate they just a kids..insyaallah one day they will understand,give them a chance lah kan...behehe,ok daaa...







Ditulis pada 25 disember 2015
10.30 pm

Reunion Batch 2013 SMK(A) Wataniah

2.20.2016

It's been so long to meet our old friend lagi2 yang sekolah menengah,alhamdulillah aplikasi whatsapp betul2 menyatukan kami kembali like real family, tak siapa sangka kan.. So one fine day,kitaorang berpakat untuk berkumpul berjumpa dengan rakan-rakan sekolah yang kebanyakannya sudah membina keluarga..alhamdulillah, batch smka wataniah 2013 kami sudah berkembang menjadi keluarga yang besar..so after setting time and place those yang free dan tiada kekangan untuk datang maka pada hujung minggu berjumpa lah kami kat rumah salah seorang rakan yang volunteer dengan tema pot luck..



So,here we bila berkumpul memang kecoh masing-masing banyaknya cerita nak kongsi, dalam whatsapp dah kecoh jumpa depan-depan lagi kecoh...bahaha, it'so great moment bila dapat berkumpul macam tu,yelah after berbelas tahun berpisah then kitaorang berkumpul bertemu mata, dapat mengeratkan balik ukhuwwah yang sekian lama sepi dan terpisah. Alhamdulillah diharap dilain masa kami dapat berkumpul lagi ramai2 macam ne, rasa sekejap je berbual-bual berkongsi cerita tentang kehidupan family,diri dan anak-anak dan mengimbau memori lalu. Next maybe dapat jumpa kelompok yang lagi besar.



Ditulis pada 26 disember 2015
10.35 AM

PetroSains KLCC Kuala Lumpur-2

1.05.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh
Sampai je tingkat 5 petrosains bypass tak naik train,kitaorang sampai distesen sains terus..sebab tak naik train jadi dah skip yg mula2..yg tu xjadi hal, sampai kat stesen pertama area yg pamerkan tentang angkasawan dan berkaitan dengan planet2 camtula, pusing tengok sentuh sekejap terus kitaorang ke stesen seterusnya..
kalau taksilap geotime apa entah, yang mana kat situ ada dinosaur besar yg bergerak2..memang terkejutlah anakanda harraz dan Haddad bila tengok saiz dinosaur besar macam tu,bergerak2 pulak,takut-takut nak masuk dekat take a time,tapi memang diorang berdua tak nak ambil gambar sebab takut...then dari situ kitaorang berjalan menyusuri pameran tentang kewujudan purbakala dulu, sampailah ke stesen yang digemari double H iaitu exploration & activities zone..bolehla diorang berdua mencuba mesin jengkaut macam tu, drive kapal terbang dan yang paling menyeronokkan tentu2 lah playarea...hihi, memang asyikla si harraz menyusun lego..sempatla setengah jam lepak kat situ.
So kami anak beranak menapak ke stesen seterusnya bahagian pelantar minyak, pamerkan bagaimana struktur tempat kerja geng2 offshore, tempat tinggal,how they work etc...kat sini my kids memang tahu berlari duduk sana sini jela..kiki, then ke bahagian speed tentang kelajuan objek macam tu,ahmad harraz again jumpa lego terus menyusun sekejap, lepas tu sempat la setiap sorang try duduk sekejap dalam kereta f1 tu,so lepas tu memang kitaorang jalan sepintas lalu je sebab anak2 sibuk nak naik lif, terus kitaorang ketingkat atas satu lagi ke ruang pameran tindakbalas sains science station 2 & activiti area..memang macam2 menarik tapi maklumlah dengan keadaan sesak penuh dengan ramai orang lagi2 anak2 pun dah tunjuk tanda penat, so kitaorang memang sepintas lalu je semua sehingga sampailah kat stesen last sekilas masa so sempatlah kitaorang naik train untuk keluar dari ruang pameran. So lengkap lah jugak journey kitaorang 4 beranak dalam petrosains tu...kikiki



Kesimpulannya, memang berbaloi bawa anak2 lagi2 yang dah bersekolah & belajar tentang sains ne ke petrosains...banyak ilmu baru termasuk kitaorang sendiri yang kadang2 dah lupa. Bawa anak2 sebesar Ahmad harraz dan Haddad pun berbaloi jugak sebab boleh perkenalkan mereka dengan sesuatu yg baru..lagi2 dengan harga tiket yang dikira amat berpatutan jika dibandingakn dengan tempat2 menarik yg lain,petrosains dikira masih dalam kategori murah takdelah berkira2 makpak nak bawa anak2 kan..kikiki.
Lastly,my tips sebelum nak datang petrosains ne plan elok2 masa, either elakkan masa cuti sekolah or peak season,atau datang awal supaya banyak masa boleh spend dalam tu..hihi,kitaorang rasa memang rugi sebab boleh singgah sekejap2 je kat tiap2 stesen dalam petrosains,if datang awal memang boleh try every single thing yang menarik dalam tu..maybe for next time tu tak tahu bila lah pula kan..lagi satu kalau datang dengan anak2, atau by group family better treat well your kids, like kenyangkan dulu perut diorang make sure yg kecil dah menyusu dan kenyang, alert kid's napping time n so on, sometimes menda2 kecil macam tu boleh spoilkan kita punya mood bila anak dah mula tunjuk perangai,if you can handle well no problem..kalau tak memang sakit jiwa nak melayan karenah anak..behehe, alhamdulillah double H really behave walaupun skip napping time diorang, they just happy sebab teruja dan boleh main. Lepas exit tu memang xsempat sampai ke parking kereta dua2 dah terlena sorang dalam stroller sorang lagi tertidur atas bahu ayahnya...penat sangat dan penuh dengan pengalaman baru..daa,kbai

PetroSains KLCC Kuala Lumpur-1

1.02.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabaraktuh


Perasan tak tahun ne kita sambut maulidur rasul 2kali...1436H jatuh pada 3 Januari 2015, dan kali kedua 1437H pada 24 Disember 2015. Sempena cuti maulidur-rasul 2015 1436/1437H kitaorang bawa anak-anak ke petrosains KLCC lagipun umur diorang dah tahap meneroka & belajar sambil seronok-seronok...kiki, cadangan ke petrosains tentu-tentulah dari suami..behehe. Kalau ikutkan plan asal nak pusing-pusing zoo, tapi memandangkan mak buyung tak larat berjalan dibawah mentari, maka Petrosains adalah pilihan yang ok tapi bukanlah terbaik sebab musim cuti sekolah kan, dan juga public holiday..maka faham-fahamlah sendiri betapa sesaknya dalam petrosains tu apatah lagi klcc.


Memandangkan kitaorang lakibini pun first time pergi petrosains, so sampai kat sana sedang-sedang je masa sebelum orang bersesak-sesak dalam pukul 11 , tempat parking siap boleh pilih2 dan yang penting masa beratur nak beli tiket tak ambil masa yg lama..dalam 20minit ke setengah jam,hihuuu...actually lama sangat dah tu memandangkan orang ramai sangat, kira dah okla beratur selama tu. So sempatlah bawa Ahmad Harraz pusing-pusing kawasan sebelum datang perasaan boringnya tambah2 lagi tengahari waktu tidur diorang. Harga pakej keluarga yg kitaorang dapat dalam RM31++, masa beratur beli tiket tu ready terus dengan IC dan mykid anak2 dan pembelian tiket dapat 10% diskaun kalau tunjukkan kad mesra petronas. So memang jimat sangat la kan...hihi. Tiket masuk plan beza setengah jam setiap kemasukan..kitaorang dapat tiket masuk pukul 1.30tengahri.


Nak tunggu pukul 1.30 tu kitaorang settle hal anak2 dulu sebelum masuk, nasib baik bawak bekal..so suap anak2,diorang minum susu n tukar diapers (actually nak free diapers kan anak2,tapi misi belum berjalan lagi...huu). Settle semua baru kitaorang naik balik masuk kat bahagian pameran Illusion dulu sebelum ke bahagian pameran petrosains. Lagipun masa kitaorang naik nak beratur masuk tu ya ampun panjangnya..dalam 50minit ke sejam lebih nak lepas masuk. Nasib baiklah disebabkan kesesakan yg luar biasa, staff petrosains mencadangkan sesiapa yg tak nak naik train terus bypass naik lif ke pameran..fuhh memang lega, kalau tak entah pukul berapa baru boleh masuk. Anak2 pun dah tunjuk muka monyok mengantuk dah,risau lah kotnya buat perangai kalau dah mengantuk macam tu. Alhamdulillah perut masing2 dah kenyang,so takde risau sangat kalau tak memang tunjuk perangai tak pasal2 burn camtu je tiket...hihuuu. Kitaorang pusing2 dalam pameran illusion tu pun memang sekejap je,dalam 20minit sebelum 1.30ptg, then lepas tu terus bypass naik lif ke tingkat 5, tu pun sempatla jugak merasa beratur..kikiki,apedehal kan, datang lagi musim camne,tulah makannya..so nothing to merepek nanti sambung next entri plak...hihi

Ditulis pada 25 disember 2015
5.29pm



The Best Moment 2015 Throwback

12.30.2015

Pejam celik dah berakhir tahun 2015, dan ini bermakna semakin pendek masa dipentas dunia, moga tahun baru lebih baik dari tahun ne,lebih banyak bersyukur, lebih banyak muhasabah diri, lebih matang, lebih berusaha mengubah diri kearah kebaikan...sesungguhnya tahun 2015 meninggalkan banyak memori dan kenangan, dugaan dan ujian, yang pasti segalanya mempunyai hikmah tersendiri..

So, next-next entry akan datang ditahun baru kebanyakannya hasil throwback 2015...hihi, saja lah panaskan enjin supaya next year lebih aktif menulis...dan coretan-coretan akan datang sebagai ingatan dan kenang-kenangan serta sharing info hasil dari pengalaman sendiri...banyak planning tahun depan berharap semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah, insyaallah amin...memandangkan tahun ne memang lemau bab update entri, next year ada semangat baru bertubi-tubi menulis kat blog sendiri..hahah, tu pasal awal-awal lagi nak tutup buku tahun 2015, dah tak sabar nak start tahun baru...bahahha,korang layankan jelah...ok daa,

Selamat Tahun Baru semua, good luck for all of us as rakyat marhaen, semestinya tahun 2016 terlalu banyak dugaan, tekanan as Malaysian, banyak-banyak bersabar dan mengharungi segala dengan semangat, usaha, tak boleh ubah yang duduk atas,kita ubah diri dulu, hope more luck for 2016 for us ok, insyaallah dengan DOA usaha we'll survive!!

Ditulis pada 30 disember 2015
10.15pm