Botol Kaca LifeFactory

11.17.2014

Ahmad harraz dah 2 tahun 5 bulan dan adiknya Ahmad Haddad 1 tahun 5 bulan..hmm, cepat masa berlalu kan? Ahmad harraz sudah mula tunjuk perkembangannya untuk bercakap..buat satu ayat lengkap like 'mama, nak susu' ' Lori sampah ambil sampah' 'hijaunya pokok' 'mana ayah ne?' dan macam2 lagi ayat yang melucukan. Ahmad haddad pula bab copy paste abangnya memang terbaik, sama macam abangnya..1 thn 5 bulan baru pandai berjalan dengan yakin setelah sebulan bertatih. Lamanya Haddad merangkak sama dengan abangnya 6bulan, alhamdulillah sampai masa Ahmad Haddad mampu berjalan sendiri akhirnya, no worries and proud with their effort. Ahmad harraz pandai bab support adiknya untuk berjalan, bila Adik jatuh terus suruh 'bangun Adik!'..lucu betul tengok gelagat dua beradik ne...bersyukur dikurniakan anak jarak rapat, sekarang baru nampak hikmahnya kan? Next punya tatau lah bila Allah nak bagi rasa pulak nikmat mengandung dan bersalin, hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA..sekarang fokus dengan mendidik dua orang hero ne, nak membesarkan diorang dengan kasih sayang, dan guna peluang ada untuk membesarkan mereka dengan baik...insyaallah:-)

Secepatnya masa berlalu, dah hampir 1thn 5 bulan jugak Ahmad Haddad fully breastfeed, alhamdulillah..moga2 anakanda ahmad Haddad dimurahkan rezeki untuk breastfeed until 2 years. Ahmad harraz pula macam biasalah dengan susu dugronya, dan disebabkan Ahmad Haddad suka tiru abangnya, sekarang pun mula nak berjinak dengan botol susu..huhu, kalau boleh tak nak Ahmad Haddad menyusu botol..niatnya nak Ahmad Haddad minum susu dari gelas je, seem like challenging tapi xsalah mencuba kan? Disebabkan haku jenis kedekut atau dengan kata sopan nya berjimat, botol susu harraz memang dari jenis kaca, almaklum malas nak tukar botol by the time kena tukar after few month, glass bottle better choice for me pasal tak payah risau pasal BPA issue etc. So after six months exclusive pumping, terus guna botol kaca untuk ahmad harraz sampailah sekarang. Tapi nampak gaya sekarang botol kaca dah tak selamat pasalnya dah dua botol jadi mangsa Ahmad Haddad..huhu-_-". So last choice stainless st eel bottle lah pulak kena cari utk kegunaan Ahmad harraz..what say u? Nampak macam oraitt je kan..kena survey dululah nampak gaya..daa

Kenangan Raya Haji 2014

10.13.2014

I think raya haji tahun ne tak semeriah sebelum belum ne...hu, sebabnya pergi balik kampung pun dah makan masa 13 jam, dah macam wajib pulak jem teruk bila balik raya, dan tahun ne memang tak makan banyak daging lembu seperti tahun tahun yang sebelum-belumnya...dan pecah rekod jugak tahun ne tak sempat merasa daging panas-panas masih berdenyut-denyut otot selepas disembelih disiat dan dipotong masuk dalam kuali goreng kunyit ke, goreng kicap ke, sup ke, singgang ke...no!! Tak sempat merasa..really frustrated..huu, tang tu yang mahal sebenarnya balik kampung dihari raya korban..takde rezeki nak merasa macam tu ye tahun ne...so balik dari bercuti raya haji memang sehari dua kitaorang laki bini tak boleh nak makan nasi kes muak apatah lagi tengok daging walaupun tak makan daging banyak...btw pecah rekod raya haji pulak tu haku sebat makan ketupat banyak ada 20 biji -_-''....manalah tak naik badan, makan macam ____ sudahnya berisiko tinggi untuk orang awam keliru adakah tuan belog ini seorang bibik atau bokbong hasil dari pengumpulan lelemak berlebihan...kesimpulannya...tiada yang tersimpul daaa...raya haji this year no picture

Wake Me Up When September End

9.24.2014

Mungkin musim hujan Sekarang...takpun bumi dah hilang turutan musim dek bertambahnya kelewatan usia...lama sudah tak menjenguk laman tulisan maya...malas bukan penyebab utama, ok it means malas pun puncanya jugak, mihmihmih...lebih kepada mengelak anak-anak melihat bondanya mengadap gadget...bukankah tidal adil merampas childhood milestones moment dari mereka bila mengadap menda alah ni...Cuba membataskan diri dari 24hours with technologies atau lebih kepada media social...anak-anak pun tidaklah terpengaruh sama menjadi penatap setia skrin sesentuh ni, huuu. The moment Ahmad harraz knowing to use this 'touch screen' click here and there especially upin ipin...situasi tu sangat menakutkan...sebab apa?sebab bila kita panggil namanya sikit pun tak toleh and take a time to respond...ohhh my! this should not happen..so after a days train myself to control hide the gadget and turn off the TV except at 11am(it's time for Bella & Korean drama at 12...kahhh, I couldn't control myself to not watching) soobss! So hasilnya ahmad harraz da pandai isi masa dengan belek buku, main kejar-kejar, bergurau senda dengan adiknya and much more hungry to eat..well good for eaty picker toddler like him..sekarang selera Ahmad harraz bertambah baik...alhamdulillah...last but not least much more energy for their mum tidy up their toys here and there 7689428899 times in a day...pppffftt..setelah lama tak bersiaran akhir ada jugak entry for september...bersesuaian dengan lagu wake me up when September end..baruku sedar September dah nak berlalu...baru sedor....btw abaikan entry kelam kelibut spelling berterabur..that's why I hate smartphone, how to turn off auta spelling?grr..more update at my instagram..ciri-ciri blogger dah malas buat entry...bahaha..bubye

Tips Lembutkan Daging/ayam/ikan Sejuk Beku Sepantas 5minit

8.21.2014

Wahh..tetiba pulak nak jadi chef celup sepantas 5minit jugak kekdahnya...buat suri sura rumah jugak para career women yang suka memasak dan cuba meminimumkan masa memasak..tips ne sangat bermanfaat...jimat masa kat dapur nanti sebab dah tak payah ternanti-nanti daging atau ayam atau ikan frozen lembut baru boleh start memasak,terutamanya isteri-isteri bekerja yang berusaha balik rumah untuk masak secara pantas. Tips biasa yang kita tahu letak frozen food yang kita nak masak tu kat bahagian bawah freezer pagi sebelum pergi kerja atau belah malam ..sempatla yang beku tu cair sebelum kita balik memasak...lagi sadis tak ingat terus nak keluarkan frozen food-_-". Masa tu nak masak, masa tu jugaklah baru nak keluarkan frozen food..so lepas neh no worries ok

Yang tips kita nak kongsi ne maybe ada yang dah apply..it' s ok, mari kita kongsi sekali lagi tips ne supaya kerja didapur lagi mudah..tipsnya frozen food like frozen meat memang ambil masa untuk lembut...so what we've to do is??jeng jeng jeng..sediakan 2 steel pot dan isi air, letak frozen food dan tindih lagi dengan steel pot..insyaallah it's won't take a long time.. Tak jelas? Boleh refer gambar bawah..senang kan?so mehla praktik lepas ne..oh! Update entri via smartphone memang tak best..time ne jgk charger lappy nak rosak...duhh!!k daa...


Kisah Raya 2014 & Ulang Alik di Jalan Raya

8.08.2014

ehemm, lama betul blog bercuti...malas betul sekarang nak menaip..lama betul cuti raya, sampaikan surirumah pun malas nak masuk office jugak, kain menimbun tak berlipat, rumah tak dimop, huwargghh..apapun cerita pasal raya belum sempat nak kongsi...alhamdulillah, balik raya tahun ne kitaorang tak sangkut jem teruk masa balik kampung...sadis betul dengar cerita kawan-kawan yang balik kampung sampai 20jam pun hado...ish2 teruk bebenar penangan orang balik kampung raya tahun 2014 ne, malam jumaat last di bulan ramadhan, buka puasa dan terawih kitaorang dah bertolak...sepanjang perjalanan haku taksedar hape...tidola teww jawabnya, aku jarang tido sebab neman hubby drive...sekali malam tu haku dulu yang mentido...agagaga!!tahu2 dah nak masuk waktu sahur stop di gua musang sahur solat dan berehat kejap...so balik awal sempatla kitaorang gilir berbuka puasa rumah mertua masing-masing 2 3 hari sebelum berakhirnya ramadhan. Memandangkan tahun ne giliran raya belah suami, makanya stay rumah mertua sampai raya ketiga baru balik rumah mak ayah. Kononyalah, walaupun  raya belah hubby, raya first nakla jugak dua-dua merasa beraya rumah mak ayah jugak...sudahnya pagi raya rumah mertua, belah petang balik rumah mak ayah pulak...kihkih, gitulah ye kalau kahwin satu negeri...dekat-dekat pulak tu, ulang alik atas jalanla jawabnya...raya kedua barulah duduk diam-diam rumah mertua...hihuu...

so raya kali ni giliran adik beradik beraya tak sama sebab kakak sulung dan adik dah kena balik melaka raya kedua dan ketiga tu, so terkejar-kejar jugak ulang alik nak berkumpul sesama jugak kekdahnya..kena fair and square lah kekdahnya, nasib suami pun layan, kalau tak ada jugak drama pagi raya..berkumpul satu family walaupun sekejap pun dah puas hati...so suami-suami sekalian alam, jika kita sendiri nak kita adik beradik satu family berkumpul sekali, begitu jugaklah belah isteri...kenalah saling memahami dan bertolak ansur ye...cewahhh gituu...mihmih. Raya tahun ne takdelah sakan sangat memandangkan tahun ne betul-betul beraya disebabkan dua tahun lepas dan berturut-turut beraya dalam pantang semestinya raya tahun ne nikmat sebab boleh makan ketupat rendang lontong dan segala mok niqo...ekekek. 

OOTR (outfit of the raya) tahun ne simple sangat sebab kitaorang recycle je baju yang pakai masa kahwin my sis (cream) dan baju masa kahwin sepupu (turquoise) belah suami...settle!!tambahan baju raya buat penaip entri ne ganti baju raya yang lepsa kononnya...hihi, last minit cari kat jalan TAR...last day puasa kitaorang berbuka rumah mak ayah, sebelum balik malam raya rumah mertua...bersyukur sangat sempat tolong mak masak juadah raya untuk open house first raya...tradisi setiap tahun sebelum ne memang raya kedua open house tapi tahun ne berubah kes giliran raya anak-anak kat kelantan dulu tahun ne..haku?? wajibun dah raya kat kelantan tiap-tiap tahun,tapi tiap-tiap tahun sekejap ada, sekejap takde kes ulang alik rumah mertau sekejap, rumah mak ayah sekejap...-__-'' miahahaa...tambah pulak mak tak sihat last puasa kes gastrik dan nak demam, so awallah kitaorang adik beradik prepare juadah open house untuk esoknya...lepas buka puasa terus masuk dapur proses apa yang patut...menu tahun ne nasi beriyani, roti jala, kari kambing, kari daging kuzi ayam & rendang ayam, mak rehat dan tido je standby layan tetamu je esoknye, anak-anak settlekan masak semua menu...gambar non-hado...tak menyempat nak snap...huhu, my feberet menu sayur lodeh takde tahun ne, so boleh request mak buat raya haji nanti...balik rumah mertua malam tu ma baru nak start masak lontong dan rendang..lepas jugak keinginan nak makan sayur lodeh...hihi. Ok dahlerr...layan gambar jelah, gambar raya tahun ne meriah belah suami, belah kita pun meriah jugak tapi kelam kelibut pasal sibuk nak potong kek, nak pergi beraya dan sambung ulang alik, tahun depan insyaallah boleh frame yang proper sikit, hihi..daa. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA READERS.