Kuarantin kerana Chickenpox

10.07.2013

Dah hampir sebulan lebih berhujung minggu dirumah, bersambung dari yang anak-anak demam batuk berkahak...apa perasaan anda dikurung sebegitu rupa?? jawapannya adalah dah takde perasaan dan rupa tak macam orang dah, rasa nak makan orang...huahua, kesian betul haku, takpe takpe..ne baru nak duga sikit dah menggelabah tak tentu hala, nasib ada wifi...kalau tak dah jadi gorila, wahaha...kiddin'..apapun kalau dah nama duduk rumah aje, makan vera tido ajelah..menggemukkan badan..hope my sons cepat sembuh...dua-dua kena chickenpox..huhuT_T..poor my sons, kecik2 baby pun dah macam-macam sakit kena..aduhai hati sabar jelah-.-"..so disebabkan chickenpox/cacar air atau 'bertih' istilah ore kelate, terpaksalah kuarantin anak-anakku sayang, mahu nak keluar jalan-jalan jangkitkan orang lain...makan sumpahla nanti..haha, so better berkurung untuk kesihatan anak-anak jugak, chickenpox ne boleh berjangkit melalui sentuhan, senang cakap mudah nak berjangkit bagi orang yang belum  pernah kena chickenpox ne...giteww..apa boleh buatkan, fikir positif bahawa sakit anak-anak ne Allah nak ringankankan beban dosa makpaknye..huhu, nak suruh banyak sabar, usaha, tawakkal, dan yang penting lebih dekat dengan sang pencipta..wallahualam..
so, apa boleh buat dengan chickenpox ne?doktor cakap virus ne takde penawar, ia akan sembuh sendiri..yang penting kena sentiasa jaga-jaga takut demam panas, selsema dan batuk..alhamdulillah my sons dah demam awal-awal kot, pakej sekali batuk ngan selsema..huhu, so sekarang tunggu bintil-bintil air tumbuh dan meletup je..sapu calamine lotion untuk kurangkan gatal dan miang bintil tu..tak lupa jugak bagi air tawar kiriman dari tok ayah buat cucu-cucunya..hehe, petua minum air kelapa lom buat lagi untuk ahmad harraz, baby haddad still baby lagi, takkan nak bagi air kelapa jugak??huhu..doakan my sons cepat sembuh...daa

Snek Hebat Ketika & Selepas Pantang

10.01.2013

Biskut tawar/biskut kering dan bermacam lagi gelaran pada biskut yang rasanya tiada beza antara jenama..tapi memang tipulah kalau nak kata takde beza kan??...sepanjang pantang i wonder why yang datang menziarah turut sama bawak biskut kering for me...so selepas dua kali beranak dan dua kali mengalami situasi sama, i mean setiap kali yang datang tengok my baby turut sama bermurah hati bawa biskut kering untuk aii(alhamdulillah murah rezeki)..lebih kurang gini ayatnye" ne untuk mok hak patte make"..which means biskut kering tu memang khas bawa untuk si ibu berpantang makan..menunggu-nunggu jugak yang datang bagi biskut chipsmore ke, biskut oats ke..hehehe..
pic credit:hype.my
selepas peristiwa tu..i know biskut kering, ore kelate panggil 'biskut tawar' sememangnya snek hebat untuk ibu berpantang..cicah dengan air milo memang sedap pagi petang dan sebelum tidur...u know what?ibu yang dalam berpantang memang akan lapar sebab biasanya breastfeed baby kan, so it's normal kalau rasa mulut asyek nak mengunyah aje..lagipun kita takdelah menketedarah nasi banyak-banyak dalam pantang, kalau tak macam mana nak dapat body figure back to normal as anak dara..wahaha..dapat kilo asal sebelum preggy pun dah kira baik lagi baik kalau dapat timbangan sama macam kat universiti dulukala..okeh mood berangan datang..but tak mustahilkan? dalam pantang pun tak boleh berpantang sangat, ai mean kenalah jugak makan makanan berkhasiat, kalau asyik makan ikan kering bakar, manalah anak nak dapat khasiat..so just variety menu in confinement asalkan dapat skip makanan yang boleh buat badan berangin/sejuk/ gatal and tak memudaratkan (ai mean makanan yang boleh buat tumpah darah balik)..yess, mende neh memang wujud,ada certain makanan yang kita boleh makan dan tak boleh masa pantang..tapi sekarang kan moden, mommies pun dah moden, ada yang berpantang secara moden n tradisional..so depends your own..okei suka sangat melalut tak tentu arah, nak ceritanya pasal biskut kering pastu dah sampai lain-lain punya hal pulak...huuhu. 

dulu-dulu biskut kering ne tak pernah nak masuk dalam list makan, sekarang main ngapp macam tu aje, tak celup-celup susu macam oreo pun takpe, kunyah bodoww gitu jah ore kelate oyak...muahaha..memang sedap rupanya, ke haku yang lapar tak tentu arah sampai biskut kering pun dah rasa sedap yang amat..my suggestion, biskut kering ne wajib ada buat stok kunyah..lagi-lagi yang Julie's Butter, Jacob's Original & weetameal tu..nak lagi best biskut kering Hup Seng, one of my favorite..Supposedly biskut kering boleh dikatakan healthier choice untuk mommies yang sedang berpantang dan untuk yang dah habis pantang..untuk control kita punya weight la kan selain breastfeed dan juga untuk bagi tenaga untuk kita lakukan kerja seharian...daa

Belajar Buat Kek

9.27.2013

i lovee cake, but to bake and put some effort to make it...i failed..entah hape jenis tanganlah, asal buat bantat, tak sedap, tak jadi...ingatkan boleh guna magic hand as wife boleh bake itu ini, nak buat roti lagi tapi hareem..pernah cuba buat sekali, kucing pun boleh mamposs kalau kena balingan hasil roti yang dibuat.. huahua..tu pasal my hubby tak nak amik risk makan my homemade cake, hijau muka nanti nak habiskan sebijik..wakakak...sedih tak haku history buat cake/kuih/roti/dessert..tapi bab masak lauk pauk boleh la bagi thumb print..tak penah lagi laki muntah hijau makan hasil masakan, perut makin ke depan adalah,kihkih..so akibat tak pandai buat cake dan sederet dengannya, maka jalan yang paling mudah lagi habis duit..beli jelah!!-__-"...walaupun tiap kali tengok kek, keinginan nak buat sendiri tu tinggi menjunam..lagi lagi kek cokelat..takpe, selagi keinginan tu ada masih dikira okeylah kan, ada jugak keinginan...cuma motivasi nak buat belum ada..hehe. sangat best tengok blogger yang terer masak n bake ne...meleleh air liur menengoknye...huhu, so kesimpulannya memang tak pandai buat tapi pandai makan je..daa, motif entri??kelaparan!!!hahaa

Bayi Pra-matang & Jaundice Berpanjangan

9.26.2013

let me story about my second son..hurmm, macam tak banyak cerita tentang Ahmad Haddad dalam entri mama neh..asyik cerita pasal mama aje..gilerr glemer betul...wahaha..just kiddin'..Ahmad Haddad lahir dalam umur 34 minggu ++ dan dikategorikan bayi pra-matang..alhamdulillah, Allah maha mengasihi kerana mengurniakan anak yang sihat dan sempurna sifatnya dan berat Ahmad Haddad melepasi timbangan berat yang wajib iaitu 2kg..his weight 2.16kg, just nice..then my son ditahan wad selama 5 hari 4malam..disebabkan pernafasannya terlalu cepat and no others problem..alhamdulillah, after 1 day his breathing normal cuma ditahan lama sebab nak pantau, 2 days before discharge he showing signs of jaundice..tapi dibenarkan discharge sebab jaundis tak tinggi sangat about 100 gitu je..
gambar:waktu kejadian kuning
so being at home tak sangka pulak my son punya jaundis berpanjangan..sebulan lebih jugaklah, then apa aii buat selama anak jaundis??!!..pfftt..entah nak bagitahu ke tak, tapi disebabkan i'm really positive the jaundice will not defeat my baby, so bermacam cara diikhtiarkan to get rid the bilirubin..mandikan dengan daun inai, mandikan dengan daun herba 5 hari berturut-turut yang beli kat 'cino cabe/cina cabang'(one of famous chinese medicine herbs store kat kelate), jemur dengan cahaya matahari (waktu dhuha), bagi air anggur hitam/ air susu kambing tak cubalah pulak.....so tak tahu berkesan ke tidak..one of the effective ways to get rid jaundice 'jemur my baby dengan cahaya matahari" takdela jemur my baby direct bawah cahaya matahari not good for baby, yang dibuat hanya jemur dengan pantulan matahari.. lucky my parent house tinggi, so cahaya matahari senang nak masuk ikut tingkap, alhamdulillah...it really works sedangkan itulah yang ditegah doktor dari dibuat ibu-ibu zaman sekarang..daripada bacaan 200 lebih terus turun ke 100, 150 kebawah dah dikira normal(how i know?sebelum pergi check the rate i jemur my baby Haddad)...so after that, kuning berpanjangan hilang juga akhirnya setelah mencuba pelbagai cara..siapa tak sayang anakkan??..then, selama my sons kekuningan tu takdelah aii terlalu zalim menghantar anak ke klinik kesihatan untuk dicucuk diambil darah macam dracula hisap darah setiap hari(biasanya dapat arahan dari doktor untuk pergi check darah, so derhaka kat doktor sekali sekala i think it's ok..haha=p).....tak rela dengar anak menangis kesakitan, cukupla terseksa dok teringat macam mana anakanda meraung sakit bila dicucuk setiap hari kat kaki nak ambil darah sampai tertinggal kesan-kesan menyayat hati selama 5 hari kat NICU tu, so just imaginela kalau sebulan lebih ulang alik bagi darah??!!..aii just habiskan duit pergi scan kulit anak je dekat klinik swasta ibu&anak untuk tahu setakat mana rate jaundice tu..anak punya pasal kan...habis duit pun takpela,asal sihat.-.-'. selama sebulan lebih Ahmad Haddad nampak kuning tapi comel (wakaka, puji anak sendiri), dan disebabkan Ahmad Haddad amat aktif breastfeed so no worries cause one of the best cure for jaundice is the breast-milk, am i right??!and the most important, bayi pra-matang kebiasaannya akan dapat kuning yang berpanjangan..so we as parent kena sentiasa pantaulah biasa anak jaundis akan asyik tidur, so rajin rajin kejut anak hisap susu..prem babies they're really sensitive..daa..

Wordless Day~Fasa Hidup

9.25.2013

hanya lah kata2 org tua yg saya dpt dr org lain, bukan dr hadis or sumber yg sahih. Cuma kita hanya mmpu berharap dan berusaha, fikirkn yg baik...insya'Allah dpt yg baik2... kehidupan kita semua telah ditetapkan olehNya.. Tuhan yg lg maha mengetahui.
sumber:FB